“Hey woman, go make a sandwich!”


Assalamualaikum wbt. Ya, Tora datang lagi eh! Bent Pencil datang lagi, membawa post baru! Haha. Maaf, bukan tak mahu menulis, sebenarnya ada la dua tiga post dalam draf, tapi tak pasti kalau sesuai untuk bacaan umum. (eh bau kontroversi benar!)

Anyway, sebenarnya hari ni nak cita kat hang (awat la dah kluaq loghat utagha ni), pasai ceq tengok cita kat tv tadi. Ha, cita Amazing Race tu. Episod tadi pasal dia nak buat cabaran, kena hiris itik masak Peking. So mai la dua ekoq merpati dua sejoli ni nak buat cabaran. Si lelaki tu cakap, “Ha, engkau la buat, engkau kan perempuan, mesti biasa masuk dapur.”
Maka si awek tadi dengan muka cengil dia, hah! Potong, potong, potong itik tu sampai hancur. Pastu kena denda masuk dapur potong sayur oleh tauke chef dia. <link>
Lepas tu bila diinterview si awek ni cakap, “bila awak sebut perempuan biasa masuk dapur, saya terasa sangat....” sambil jeling pakwenya yang buat muka inesen ala-ala Jehan Miskin. (Eh kenapa Jehan Miskin pulak yang kena?)

Satu persoalan: Hinakah Wanita Duduk Di Dapur?

Ah, tu la pasal. Bukan orang Barat je fikir macam ni, orang kita pun. Ye lah dapur tu kan basah, berasap, panas, berbau macam-macam—belacan, cili, ikan masin bagai—macam tempat yang hanya layak untuk bibik dan tukang masak tahap kuli je. (Tukang masak yang tahap tinggi, dia macam Gordon Ramsey—order suruh masak itu ini lepas tu jerit kuat-kuat “THISISMOTHEREFFINGSHIT!” sambil buat acara lempar pinggan).
Sejujurnya—ceq kalau dapat lelaki macam Gordon Ramsey tu, memang pakat lempar dengan dia-dia sekali keluar garbage chute. <link>
Oh wait, bukan dia saja—mana-mana lelaki yang tahu masak hatta nasi goreng USA sekalipun—memang bukan pilihan ceq. Sebab apa? Sebab dapur itu tempatnya perempuan.

Sebab juga, siapa kawal dapur, dialah kawal isi rumah.

Makan—semua makhluk yang ada mulut akan makan. Even hang tau dak, obor-obor pun tak ada otak, tapi ada mulut. Awat lagu tu? Makhluk boleh hidup tanpa perlu berfikir (termasuklah manusia, muahaha), tapi akan mati kalau takde makanan.

Suami hang cakap la macam mana pun—boleh tahan makan mamak hari-hari,  rasa KFC Zinger Dominos Pizza tu sedap menjilat siku sekali pun—tapi tetap akan muak. Suami hang tetap akan cari masakan rumah. (Eh, cemana boleh jilat siku? Ace terai, ceq pun tak tau) Dan rajin ke diorang nak keluar cari lauk setiap kali perut berwiggle-wiggle-yeah? Kalau dah pukul 2-3 pagi, camne?

Tu la ceq cakap, siapa kawal dapur tu, dialah yang kawal rumah tu. Kalau dapat lelaki jenis tak tahu masak si perempuan kenalah belajar masak. Kalau si lelaki tu reti masak pulak, perempuan dia mesti 56979809 kali lagi reti masak dari dia. Tak pun halang dia dari masuk dapur. Muahaha!
Tak payah la nak bayang-bayangkan adegan romantik bagai kat dapur. Tu menganggu je tu. Kalau sibuk berasmara dana di dapur, kari ke mana, nasi ke mana. Dua-dua kebulur. <pic source>
No, bukan ceq ni tradisional sangat, anti feminis ke apa. Tapi ceq habaq mai, kalau hang dah nikah, macam mana lagi hang nak kontrol rumah hang kalau hang tak ada “kawasan kekuasaan” hang? Kalau hang kawal duit dia semua mak pak menakan chop hang Queen Control. Tapi cuba hang kawal makan minum dia—kawal cara halus. Kalau hang hari-hari dah masak kat family hang, dia akan dah biasa dengan lauk yang hang masak. Lepas tu bila pergi makan kat luar, semua rasa tak sedap. Lebih gula la kurang garam la kurang lemak la....tak caya? Itu namanya proses conditioning. Dia dah biasa dengan masakan hang, dia tak luak yang lain.

Sebab tu jugak la ceq tak berkenan dengan lelaki pandai masak. (pandai in this sense bukan takat masak megi dan goreng ayam, tapi masak creme brulee dan cordon bleu sambil uli tagliatelle sendiri. Hang tak tahu apa itu tagliatelle? Baguih!). Biaq la ceq sorang yang pumpang pumpang kat dapur tu masak lauk 4-5 periuk. Asal ceq tau ceq ada tanggungjawab dan kuasa kat dalam rumah tu.

Pendek kata, say no to lelaki ala2 Jamie Oliver, Robert Rainford tak pun Anthony Bourdain! Tak payahlah susah-susah nak belajar masak nak tambat hati kita bagai. Biar kita yang tambat hati dia dengan masakan kita. <link>
Jadi, kalau orang habaq kat hang “Hey, go make a sandwich!” senyumlah dan kata “Yeah I will. But I’ll only give it to you if I want to.” Woha! The power of cooking baby!

Assalamualaikum...ceq pi dulu naa....

Ulasan

Diyana Munira berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Diyana Munira berkata…
Cooking is cool what! Boleh experiment and test jadi ke tak jadi, sesuai ke tak, sedap ke tak. It's tiring but fun.

I'm not really good at cooking but boleh lah. For me, cooking is the only thing yang kita boleh feeling2 jadi scientist without having a science degree. Cuma kena kemas lah lepas tu.

That girl patut cakap, "I got this one here." Lepas tu the guy will say, "Mentang2 lah dia perempuan, bila tugas yang melibatkan dapur terus ambik."
Tanpa Nama berkata…
counseling@terfaktab.com.

i've send you.
Farhana Aziz berkata…
Woah! This is nice. The power of a lady/wife perhaps?
azuwa berkata…
tapi keje dalam dapur not ENTIRELY for the wife. si husband pun sedikit sebanyak patut tahu jugak pasai hal masak2 ni.
kan agak romantik bila pasangan masak sama2, kena percik minyak sama2, basuh pinggan mangkuk sama2? tak gitu?

jangan jadi lelaki tipikal malaya sgt. kdg2 tu belajar tgk lelaki omputih cara dia tolong bini kat dapur.
reenapple berkata…
ohooo.. setuju... tapi lelaki yang pandai masak macam sweet jer.. hahaha.
amira berkata…
boys masak seksi en . haha
Hanadihaz berkata…
Laki aku cakap, sape kawal remote TV dia kawal rumah. Ha ha ha!
Cikya berkata…
dear Bent,

*taip laju-laju*

haha, pehh, stok menu dalam AFC channel jer, tak pom travel tibi tuu..
EH, saya tak kesah dia pandai masak, alar, dia pandai masak berapa kerat menu je *gelak sombong*.

dah nikah nanti, pesan saya,
kalau pom awak tak reti masak, sekurang kita shopping groceries sama- sama eh. Hulur la seratus dua. Creme brulee dan cheese cake yang awak duk gila tu mahal tahu nak buat.
Naseb saya baik... *halusinasi si skizo*

thanks BEnt!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.