Racun Diam
Saya sudah beberapa kali minum racun ini dan mati tanpa simpati sesiapa. Percayalah, diam sebenarnya racun penuh berbisa.
Jangan pernah anggap orang lain tahu perasaan kamu. Walau sepedih mana kamu fikir rasa yang bakal menimpa saat mulut dibuka, barahnya lebih subur andai kamu pendam segala mahu dan cuma akur.
Find a way to tell him/her whatever you feel. Especially when you start to feel that he/she is the one. Kalau bukan dengan bertentang mata, barangkali dengan susun kata dalam warkah tanpa suara. Atau zaman kini, di belakang tabir dunia maya.
Persetankan berani dan gentleman. Chivalry is not dead just because you confessed your feeling via Facebook post, Twitter direct message, or a blog post. Kelelakian kamu, baik yang di dalam seluar mahu pun di hati tidak akan tercalar walau sedikit. Ini kalau kamu memang jenis yang semerta bisu saat berhadapan gadis idaman.
Hah, entri ini pun saya tulis sambil menghadap cermin. Entah sampai bila saya mahu berselindung di sebalik smiley dan "hahaha" untuk menyatakan sebenarnya "aku suka kau". Bodoh. Saat menaip ayat ini pun saya mereguk racun diam penuh rakus.
Tak mengapa. Bukan kali pertama saya mati sebegitu.
Tinggalkan racun ini. Spit it all out. Sesaat kamu diam, bermakna sesaat kemungkinan indah kamu bakar tanpa sisa. Segalanya sia-sia.
Ulasan
Btw, meluahkan tak bermakna dengan mulut saja. Mungkin boleh jadi dengan tindakan. Kelelakian jugak tak bergantung sama ada diluah atau ditelan. Its depend. Depend on the person.
dalam kata lain,let go n move on.
fairy tale lah. I baca fairy tail I teringat budak rambut blonde bertatu di tangan dan binatang terbang yang asyik "plue! plue!" lololol