Usia Pasangan Muda : Itu Bukan Isu Kan?


Salam sejahtera.

Orang kata, kita memerlukan orang paling rapat dengan kita untuk buka mata tentang sesuatu yang bisa membuatkan kita tahu apa yang mahu dibuat dalam hidup ini (dan kematian bukanlah satu pilihan - itu cerita lain). Apabila benda sedemikian terjadi dalam hidup kita, kita mungkin akan tersentak dengan kenyataan bahawa impian yang kita bina selama ini mungkin hanya omongan kosong (dan kalaulah manusia-manusia sekarang ini tidak perlu melagukan si Najwa Kosong Kosong Kosong setiap kali sebut perkataan kosong). Mimpi yang tidak akan terjadi.

Kita kongsi satu kisah manusia yang rapat dengan aku. Dia mempunyai kekasih (lelaki) yang muda 6 tahun daripada dia. Dia sendiri berusia 26 tahun, jadi dalam erti kata lain, lelaki itu berusia 20 tahun. Dia sudah memulakan kerjaya dan lelaki itu - seperti anak-anak yang sebaya dengannya, dia masih di universiti tempatan - melanjutkan ijazah pertama. Perempuan dan lelaki itu merancang untuk mengadakan majlis pernikahan pada hujung tahun ini, tetapi ditentang keras oleh keluarga perempuan tersebut dengan alasan bahawa tiada keluarga yang gila (pada pendapat mereka) - yang beri anak mereka berkahwin sebelum sempat menamatkan pengajian. Apatah lagi, jurang usia yang agak ketara dan itu boleh membuatkan mereka agak segan dengan saudara mara lain. Mereka beri tempoh (memandangkan lelaki dan perempuan ini berkeras) - sehingga lelaki itu tamat pengajian sekurang-kurangnya, dan selepas itu baru mereka dibenarkan bernikah. Akur dengan keluarga, walaupun masih memberontak, perempuan itu bersetuju.

Tetapi, sesuatu berlaku sebulan yang lepas dalam keluarga perempuan tersebut. Sepupunya yang berusia 20 tahun (lelaki) melangsungkan pernikahan dengan pasangannya yang berusia 28 tahun. Sebagai sepupu paling rapat dan membesar bersama, dia dalam diam menyertai kakak-kakak sepupunya serta makcik-makcik lain yang mengomel dibelakang tentang bagaimana sepupu itu yang masih belajar - berkahwin dengan perempuan yang selisih usianya lapan tahun. Dan, kawan itu, Aza (bukan nama sebenar tentunya sebab kawan-kawan aku ramai baca Terfaktab)  menelefon aku untuk berkongsi cerita. 

Aza : Sepupu aku kahwin dengan perempuan umur 28.
Aku : Umur sepupu kau?
Aza : 20.
Aku : Belajar lagi eh?
Aza : Baru habis first year.
Aku : Oh, mana dia kenal perempuan tu?
Aza : Budak Masters tempat dia belajar.
Aku : Dah jodoh, apa salahnya. Perempuan tu dah kerja?
Aza : Dah, tapi cuti belajar.
Aku : Jadi apa masalahnya?
Aza : Sepupu aku muda lagi. Belajar pun tak habis lagi. Tapi dah kahwin.
Aku : So?
Aza : Kau faham tak? Lelaki muda, kahwin dengan perempuan lebih tua.
Aku : Orang lain boleh je.
Aza : Orang lain kahwin muda pun, at least lelaki tu dah kerja, dah ada duit sendiri. Ni budak lagi kot? Dengan perempuan tu cuti belajar lagi, camne nak hidup?
Aku : Why don't you ask them?
Aza : Why should I? This is nonsense. He's still a boy, not yet a man!
Aku : Kenapa kau marah sangat?
Aza : Aku membesar dengan dia. Dia masih budak lagi. I know him too well. Kalau dia matang sekalipun, pada aku dia tetap sepupu aku yang manja.
Aku : Rasanya perkahwinan takkan mengubah dia kan?
Aza : Maybe. Cuma dia muda sangat.
Aku : You make me laugh.
Aza : Why?
Aku : Kau bersama lelaki yang sebaya dengan dia. Kau rancang nak nikah dengan lelaki tu hujung tahun ni. Apa yang membezakan kau dengan perempuan yang sepupu kau nikahi? Ada beza ke?
Aza : Lain. Aku tak dapat nak nikah pun.
Aku : Sebab kau tak dapat. Kalau kau dapat nikah, sama kan?
Aza : (diam)
Aku : Itu namanya jodoh, rezeki mereka. Aku tak rasa kau patut memberontak kan?
Aza : Still, he's young.
Aku : Kau fikir sendiri lah.


http://farm1.staticflickr.com/155/352094639_1088b2d5e4.jpg
[Sumber gambar] - Simbolik betul gambar ini. Ceh!

Aku orang yang tak menolak jika jodoh itu datang dengan pakej manusia yang lagi muda. Dah kalau yang datang adalah itu - ambil sahaja. Eh. Tapi, aku rasa setiap daripada kita perlu sedar apa yang mahu dipertaruhkan dalam menjalani hidup ini. Jangan bila kau mahu sebat sahaja apa yang datang, kau sendiri kena rembat dalam keadaan tidak dijangka.

