Penceraian dan The Janda's

Sejak dari dulu aku lihat kalau orang kita sebut pasal janda mesti lain tak bukan pasal kisah seks main dengan janda. Asal sebut pasal janda, mesti pasal skandal dengan politik ni lah, skandal dengan datuk ni lah, tan sri ni lah. Dan yang popular kalau sebut pasal janda ialah pasal merebut penjagaan anak atau merebut Jejai misalnya. Mau rileks skit, aku peminat Cinta Elysa. Pergi jahanam sama Tentang Dhia. Pergi jahanam sam Ombak Rindu.

Kiranya sekarang ni, gelaran Janda menjadi satu tafsiran kurang enak dalam kehidupan bermasyarakat. Apasal ha?

Kadang-kadang aku terfikir. Nasib baiklah Tuhan tak jatuhkan penceraian itu sebagai haram. Kalau tak, mesti dah ramai buat kerja haram mengikut statistik penceraian terkini. Kan? Ada hikmah dan maslahat tersirat mengapa penceraian tidak diletakkan sebagai sebuah subjek yang 'strict to harom'. Sebaliknya hukum penceraian hanyalah sesuatu perkara yang dilaknat (tidak disukai oleh Tuhan) namun diharuskan jika mempunyai sebab tertentu. See? Islam bukanlah agama sekadar halal dan haram saja beb. Islam adalah sebuah agama yang unik dalam menyelesaikan permasalahan manusia. Melainkan kalau kau Azhar Idrus dan pengikutnya. Semua benda nak halal-haram. Pelik aku.

Sebenarnya dalam penulisan kali ini aku ingin menyentuh topik penceraian sebab itu hari aku dapat perkhabaran tentang statistik penceraian terkini. Sebelum Utusan Malaysia keluar berita statistik penceraian kat muka depan, aku dah dapat dahulu dah. Itu pasal masa aku update status facebook pasal penceraian kerana darjat pelajaran, kemain ramai emosi aku tengok.

Beb, aku bercakap atas dasar statistik dan penyelidikan. Lu kalau nak sembang pasal agama untuk mematikan topik. Semua orang boleh buat. Tapi, perkara itu takkan menyelesaikan masalah kerana semua yang berlaku (penceraian dan punca penceraian) adalah kerana sikap. Lu cakap macam mana pun ayat-ayat dakwah macam manapun, lu cakap berdegar-degar hadith dan suruhan macam manapun, jika sikap masyarakat kita dan kita sendiri yang tak berubah-ubah. Masalah penceraian ini takkan selesai. Sembang keindahan agama hanya elok di permukaan permasalahan, tetapi masih, masih lagi dalaman permasalahan itu huru-hara.

Surat khabar Utusan Malaysia hari ini lagi hentak dia punya tagline muka depan ;

"Jabatan agama buntu. Ekoran peningkatan kes penceraian pasangan Islam"

Peh, kalau jabatan agama pun sendiri dah mengalami sebegini punya hal. Di manakah lagi tempat yang sesuai utnuk pasangan-pasangan Islam bermasalah ini mahu mengadu nasib dan menyelesaikan masalah? Jika jabatan agama sudah tidak mampu, bermakna pihak apa lagi yang mampu membantu? Kementerian Wanita? Yang itu balik-balik cerita pasal poligami (akan kami adakan minggu untuk poligami nanti).


Terfaktab? Oh. Aku rasa belum cukup sepenuhnya untuk Terfaktab menjadi tempat penyelesaian masalah perkahwinan. Kami masih muda (baru berusia setahun lebih), masih belum mendapat kepercayaan meluas dalam masyarakat terutamanya golongan muda. Walaupun aku ada juga menyimpan hasrat mahu kedepan dalam masalah ini, namun aku rasa, yang terdaya sajalah untuk aku dan lain-lain membantu. Oh, jangan lupa email ya.

Jadi, apahal dengan melambaknya kes penceraian ini? 

Secara peribadi, aku lebih suka katakan kerana sikap tidak matang. Sekarang ini, kita selalu diperdengarkan dengan cerita galakkan berkahwin muda. Ustaz ini kata macam ini, ustaz itu kata itu. Tapi, apakah mereka semua bercakap atas dasar realiti, nafsu atau keseimbangan? Aku (walaupun bukan ustaz), lebih suka bercakap mengenai keseimbangan. Berkahwin muda bagus hanya jika pasangan itu telah matang dalam kehidupan. Tapi, untuk berkahwin muda tanpa kematangan dalam era ini? Faking shait. Memang tak berhasil. Aku bet ramai akan bercerai dalam tempoh 5 tahun. 

