20 Disember 2014

Cemburu Retrospektif dan Empati Terhadap Pasangan

Cemburu :
Iri hati (kerana orang lain pandai, berharta dll); 2. Kurang percaya atau syak wasangka (takut-takut suami mempunyai kekasih lain dll)

Retrospektif :
Meninjau atau mengenang kembali peristiwa dan sebagainya yang lalu

Cemburu Retrospektif :
Iri hati atau kurang percaya pada seseorang atau sesuatu kerana perbuatannya di masa lalu

Empati :
Daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain

Cemburu adalah sesuatu yang paling celaka sekali dalam hidup seorang manusia kerana manusia diciptakan mempunyai akal, psikologi, emosi dan perasaan(hati). Lebih-lebih lagi manusia yang mempunyai pasangan. Aku tak tahu kau yang membaca kata-kata aku ni adalah seorang yang belum mempunyai pasangan, sedang mempunyai pasangan, atau baru saja putus dengan pasangan, tapi aku rasa kau cukup faham apa yang aku maksudkan, bukan? Cemburu ni memang celaka. Kalau setuju, sila berdiri tegak dan cakap, “Ya, saya setuju. Cemburu ni memang celaka!” sekarang. Kalau kau baca dalam LRT, nasiblah kan. Buat jugak. Sebab aku tahu, semua orang pun setuju bila aku cakap cemburu ini sangat celaka.

Cemburu bermaksud seperti yang aku dah kepilkan kat atas. Tu bukan maksud yang aku reka menurut pemahaman aku tau. Tu maksud yang aku petik daripada Kamus Dewan. Semua maksud perkataan di ataslah, senang cerita. Kau boleh semak sendiri dalam kamus. Memang ada. Aku tak tipu.  Tapi sekarang ni aku nak sebut pasal cemburu dahulu. Cemburu adalah satu entiti dalam hati manusia yang terhasil akibat kau tidak berpuas hati(iri hati). Kau tak puas hati ada orang lagi lebih dari kau dalam beberapa hal. Atau kau tidak berpuas hati kerana orang tu mempunyai hidup yang lebih bahagia dari kau. Dan dalam konteks berpasangan ini pulak, ketidakpuasan hati kau sebenarnya boleh dikategorikan pada pelbagai aspek. Contohnya, kau tak puas hati ada orang lagi rapat dengan pasangan kau berbanding orang lain. Kau tak puas hati kalau orang lagi memahami pasangan kau dari orang lain. Kau tak puas hati kalau ada orang lebih dekat dengan pasangan kau berbanding kau. Kau tak puas hati kalau ada orang dilayan oleh pasangan kau lebih daripada pasangan kau melayan diri kau. Kau tak puas hati kalau pasangan kau lebih menjaga hati orang lain berbanding kau. Kau tak puas hati itu, kau tak puas hati ini. Ya, ada banyak kategori sebenarnya. Itu adalah bab cemburu.

Retrospektif pula sesuatu yang kita buat atau fikir pada masa sekarang, kerana sesuatu yang dah berlaku pada masa lepas. Contohnya macam.. eh, susah pulak aku nak bagi contoh ni. Kejap aku fikir. Haa, contohnya macam kau sekarang ni sedang bekerja dalam bidang design(aku sebut bidang ni sebab memang aku kerja dalam bidang ni pun) kemudian kau ada sedikit masalah untuk design sesuatu, dan kau teringat kembali yang pada suatu hari yang indah, cuaca redup tak redup, suhu hangat tak hangat, pensyarah kau ada menyebut sesuatu yang buat kau mampu selesaikan masalah design kau tu. Itulah yang dimaksudkan dengan retrospektif. Kau melihat sesuatu di masa lepas untuk menjadi rujukan kau dalam hidup kau di masa sekarang. Dah faham kan apa itu sebenarnya retrospektif? Kalau faham, bagus. Kita masuk ke empati pulak.

