Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bukan penggoda

Godaan yang terakhir.

Imej
Bismillahirrahmanirrahim -- Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum w.b.t. Serius jari aku terketar-ketar di saat aku menulis entri ini dan perasaan aku sebak tak terkira. Menahan air mata daripada berjujuran jatuh ke atas papan kekunci, aku gigihkan diri menaip sepotong entri, terakhir, buat tatapan bersama. *senyum* ***** Orang kata goodbyes are never easy. Tapi pada setiap pertemuan pasti ada perpisahan, lalu harus diturut kata yang mana? Eka teruskan perjalanan membelah sepi malam. Fikirannya kusut.  Bagaimana mahu diletakkan satu titik noktah pada satu perhubungan yang dia tahu tak elok di sisi agama yang dia anuti sedangkan dia sendiri tersepit dengan perasaan sayang yang menggunung pada seorang lelaki ajnabi - Man. "Babe, I never said that it's gonna be easy. But just believe that Allah will always ease our true paths." Husna menepuk lembut bahu teman sebiliknya. "Takde sempena apa-apa, tap...

Seorang ayah yang terfaktab.

Assalamualaikum. Setiap anak perempuan pada hakikatnya adalah kesayangan dan kerisauan seorang ayah. Percayalah, tiada ayah yang tidak mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lagi-lagi anak perempuan. Dan makin meningkat dewasa seorang anak perempuan, kerisauan seorang ayah semakin menebal. Demi memikirkan siapalah yang bakal mengambil alih tanggungjawab menjaga amanah sepenuhnya ke atas anak perempuannya, seorang ayah yang selain makin memutih rambut di kepala, rasanya juga makin menyesak dada. Dan apa yang sedang berlaku pada aku masa ini adalah apa yang juga dilalui oleh anak-anak perempuan lain. Aku membesar sebagai anak perempuan tunggal yang jika mengikut gejolak jiwa seorang remaja, aku acap kali memberontak. Mahukan ini, tapi ayah mahukan itu. Tidak mahukan itu, tapi itulah yang dimahukan ayah. Apa yang aku rasakan sering sekali bercanggah dengan kemahuan seorang ayah. Tapi sebagai seorang anak yang menggelodak jiwanya, segala kemahuan ayah sering aku anggap sebagai...

Tentang keseriusan hubungan.

Imej
Assalamualaikum. Fuh! Laaaaaamaaaaaaaaa gilaaaaaaa rasanyaaaaaaa tak update entri kat sini. Nyeynyeynyey. Ya, aku tahu takdak orang yang heran pun aku update ke tak, tapi saje jela nak kabo yang aku bizi menyekolahkan kanak-kanak tak cukup umur kat tuiter nun. Okay habis mukadimah. Mari teruskan pembacaan dengan perasaan dan emosi yang lebih serius berbanding nyeynyeynyey. Tinggalkan nyeynyeynyey emotion di belakang, on kan mode serious anda sekarang! Dalam hidup ni, kita akan sampai satu fasa yang kita panggil sebagai looking forward to a marriage. Belum sampai tahap berkawen lagi, tapi ini adalah satu fasa sebelum berkawen. Fasa ini biasanya kita akan mula tercari-cari siapakah yang sudah pun dituliskan namanya bersama kita di Luh Mahfuz oleh Allah.  Pada fasa ini jugak kita akan didedahkan dengan pelbagai macam pilihan. Ada yang kita berkenan tapi dia tak berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan tapi dia berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan dan hek...

Biar hati rabak, jangan iman koyak.

Artikel kupasan Ustaz Zahazan menjadi artikel terakhir yang dibaca dalam majalah SOLUSI. Artikel yang bertajuk 'Selamat Biarpun Dicampak ke dalam Kandang Singa' sangat menyentuh hatinya. Sebaik majalah tersebut ditutup, kedua tangannya diapungkan ke udara dan pinggangnya dikilas ke kiri dan kanan bagi meregangkan urat yang terasa sangat tegang. Jari diletupkan satu persatu. Sumayyah bingkas bangun dari kerusi malas ke arah katil. Bantal ditepuk, stokin dipakai, cekak diletakkan di atas meja sebelah katil. "أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Perlahan suaranya seakan berbisik mengucapkan dua kalimah syahadah dan seraya membaca doa tidur. "Semoga Engkau masih sudi memberi aku peluang untuk bernafas esok, Ya Allah," lirihnya sayu sebelum kedua kelopak matanya dikatup sambil bibirnya galak melafazkan zikir memuji Sang Penciptanya. ...

