Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gaduh manja

Satu pagi di Terfaktab: Kak Makjun membebel.

Pagi itu di pejabat Terfaktab keadaan agak sunyi daripada biasa. Tiada bunyi keletak-keletuk orang menaip ke komputer. Hanya bunyi pen Aqram mengetuk meja dengan ritma yang tetap. “Harini siapa punya entri kita nak post?” tanya Aqram. “Ntah..” jawab suara dari kubikel paling hujung. “Leplep, udah la tu mengorat awek dalam fanpage. Buatlah entri.” “Nantilahh...hari tu kan dah buat,” jawab Leplep sambil terkekeh ketawa. Amboi, adalah awek yang merajuk dalam fanpage tu. Kejap lagi boleh main pujuk-pujuk. “Reeney, you ada entri?” Aqram beralih kepada ER pula. “Takmau lah kacau. I sibuk ni.” Kata Reeny tanpa mengangkat muka dari kubikelnya. “Eleh, sibuk baca Sperma Cinta lettew.” Usik Raksasa Jahat. Tiba-tiba dia dibaling kertas ronyok dari kubikel Amoi. “Woit! Asyik usik orang je. Taknak buat entri, meh tolong aku buat heading ke, edit layout ke, ada guna gak,” arah Amoi. “Tak mau! Nanti aku salah coding kau cubit aku lagi...” Raksasa Jahat melarikan diri. . “Dah! Dah korang se...

Entri ini 99% perasan dan 1% keagamaan.

Imej
Seorang lelaki mengepos status ni pagi semalam. “Wanita muslimah, cuba bandingkan diri anda pakai tudung dan freehair. Mana satu lagi lawa?” Saya senyum sendirian. Of course la free hair saya lagi lawa. “Astaghfirullahalazim!” Awak mesti cakap camtu kan. Eh, betul la, free hair saya lagi lawa. Kekadang saya bangun pagi dengan rambut paling serabai pun, saya akan datang kepada cermin dan berkata “Hai beautiful.” Sungguh, rambut saya cantik sampaikan kalau Erra Fazira tengok pun dia akan depressed sebulan dua. Eh, perasan la you ni. Siapa nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan? Lagipun saya jaga rambut ini dengan baik, tahu? Habis tu kenapa saya membeli syampu dan sikat dan menyisir rambut setiap hari, kalau tidak kerana mahu kelihatan elok. Jangankan kata saya bertudung di luar, maka saya boleh biarkan rambut saya hensem seperti singa Afrika. Eh, pakai tudung pun jaga rambut ke? Mestilah. Ada kawan saya dua minggu sekali akan membuat treatment rambut di salon. Sapu syampu...

Kek Hari Jadi

Imej
Suasana sunyi itu mula terisi di dalam kereta yang sejuk dek penghawa dingin. Hati yang sejuk sukar di tembusi sebenarnya. " Sayang, kek hari jadi itu penting untuk semua orang " Aku mula diam membisu. Kelu memikirkan dan sesekali menjengah ke luar tingkap sambil mata fokus pada pemanduan. " Biarlah tanpa hadiah yang mahal, namun kek hari jadi itu tanda kita ingat pada orang yang kita sayang " Terus membatu, itulah yang aku lakukan. Jika bersuara, mula berperang. Tak bersuara, aku tak dapat memberi pendapat. Kesudahannya, aku statik dalam memilih sama ada hendak membuka mulut ataupun tidak. " Kemanisan pada kek hari jadi itu ialah bukti mengingatkan kemanisan antara kita berdua sayang. Tanpa kek hari jadi, apa lagi kenangan manis yang boleh kita kenangkan? " Oh celaka, air mata dia mula mengalir. Tambah dengan ayat yang menusuk, buat aku bertambah senyap, speechless . " Cibai lah, apasal aku lupa nak belikan kek untuk dia? ", monolog gua d...

Susah Sangat Ke?

Gua sbnanye ada satu penyakit. Penyakit ni gua namakan sebagai penyakit-update-sekali-harung . Bukan ape. Bila gua update kat blog asal gua, gua akan cenderung untuk update kat sini jugak. Dan bila gua tak rase (tak rase okay bukan malas) nak update, dua-dua gua abaikan. Orang panggil adil dan empat segi (baca: fair and square). Sungguh gua ni adil jugak orangnya. Hihi. Hurm. Gua sbnanye just nak mintak pendapat. Kenapa kan kalau orang cakap tipu, kita cenderung untuk percaya tapi bila dia cakap jujur, kita cenderung untuk reragu (bukan gegaru eh) ? Gua perhatikan benda ni memang berlaku la. Bukan gua sorang je yang penah alami, tapi gua yakin ramai jugak yang penah alami kan? Tolonglah cakap ya. Paling koman pon, tolonglah angguk. Kalau dah malas sangat, bolehlah balas 'k' (like my father always do when replying my text) . Huuu. Contoh 1: Makwe : Awak, awak sayang saya tak? Pakwe : Sayang... Makwe : Tipu! Saya tak percaya. Pakwe : Okay, tak sayang. Makwe : Sampai hati... ...