Empati adalah apabila kau rasa sedih, marah, kecewa, bengang, gembira, dan segala macam lagi perasaan(tak semestinya semua perasaan itu sekaligus. Mungkin salah satu, mengikut emosi orang yang membuat kau rasa empati itu) kerana kau tahu, orang yang kau dengar masalah dia, atau kau bersama dengan dia, mempunyai sebuah pengalaman yang sama dengan kau sepertimana kau alaminya sebelum ini, atau kau boleh rasa semua perasaan itu kerana kau boleh ‘rasa’, sebab kau meletakkan diri kau secara imaginasi, emosi dan perasaan dalam situasi orang tu. Orang putih selalu cakap, “I know how it feels like. I can feel it coz I put myself in your shoes.”

Di sini aku nak petik kata-kata Marshall Mathers dalam lagu Beautifulnya;

In my shoes, just to see
What it's like, to be me
I'll be you, let's trade shoes
Just to see what it'd be like to
Feel your pain, you feel mine
Go inside each other's minds
Just to see what we find
Look at shit through each other's eyes

Dah nampak kan bagaimana empati ini berfungsi? Jangan silap faham antara empati dan simpati. Simpati itu, kau tak ada rasa apa-apa gangguan emosi akibat penceritaan orang itu. Tapi kau tetap cuba menyelesakan orang yang sedang bersedih/marah/kecewa/bengang tu. Mungkin dalam tepuk bahu kau pada dia, atau pada setia kau mendengar kisahnya. Dah, kau tak payah nak tipu aku selama kau kenal orang, orang cerita masalah dia kat kau, kau memang sentiasa rasa empati pada dia. Tak, tak mungkin semuanya adalah empati. Mesti ada beberapa kisah yang pada kau, kau berfikir, “Hek eleh, itu pun nak serabut ke. Senang gila kot problem hang ni.”, namun kau tak luahkan kata-kata kau, dan memek muka kau hanyalah muka poker, atau muka mengekspresikan reflek emosi yang kau dapat daripada orang itu.

Amboi, panjang pulak cerita pasal empati. Tapi kau faham kan apa itu empati? Kalau faham, bagus. Kalau tak faham, pergilah cari pakar bahasa atau pakar psikologi dan tanya pada diorang apa beza empati dan simpati tu. Nak tanya aku pun boleh. Ada je cara nak contact aku dalam buku ni. Carilah, mesti kau jumpa. Aku tahu kau bijak bestari pandai gila babi.

Sekarang, kita masuk pada bab ‘cemburu retrospektif’. Menatang bangang apa bendalah ni kan? Merepek betul. Entah apa-apa je nama istilah ni. Tapi jujurnya, aku pun baru tahu pasal cemburu retrospektif ni pada bulan Mac 2014. Sebab aku dihidap penyakit ni la. Ya, aku namakannya sebagai penyakit kerana ia sangat..sakit. Rasa cemburu retrospektif ni lebih sakit daripada cemburu biasa. Kerana ia melibatkan sesuatu yang memang betul dah berlaku. Kau cemburu pada kisah lalu pasangan kau. Mungkin pada pasangan yang bercerita dia sangat suka diperlakukan begitu-begini oleh ex, tetapi dengan kau tidak dapat berbegitu-begini kerana kau bukanlah manusia yang sama seperti ex pasangan kau tu. Faham ke tak ni? Contohnya, pasangan kau dengan exnya pernah bersama-sama menjelajah beberapa pulau di Malaysia dalam masa setahun. Kau tak boleh berbegitu dengan pasangan kau kerana ibu bapa kau tak mengizinkan kau pergi bersama pasangan kau, dan kau adalah manusia yang sentiasa menurut apa saja kata ibu bapa kau. Ini membuatkan kau rasa cemburu pada kisah lalu pasangan kau yang menceritakan betapa bahagianya dia bersama exnya menjelajah pulau-pulau ini. Lagi-lagi apabila yang diceritakan kenapa dia bahagia dengan ex itu pada masa itu secara terperinci. Sudah tentulah kau yang tak dapat melakukan perkara itu dengannya akan berasa cemburu, bukan?

