Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel edisi keluarga

The Real AdaMaya!

Imej
Bapak atuk aku (moyang aku) adalah orang india.Jadi atuk aku punya muka pun automatic jadi macam Saif Ali Khan.Dia memang handsome I tell you.Sampai sekarang pun masih handsome.Dia cikgu daripada Johor yang ditugaskan di Terengganu (kampung nenek aku),dia mengajar english.Dia suka lepak dekat satu kedai dengan membe-membe dia setiap petang (kedai moyang aku,sebelah nenek) atuk aku ni memang friendly tapi bahasa terengganu dia teruk gila.Apa-apa pun dia berkawan dengan ayah nenek aku,Pok Mail. Satu malam,atuk aku nampak nenek aku baru balik daripada kelas mengaji.Masa tu atuk aku tengah duduk melangok kat padang bola sambil hisap rokok.Terus dia panggil nenek aku dengan mengeluarkan bunyi burung. (dimana pada zaman ini hanya dilakukan oleh rempit dan bunyi itu sangat dibenci oleh kaum wanita.Take note,jangan mengulangi kesilapan atuk aku) nenek aku,of course rasa sangat meluat tapi aku tak faham kenapa dia layan juga atuk aku. "apa?" "pergi mana?" "balik lah...

Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan

Assalamualaikum. 안녕... Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik.  Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki;...

Terbaik.

Imej
Terbaik. Satu perkataan yang kita selalu sangat cari-cari. Tak kisah lah untuk diri sendiri. Diri sendiri mahu jadi terbaik untuk segala benda yang dibuat. Mencari yang terbaik pada orang lain. Mahukan makwe yang terbaik. Mahukan ayah dan mak lakukan terbaik untuk kita. Terbaik? Apa yang terbaik? Apa yang terbaik yang kau orang semua dambakan? Pejam mata. Bayangkan kau berada di satu padang yang luas. Gelap sekelilingnya. Kau mencari nilai seorang manusia yang selalu mahukan segalanya sempurna. selalu yang mengimpikan segala plan, idea dan imaginasi palsu untuk menjadi kenyataan. Mempunyai seorang pasangan yang memahami. Tapi sejauh mana kau memahami pasangan tu? "Kalau dapat yang betul-betul sayang aku, faham aku, pandai jaga aku, itu sudah cukup. Kacak atau lawa tu semua bonus." Cuba lah menjadi lebih jujur dalam segala hal. Sejauh mana bonus itu muncul kalau kau alih-alih hanya approve lelaki dan perempuan handsome di dalam facebook? Mudah. Bukannya tak jujur. Maafkan...

Selamat Hari Papa :')

Imej
Bila aku tengok gambar kat atas ni, suatu rasa kasih sayang seorang ayah kepada anak dia sukar digambarkan melalui ayat. Kau pun rasa macam tu kan? Papa lah sumber kewangan aku. Kalau tak setiap bulan dalam akaun bank aku mesti kosong. Papa lah yang bersusah payah hantar buku latihan aku kat sekolah bila aku tertinggal kat rumah - HAHA Bila aku cakap aku nak something mesti papa cuba tunaikan. Contohnya nak henfon baru, terus Sony Cedar dia belikan walaupun phone tu murah tapi ada sentimental value tahu.hikhikhik. Sebenarnya aku tak pernah pun nak wish ayah aku Happy Father's Day atau bagi kad. Tapi ini tak bermakna aku jenis tak mengenang budi orang tua woi :) Happy Father's Day

Ayah + Ibu = Anak Yang Comel (Aku)

Assalamualaikum and a very good morning I bid to all my readers. Ehem ehem. Bukan ape. Aku saje amek mood nak speaking berabuk sebab aku ada muet esok. Tetiba rasa haram J bila teringat yang aku sepatotnya tido awal kengkononnya takot bangun lambat esok. Kikiki. Busit sume tu! Okay, habis citer aku nak amek muet. Skang mari berfokus dengan apa yang bakal aku coretkan. Sempena minggu kekeluargaan ni, aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri. Pehhh! Bukan senang siak aku nak tules based on my own experience. Sebab biasanya aku cilok pengalaman-pengalaman orang dan aku terjemahkan dalam penulisan aku. Here it goes... Masa aku kecik-kecik dulu, parents aku macam parents orang lain jugak. Ada ke parents yang suka suki bagi anak dorang bercinta sakan masa tengah pakai baju sekolah lagi? Aku tak rase ada. Dan kalau ada pon anak-anak muda budak sekolah yang berkapel bagai tu, aku tak rase dorang dapat approval daripada parents dorang unless parents dorang memang open gila la weh! Kalau aku ...

[Edisi Keluarga] Dementia. Alzheimer.

Imej
Penyakit dementia. Lebih kurang penyakit alzheimer juga. Orang tua yang lupa jalan balik rumah. Lupa macam mana nak perform one task. Dan mereka hanya boleh ingat memori memori yang dah lama berlalu. Mereka tidak dapat ingat perkara yang baru terjadi. T_T. Kadang-kadang kejap ingat kau siapa. Kejap tak ingat langsung kau siapa. Bersempena dengan edisi keluarga minggu ini, mari kita sama sama menonton sebuah short film daripada Singapore ni. Sangat tacing habis tahu. Tengok hoi sampai habis. Ada subtitle english. Kalau malas nak tengok. Meh aku cerita summary dia. Cerita dia pasal seorang nenek yang cuba masak nasi untuk cucu perempuan dia. Lepas tu periuk nasi kat dapur tu katanya tak boleh pakai. Rosak padahal periuk tu tak rosak pun. Cuma nenek tu terlupa nak pasang plug dia. Lepas tu nenek tu pergi kedai nasi ayam. Bungkus nasi untuk cucu perempuan dia tu. Then, nenek tu dalam pertengahan nak balik rumah tu. Dia terlupa jalan balik rumah. Sampai ke malam dia cuba cari jalan nak bali...