Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel adatbudaya

Solitud Si Carik Rupa

Kau adalah antara orang yang bangun paginya sentiasa melihat cermin kerana kurang yakin dengan wajah diri. Sejak kau mengenali apa itu mimpi basah dan datang bulan, seringkali, kau ke mana-mana, menghias badan dengan pakaian cantik-cantik dan mewah-mewah, tidak dipandang oleh mana-mana yang berlainan jantina. Walaupun kau berpakaian indah-indah ketika hari ulangtahun kelahiran, kenduri kahwin dan hari perayaan, langsung tiada mata yang memandang. Kau fikir, apa yang salahnya pada wajah kau. Hanya sedikit berlainan dari orang lain. Hidung pesek tidak terletak di tempat yang betul, gigi tidak sama rata antara baris, mata bulat besar sebelah, telinga capang dengan cuping besar, pipi dahi hidung dagu berjerawat jeragat, kepala berkelemumur yang tidak terkawal adalah antara sifat-sifat pada diri kau. Itu baru sifat yang berada di kepala, belum lagi sifat di bawah kepala. Entah apa lagi kecacatan yang dimiliki kau, segalanya menjadi rahsia milik kau buat selamanya. Malu jika diketahui ora...

Bertunang: jangan ler ingkey sangat !

Imej
[ sumber ] Assalamualaikum and hye all !! Ecewahhhhh.. Dari tajuk pun kome dah tahu aku nak sembang pasal apa hari ni kan. Jadi kita straight to the point je lah ye. Tak payah nak kona kona. Bertunang. Tak kira la orang melayu ke, orang putih ke, orang cina ke, orang india ke, majlis bertunang ni memang sesuatu majlis yang akan diraikan sebelum pasangan itu melangkah ke alam perkahwinan. Betul? Betul kan? Aku tak nak cerita pasal orang lain punya pertunangan. Aku nak cerita pasal orang melayu punya pertunangan. Kalau ikut adat melayu, wakil keluarga pihak lelaki lazimnya akan membawa tepak sirih/ sirih junjung untuk membuka bicara, sedikit manisan dan dah tentu tentu sebentuk cincin untuk menyunting si gadis. Betul kan? Lazimnya sejak dulu lagi macam tu lah kan? Hurm.. kalau nak diikutkan, dalam islam sendiri pun sebenarnya bertunang ni memang ada. Err kita panggil ia sebagai khitbah yang bermaksud meminang atau melamar. Lamaran itu pula dilakukan menerusi wakil pihak lelaki. H...