Ada jugaklah aku buat survey mengenai cemburu retrospektif ni. Bila aku tanya, “Encik/Cik tahu tak mengenai cemburu retrospektif ataupun dalam Bahasa Inggerisnya ‘Retrospective Jealousy’?” Ramai yang jawab tidak tahu mengenainya. Akan tetapi bila aku mula memberikan definisi cemburu retrospektif ini, barulah mereka memahami dan mereka memberitahu aku yang mereka memang pernah mengalami cemburu yang begini. Cuma mereka tidak tahu istilahnya adalah cemburu retrospektif. Yang mereka tahu hanyalah mereka cemburukan pasangan mereka. Dan ada antara mereka yang langsung tidak selesa dengan pasangan mereka, kerana terlalu cemburu, membuatkan hubungan mereka mempunyai masalah. Dia tidak mampu lagi bersama dengan pasangannya secara intim. Dia tidak mampu lagi memeluk pasangannya. Dia tidak mampu lagi bercumbu dengan pasangannya, kerana diketahui pasangannya itu telah melakukan sesuatu yang lebih daripada itu, dengan orang lain. Perkara ini akan jadi lebih membimbangkan jika ia membuatkan kau rasa tertekan kerana tidak mampu menjadi seperti apa yang exnya berikannya dahulu, membuatkan kau langsung dihidap depresi dan semakin hari semakin menjauhkan diri dari pasangan kerana terlampau tidak selesa bersamanya. Kalau belum kahwin bolehlah berpisah. Kalau dah kahwin dan ada anak-anak? Bagaimana?

Mesti kau fikir, “Kalau dah orang tu sayang kita seluruh hatinya sekarang, apa perlu peduli lagi pada kisah-kisah dan pengalamannya yang terdahulu?” kan?

Jika nak diikutkan memang ia semudah itu sebenarnya.

Kalau manusia ini tidak mempunyai hati.

Akan tetapi, manusia mempunyai hati.

Jadi, ia tidak semudah itu.

Hati inilah yang membuatkan manusia rasa tidak selamat(insecure), cemburu dan pelbagai lagi perasaan bangang lain yang mengganggu hubungan kau dengan pasangan kau. Kau boleh bayangkan tak, kalau cemburu biasa, contohnya jika pasangan kau terlalu melayan orang lain dengan mesra di timeline Twitter atau di Facebook, kau boleh tegur pasangan kau supaya kurangkan atau langsung jangan melayan sesiapa dengan mesra, kerana kau cemburukannya.

Dah kalau benda ni berlaku pada masa lalu, kau nak selesaikan masalah kau ni bagaimana? Mana ada mesin masa yang boleh membuatkan kau menjelajah menelusuri masa lagi di dunia ini. Celah mana kau nak ubah masa lalu? Dan kalau kau boleh kembali ke masa lalu pun, kau mana boleh ubah daripada perkara tu berlaku. Nanti akan mengganggu kontinum ruang masa dan kau takkan berjumpa dengan pasangan kau yang sekarang ni. Faham ke tak faham ni? Kalau tak faham, pergi tonton Back To The Future sana. Kau akan faham apa yang aku katakan ni.

Kau faham kan sekarang kenapa cemburu retrospektif ni sakit gila babi?

Kalau faham, bagus.

Bagaimana hendak selesaikan masalah cemburu retrospektif ni?

Ada pelbagai metode dan jalan penyelesaiannya.

Metode 1
Kau mahu selesaikan masalah ini.

Hampir semua masalah di dunia ini, mampu diselesaikan dengan formula metode ini, yakni, kau mahu selesaikan masalah ini. Kau tidak akan selamanya boleh selesaikan segala masalah kau, jika kau tidak berpegang teguh pada hati yang mahu selesaikan masalah ini. Jika kau hanya hangat-hangat tahi ayam, percayalah, kau tidak akan mampu menyelesaikan masalah kau. Dan jika kau memilih untuk serius menyelesaikan masalah yang kau hadapi ini, kau sudah pun 99% terkehadapan berbanding mereka yang menghidap penyakit sama seperti kau, tetapi tidak mahu melakukan apa-apa perubahan dan penyelesaian kepada masalah kau.

Mereka tidak seperti kau, berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka hanya menunggu. Menunggu berhari-hari, berminggu-minggu, bertahun-tahun supaya masalah cemburu retrospektif ini berlalu pergi dengan sendiri, tetapi masalah ini bukan jenis seperti masalah cemburu lain yang mampu berlalu mengikut peredaran masa. Masalah ini perlu diselesaikan. Dan siapa yang mampu selesaikannya? Bukan orang lain. Bukan kawan kau, bukan ibu bapa kau, bukan kekasih kau, bukan psikiatrist kau, tetapi diri kau. Ya, kau perlu selesaikan masalah ini sendiri.

