Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nizambakeri

Gelabah Sangat. Kenapa?

Ada satu lagi sindrom yang saya perhatikan di Facebook. Ya, sindrom aneh biasanya banyak ditemukan di Facebook, laman sosial yang membenarkan kita menjadi pengintai setia tanpa tertangkap. Cuba perhatikan Wall teman-teman anda yang ada pasangan. Atau Wall anda sendiri pun boleh. Untuk memahami sindrom ini, katakan kita sedang melihat Wall seorang gadis jelita, namanya Alya. Suatu hari, Alya kemas kini status Facebooknya: It was fun! We should do it again, guys. Kemudian seorang demi seorang teman Alya akan memberi komen kepada status ini. Mungkin, berkongsi gembira selepas aktiviti, katakan, berkelah di air terjun. Sindrom yang saya maksudkan adalah di celah-celah timbunan komen itu, akan terselit komen teman lelaki Alya. Kalau boleh, dia cuba untuk balas setiap komen teman Alya - terutamanya dari kawan-kawan lelaki. Dia akan sedaya upaya memunculkan diri dengan gaya tak-payah-nak-komen-status-makwe-aku-sangatlah tapi dalam bentuk paling cool , yakni komen pe...

Sialan

Paling sialan dalam cinta Namanya masa Dia menghukum saat kita lupa "Ini hari lahir saya, mengapa tiada ucap selamat dari dia?" Paling sialan dalam cinta Namanya masa Dia mengejek andai kita ternanti terlalu lama "Lihat dia kini gembira, bersama sang lain kerana kau penangguh alpa." Paling sialan dalam cinta Namanya masa Dia membunuh waktu rindu bernyala "Semakin ditunggu saat bersua, semakin aku sengsara." Siapa yang bersuara dalam tiga rangkap tadi? Ini manusia sarat bangga diri Betapa aku dipanggil sialan, dicaci Betapa kau lebih durjana berasa lebih tuhan berbanding Ilahi Hanyut dalam kasih dan saat tak dihitung lagi Aku sang masa akan kekal di sini Sehingga Dia mahu putar dunia berhenti Sialan itu bagi yang tak mengerti Bahawa aku cuma penanda gerak hati

Kekasih Sandaran

Saya rasa inilah salah satu tindakan paling hina yang dilakukan oleh manusia, yakni mengambil seseorang untuk dijadikan kekasih sandaran atau backup .  Ya, saya pun pernah buat. Saat wujud walau sehama rasa tidak percaya atau tiang perhubungan mula gugah, kita mula mencari kekasih sandaran. Kekasih just in case . Ya, kalau dengan A tak berhasil, maka aku masih ada B. Paling malang, B tidak tahu dan menyayangi kamu sepenuhnya. Seolah kamulah sang syurga. Padahal kamu cuma simpan dia untuk kecemasan. Hina bukan? Untuk apa kita lakukan ini? Saya sendiri tidak tahu. Mungkin kerana kita terlalu bodoh untuk komited dan menjadikan perhubungan sedia ada lebih kuat dan erat. Mungkin kerana kita ego dan percaya manis bicara limpah harta elok rupa mampu menambat sesiapa saja. Kita jadi pembuli cinta. Kita hinggap dan terbang semula tanpa rasa berdosa. Some people might say, "Hey, I'm just having fun here, dude." Ya, kalau kedua-duanya sudah jelas...

Racun Diam

Saya sudah beberapa kali minum racun ini dan mati tanpa simpati sesiapa. Percayalah, diam sebenarnya racun penuh berbisa. Jangan pernah anggap orang lain tahu perasaan kamu. Walau sepedih mana kamu fikir rasa yang bakal menimpa saat mulut dibuka, barahnya lebih subur andai kamu pendam segala mahu dan cuma akur. Find a way to tell him/her whatever you feel. Especially when you start to feel that he/she is the one. Kalau bukan dengan bertentang mata, barangkali dengan susun kata dalam warkah tanpa suara. Atau zaman kini, di belakang tabir dunia maya. Persetankan berani dan gentleman . Chivalry is not dead just because you confessed your feeling via Facebook post, Twitter direct message, or a blog post. Kelelakian kamu, baik yang di dalam seluar mahu pun di hati tidak akan tercalar walau sedikit. Ini kalau kamu memang jenis yang semerta bisu saat berhadapan gadis idaman. Hah, entri ini pun saya tulis sambil menghadap cermin. Entah sampai bila saya mahu berselindung di sebalik smiley ...

Terima Kasih, Terfaktab

Dan kepada Twitter, sebenarnya. Atas jasa laman sosial itulah saya temukan gerombolan Terfaktab. Di susur masa. I'm a fan, to be honest. Baca sipi-sipi. Senyum dan ketawa dengan sindir sinis yang melekap terus ke muka. Ya, bila bicara soal cinta, kita tidak terlalu jauh berbeza. Coret aksara sehingga terbit potret rasa. Itu yang telah Terfaktab lakukan di sini, and as a newbie, I will keep it that way, definitely. Terima kasih kepada big boss Terfaktab kerana merekrut. Saya cuba yang terbaik untuk tambah perasa di sini.