Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pengumuman

Dari Pejabat Terfaktab September 2013

Imej
Sweet surrender on September. Bulan ini bulan sibuk bagi pejabat kami kerana kami akan ke sana sini mengharungi tuntutan jelajah ke pelusuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Namun, kami tentunya kekal komited dalam menjalankan misi menyebar cinta kepada para pembaca disamping mencari idea apabila berkelana. Berikut ialah aktiviti dagang yang kami akan bersama atau sertai pada September ini. i) Alternative Book Fest di UiTM Lendu Melaka - 4 September 2013 ii) Al Malik Faisal Hall UIA Petaling Jaya Bookfair - 4 dan 5 September 2013 iii) Johor Bahru Writers and Readers Fest Danga Bay - 14 dan 15 September 2013 iv) Pesta Convex'13 USM Pulau Pinang - 18 hingga 22 September 2013 v) Art For Grabs Annexe Central Market KL - 28 dan 29 September 2013 Kalian yang mungkin menyimpan cita-cita atau impian untuk memiliki buku-buku penulisan dari penulis kami ini bolehlah datang ke lokasi-lokasi berikut pada tarikh yang telah diberitahu. Dan pihak kami juga menjangkakan b...

Senarai Nama dan Tracking Number untuk Pembeli Buku KT/Diorama/MDalam

Imej
Hai hai selamat petang semua hensem dan hensemahs sekalian! Sudah beli KT3? Belum? Sudah? Haa, tak kira sudah atau belum, sudi-sudilah bookmark Online  Shop   kami, manalah tau sat lagi termengidam nak beli ka. Huhu! Online shop ini lebih tersusun berbanding cara kami sebelum ini. Jadi sekarang, bila nak beli buku, hanya perlu isi di Terfaktab.com. Anda tidak perlu memeriksa email anda beberapa kali sehari untuk tengok reply dari saya. Hanya lihat akaun anda dalam Terfaktab.com dan kami akan tulis samada On Hold (belum bayar lagi), Processing (dah packing tapi belum hantar) dan Completed (dah pos--akan letak tracking no later). Pos ini akan diuruskan setiap Isnin dan Khamis sebab maafle, bahagian sales ni sibuk sikit :P Ha, bagi yang belum dapat tracking number camane? Meh sini, saya senaraikan di bawah. Sila-silalah tengok. Masukkan nombor ni dalam Track And Trace Poslaju dan tengok samada dah sampai ke tak. Kalau ada masalah tak sampai lagi ke, barang ros...

The Terfaktab Blood

Imej

Dari Pejabat Terfaktab : Car-Boot Underground dan Borang Penempahan

Imej
Tahun 2013 adalah tahun reformasi untuk kami di Terfaktab menggalas tanggungjawab lebih banyak selepas berakhirnya tahun 2012 yang cukup meriah dan mencabar. Permulaan tahun 2013 ini bakal menampilkan banyak pembaharuan dari segi jenama, produk dan aktiviti untuk semua peminat-peminat Terfaktab di seluruh Malaysia. Maka, sebuah aktiviti dinamakan sebagai Car-Boot Underground Terfaktab telah diadakan dan telah bermula sejak 13 Disember 2012 lepas. Menampilkan destinasi UiTM Lendu sebagai jelajah pertama. Apa itu Car-Boot Underground? Merupakan satu jualan ringkas selama 2 jam dengan menggunakan kereta. Selama 2 jam itu, kereta akan membuka 'bonet belakang' dan menjual barangan kepada pembeli yang berminat. Mengapa Underground? Hanya 2 jam sahaja dan ia diadakan secara tersembunyi tanpa dihidu oleh pihak berkuasa seperti pihak majlis tempatan, pihak polis, polis bantuan, pak guard hatta pensyarah yang mungkin gila kuasa suka mengadu buat cerita bukan-bu...

Jualan Murah Kitab Terfaktab Kembali Ke Kolej!