Kau boleh selesaikan masalah ini sendiri. Kau mempunyai kuasanya. Kau boleh menyelamatkan hubungan kau dan kekasih, bahkan, sebaik kau menyelesaikan masalah kau ini, jangan kata kau, hubungan kau juga akan turut sama menjadi lebih kukuh, bahagia dan gembira. Dan kebolehan kau untuk mencintai, kehidupan bersama pasangan dan keyakinan diri kau juga akan menjadi lebih baik selepas masalah ini diselesaikan.

Metode 2
Percaya dengan kebolehan kau.

Untuk mempercayai kau mampu dan berkebolehan menyelesaikan masalah ini sendiri, kau perlu tahu apa punca sebenarnya yang membuatkan kau cemburu pada masa lalu kekasih. Apa sebenarnya yang berlaku pada masa lalu kekasih, yang membuatkan kau tidak boleh hidup dengan tenang selepas kau mengetahuinya?

Jangan tanya aku. Bukan aku yang tahu pasal itu. Kau yang tahu pasal itu.

Cuba kau fikirkan semula. Apa sebenarnya yang buat kau cemburu sangat tu? Ambil masa sendirian pada waktu lewat malam, fikir. Dalam Islam kita ada istilah ‘Muhasabah Diri’ untuk menghitung dan menghisab dosa-dosa dan kerja-laku kita sehari-hari kan? Haa, guna metode itu untuk kau selidiki apa sebenarnya yang buat kau cemburu ini.

Aku percaya, sebaik kau jumpa apa sebenarnya yang buat kau bermasalah dengan kisah lalu kekasih kau, kau akan semakin tahu bagaimana hendak menggunakan kebolehan kau untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekali lagi, jangan tanya aku. Tanya diri kau.

Metode 3
Adakah apa yang kau bayangkan dalam kepala itu, satu fakta atau hanya imaginasi kau semata?

Sesetengah pengkaji/doktor mengatakan cemburu retrospektif ini lebih kurang sama dengan OCD(Obsessive Compulsive Disorder) kerana kedua penyakit ini berkongsi simptom. Orang yang menghidap cemburu retrospektif ini akan sentiasa obses dengan kisah lalu pasangan, membuatkan penghidap akan berasa tidak selesa selagi dia tidak memastikan keobsesasian tadi diselesaikan. Contohnya, sebelum tidur, dia asyik merasakan yang dia terlupa menutup pili air di tandas. Selagi dia belum bangun dari perbaringan, ke tandas dan memastikan yang dia betul-betul menutup pili air, fikirannya akan sentiasa terganggu, obses dengan pemikiran yang merasakan dia masih belum menutup pili air itu.

Sama juga seperti cemburu retrospektif ini. Keobsesasian kau itulah yang membuatkan fikiran kau terganggu. Mari kita tengok perkaitan antara kitaran penyakit OCD dan cemburu retrospektif ini.


  
Dan dengan menggunakan kitaran yang sama, mari kita gantikan pengalaman kitaran OCD tadi dengan pengalaman kecemburuan retrospektif.



Nah, sama bukan? Akan tetapi, aku dan beberapa rakan lain yang sama pernah menghidap kecemburuan retrospektif ini bersetuju untuk mengatakan yang cemburu retrospektif ini tidak sama seperti OCD. Ia nampak seperti sama, tetapi ia tidak sama. Ia tidak sama kerana OCD ini mampu dirawat secara mudah(tak mudah sebenarnya, tetapi ia lebih mudah berbanding kecemburuan retrospektif), kerana kebanyakan perkara yang membuatkan pesakit OCD ini berasa tidak selesa, adalah sesuatu yang boleh diselesaikan dengan mudah. Seperti yang aku katakan pada perenggan-perenggan sebelum ini, kecemburuan retrospektif bukanlah boleh diselesaikan dengan perbuatan semata. Ia perlu diselesaikan melalui keteguhan hati dan minda. Diulang, kau tidak boleh kembali ke masa lalu.