Awak, Kita Sayang Awak...

"Abang! Tunggulah... Janganlah jalan laju sangat." Puas Kina mempercepatkan langkah untuk mendekatkan jarak dengan abangnya yang hendak ke padang. "Eh, Kina tu perempuan. Orang perempuan mana main bola kat padang. Pergi tolong ibu kat rumah la. Jangan ikut abang!" Masam mencuka terus muka Kina ditempelak sebegitu rupa. "Abang ni... Sampai hati... Orang nak ikut pun tak boleh. Takpe, takpe. Kina bagitahu ayah, abang rosakkan printer ayah hari tu." Taktik ugutan saje yang berkesan setakat ni. "Ish, diam ah! Kalau nak ikut tu, jalan jauh-jauh sikit. Huh!" Pantas Kifli berlari meninggalkan Kina yang sentiasa cuba mendapatkan abangnya. ***** Oi, kata nak training petang ni. Tak nampak pun batang hidung kau kat padang. Satu mesej daripada nombor yang tak dikenali menerjah masuk ke dalam inbox Xperia Ray kepunyaanya. "Eh, aku ada janji dengan bebudak ni ke nak training debat petang ni? Tapi, sejak bila pulak aku nak trainin...

Should I set fire to the rain?

Assalamualaikum. And oh hai. 안녕! :) Penah dengar lagu Set Fire To The Rain by Adele tak? Penah kan? Mesti penah punya. Bukan apa. Lagu tu macam stuck dalam kepala kita sekarang. And it seems taknak keluar. Jahat kan? Macam ex kita jugak lah. Suka sangat stuck lelama dalam kepala kita. Pastu buat kita meroyan sengsorang. Kekeke. Okay, stop being mengada Zulaikha! Hehehe. Sbnanye kan, lagu ni memang kena dengan orang yang sedang terfaktab. Macam kita. I mean, kita tu as in kita - awak dan saya - us. Kita dah lama dah putus dengan ex kita. Tapi, macam biasalah, still takleh lupa. Ahh, sbnanye kita pon taktau nak tules ape! Kahkahkah! Sebab ape yang kita nak cter sbnanye dah dinyanyikan pon oleh Adele. Thank you Adele! Nak tengok ape yang Adele nyanyi? Nah, baca kat bawah ni. I let it fall, my heart And as it fell, you rose to claim it It was dark and I was over Until you kissed my lips and you saved me My hands, they were strong, but my knees were far too weak To stand in your arms ...

Bermuka-muka di Muka Buku.

Assalamualaikum.  Aku tules ni sambil ngadap tengok citer Ombak Rindu kat Astro First. Jangan tanya kenape aku tengok citer tu walaupon aku tak suka. Ya, memang mulut aku tak benti menyumpah citer tu. Kalau Maya Karin ke Aaron Aziz ke Osman Ali ke, atau sesape jela yang berkaitan dengan filem tu baca entri aku ni, mohon jangan mengada nak saman aku. Bawak-bawak la belajar terima hakikat. Huh. Ohh, aku takde la nak tengok sangat pon citer ni tapi sebab aku tengah online kat ruang tamu, jadi takleh nak elak la. Takkan aku nak tutup mata sambil tules entri pulak kan. Memang tu namanya aku sedang ngigau dalam tido. =.= Haaaa, dan sebelum aku tules entri ni, aku macam biasa la bukak fesbuk. Facebook = Muka buku. Orang Melayu memang suka buat direct translation kan. Aku sampai skang takleh terima. Facebook bukan ke membawa maksud buku muka? Jadi, kenape orang sebut muka buku? Sebab Najwa Latif nyanyi lagu muka buku, so terus menjadikannya betul untuk sebut muka buku? Yela, yela. Aku t...

Gatal dan Jodoh.