Kembali Ke Kolej? Yes, jualan murah untuk kawan-kawan kita yang mungkin asyik pinjam buku kita tapi tak pulang-pulang kan buku. Sedih kan bila buku tak dipulang atau bila pulang, buku itu jadi astaghfirullah.. rabak rabak dan koyak. Jadi, jualan murah Kembali Ke Kolej ini memang sasarannya kepada kawan-kawan kita yang masih belajar di kolej dan universiti. Sebab budaya pinjam meminjam buku banyak di kolej kan? Apa lagi, beritahu pada kawan-kawan anda yang kaki pinjam itu supaya beli saja dengan Terfaktab secara by-post terus sebab harga buku sedang murah! Cakap saja pada mereka supaya layari terfaktab dan isi borang pembelian, bayar kat bank dan email bukti pembayaran. Lepas tu tunggu dalam 2-3 hari buku akan sampai. Ha, bacalah, simpanlah jangan pinjam-pinjam lagi. Hihihi. Ala yang tak kaki pinjam pun boleh beli. :P Jualan murah ini berlangsung 10 hari dari 21 September 2012 hingga 30 September 2012 . Jom beli! Isi borang kat bawah ni tau! Loading...

16 September Nanti

Imej
Untuk Hebahan Umum

T-Shirt Terfaktab Edisi 2012!!!!!!

Imej
S elamat menyambut Kemerdekaan ke 55!! Terfaktab dengan sukacitanya memaklumkan T-Shirt Terfaktab telah kembali untuk edisi 2012. T-shirt ini mempunya dua warna iaitu hitam dan putih. Untuk saiz pula ia terdiri dari saiz XS hingga ke XXL. Untuk memilih pesanan, sila pilih nombor pesanan yang tertera dan isikan nombor pesanan ke dalam borang yang disediakan. Untuk pembelian T-Shirt Terfaktab Edisi 2012 ini, sila teruskan pembacaan. T-Shirt Terfaktab Edisi 2012 Hitam Nombor pesanan untuk T-Shirt Terfaktab Edisi 2012 Black ; XS - 1012 S - 1013 M - 1014 L - 1015 XL - 1016 XXL - 1017 ____________________________________________________________________________ T-Shirt Terfaktab Edisi 2012 Putih Nombor pesanan untuk T-Shirt Terfaktab Edisi 2012 White; XS - 2012 S - 2013 M - 2014 L - 2015 XL - 2016 XXL - 2017 Panduan saiz baju; ____________________...

Jualan Murah Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal Menjelang Aidilfitri

Penerbitan Terfaktab Media sukacitanya mengadakan jualan murah untuk Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal bermula dari 8 Ogos 2012 hingga 15 Ogos (jam 12 tengahari) 2012 . Jualan murah ini hanya melibatkan pembelian secara pos (by-post) melalui Terfaktab Media sahaja. Ia tidak di adakan secara jualan langsung (by-hand, COD) mahupun di cawangan-cawangan lain. Sebelum ini, Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal dijual secara by-post termasuk dengan caj pos (postage) sebanyak RM26 sebuah untuk kawasan semenanjung Malaysia. Kini, harga pos dimansuhkan dan ia boleh dibeli pada harga RM20 sahaja! Manakala sebelum ini harga untuk Sabah dan Sarawak ialah RM30 sebuah, kini harga barunya ialah RM24 sahaja! Berikut ialah maklumat harga baru Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal sempena jualan murah ini.; Untuk Semenanjung Malaysia 1 Buku = RM20 2 Buku = RM35 3 Buku = RM50 Untuk Sabah dan Sarawak 1 Buku = RM24 2 Buku = RM38 3 Buku = RM50 Untuk maklumat lanjut tentang cara pembelian dan berminat untuk melakukan ...

Perutusan Ramadhan Tahun Ini

Asalamualaikum w.b.t Ramadhan yang dinanti-nantikan telah sampai dengan berkoyan-koyan makwe menukar profile picture ke gambar bertudung mahupun berbaju kurung. Mungkin juga baju raya tahun lepas. Juga tak dilupakan ramai pakwe menukar gambar profile picture ke gambar tahiyat akhir, takbiratul ihram, gambar berdoa lepas solat juga tak lupa gambar pakai songkok dan kopiah. Alhamdulillah. Perkembangan yang serba Islamik dalam bulan mulia ini amat dialu-alukan agar kita semua sentiasa beringat untuk berbuat baik pada Ramadhan kali ini. Kami di kumpulan Terfaktab Holdings dan anak-anak syarikat ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa dan ingin berpuasa (mana tahu ada orang bukan Islam yang nak try belajar berpuasa). Semoga dengan puasa ini boleh mencegah dari kita melakukan perkara-perkara tidak baik. Baik dari segi realiti mahupun maya. Syukur ke hadrat ilahi kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa. Buat mereka yang berpasangan sama ada berkah...

Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal - Buku Kedua

Imej
Nakal tapi halal. Frasa ini dipilih bagi menjelas tentang misi skuad Terfaktab yang mahu menengahkan; seronoknya berkahwin. Seronoknya bernikah. Seronoknya lelaki dan perempuan mempunyai ikatan halal menjalinkan perjalanan cinta. Marilah bernikah, buat apa tunggu lama-lama buat dosa kering? Baik nikah, dosa kering jadi pahala barkah. Yummy yummy bak gediks-gediks kata. Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal merupakan buku keluaran kedua dari skuad Terfaktab yang bakal memasuki pasaran pada April ini ketika permintaan buku keluaran pertama Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti turut mendapat sambutan menggalakkan dalam arena penulisan independent. Kehadiran buku kedua ini pasti memeriahkan lagi, atau menambah rasa secara total khusus kepada semua Terfaktab-Lovers yang menyokong Terfaktab hingga ke hari ini. Ye lah, sebelum ni ada orang cakap buku pertama agak nipis, tak puas, klise lah. Ha, sekarang ni amek kau. Kami bagi tebal dan karya padu yang belum tentu ada penulis lain buat kat Mal...

Dari Pejabat Terfaktab 6

Imej
SUBANG JAYA, 24 Feb - Terfaktab, sebuah kumpulan penulis-penulis blog yang berbakat kini boleh menarik nafas lega dengan satu perkembangan terbaru yang bakal memberikan impak positif terhadap hala tuju Terfaktab pada masa hadapan. Terfaktab kini secara rasminya telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama TERFAKTAB MEDIA  bagi melicinkan penerbitan, penjualan dan pemasaran produk-produk penulisan kreatif dari skuad penulis Terfaktab khususnya pada produk Kitab Terfaktab dan blog Terfaktab.           Disamping itu, dengan permulaan sebagai sebuah kolonial media, Terfaktab juga akan menghasilkan produk-produk yang bakal memberi pulangan memuaskan kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca blog, facebook, twitter dan kitab Terfaktab diseluruh negara. Antara produk-produk yang bakal dipasarkan ialah t-shirt Terfaktab edisi terhad, cenderahati, aksesori dan sebagainya. Pihak TERFAKTAB MEDIA juga berkenan untuk mengembangkan perniagaan...

Tercalon di Social Media Awards 2012!!

Imej
Engko kenal siapa abang? Ha, kalau engko kenal, bagus. Dua ibu jari abang tuju pada engko. Ni sekarang ni abang ada benda nak umum. Boss abang cakap yang blog Terfaktab ni, yang abang dah join untuk berapa kerat bulan ni telah tercalon dalam Social Media Awards 2012 . Ini sudah bagus. Ini..ini..ini.. power! Keh keh keh! Kalau engko tanya abang apa ke benda award ini. Mari sini rapat sikit abang nak kasi tahu. Award ni, champion je boleh masuk. C.E.M.P.I.O.N! Champion! Untuk nak kasi Terfaktab menang dalam award ini, engko semua kena mengundi. Atau dalam bahasa Inggerisnya, VOTE. Vote. Bukan KOTE. atau BOT! Paham?  Jadi, abang menyeru kepada semua pembaca Terfaktab. Yang termasuk engko, engko dan engko semua sekali, pergilah mengundi untuk Terfaktab. Abang terus terang, engko sanggup menduakan Terfaktab ya sampai engko undi blog dan web lain yang tak menjamin dan membantu masa depan engko ke? Nurul Ain dengan Ariffshah yang tengah leading ni binatang mana pulak ni? Berani betul...

Kembali Pada Landasan Yang Betul

Berakhirnya minggu poligami pada minggu lepas telah menghamparkan kita pada seribu persoalan dan nukilan pendapat mengenai cakap-cakap poligami yang jika dilihat, masih berada dalam tahap 'tidak dibenarkan' dari 'dibenarkan'. Namun, itu bukanlah masalah pokok yang boleh mengheret kita pada permusuhan kerana di akhirnya, poligami merupakan suatu pilihan, bukan ketetapan. Sesiapa sahaja boleh bercerita dan berpandangan dalam isu poligami kerana kebebasan bersuara di Terfaktab ini adalah mutlak dan fleksibel pada sesuatu kondisi. Kita perlu lihat isu poligami bukan saja pada kaitan keagamaan, bahkan kepada kaitan sejarah, sains-sosial dan juga releven poligami pada suatu masalah dan keadaan. Itulah landasan yang tepat dalam memupuk masyarakat cenderung berfikir secara kritis dan kreatif. Kita tidak mahu masyarakat kita berfikir secara membabi buta seperti yang telah kita lihat di luar sana. Kesimpulan untuk minggu poligami? Tiada kesimpulan. Kerana adakalanya sesuatu per...

