26 November 2011

Cukup-cukuplah..

Ardy melihat air mata yang jatuh di pipi Athena. Dia menghembus asap rokok perlahan dan menggenggam tangannya yang menggigil. Demi Tuhan, malam ini dia tidak mampu mengesat air mata itu. Athena datang dengan rasa sesal yang berlangit-langit dan Ardy hanya mampu menahan hatinya yang sakit. Ini bukan soal ego, ini bukan tentang menjilat semula ludahnya, ini tentang perasaan. Andai diberikan semula perasaannya pada Athena adakah rasa itu akan semanis dulu? Andai diberikan semula satu peluang adakah percintaan mereka akan mekar seperti dulu? Tidak, dia tidak akan mengulangnya kembali. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersimpan rapi.

"Maafkan aku, Athena. Tiada apa yang dapat menggantikan diri kau meski diri kau sekalipun", bisik Ardy sambil melangkah meninggalkan Athena yang terduduk mengadap ombak.




Sudah terlalu banyak air mata kau yang aku tumpahkan,
Sudah terlalu banyak janji yang kubuat dan aku leraikan,
Sudah terlalu banyak jerit pekik kita memecah kesunyian,
Sudah terlalu banyak kata-kata nista yang kita lemparkan,
Sudah terlalu banyak impian dan angan-angan yang kita musnahkan,
Sudah terlalu banyak rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih, rasa rindu yang tidak keruan,
Hari ini jika kau kembali,apa yang aku hanya mampu katakan,
Cukup-cukuplah..


Kau mungkin mimpi paling manis dengan pengakhiran yang paling menyeksakan.

39 ulasan:

MOFASAD berkata...

1st~

Akmal Azim berkata...

seken!

Leplep berkata...

third!

MOFASAD berkata...

mmmuAAAhhhhh!

greek goddess berkata...

foth :P

Leplep berkata...

muahhhh..ahad ni awak balik tak? rindu tau nak gomol-gomol dengan awak kat stadium..

telor power berkata...

nak juga.... ke lima, hehehe

gracieyna berkata...

gila lah. ni ayat leplep ke? gua ingat ayat LZ tak pun SK tadi. sejak bila leplep pandai berbunga-bunga ni?

Ummu Fatihah berkata...

hampir menitis air mata aku baca entri ni..betul tu. betul sgt2!.. cukup-cukuplah...huhu~

dill berkata...

:) faham.

dill.

cikpia berkata...

setuju.

cukup2 la.

Amni berkata...

hemm.. perasaan....

Cik Azmah berkata...

I love you leplep ^^ hehe

Cha berkata...

Cinta. ada madu ada racun. orang nak bercinta harus berani mengambil risiko ni.

Tanpa Nama berkata...

Bravo leplep..

Yee..Jgn jilat ludah sendiri..nnt dpt byk penyakit..apatah lagi ludah org laenn..iyewwwwww..

Eyka berkata...

abam pon putus cinta gak ek? patut la ayat abam puitis..keh keh keh :P

wey..sabar..biasa letew putus2 ni..nanti kau akan berterima kasih pada dia gak satu hari nanti sebab lepaskan kau..the time is come..hahaha:P

kbai:P

Eyka berkata...

lupe komen...dah masuk terfaktab balik ke? perghhh! selamat kembali :)

aki_san berkata...

tidak.......jgn tggl kn athena,,,,fight 4 her!!
anyway leplep mmg best...

annur larra berkata...

rindu kat leplep. tersentuh gua baca entri nieh :')

♥ Capital N berkata...

ini menyakitkan . Hm .

3no gr33ny berkata...

lebih baik biarkan berlalu dari mengulang masa silam yang mungkin tidak dapat diulang lagi

Tanpa Nama berkata...

anak haram mana guna 1st seken ni suma. gampang.

shahirahkhairudin berkata...

*tampor tampor pipi alep*

lep ooooo lep ! bangun lep ! ko sedor tidak ni?

~fais~ berkata...

:)
nape cite cam same je ngan kisah aku?

laplap berkata...

i lep u kanda leplep <3

Syara Mohammad berkata...

Leplep...

Cukup-cukuplah tak mampu mengubah...

ZeBentPenzel berkata...

leplep...gua dah agak lu rabak sejak lu gigil baca sajak cinta ritu.

kehkeh!

*tetepuk bahu*

Dylla Fadzil berkata...

lost count =.="

fatenalina berkata...

sedih la weh.

erleena berkata...

lost count too -.-

hamzah ian berkata...

lep lep dihatiku

Tanpa Nama berkata...

perlu kekuatan untuk mengatakan "cukup2lah", tak semua mampu atau punya kudrat untuk berhenti.
pada yang masih mencuba untuk meninggalkan kejengkelan itu, usaha lagi. satu masa, mungkin di hadapan sana, ada yang mampu membuat kita tersenyum tanpa perlukan air mata.
hmm..

Tanpa Nama berkata...

@Tanpa Nama tq tanpa nama... :')

Siti Najwa berkata...

@___________@
err, enggak faham isi ceritanya.....

Tanpa Nama berkata...

mmg perlu kudrat. ada masa dan tika, kita rasa kita dah blh bernafas dgn sendiri. the moment rasa atau org itu datang, gugur dinding yang kita buat.
dlm hidup, perlu ada rasa ikhsan. terutama pada diri sendiri.
mmg perlu kuat.

nee berkata...

nak nangis sioll..

dylaroxy berkata...

=)) cukup2 lh =))

nrl dya berkata...

abg kejamm..abg kejam.!! (sambil tumbuk2 maje kat dada)
hahaha~
sebenarnye serious sodih!

Tanpa Nama berkata...

enough is enough...cukup2lah..bila semuanya menjadi hampa,perasaan pon dah jadi kering..xada apa lagi yg tinggal..hanya ucapan selamat tinggal yg mampu diucapkan,walau dlm hati ini hanya namamu yg bertakhta,perit akan kujalani jua....