Akan tetapi, kau sendiri tahu yang sebanyak mana pun kekasih kau meyakinkan kau yang kau adalah kepunyaan dia semata, kaulah yang paling dia cinta, tiada yang lain, ia tidak akan pernah cukup. Tidak akan pernah.

Memanglah kau akan berasa lega apabila kau membuat kekasih kau mengatakan yang kau lebih baik daripada bekas kekasihnya, tetapi, kelegaan kau itu tidak akan lama, kerana kecemburuan retrospektif ini akan datang semula. Sampai bila kau mahu kitaran ini berulang kembali? Setiap hari? Setiap minggu? Setiap bulan? Setiap tahun? Dan kau ingat kekasih kau itu tidak akan berasa rimas ke apabila aku sentiasa rasa tidak selamat berada dalam hubungan dan kau langsung tidak percayakannya yang sekarang ini sedang sayangkan kau? Silap-silap, dia akan tinggalkan kau kerana kau terlalu asyik memaksanya begitu.

Oleh kerana itulah aku selalu nasihatkan penghidap-penghidap kecemburuan retrospektif ini untuk berhenti bercakap atau berbincang atau mengambil tahu akan masa lalu kekasih/pasangan. Bukan ‘kadang-kadang’ atau ‘sekali ini saja’, tetapi tidak langsung. Jangan ambil tahu langsung akan soal dia bersama dengan bekas-bekas kekasihnya. Ya, jangan ambil tahu langsung.

Daripada kau cari kekasih kau untuk meyakinkan kau yang kau tidak perlu risau akan hal masa lalunya lepas tu kau akan didatangi kecemburuan retrospektif semula, bagaimana jika kau mula guna cara ini setiap kali ‘tayangan wayang gambar kekasih kau bersama bekas kekasihnya’ datang?

Dengan bertanya diri kau, “Adakah bayangan itu satu fakta atau imaginasi semata-mata?”

Adakah kau betul-betul duduk di satu bilik yang sama dengan kekasih kau dan bekas kekasihnya, melihat setiap perbuatan itu?

Tidak, bukan?

Adakah kau berada di sebuah bilik dengan cermin tembus pandang dan mencatat segala perbuatan kekasih kau dan bekas kekasihnya?

Tidak, bukan?

Tayangan-tayangan di dalam kepala kau itu hanyalah satu imaginasi kau semata. Dan jika benar apa yang diceritakan oleh kekasih kau itu adalah satu fakta dan dia betul-betul meyakinkan kau yang dia tidak menipu, ia tetap tidak sama dengan apa yang berada dalam kepala kau kerana kau tidak berada dalam bilik yang sama dengannya.

Metode 4
Tulis surat kepada kekasih kau tetapi tidak hantarkan padanya, dan balasan oleh kekasih kau yang ditulis oleh kau.

Ini adalah latihan yang aku pelajari dalam online course yang aku pernah masuki. Selain Metode 1 – 3, cara ini adalah cara yang paling berkesan untuk memulihkan diri kau daripada kecemburuan retrospektif ini. Kenapa aku tidak meletakkan cara ini sebagai cara yang pertama? Kerana aku mahu kau memperoleh kebolehan menyembuhkan diri daripada kecemburuan retrospektif ini melalui latihan mental dan spritiual berbanding latihan fizikal.

Akan tetapi, aku mahu tegaskan yang latihan ini perlu dilakukan secara peribadi. Jangan, diulang, jangan sesekali beritahu kekasih/pasangan kau akan latihan yang kau buat ini. Ini adalah satu cara kau untuk mengalahkan kecemburuan retrospektif yang berlegar-legar dalam minda kau.

Jadi, ya, cara latihan ini adalah;

Kau perlu tulis dua surat. Satu surat untuk kekasih kau(jangan berikan pada kekasih kau), dan satu lagi, surat balasan kepada surat kau tadi. Surat balasan ini adalah sebuah surat yang konon-konon ditulis oleh kekasih kau, tetapi sebenarnya ia ditulis oleh kau.

