Artikel Kotak-kotak Terakhir Penulis Sahaja.
Dalam dunia ni, setiap yang mempunyai hujung, pasti akan ada hujungnya yang lagi satu di satu sudut yang lain. Setiap yang bermula, pasti akan bertemu dengan pengakhiran. Setiap yang ada, pasti akan tiada semula. Setiap yang di atas, dengan kuasa alam, dia akan jatuh juga. Tiada apa yang kekal selamanya di tanah pinjaman Tuhan ini. Mungkin ramai orang sudah tahu dan ramai orang belum tahu. Semalam ialah hari aku di Terfaktab. Aku sudah tarik diri dari apa sahaja aktiviti Terfaktab sejak semalam. Jangan kata aku buat keputusan drastik. Hasil perbincangan 2 bulan lepas dengan Aqram, ya dia lepaskan aku 21hb Mei. Walaupun sebenarnya aku minta untuk dilepaskan pada 21hb April pada awalnya. Ya, semasa proses Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal sedang disiapkan dan launching tempoh hari, sebenarnya aku masa tu dah hampir waktu-waktu terakhir dengan Terfaktab. Aku masih ingat kali pertama Aqram tanya aku pasal hal Terfaktab 2 tahun lepas. Masa tu dia rancak membaca blog aku. Tulisan yan...