Tak matang itu macam mana? Tak matang lah. Masih lagi menghadap facebook melebihi 9 jam. Masih lagi pegang telefon bimbit bermain game, social networking dan sebagainya. Masih lagi nak berhibur seolah-olah tiada esok menjelma. Aku beritahu awal-awal lah. Kematangan dalam hidup hanya akan dapat jika kau meluas dalam bergaul dengan orang secara realiti. Kau mengenal manusia, kawan dan musuh satu persatu. Kau bergaul dalam pekerjaan, pelajaran, komuniti, kejiranan dan sebagainya dalam menyelidiki sifat-sifat manusia itu sebagaimana. Kalau kau setakat bergaul dengan manusia dalam alam maya, ianya terbatas. Ianya tidak akan mematangkan diri kau sepenuhnya. Lambat. Itu tak masuk lagi terkejar-kejar keduniaan. Nak kahwin grand-grand. Nak bertunang pun kalau boleh nak grand macam berkahwin. Lepas kahwin kalau boleh nak lengkap segalanya. Mustahil beb. Mana boleh kau nak lengkap segalanya. Tak semestinya berkahwin maka kau kena ada sebiji kereta proton dan sebuah rumah mampu milik ataupun simpanan duit beribu-ribu. Kalau macam itu kau pegang, alamat tak berkahwin lah gamaknya. Perkahwinan adalah satu level hidup perkongsian. Sebuah peraturan hidup yang Tuhan ciptakan untuk kau survive secara dual/couple. Kita sebagai manusia mana boleh hidup sorang-sorang dalam dunia ini. Itulah keseimbangannya.

Semua sifat mengenal manusia ini yang akan mematangkan diri kau tentang kehidupan untuk survive dalam perkahwinan. Trust me. Itu sahaja langkah awal. Untuk langkah seterusnya dalam mengelakkan penceraian ialah bertolak ansur. Dan sikap bertolak-ansur itu hanya kau akan dapat bila kau hidup mengenal manusia dalam masyarakat.

Bercinta kena berilmu. Berkahwin pun kena berilmu. Kalau tiada ilmu, kau akan mudah ditipu. Even dengan pasangan sendiri. Tak perlu cakap banyak, ada saja kes pak lebai depan isteri bukan kemaen baik, belakang isteri lepas habis ceramah pas, pergi lepak warung dangdut layan belen. Ini realiti okayh?

Ada banyak lagi sebenarnya bagi aku punca penceraian di usia perkahwinan tak sampai lima tahun ini. Terus-terang aku cakap, secara purata dan secara keseimbangannya. Untuk seseorang lelaki berkahwin umur yang paling tepat di era kini ialah 27-32 tahun. Manakala perempuan pula pada umur 25-30. Ya, itulah umur matang tepat secara purata keseimbangan untuk berkahwin. Kalau ada yang kahwin muda dari itu. Aku lebih anggap ia sebagai kes terpencil, kahwin sebab adalah kes dia buat, mak bapak atur atau paling tepat, kurang cerdik.

Semua orang pasang nafsu untuk berkahwin awal, tapi semua orang tak sedar kena laknat dengan Tuhan sebab bercerai awal. Jadi, mana yang kau pilih? Nafsu atau Laknat? Misi kita ialah memudahkan perkahwinan untuk orang-orang yang layak berkahwin. Bukannya memudahkan perkahwinan untuk orang-orang yang tak matang berkahwin. Ada beza itu, fikirkan.

Akhir kata, bertahan-lah mengawal nafsu berkahwin itu. Dan yakinlah bahawa Tuhan itu Maha Pengampun. Chalo Asalamualaikom.

p/s: Eh, lupa pula nak bercerita pasal Janda. Aiseh, next time lah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
terpaksa tulis sebagai anon. tapi ini hakikat rakan-rakan sebayaky yang dah/belum kahwin:

1) masih lagi ber fb macam orang muda walau sudah beranak pinak
2) masih lagi ketagih main game sampai berbulan-bulan lamanya
3) menggunakan alat elektronik eg ipad, tv, internet untuk "babysit" anak dan bukan memberikan perhatian penuh.
4) letak anak melebihi 24 jam di pusat penjagaan kerana sibuk bekerja.
5) yang belum kahwin, tangguh berkahwin walau sudah 5-6 tahun couple, kerana nak kumpul harta.
Unknown berkata…
macam tu la ragam manusia...hanya agama je yg mampu membawa manusia ke jaln kebenaran...InsyaAllah
Erzarita Scarlet berkata…
suka cara pemikiran awak...semua yg kita buat kena la ada ilmu....sbb in the end, org yg berkahwin tu jgk yg kena pandai handle setiap masalah yg mendatang....kawen awal tp x mampu bertahan lama x guna jgk......kawen bila diri dah betul2 mampu nk hadapi cabaran dlm hidup berumahtangga tu...:)