Cuma, kalau nak bercinta dengan pasangan lagi muda sekalipun, mohon jangan bawa lari budak sekolah untuk berkahwin. Sabar sikit boleh?

Jangan gelojoh!

Ulasan

M. Faiz Syahmi berkata…
Aku suka gambar tu. Arca yang menunjukkan 'Kita akan bersama selamanya.'

And yeah, I'm too, against the law created by people.

Why age different is so important? Lebih-lebih lagi kalau lelaki lebih muda dari pasangan perempuan.

Immaturity, yes. But then, lelaki bukan kalau dah cinta sanggup buat apa saja? Dari imatturity, comes great responsbility in marriage.

Hopefully diorang (*pasangan 20+28) tu akan kekal hingga akhir hayat dan bukan antara mereka yang kecundang dalam arena tu akibat ketidakmatangan.
Nadia Salim berkata…
no need to rush =)
Tanpa Nama berkata…
saya tak suka lelaki yg lebih muda daripada saya....tak matured langsung..mcm anak ikan ja rasa....euwwwww...
Unknown berkata…
for me, doesnt matter. muda atau tua bukan pengukur kematangan actually. is all about our thinking. selagi parents restu, just go on. insyaallah boleh berjaya. well, its okay if we against the law created by people. asal Allah restu <3
Judh berkata…
haha baiklah . saya tak bawa lari anak teruna org . lg2 budak sekolah . -..-
moots berkata…
oh ye. aku pun pernah mengalami situasi di atas. bezanya, aku gagal.

tapi memang taste aku pada budak pompuan yang umur lebih tua dari aku.

sebab budak pompuan yang lebih tua nih ( tak kesah la umur berapa, asal jangan jauh sangat beza ) matang.

matang. itu yang penting.

pepepun dapatkan redha ibu bapa dulu.

redha ibu bapa sangat rapat dengan redha Allah.

semoga kita semua memperolehi jodoh yang terbaik.
lia berkata…
bf aku 3thun lbh mude, lg bekerjaya dr aku, lg matang dr aku...kami plan nk kawen thun dpn... INSYAALLAH :)
Hakim. berkata…
Bagi aku, org yang dok gocoh sangat org lain kahwin awal adalah orang yang tak boleh nak kahwin. Tu yang menyampah sangat tengok orang lain bahgia. Automatik jadi pakar pulak.
alfsfr.ali berkata…
There are two things here. Isu kahwin muda dan jarak umur.

Kahwin muda selagi mampu ok la. Ni kalau top up pun mintak mak, patut ke? Jarak umur kalau lelaki 10 tahun lagi tua pun ok. Kalau perempuan setakat 2 tahun tua ok la, lebih tu bahaya la pulak. Bahaya in term of the next 5 to 10 years. Fikir sendiri la bahayanya..
Tanpa Nama berkata…
Tetiba teringat Rita Rudaini dan si Pemain bola.
no offence but, it's pretty risky.
Takutake berkata…
The world should just burn. Dulu Siti Khadijah umur 40 pi nikah dengan Nabi Muhammad SAW umur 25 tahun, lek je.

Tapi probably sebab Nabi Muhammad SAW tu orang yang sukses, matang, dan pandai berniaga. Pasai tu Siti Khadijah tak kisah pung.

Tapi, no offence sangat. 20 tahun is too young. But aku ada certain kawan yang, umur 20 tahun pun, dah macam bapak orang. Bukan rupa macam bapak orang. Tapi pemikiran. Pasal dia serius nak kahwin, dia dah fikir budget kehidupan, how to be a good daddy, how to lead his wife to the right path, dan start belajar sungguh-sungguh supaya hidup smooth pada masa depan. Kahwin ni boleh buat a boy become a man.

Umur bukan penghalang. Yang penting, mentaliti laki tersebut. Yeah 20 is fucking young. But who knows, next 4 to 5 years, he'll become a great person..?

Terlalu rambang. Ada laki yang dari zaman sekolah dah matured gila. Ada jugak yang memang macam budak budak lain which is a real budak. Not a man. Some young adult already a man, but some still a boy.

Tapi prob besar kahwin muda ni, nafkah lah. Pasal hal ni, aku malas nak komen banyak.

Tapi aku sendiri pun berpendapat, kahwin la dengan laki yang dah ada kerja. Yang masih muda ni, most of them, masih tak kenal dunia lagii. Lagipun depa nak bagi makan pa nanti..? Nak duk berkongsi duit berapa tahun..? Pastu tak ada duit pakai duit mak bapak, mertua, lama-lama mengata jugak la orang tua. Betul dak?
inaks berkata…
kenapa nk pertikaikan pulak the an are young.. my frens ada 2 org yg kawen ngan lelaki lebih muda dr diorg.. okey the.. man still kan lead the marrige..
Adziim berkata…
Dua kali aku tangkap cintan dengan makwe lebih tua. 1st gagal, makwe cari lain.
2nd ni berjaya setakat ni, dapat restu mak ayah dah.

Kerjaya pun boleh kira stabil untuk 3 tahun akan datang sebab kontrak.
yunZatie berkata…
i have a huge ego. so i need man not boy to bring me down

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.