Greatful: To That God Somewhere, Up There
Assalamualaikum gadis dan teruna. Saya tahu, saya tahu...entri ini akan membuatkan saya kelihatan separa evangelis. Dan tika masa orang lain menulis tentang penghargaan kepada teman lelaki/perempuan/mak/ayah/kawan baik dan entah siapa lagi yang dihargai itu; saya duduk di sini menaip tentang entiti bukan manusia--Tuhan. Ah, biarkan semua itu--kerana inilah titis pemikiran saya. Jujurnya, saya dan rakan baik saya sedang mengalami masa yang sukar. Dalam siri cinta kami sesama manusia, kami berada dalam kitar persoalan "Adakah dia cinta sama aku?/Adakah dia benci sama aku?" dan kami tidak pasti di mana ia akan berakhir. Merunsingkan--buat sesaat mereka titipkan pesanan cinta dan harapan--sesaat lagi mereka buat panggilan dan berkata "saya sudah ada yang lain". Dan lusa mereka datang, menghujani kita dengan janji lagi. Setiap kali rakan itu menghubungi dengan berita itu saya cuma boleh katakan, "Sabar sayang," tetapi selepas ribuan panggilan yang sama saya ...