Kata Satu.
Laman taman pagi itu terisi dengan ramai umat melakukan aktiviti bercucuk tanam. Dengarnya seperti ramai, tetapi yang hadir pada pagi itu hanya lima orang. Yang lain-lain, entah ke mana-mana. Masih membuta, melakukan aktiviti lain seperti membaca, beribadah dan memasak sarapan. Di laman taman itu, seorang gadis awal dewasa mengesat air matanya yang mengalir deras tidak berhenti. Aktiviti menggembur tanah dan mencarik-keluar rumput di sebuah pasu bunga tertanamnya pohon Cili terbantut. Kura tangannya lebih sibuk mengesat air mata berjatuhan di pipi dari menggembur tanah. Seorang wanita empat puluhan umurnya datang mendekati gadis yang menangis tadi. Wanita itu menepuk-nepuk bahu gadis yang lebih muda darinya sebaik meletakkan serampang tangan di dalam pasu bunga pohon Cili. “Yang sudah tu sudahlah, jangan dibawa kenangan yang lama,” tegur Cik Da. Nama mesra, nama panggilan wanita itu di situ. Nama asalnya Hasmidar, te...