Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel surreal

Cerpen:Berhenti Menjadi Penunggu - Dan Menunggu Untuk Jadi Penunggu Untuk Dan Terus Tunggu

Imej
nota:Sila tidak keberatan untuk membaca cerpen "Penunggu Di Stesen Keretapi I,II dan III" untuk memahami keseluruhan cerita ini. Penunggu Di Stesen Keretapi episod I Penunggu Di Stesen Keretapi episod II Penunggu Di Stesen Keretapi episod III Hari ini Saya melepaskan jawatan Dari segala jawatan yang telah diberikan Setelah sekian lama menanti jawapan Saya letak jawatan Saya dengan ini meletakkan jawatan Sebagai orang yang mengharap Dan jawatan ini Akan kekal kosong Sehingga bila ada yang mengisi jawatan ini nanti Ingin aku berpesan Menunggu tunggul untuk berbuah Menunggu pokok untuk berjalan Menunggu batu untuk bercakap Sama seperti menunggu jawapan Dengan ini saya melepaskan jawatan Sebagai seorang penunggu Tetapi sementara tidak menunggu Saya menunggu lagi Agar ada jawatan kosong sebagai penunggu Untuk saya tunggu Sementara itu,tunggulah Jawapan yang tak terjawab Kata yang tak terkata Ayat yang tak terayat Tunggu yang tak tertunggu Aku sudah penat untuk menunggu. Orang data...