Imej
Assalamualaikum. 안녕... Aku rase bila dah cecah certain umur, isu kawen-pasangan-jodoh ni sume dah macam minum air. Punyalah kerap orang citer pasal isu ni. Nampak tak? Kalau tak nampak, taknak kawen eh maksud aku taknak kawan. Heh. Aku pon sbnanye sama je sedang lalui fasa yang kemaen merenyam lagi sikit-sikit je bukak citer kawen. Sikit-sikit je yang rase seronok di dunia ni adalah kawen. Yang rase meriah gila dalam dunia ni adalah kenduri kawen. Lebih-lebih lagi bila kawan yang rapat dengan aku pon dah nak melebihi fasa yang aku sedang berada. Maksudnya, aku hanya berada pada fasa yang 'hanya boleh CAKAP pasal kawen', tapi dia akan melebihi fasa ni dan akan berada pada fasa 'AKU AKAN KAWEN'. Huhu. Tak, tak, aku mane ada jeles pon. T_____T So, bila orang sekeliling aku dah mula citer sana sini pasal kawen, aku pon ape lagi, haruslah ikuti perkembangan semasa dengan bukak citer pasal kawen-kawen ni jugak. Aku bukanlah nak kawen sangat dalam masa terdekat ni, tapi bi...

Of Me And You.

Imej
Assalamualaikum. 안녕... Perasaan aku bercampur baur sungguh saat menaip entri ni. Entah berapa kali aku tules-padam-tules lagi-padam balik pon aku taktau. Mujur tak guna roba (baca: pemadam), kalau tak serius bersepah meja aku dengan habuk pemadam tu. Hukhuk. Terharu sangat kot dah sampai saat untuk tules penghargaan ke orang. Urgh, poyo. =.=' Okay, serius citer perjalanan aku dalam Terfaktab ni sbnanye banyak jugak onak dan duri (cewah ayat) tapi sampai ke saat ni, aku maseh juga gagah bertahan (walaupon hakikatnya banyak kali tersungkur dan enggan bangun). Aku akui aku bukan bermula dengan blogger pemes yang dah ada nama dan tempat di hati pembaca. Aku...adalah...sangat nobody. Nobody tu maksudnya wonder girls (?), okay tipu je. Maksud nobody aku tu aku menules untuk kepuasan sendiri di blog lama yang telah pon aku privatekan sebab mak aku baca. Kahkahkah. Macam lawak tapi serius. Mak aku pembaca setia aku kot. So, sebab mak aku selalu baca dan aku pon macam maken matang (celah...

Single Bukan Singlet.

Assalamualaikum... Korang penah tak lalui saat kau tahu kau suka kat seseorang ni tapi memikirkan macam terlampau cepat nak jatuhkan perasaan korang pada dia adalah perasaan suka, maka korang pendamkan saje sampai jadi pekasam, sampai dia dikebas orang, sampai korang berputih mata. Penah tak rase? Eh tak tak. Aku tak penah rase pon, saje tanya. Hukhuk. Biasanya perasaan yang kita rase ni ada banyak sebab. Ni yang aku nak share sikit ni antara sebab-sebab yang ada. CekiDAUD (bukan anak Musalmah atau Kassim). Huuu. #1 Tak setaraf Keadaan tak setaraf ni sbnanye banyak cabang. Tak setaraf dari segi pelajaran ke, rupa ke, harta ke, agama ke, adik beradik ke, erk jadahnye nak setaraf dari segi adik beradik kan. Tapi kalau part yang tak setaraf ni, kita mesti akan macam "Alaaa... Dia hensem, mane mungkin dia nak pandang kita yang muka tak siap ni..." , tak pon, "Pehhh, anak orang kaya beb! Kereta mata belalang siap ada kening tu. Takkanlah dia nak pandang insan marhaen mac...

We Only Share One Thing In Common...

