Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerpengi(cerita pendek gila)

Slot Drama Cinta Ringkas

Saya masih serius mencintai teman wanita saya manakala teman wanita saya pula masih serius mahu saya meninggalkannya. Jadi pada suatu malam yang dingin, di mana suhu hampir mencecah -4 darjah celcius saya pergi berjumpa dengan teman wanita saya untuk membincangkan hala tuju hubungan kami. Kami berjumpa di tepi tasik di pinggir ibu kota. Sengaja saya memilih tasik sebagai tempat pertemuan untuk membangkitkan mood melankolik dan drama. Saya duduk di atas sebuah bangku sambil kepala mendongak melihat bulan. Tidak lama kemudian, teman wanita saya muncul dan kini bulan sudah menjadi dua. Dia hanya berseluar jeans dan menyarung baju panas yang saya hadiahkan padanya dulu. Baju panas itu saya kait sendiri apabila tiada drama menarik untuk ditonton di tivi. Dengan masih mahu memakainya, itu adalah satu perkembangan yang bagus untuk cinta kami berdua. Dia duduk di sebelah sambil tersenyum manis. Saya menyelitkan sekuntum bunga matahari yang memang saya sengaja bawa untuk mencuri ha...

Harapan

"Jadi awak mengalah?", tanya Amni pada Adli yang dari tadi diam membisu. Adli menghembus keluhan panjang. Tidak, dia bukan mahu mengalah tapi dia sudah tiada harapan. Tanpa harapan, manusia akan mati, pokok akan berhenti berbunga dan burung akan berhenti berkicau. Kita semua perlukan harapan. "Bukan saya mengalah Amni, tapi kita terlalu jauh. Jauh sehinggakan cinta itu terhalang-halang. Apa saya boleh lakukan kalau suatu hari nanti saya terima berita kecelakaan tentang awak sedangkan saya berada beratus kilometer dari awak?", jawab Adli perlahan. "Jadi awak mahu tinggalkan saya hanya kerana jarak? Awak sudah ada gadis lain?", tanya Amni sedikit mendesak. Wajah manis itu tidak lagi menguntumkan senyuman. Bukan baru semalam mereka menyulam cinta tetapi sudah begitu lama dan kali ini lelaki kesayangannya itu memberikan alasan jarak untuk memutuskan kasih. "Saya tak pernah ada gadis lain, saya cuma tidak mahu awak menyesal atau saya menyesal. Demi Tu...

Cukup-cukuplah..

Ardy melihat air mata yang jatuh di pipi Athena. Dia menghembus asap rokok perlahan dan menggenggam tangannya yang menggigil. Demi Tuhan, malam ini dia tidak mampu mengesat air mata itu. Athena datang dengan rasa sesal yang berlangit-langit dan Ardy hanya mampu menahan hatinya yang sakit. Ini bukan soal ego, ini bukan tentang menjilat semula ludahnya, ini tentang perasaan. Andai diberikan semula perasaannya pada Athena adakah rasa itu akan semanis dulu? Andai diberikan semula satu peluang adakah percintaan mereka akan mekar seperti dulu? Tidak, dia tidak akan mengulangnya kembali. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersimpan rapi. "Maafkan aku, Athena. Tiada apa yang dapat menggantikan diri kau meski diri kau sekalipun", bisik Ardy sambil melangkah meninggalkan Athena yang terduduk mengadap ombak. Sudah terlalu banyak air mata kau yang aku tumpahkan, Sudah terlalu banyak janji yang kubuat dan aku leraikan, Sudah terlalu ban...