Perutusan Terfaktab 2012

Imej
Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 ya?  Pejam celik pejam celik sudah masuk tahun baru. Pejam celik pejam celik dari ada makwe, dah takde makwe. Pejam celik pejam celik, dari takde makwe-pakwe, tengok-tengok dah nak bernikah. Kehidupan ini semakin singkat. Masa berlalu pantas dengan pelbagai rentetan peristiwa berlaku disekeliling kita. Begitu juga dengan organisasi yang di-salut ini, Terfaktab. Tiga tahun lepas di mana kita berada dan apa status kita? Apakah kita berjaya ataupun masih dalam kegagalan? Masih dihantui kenangan memedihkan hati atau mahu keluar mencari sinar harapan yang mampu menjulang diri kita lebih berdominasi menggapai kejayaan. Ini semua terletak pada tangan kita untuk mengubahnya. Pujangga ada menyatakan; "Nasib dan takdir itu dua perkara berbeda. Nasib boleh diubah, tetapi takdir tidak boleh. Kejarlah nasib yang baik, dan terus berdoa agar takdir sentiasa menyebelahi kita." Sepanjang penubuhan organisasi sejak November...

P E R O M O S I

Imej
Gua kena paksa sebenarnya nak buat entri ni dengan LejenPress. Namun, gua akur kerana demi menegakkan unsur kapitalisma yang bersih dari cengkaman freemason dan illuminiti. Gua tulis jugak demi kesejahteraan umat manusia yang dahagakan ilmu dan kasih sayang. Ya, kami-lah hero sebenar. Kamilah penyelamat minda kamu semua yang semakin hari semakin dijerluskan dengan program-program realiti dan siri Cinta Elysa. Nasib baik dah tamat siri itu. Layari laman LejenPress di www.lejenpress.com LEJEN PRESS - Sebuah syarikat penerbitan buku yang berlagak dan angkuh. Tetapi tidak menerapkan semangat Umno mahupun Pas. Sebaliknya syarikat yang diterajui dua anak muda, dan bakal tiga tak lama lagi dengar ceritanya adalah satu-satunya syarikat penerbitan buku yang mempunyai masa depan cerah dalam menumbangkan monopoli Alif 21 (abaikan typo) kerana hanya yang terbaik dari yang terbaik sahaja akan diterbitkan oleh Lejen Press untuk selera anak muda kini. Dengar khabar Ben Ashaari juga berminat hendak ...

Dari Pejabat Terfaktab 5

Imej
Melangkaui ke tahun 2012 depan memerlukan satu iltizam yang kuat buat semua skuad Terfaktab dalam memastikan Terfaktab kekal releven disanubari para pencinta tak kira golongan muda mahupun tua. Era alam maya yang semakin mencabar telah memberi satu anjakan paradigma buat Terfaktab sendiri untuk bergerak setapak lagi ke arah kejayaan. Ya, kini terfaktab tidak lagi dilayari pada url terfaktab.blogspot.com, sebaliknya kini url terfaktab beralih kepada terfaktab.com ! Untuk mengetahu maklumat lanjut perubahan ini, ikuti temuramah soalan maut bersama boss Terfaktab iaitu saudara Syazrul Aqram ; "Bagaimana lu rasa perubahan kepada dot com ini? Apa lu tak rasa ini akan menyebabkan orang lain panggil terfaktab sebagai traffic hunter?" "Halamakk, gua rasa perubahan ini bagus. We need to sustain our brand. Ke arah lebih professional. Dan gua peduli apa orang panggil sebagai traffic hunter.  Terfaktab bukan macam blog lain yang lahir-lahir je terus pakai dot com, lepas tu nak na...