Langkah 1 :
Fikirkan mengenai kekasih kau. Bagaimana dia menyakitkan hati kau? Bagaimana kisah-kisah lalunya menyakitkan hati kau? Bagaimana ayat-ayatnya menyakitkan hati kau? Bagaimana raut dan ekspresi wajahnya menyakitkan hati kau? Ya, sekarang ini sedang tidak puas hati dengan kekasih kau. Fikirkan apa yang kau membuatkan kau marah/sedih pada kekasih kau. Tak mengapa, kalau kebencian kau itu meluap-luap sehingga akan keluar carutan dan makian kepada kekasih kau, jangan risau. Tiada siapa yang akan menghukum kau. (Kerana itu juga aku tidak mahu latihan kau ini sampai pada pengetahuan kekasih/pasangan kau, kerana dia mungkin akan menghukum kau atas apa saja yang kau fikirkan mengenainya.)

Langkah 2 :
Tulis surat kepada kekasih kau. Ceritakan dan luahkan segala kemarahan, kesedihan dan ketidakpuasan hati kau padanya. Tulis sejujurnya, walaupun kau tahu dia tidak akan membaca surat ini. Jangan tinggalkan satu pun poin-poin yang membuatkan perasaan kau itu adalah perasaan kau yang sekarang. Selepas selesai kau tulis surat, turunkan tandatangan pada surat itu. Letakkan tarikh sekali.

Langkah 3 :
Jawab surat tadi semula. Tulis kata-kata yang kau mahu dengar daripada kekasih kau. Tulislah apa pun – baik ia adalah satu rayuan, permohonan maaf, penyesalan, atau apa saja yang menyelesakan hati kau; apa saja yang boleh membuatkan kau berhenti rasa sedih, marah, bingung, tidak puas hati. Sekali lagi, jangan tinggal walau satu pun perkara yang buat kau akan menyesal kemudian hari kerana tidak menulisnya. Dan ya, turunkan tandatangan pada surat itu dengan nama kekasih kau. Tarikh jangan lupa.

Langkah 4 :
Tunggu paling kurang seminggu, kemudian kau baca surat kedua itu yang kau tulis dengan nama kekasih kau sebelum kau tidur setiap malam. Itu sahaja.

Untuk memastikan yang latihan ini berjaya, kau perlu pastikan yang pertama; kau jujur-sejujurnya apabila kau menulis. Jangan simpan. Kau jujur pun, bukan orang baca pun kan? Rileks. Yang kedua, kau mesti bersedia untuk melepaskan segala emosi negatif kau.

Itulah empat metode untuk menyelesaikan masalah kecemburuan retrospektif ini. Ada banyak lagi metode-metode yang boleh diguna sebenarnya. Cukuplah aku berikan empat. Empat metode ini pun bukan main panjang lagi aku huraikan. Aku harap kau boleh selesaikan masalah kau ini. Ia tidak mudah tetapi tidak juga susah. Kau perlu yakin yang kau berkebolehan untuk menyelesaikan masalah ini sendiri.

Dan ya, kerana itu juga aku masukkan ‘empati’ dalam topik ini sekali. Kerana kau perlu mempunyai pasangan yang boleh merasa empati akan masalah kau ini. Supaya dia sama-sama membantu kau sembuhkan diri daripada masalah ini. Bukan hanya duduk diam membatu, tidak membantu dan rimas pula apabila kau seringkali meluahkan ketidakselesaan kau akan hal masa lalunya.


Semoga berjaya!

Dapatkan sekarang!

Nota: Setiap lukisan merupakan gambaran sebenar babak yang terdapat dalam setiap buku.

17 Disember 2014

Buku Terbaru


Ulii Azman (Alumni Skuad Terfaktab) dan Zaffe A (Skuad Terfaktab) bergabung meletup penuh sentap dalam September!


Amirul Idham (Skuad Terfaktab) dengan novel fiksyen thriller pertama yang bila start baca memang takkan berhenti!

Boleh mula dibeli di www.terfaktab.com 

22 November 2014

Silakan Terasa

Ada orang yang cakap cara aku menulis dah berbeza. Bukan apa, aku cuba nak memberi kefahaman dengan kelembutan, tapi aku rasa lama-lama memang tak jalan. Jadi kali ini, yang lembut itu kita hapuskan, biar yang tajam kita hidangkan.