Assalamualaikum. 안녕... *melambai dengan penuh semangat dan sengihan lebar terukir* Rase macam dok obesi pon ada jugak bila tules tajuk dalam bahasa omputeh. Miahahahahaha. Saje je nak nampakkan yang aku pon boleh tules dalam english walaupon sekadar tajuk. Kikiki. *blushing* Recently (kemaen!) kalau yang ada like page terfaktab , mungkin ada yang perasan kot aku selalu up status yang bajet aku tengah angau kat seseorang kan. Sbnanye aku bajet jettew. Yela. Nak menghayati watak sebagai admin terfaktab yang tak pandai menggoda ni ingat senang ke? Selama ni aku macam tak berusaha je kan (memang pon), so kali ni aku cuba mengaktifkan diri supaya aku dapat jugak la tandingi sape-sape yang patot. Hukhuk. So, memandangkan kerajenan aku mengapdet entri bagai burung mati kena langgar, (haaa nampak tak betapa tak kerapnya aku update sebab aku jarang tengok burung mati kena langgar) so kali ni aku nak tules tentang apa kemungkinan yang mungkin berlaku dalam pasangan yang memungkinkan mereka d...

Perasaan Yang Sementara.

Assalamualaikum. 안녕... Aku sentiasa fikir yang setiap hari mesti kena ada penambahbaikan yang kita buat pada diri kita. Jadi, bila setiap kali aku fikir aku dah pon move on, sbnanye aku tau deep inside aku belum lagi move on. Aku belum jumpa lagi orang yang betul-betul boleh menggetarkan sanubari aku dan membuatkan tido aku tak lena, baik siang atau malam. Aku secara serius belum jumpa lagi orang yang mampu buat aku masih tersenyum di saat badai melanda (ayat kemaen) dengan hanya memikirkan bahawa dia ada di sisi. Serasa aku, aku masih lagi belum jumpa orang tersebut. Nak dijadikan cerita, hari tu aku ada pegi satu pertandingan ni dan oleh sebab perjalanan yang memakan masa selama enam jam, dan aku tak tido langsung sebab, takot lecturer aku ngantok satu, takot dia sesat pon satu. So, kitorang berborak macam-macam benda. Dan tiba-tiba dia buat tafsiran dia pasal diri aku. Macam mana pandangan dia kat aku. Aku tak terkejut pon sebab normal la tu orang judge kita the way they want. C...

Semangat Gila.

Assalamualaikum and 안녕... Punyalah lama aku biarkan page 'New Post' ni sebab dah terleka dengan fesbuk & tuiter. Untuk yang belum pernah berjinak-jinak merpati dengan amende natang yang aku nyatakan tadi, aku nasihatkan tak payahlah nak berjinak-jinak merpati sangat. Tapi, kalau dah terlanjur tu, bawak-bawaklah folo terfaktab. Kehkehkeh. Haa. Cakap pasal fesbuk, skang ni kemanenen (baca: kemaen) galak sungguh status berantai ni "Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, TUNGGU & BERSABAR, tak perlulah kamu yang mencari ADAM kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang dan blablabla kamu hanya perlu berdoa agar Adam yang datang tu Adam yang beragama, beramal dan berakhlak baik dan blablabla dan bukannya Adam dalam citer Nur Kasih (okay yang ni aku tambah)...." Aku tules blablabla bukan sebab aku malas nak tules ataupon aku malas nak kopipes. Tapi ketahuilah anda sbnanye aku cuba untuk menjimatkan bilangan huruf. Hahah...

Nilai Hantaran Kahwin VS Maruah Seorang Perempuan

Assalamualaikum. 안녕... Aku tengok kat status fesbuk skang ni merata orang letak nilai hantaran kahwin terkini. Kononnya. Aku bukannya nak menentang ke ape. Cuma aku kurang bersetuju. Sebab benda-benda macam ni sbnanye hanya akan menambah masalah yang sedia ada. Apa masalah yang sedia ada? Masalah maksiat sudah tentulah, takyah cakap pon sume dah tahu. Masalah andartu dan buter (bujang terlajak) pon akan meningkat. Kadar perceraian dan poligami pon akan turut sama mencanak naik.  Eh, cakap pasal poligami, aku bukanlah tak setuju tapi harus kena pada cara dan kemampuan jugak. Hari tu aku ada jumpa sorang mamat ni, nak dijadikan cerita, aku borak la dengan dia. Dia terus terang je gtau yang dia dah ada dua anak, isteri je baru sorang. Dan biasalah, orang lelaki... Kalau bab-bab kawen lebih daripada satu ni memang cepat je keluar hukum tu hukum ni. Ikut sunah la, ikut hukum agama la, dan sebagainya. Memang fasih je dorang akan keluarkan segala macam fakta kan. Bak kata orang lelaki;...