Cik Ipah.
Zaman-zaman dulu, zaman sekolah dulu (entah tahun berapa dah, maklumlah saya dah tua), ada seorang kawan ni, saya panggil Ipah. Masa kat asrama dulu Ipah duduk block B tingkat 2. Ipah orangnya ramah senyumnya manis, saiznya sederhana dan tinggi lampai (OK tak tahulah betul-betul tinggi ke camana, sebab saya ni pun, lagi rendah dari Alexia Aqram). Ipah ni dalam bilik dia penuh buku, dah macam mini library. Ada novel, ada komik, ada VCD, semua cerita-certita jiwang. Maka student-student yang kopak duit tapi mahu entertainment selain TV1, TV2 dan TV3 selalulah berkunjung ke bilik Ipah mintak pinjam buku. Saya pun pernah pinjam 1-2. Amboih kemain novel grafik dia, boleh buat orang yang baca macam nak kawen kat situ jugak. kakaka. Mini library Ipah tak lawa camni, tapi buku dia power-power. ( sumber gambar ) Satu lagi perkhidmatan Ipah ni ialah, kaunseling. Tak kira petang ke malam ke, adalah yang jumpa Ipah buat sesi kaunseling. Kalau lalu depan pintu dia mesti nampak sorang teng...