PET 101-couple perlu ke ada pets?
“Ayang, ayang suke ittew tak?” “suka, suka. Mestilah suke. Ayang kan ayang ayang. Ayang suka ayang tak?” “suke la. Tapi ada yang ayang lebih suka...” “siapa?” “kucing.” “hamagaddd! Ayang pun suka kucing jugak!” “hamagadd kite pun samew....jom bela kucing jom!” “jom....pastu kita namakan dia ayangayang...hihihi Seronok bukan bila anda mendapati bahawa pasangan anda turut meminati haiwan yang sama dengan anda. Tidak sia-sialah anda bersusah payah menyertai hashtag dengan mentweet selama 45697 kali yang kucing membuatkan anda #turnon ; alih-alih dapat RT dari sorang pakwe yang turut minat kucing. Selepas beberapa RT, secubit dua DM, dan satu #twtup dia pun menjadi pakwe anda yang sah. Ewah! Merepek la kau ni senah. Back to the program! Ya, seronok benar kalau ada “anak” yang boleh dijaga bersama-sama. Yalah, lepas ni ada la alasan nak bergilir-gilir jaga macam orang bercerai baru dapat hak penjagaaan dari Mahkamah Syariah. Tu belum lagi sesi pilih nama sama-sama, sesi beli makanan sama...