pillow talk

aku dibesarkan dengan didikan ala-ala warden asrama oleh ibu dan ayah. ah ! yang lebih-lebih macam warden ibu la. menjang je kena sebat. memang masa kecik-kecik dulu muka aku macam muka mintak penyebat agaknya.

tapi..
dalam ketegasan ala-ala warden asrama, aku dihidangkan dengan kasih sayang ibu ayah yang sangat manis. dari zaman aku remaja, sampai lah ke usia dewasa, tak jemu-jemu ibu berkongsi kisah cintanya.. dalam pada itu diselit-selit juga pesanan untuk anak dara yang tidak kurang jelitanya gatalnya ni..

ibu dengan ayah, jarang bermasam muka depan anak-anak. hari-hari ketawa.. hari-hari bersenda dan bercanda.. aku pernah tanyakan pada ibu apa rahsianya. meh sini aku nak share. aku share satu je dulu aci tak? tips yang aku share ni aku rasa boleh letak di tangga paling atas lah..



ibu bilang, komunikasi adalah perkara yang terpaling-paling penting. kalau ada yang terkesan di hati, lekas-lekas bilang, bincangkan dan selesaikan. bunyinya macam cliche kan? berjuta-jura orang cakap benda yang sama. tapi.. kalau mahu berkomunikasi pun, kena jugak tengok timing. tak kena timing, kau balik yang sakit hati ye dok? ibu bilang, masa yang paling sesuai nak luahkan rasa hati, adalah masa sebelum tidur. alah kira macam pillow talk la ni. ibu kata, masa nak tidur ni masa yang paling tenang dan damai. lepas luah segala yang terbuku, lepas dibincangkan, masing-masing akan lena dan akan bangkit semula esok hari tanpa ada rasa sakit hati.

eh tapi orang dah kahwin boleh la nak pillow pillow talk ni. kita yang bujang-bujang ni macam mana?

kamu orang fikir sendiri lah.. aci tak? yang penting, jaga diri, jaga perilaku. jangan nak menggatal pillow talk dengan boipren gepren.. sepuk dahi nanti..

Ulasan

Akulah Aqilah Itu berkata…
Heh! Tersepuk sekejap. =P
PUCCAnis berkata…
hanya boleh dipraktikkan oleh pasangan yg sudah sah ikatan sahaja...muehehehe
vampire's lovex berkata…
kalau bujang,fon talk je la... haha
laskar pelangi berkata…
ades! nak buat cam mana diri tak kawen lagi. kena kawen cepat cepat nie. nak pillow talk jugakkkk
=D
Atiqah Wadiah berkata…
kalau mau pilow talk ngn bestie bley??hehe :)
Wadi AR berkata…
nak kawen cepat la. huwaaaaaa
Amni berkata…
errrr... Dah lama amal.. Ckp b4 tdo.. Call la..
kuatberangan berkata…
yeah.. sebijik mcm ex bf aku penah cakap. dia kata ada dua masa paling sesuai untuk hsband n wife bincang n luah perasaan. time sebelum tido, dan time lepas solat sesame.
mushroom berkata…
sepuk dahi ko jendul nanti hehe

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.