P E R O M O S I
Gua kena paksa sebenarnya nak buat entri ni dengan LejenPress. Namun, gua akur kerana demi menegakkan unsur kapitalisma yang bersih dari cengkaman freemason dan illuminiti. Gua tulis jugak demi kesejahteraan umat manusia yang dahagakan ilmu dan kasih sayang. Ya, kami-lah hero sebenar. Kamilah penyelamat minda kamu semua yang semakin hari semakin dijerluskan dengan program-program realiti dan siri Cinta Elysa. Nasib baik dah tamat siri itu.
Layari laman LejenPress di www.lejenpress.com
LEJEN PRESS - Sebuah syarikat penerbitan buku yang berlagak dan angkuh. Tetapi tidak menerapkan semangat Umno mahupun Pas. Sebaliknya syarikat yang diterajui dua anak muda, dan bakal tiga tak lama lagi dengar ceritanya adalah satu-satunya syarikat penerbitan buku yang mempunyai masa depan cerah dalam menumbangkan monopoli Alif 21 (abaikan typo) kerana hanya yang terbaik dari yang terbaik sahaja akan diterbitkan oleh Lejen Press untuk selera anak muda kini. Dengar khabar Ben Ashaari juga berminat hendak menerbitkan buku bersama LejenPress. (Ang percaya, ang bodo).
LIMA BUAH BUKU TERBARU - Setelah kejayaan menerbitkan tiga buah buku iaitu Kitab Terfaktab, Awek Chuck Taylor dan Sperma Cinta. LejenPress mengorak langkah lagi dengan menerbitkan bukan tiga, tapi lima buku baru yang berjudul;
- Angus, Himself by A.B Hashim. - Gua dengar A.B Hashim ni member baik JohnHafiz. Lu tak kenal JohnHafiz? Nampak sangat lu memang tak lejen. JohnHafiz adalah lejen, jadi kawan-kawan John macam A.B Hashim mestilah juga lejen. Penulisan dalam buku ini haruslah juga lejen ye dak?
- Hero by Leplep, Bozu, Zara, Fikri, and Shahir. - Apa boleh lu nak katakan lagi kalau dah puaka-puaka berkumpul dalam satu buku yang bertajuk Hero di mana pekerjaan Hero itu juga adalah cita-cita para puaka? Ini buku puaka kepada para puaka.
- Heroin by Amal Hamsan. - Jika Najwa Latif menjadi seorang penulis, mungkin dia sendiri tak boleh celen Amal Hamsan. Gua dah jumpa dengan Amal Hamsan ini. Adalah sikit-sikit iras macam Najwa Latif muka dia. Tu yang gua saja tibai analogi macam tu. Buku ini remaja sungguh! :-D
- Pompang Pompang by Jarr Nadjmudden - Sebenarnya penulis buku ini misteri orangnya. Yang gua tahu, tak ramai orang berani nak guna tajuk pompang-pompang sebab kali terakhir gua dengar orang yang cuba guna tajuk tu pun baru lepas baik demam badi mayat. Disebabkan keberanian Jarr, gua letak 5/5 untuk buku ini. Steady.
- Kontrol Histeria by Team Kontrol Histeria - Yaa, inilah buku yang bakal membuatkan anda tak berani lagi nak kencing malam ataupun hendak makan meggi dengan garfu sebab mengikut terma Kontrol Histeria, apa-apa benda, masa dan situasi. Pembunuhan boleh berlaku. Buku thriller yang akan menjadi best thriller book tak lama lagi. Gua yakin!
Kesetiap-satu buku ini beharga RM20. Jadi, memandangkan mungkin ada antara lu orang rasa nak beli semua buku ini sebab best. LejenPress ada menawarkan pakej-diskaun yang power!, iaitu ;
Promosi RM94
Pembelian lima buku terbaru iaitu Hero, Heroin, Kontrol Histeria, Pompang Pompang dan Angus, Himself pada satu harga pakej iaitu RM94 (tidak termasuk pos laju)
Lu orang boleh dapatkan promosi ini dengan ke link --> http://lejenpress.com/shop/promosi-94/
Oh, kebetulan pulak. Buat mereka yang masih belum mendapatkan Kitab Terfaktab dan ingin mendapatkannya. Lu orang boleh beli dengan pakej baekkk punya sebab boleh dapat tiga buku dengan harga diskaun. Pakej itu ialah;
Promosi RM52
Pembelian tiga buku iaitu Sperma Cinta, Kitab Tefaktab dan Awek Chuck Taylor pada satu harga pakej, iaitu RM52 (tidak termasuk pos laju).
Lu orang boleh dapatkan promosi ini dengan ke link --> http://lejenpress.com/shop/promosi-52/
Dan yang paling penting sekali, disebabkan LejenPress memang terbukti angkuh dan berlagak. Dengan selamba diorang nak bagi HADIAH. Cilaka betul. Ini betul-betul power woi. Ni ha hadiahnya;
"Bagi pembeli salah satu pakej ini, mereka berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang mana hadiahnya ialah percutian 4 Hari 3 Malam ke Bali atau Phuket. (tertakluk kepada terma-terma dan syarat)."
Hamacam? Kalau lu orang tak terbakar dengan benda cam gini gua pun tak tahu lah. Ah, kalau ginilah. Gua pun nak bagi hadiah jugak. Cuba lu kira berapa kali perkataan lejen di sebut dalam entri ini. Lu dapat lu memang lejen! Ha, lejen! lejen! lejen!
Ulasan
apa susah... tekan ctrl+f. taip 'lejen'. keluar laa berapa banyak word tu ada. hahaha
hah ! nak beli semua ! peduli apa melayang 94rm pon. dah kata lejen.
Area area shah alam agaknya di mana?
are you sure nak beli satu je? satu 20 tahu. rugi bebenor kalau tak beli banyak. topang2la dengan membe.
takpa takpa. gua cuba kaotim dengan sugarmummy gua kalo dia kasi duit lebih bulan ni.
hahaha!