Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita illusi

Shipping yang tidak lagi free.

Imej
" Tok Kadi semua cuti panjang ke?  Nikah kan aje lah Neelofa Fatah Amin ni.  Dia punya menggelenyar ni kalau dibiarkan seluruh tamadun manusia boleh jadi bengap," kata seorang writer cum takafulman, Fdaus Ahmad. Umumnya ramai dah mula menyampah dengan hashtag #lofattah yang dipamerkan peminat mereka berdua di sosial media. Tuan punya badan sendiri pun, sudah tidak lagi berminat mengulas perhubungan mereka. Akan tetapi, peminat masih berharap, malah bersolat hajat lagi. Apa semua kegilaan ini? Shipping. Biasanya perkataan 'shipping' merujuk kepada perkhidmatan penghantaran kurier, tetapi 'Shipping' yang aku maksudkan ini ialah kependekan daripada 'relationship-ping' -- iaitu tindakan memasang-masang dua orang karekter yang digemari, biasanya oleh peminat siri TV, novel atau komik. Terma "Shipping" mula digunakan oleh fans Scully dan Mulder (X-files, bagi yang lahir di tahun 2000-an) menggambarkan keserasian mereka dalam k...

Cerita Ringkas Hari Jumaat Bersama Abang Borhan

Asalamualaikom warahmatullah hiwabarokatuh. Pagi ini hujan. Abang masih tercegat kat pagor rumah sambil menekan-nekan henset abang. Abang bukan nak hantor mesej ke Tuhan agar hujan berhenti. Bukan bukan. Abang nak hantor mesej ke drebar kampeni abang supaya ambek abang kat rumah. Gila engko jadi orang kanan Dato Seri (nama dirahsiakan) tapi takde drebar. Baik tak payah masuk bisnes juta-juta itu macam ye dok? Sedang abang macam ralit nekan-nekan henset. Abang terpana satu benda. Makwe! Dalam hati abang; "Amboi kemaen sayup-sayup suci muka dia. Ini kalau dapat taim-taim hujan ni mesti Tuhan marah" Astagfirullah. Abang mula berzikir menahan nafsu. Masih ada lagi keimanan dalam hati abang walaupun dah lama menduda rupa-rupanya. Tapi abang heran, makwe ni duduk mana? Ni kawasan rumah-rumah kenamaan dan elit. Dia ni takkanlah orang gaji Tan Sri (sekali lagi dirahsiakan)? Amboi, takkan orang gaji muka lawo macam Sari Yanti? Apa ke tak gilernya nanti jika ta...

KISPEN: "Halusinasi"

Imej
Aku menekan punat satu per satu, kosong, satu, dua, tujuh, tiga, sembilan.... "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih." Nombor ini tidak pernah hilang dari kepala, sentiasa berlegar-legar. Walaupun hasilnya tetap sama aku terus mendail dan mendail nombor ini. Sudah setahun aku cuba mendail, tiap-tiap hari tanpa jemu aku akan cuba mendailnya sekali. Aku masih buntu, kenapa dia yang aku sayangi tinggalkan aku, dia tahu aku masih sayangi dirinya. Segalanya berlaku setahun yang lepas, dimana salah aku juga, membiarkan dia sendiri tanpa teman, aku bergembira bersama rakan-rakan tanpa hiraukan dia, aku sendiri yang mencari malapetaka. Manusia tidak pernah hargai manusia lain sehingga kehilangannya, begitu juga aku. Dia marah denganku tapi aku seperti biasa membiarkan dia tanpa memujuk, kerana aku sangat kenal dengan dia, marahnya akan surut setelah lama aku biarkan, tapi aku silap. "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi", aku cuba berka...

perempuan jalang

Imej
biar apa pun rupa senyum kita percayalah senyum itu sesuatu yang cukup-cukup membahagiakan apatah lagi senyum sinis tanda kita menang [gambar: ihsan google ] perempuan itu senyum. menyenget senyumnya. senyum sinis. senyum mengejek. betapa dunia terlalu banyak mengajar dia menjadi jalang. bukan menjadi jalang kepada lelaki-lelaki bernafsu sebuas kuda. malah perempuan itu menjalangi jiwa dan hati-hati lelaki. jujur-tulus mereka dia tidak peduli. dia puas. gembira. malah seronok menjalangi perasaan-perasaan mereka. biar disebar virus-virus yang membawa mati. biar terbunuh jiwa-jiwa mereka. biar mati. keperawanannya telah dirobek kejam. hati dan jiwanya sudah tidak perawan lagi. betapa dia sudah sering ternoda, lalu menangis... kecewa. hatinya sudah terlalu tenat, bahkan hampir kepada mati. tapi.. tapi dia tidak mahu mati. dia benar-benar tidak mahu. dia bingkas bangun, berdiri, menjadi perempuan yang baru. perempuan jalang, menjalangi setiap jiwa yang mampir. ...

Satu pagi di Terfaktab: Kak Makjun membebel.

Pagi itu di pejabat Terfaktab keadaan agak sunyi daripada biasa. Tiada bunyi keletak-keletuk orang menaip ke komputer. Hanya bunyi pen Aqram mengetuk meja dengan ritma yang tetap. “Harini siapa punya entri kita nak post?” tanya Aqram. “Ntah..” jawab suara dari kubikel paling hujung. “Leplep, udah la tu mengorat awek dalam fanpage. Buatlah entri.” “Nantilahh...hari tu kan dah buat,” jawab Leplep sambil terkekeh ketawa. Amboi, adalah awek yang merajuk dalam fanpage tu. Kejap lagi boleh main pujuk-pujuk. “Reeney, you ada entri?” Aqram beralih kepada ER pula. “Takmau lah kacau. I sibuk ni.” Kata Reeny tanpa mengangkat muka dari kubikelnya. “Eleh, sibuk baca Sperma Cinta lettew.” Usik Raksasa Jahat. Tiba-tiba dia dibaling kertas ronyok dari kubikel Amoi. “Woit! Asyik usik orang je. Taknak buat entri, meh tolong aku buat heading ke, edit layout ke, ada guna gak,” arah Amoi. “Tak mau! Nanti aku salah coding kau cubit aku lagi...” Raksasa Jahat melarikan diri. . “Dah! Dah korang se...

Awek Tumblr

Imej
Oh kena ada lagu eh? Nah.

surat ini untuk bakal mak mertua aku.

Imej
entri ini diulang copy semula daripada entri blog sendiri. #NotATrueStory Alert : This post is fucking long. Situasi : Bakal mak mertua aku itu seorang yang sangat kolot. Sangat mengutamakan tradisi di mana bakal menantu dia ini seorang yang sangat urban fikirannya. Apakah akan bahagia rumah tangga bakal menantunya ini dengan anak lelaki kesayangannya kelak? Jadi demi untuk kepentingan rumah tangga aku, aku telah bertindak agresif dengan menulis surat untuk bakal mak mertua aku ni. Apakah kesudahaan cerita ini? Ikutinya sekarang! Dear future mother-in-law, Sebelum saya tulis surat ini, saya sudah check medical report aunty. Saya juga sudah bertanya kepada doktor bagaimanakah kesihatan aunty sekarang. Ternyata aunty masih sihat walafiat. Tiada penyakit sakit jantung atau darah tinggi. Jadi aunty boleh lah baca surat ini sampai habis tanpa serangan sakit jantung ye! Saya khuatir sahaja, aunty tak sempat melihat kami berkahwin awal awal lagi dah ciao. T_T Sebenarnya aunty. Bukan saya ta...