Setia Sampai Mati.

Setia. Satu perkataan yang amat besar walau dengan hanya lima huruf yang berlainan. S-E-T-I-A. Setia. Ramai orang gerun dengan satu perkataan lima huruf ini. Kenapa? Mereka takut dengan masa depan sebenarnya. Apakah yang mereka ungkap itu akan berjaya mereka laksanakan pada masa hadapan? Mereka takut masa depan lain pula ceritanya. Janji setia. Aku janji akan setia pada satu benda, satu benda. Tapi mampu ke kau setia dengan benda tu? Hah. Kau takut?

Aku tak mahu cerita lebih mengenai setia dengan bahagian religious (agama) kerana ini adalah benda wajib bagi setiap orang untuk setia dengan agama dan kepercayaan mereka. Terutamanya muslim. Jangan nak cakap banyak tentang kepercayaan agama Islam aku. Kolot? Mengongkong? Cuba dalami dahulu agama ini. Kau akan tahu kenapa aku setia dengan Islam. Ahhh. Aku ilmu tak banyak. Aku tak boleh nak berbahas mengenai cerita agama ini dengan kamu semua. Jadi baik aku senyap sahaja. Kalau aku tahu pun nak berbahas, aku ni jenis tak reti nak susun fakta untuk disampaikan.

Gambar Hiasan Tak Punya Kena Mengena

Setia? Apa lagi aku setia dalam hidup aku? *fikir* Aku setia dengan janji aku. Yes. Aku akan cuba sedaya mungkin untuk mengotakan janji. Kalau tak terkota pun, aku akan mencuba sehingga titisan terakhir. Aku akan mencuba. Aku tak berani nak janji dengan orang lain. Selalunya aku kata,

"Kalau ada rezeki."
Sebab rezeki itu dari Tuhan. Dalam erti kata lain, dengan manusia lain, aku tak akan berjanji kalau aku tak pasti mampu tunaikan. Kau mencarut banyak. Jadi apa yang kau setia dengan janji nya kalau perkataan janji pun tak berani nak sebut. Nak tahu? Janji dengan diri sendiri. Berlaku jujur pada diri sendiri ialah masalah paling besar di dalam dunia manusia. Kalau dengan diri sendiri pun terkongkang-kongkang nak setia, apa entah nanti kau nak bersama dengan orang lain sampai mati? Mampu tak kau setia dengannya hidup berpuluh tahun sampai cucu cicit? Mampu? Tak? Itu semua terserah dengan keyakinan diri. Setia pada keyakinan diri.

Kau, kau, kau, takkan tahu apa yang aku janjikan pada diri aku sendiri. Yang pasti, aku setia pada janji itu. Yang pasti, aku akan cuba sedaya upaya untuk kotakan janji tu. Yang pasti, BUAT - DOA - TAWAKAL.

p/s: seperti setianya seekor anjing bernama Hachiko menunggu tuannya pulang dari stesen keretapi, walaupun realitinya, jasad tuannya itu sudah lama tidak wujud di dunia.

cuitan dari blog sendiri.

Ulasan

cikpia berkata…
paling penting setia + jujur ngan diri sendiri....
cik ery berkata…
ahhh.anjing itu...

serius sedih tgk cte tu
AsyieqiN Rkey berkata…
setia pada diri sendri...hmmmm
Tanpa Nama berkata…
nk kena setia mcm anjing ker? ...oooo
Wadi AR berkata…
aku penat jd setia. mlgnye curang yg dpt kt aku.
aqel berkata…
cerita hachiko sedih. nangis2 tengok. setia benar anjing itu, lebih daripada manusia...
Unknown berkata…
sekali saja aku tonton hachiko. itupun aku sampai satu jam lambat dari tayangan.

setia. senang dibuat kalau kau jumpa si dia yang sememangnya benar-benar untuk kau.
Tanpa Nama berkata…
aku suka cite hachiko tu.. ternyata syahdu menusuk kalbu..

-pencinta binatang
TheBentPencil berkata…
Hakikatnya manusia tu akal dia lebih panjang.

sebab tulah dia tak boleh setia macam anjaing.
katakanlah Insya Allah = dengan izin Allah...

kita sebenarnye berjanji akan lakukan sesuatu benda tetapi semua itu hanya dapat dilaksanakan dengan izin Allah :)
laskar pelangi berkata…
tak kemana kalau setia.tapi pasangan tak setia.kena sama2 setia.baru power :D

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.