Perutusan Ramadhan Tahun Ini
Asalamualaikum w.b.t
Ramadhan yang dinanti-nantikan telah sampai dengan berkoyan-koyan makwe menukar profile picture ke gambar bertudung mahupun berbaju kurung. Mungkin juga baju raya tahun lepas. Juga tak dilupakan ramai pakwe menukar gambar profile picture ke gambar tahiyat akhir, takbiratul ihram, gambar berdoa lepas solat juga tak lupa gambar pakai songkok dan kopiah.
Alhamdulillah. Perkembangan yang serba Islamik dalam bulan mulia ini amat dialu-alukan agar kita semua sentiasa beringat untuk berbuat baik pada Ramadhan kali ini.
Kami di kumpulan Terfaktab Holdings dan anak-anak syarikat ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua yang boleh berpuasa dan ingin berpuasa (mana tahu ada orang bukan Islam yang nak try belajar berpuasa). Semoga dengan puasa ini boleh mencegah dari kita melakukan perkara-perkara tidak baik. Baik dari segi realiti mahupun maya.
Syukur ke hadrat ilahi kerana kita diberi peluang sekali lagi untuk berpuasa. Buat mereka yang berpasangan sama ada berkahwin atau belum berkahwin. Jadikan Ramadhan ini sebagai landskap untuk belajar mengawal nafsu. Berzina di bulan puasa, gantinya amat berat tahu? Kena kaffarah. Sama ada kena bebaskan seorang hamba (ada lagi ke hamba zaman ni?), atau berpuasa 2 bulan tanpa selang, atau beri makan 60 orang miskin setiap sorang dengan secupak beras.
Maka dengan itu. Janganlah berzina atau jangan bersetubuh di siang hari. Aku hentak kepala kau dengan kerusi ni karang kalau aku jumpa korang buat benda bukan-bukan macam ni.
Sekian, selamat berpuasa dan wassalam.
Ulasan
Aku kasik jelas, nak elak bg yg kurang arif confuse.
haram pun kena, kaffarah pun kena. paham dak?