Pemenang Kitab Terfaktab

Imej
Assalamualaikum. Hai!  Berdebor tak bila tengok tajuk entri ni? Kehkeh. Tapi sebelum tu, kami nak mintak maaf sangat-sangat sebab terlewat dari tarikh yang kami janjikan nak umum pemenang. Kami bukan malas cuma errr tak sempat. Kot. Hehe. Ye, kami akui tempoh kelewatan tu bukanlah sehari, bukan juga seminggu, tapi mujur belum sampai sebulan. Kalau tak, kami memang nak bakar je opis ni. Takde sorang pon nak dok umum keputusan ni. Kesian la kan kat pembaca-pembaca yang tersayang. *amek hati* So, setelah kami buat penilaian, pemerhatian, pengiraan dengan menggunakan pelbagai jenis formula yang Sir Isaac Newton mahupon Albert Einstein pon pasti gerun bila mengetahuinya, jadi kami telah pon sepakat untuk memilih satu pemenang. Kenapa satu? Sebab memang kami nak satu je pemenang tapi bukan satumalaysia. Kahkahkah. Okay, tak lawak. =.=' Sbnanye memang banyak lagi nak merapu tapi memandangkan ni entri mewakili satu terfaktab, jadi tak bolehlah nak buat macam entri sendiri. Baiklah. Tanp...

Melabuhkan Tirai

Imej
Minggu Penghargaan di Terfaktab telah melabuhkan tirai semalam dengan harmoni dan penuh perasaan. Para penulis dan pembaca bersama-sama melahirkan rasa terima kasih sesama sendiri dalam meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Kami di Terfaktab berpendapat, minggu kali ini berjaya membawa para pembaca dan penulis-penulis sendiri untuk menghargai pemberian nikmat dan limpah kurnia yang diberikan oleh Sang Pencipta. Khasnya, menghargai mereka-mereka yang menyayangi diri kita selama ini. Tiada apa ulasan panjang yang dapat kami panjangkan lagi melainkan jaminan dari pihak kami untuk komited bersama para pembaca merealisasikan misi definisi cinta infiniti dalam membawa penyemaian cinta sesama manusia secara inklusif mahupun eksklusif. Semoga penulisan Terfaktab bertambah cemerlang dan pencambahan pemikiran para pembaca lebih matang di dalam blog yang bertunjangkan wacana ilmiah untuk kesejahteraan hubungan lelaki dan perempuan secara amnya. Salam kedamaian cinta dari kami. :)

Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di Helowin Datang Lagi

Imej
Jangan lupa ya kawan-kawan. Esok, bertarikh 31 Oktober bertempat di Restoran Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, adalah hari berbahagia buat anda kerana anda semua boleh mendapatkan Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor di event Helowin Datang Lagi : Pelancaran 8 Judul oleh 7 Penerbit. Ya, walaupun Kitab Terfaktab telah dilancarkan pada 1 Oktober lepas. Pada event kali ini, ia lebih kepada pelancaran untuk cetakan kedua Kitab Terfaktab (hamboihh). Seperti yang anda maklum, cetakan pertama telah habis di jual. Kerana Kitab Terfaktab telah mendapat sambutan dan permintaan yang menggalakkan , maka kami dan pihak penerbit bersepakat menerbitkan cetakan kedua. Ala senang cerita. Tumpang kaki apa salahnya ye dak? Buat roadshow sekali. Banyak cerita pula nak terang panjang-panjang. Ok. Event kali ini bukan setakat Kitab Terfaktab dan Awek Chuck Taylor saja. Malah juga ada buku-buku lain yang maha power dan sensasi. Berikut ialah senarai buku-buku dan pihak penerbit yang terlibat. 8...

Terkini Dari Terfaktab

Imej
Salam 2-0 kepada semua. Sejak akhir-akhir ini, pejabat Terfaktab nampak tenang sedikit setelah kelancaran launching dan roadshow untuk Kitab Terfaktab. Pihak skuad mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan kalian semua, peminat dan proksi kerana membeli produk kami iaitu Kitab Terfaktab Edisi #1 dan tegar membaca hasil penulisan kami di blog ini.  Mengenai Kitab Terfaktab, hasil perkhabaran yang telah kami terima dari pihak penerbit iaitu Lejen Press menunjukkan hanya tinggal lima belas (15) buah buku cetakan pertama yang tinggal untuk di beli. Sebarang cetakan kedua menurut hebahan rasmi setakat ini bergantung kepada pihak penerbit yang akan menguruskannya. Pihak skuad telah menerima beberapa aduan dari para pembeli mengenai hal kelewatan mendapatkan Kitab Terfaktab. Umum yang kamu tahu dalam hal ini, pihak penerbit iaitu Lejen Press telah pun melakukan penghantaran pos secara berjadual pada hari Rabu dan Jumaat. Telah dikenal pasti bahawa, masalah keterlambatan ini mungkin ...