#sori kalau komen lari dari topic...hihihi
Tanpa Nama berkata…
Melainkan kalau kau Azhar Idrus dan pengikutnya. Semua benda nak halal-haram. Pelik aku. <---- ayat ni buat aku x respect penulis di atas.
Tanpa Nama berkata…
sila jangan terlampau taksub dengan ustaz azhar idrus..tu ja aku nak cakap
zulhilmi berkata…
"semua benda nk halal-haram"..dh mmg hukum..xkn yg halal nk kata haram,yg haram nk kata halal pulak ye dak??..lain la kalau dia keluarkan hukum mengikut pendapat dia sendiri...tanpa rujuk mana2 kitab atau pun Al-Qur'an...
Tanpa Nama berkata…
taksub dgn ustaz azhar idrus? org ajak buat benda baik, ajak kite jadi baik, tak salah aku rase kalau kite follow org cmtu.. perkataan taksub tak sesuai bro. salam
yanntulis berkata…
selamat tahun baru aqram :)

kbai
Tanpa Nama berkata…
note : kementerian wanita sebenarnya adalah kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat (kpwkm). terima kasih :)
gelaskaca berkata…
kadang-kadang aku pikir,masih ada lagikah ruang utk orang yg berpikiran rasional dalam dunia ni?

pandangan org makin sinis sekarang..yes..aku akui sgt2..
bila tak kahwin2 lagi,sibuk nak ckp 'bila nak kahwin?..tak takut ke jadik andartu?'
bila dah bercerai,sibuk nak ckp,tak reti jaga laki la..

see?

one step backward..think it twice..jgn kita buat something sbb mementingkan pndgn org..itu bendul namanya..
it's ur life beb..choose it well..

tak kisah la kawan2 lain dah sibuk bercerita psl tunang,kahwin,hantaran 20k..rilek je..kita siapkan diri kita sendiri SENYAP2..lagi style kan?

hepi new year aqram :)
Tanpa Nama berkata…
halal haram tu pasti. tapi, jenis manusia yang taksub, addicted keluarkan hukum haram halal pernah dihadithkan sebagai orang gila.

harap azhar idrus tak jadi macam itulah. jadi gila.
Tanpa Nama berkata…
bukan taksub dengan ustaz azhar idrus, tapi dia berjaya tarik anak muda untuk dengar ceramah agama. benda baik pada aku. lek ah bro :)
Tanpa Nama berkata…
setakat ni aku dengar ceramah dia xde pn dia ikt pendapat dia je.semua hujah dia berpandukan Al-Quran dan hadis.Kalau haram dia kata haram dan sebaliknya.time aku pergi ceramah dia aritu, ramai mat-mat motor yang datang ke masjid.xke bagus tu..kehidupan kita akan lebih teratur jika kita berpandukan guide yang telah pencipta kita gariskan. Kahwin, kerja, berkawan, belajar dan sume benda dalam kehidupan kita ni akn berjalan lancar jika kita meletakkan agama sebagai asas dalam kehidupan...

*halal haram yang ustaz azhar idrus cakap tu selari dengan Al-quran dan hadis.aku bukan taksub dengan dia, aku cuma kagum dengan pendekatan dia yang berjaya menarik golongan muda datang ke masjid.
Tanpa Nama berkata…
wa like u punya 'pandang' bro..
Tanpa Nama berkata…
better dgr ustaz azhar la kn yg cramah based on Quran dan hadis,pde dgr ko berkate2 yg tah hape2..diorg yg xsuke ustaz azhar ni sbb tkene btg idong la tu dgn cramah2 ustaz,xpuas ati sbb yg haram salu dk buat..
Tanpa Nama berkata…
*masih lagi menghadap facebook melebihi 9 jam.masih lagi pegang telefon bimbit bermain game,social networking dan sebagainya..
tersgt betol..
Myra.KS berkata…
hadapi kenyataan..laki bini yang masih bersosial di laman web tersangat ramai..kadang2 aku pelik, jadah ape da kawen tp masih nak kenal2 dgn perempuan lain? itu mengundang keranda namanya!
Tanpa Nama berkata…
suka dgn artikel ni..good point..
Ezu berkata…
Setuju dengan pandangn penulis.. Mereka Kurang brtolak ansur dan kurang komunikasi dengan sopan.. Lagi nak raya, lagi ramai nak bercerai... Puasa oiii... Nak raya ni!!! Heboh nak cerai jugak!!! Penat aku!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.