Lelaki sekarang dah makin manja, hantaran naik sikit mula lah nak berkira! Nak enjoy sentiasa, kerja teruk sikit dah mula meroyan tak tentu hala. Tak pernah fikir susah mak bapak besarkan anak perempuan cemana, senang-senang je nak rembat anak dara. Bagi alasan sebab nafsu puaka, pastu bila suruh puasa taknak pula? Sibuk meroyan nak kahwin murah biar kurangkan dosa, tambahkan pahala? Padahal sembahyang lima waktu kau campak mana? Konon nak lengkapkan separuh lagi agama, baca doa Qunut pun kau lupa, inikan pulak nak jaga isteri pertama, kedua, ketiga! Eleh, lelaki yang sibuk nak perempuan serba boleh, engkau tu baca Quran pun tak fasih!

Walaowei, siapa diri kau tu, siapa? Berkehendak perempuan mulia!

Kau tanya siapa? Siapa lagi, engkau la! Aah, kau la, lelaki yang asyik nak itu, nak ini, demanding nak perempuan berkulit mulus, budi pekerti baik nak mampus – tapi kau ingat kau tu dah cukup bagus? Harap nafsu je rakus.

Tak cukup lagi terasa? Meh sini aku tambah lagi bisa. Hari-hari berangan nak isteri mithali, padahal engkau tu rokok pun tak berhenti lagi. Oohh, pandai pulak marah kalau perempuan tu buat itu dan ini, yang engkau tu perangai dua kali lima pun tak sedar diri! Asyik kutuk perempuan melayu pakai seksi, eleh ingat Tuhan tak nampak kau layan porn bila ‘adik’ takde company?

Lelaki sekarang nak bini yang bangun awal prepare breakfast pagi-pagi, ah kan aku dah kata, lelaki sekarang manja, masak pun tak reti! Ada ke semua kerja rumah bagi kat bini, padahal kau mengaku kau tu suami. Suami tugasnya menjaga, bukan berlagak macam raja! Engkau tu lelaki, dan lelaki bukan alasan nak jadi penyepah. Bilik sendiri pun penuh dengan sampah, kau sendiri tengok pun kan, konfem rasa menyampah. Pastu kau ingat bila dapat bini, settle lah semua masalah? Baik kau kahwin dengan orang gaji, hari-hari boleh goyang kaki.

Ewah ewah, bila kena tegur macam ni mula la ramai yang panass, kebas bontot wahai semua keyboard warrior yang fuhh, ganass! Tapi cuba kau duduk dan muhasabah diri, ada betulnya kan apa yang aku cakap ni? Takyah nak tipu, semua orang pun memang nak yang terbaik, tapi berapa kerat je yang berusaha untuk jadi dalam kalangan orang yang baik?

Haa engkau, si perempuan perasan cantik, mari sini, turn kau pulak aku nak jentik. Hari-hari asyik tweet nak dapat jodoh yang baik, tapi hari-hari pun asyik upload gambar kat insta tunjuk body melentik. Apa kau fikir kau bagus? Hidup sendiri pun tak terurus, makan banyak pastu mengomel pelik apesal tak kurus-kurus.

Hari-hari pun asyik sembang pasal relationship, pastu tweet puisi cinta acah-acah deep. Apa kau ingat orang kasihan? Come on lah perempuan, kau jangan nak mengada konon tak ada kekuatan. Bila lelaki bagi ayat manis sikit kau dah tertarik, nanti esok lusa senang-senang je maruah kau dicarik-carik. Tak payah lah kau nak Till Jannah sangat, kau fikir kisah cinta kau sorang je lah paling hebat?

Aku tak kata jadi perempuan ni kena tahu masak, jaga baby, whatever bullshit yang ada, tapi aku nasihatkan engkorang ni bawak-bawak la mencuba. Benda ni kan survival skills, so tak payah nak berkira, muka cantik tapi tak reti masak pun tak guna. Tak caya? Nanti kau dah tua berkedut, apa lagi yang kau ada? Haa get ready la nak menyambut adik muda.

Jangan sebab boyfriend baru kau nak tutup kepala segala macam, sendiri lah fikir mana satu halal dan haram. Ingat, boyfriend tu bukan suami, jangan nak berlagak bahagia konfem sehidup semati. Eh tapi kan memang trend sekarang ni? Baru bertunang je pun tapi haa, majlis diaa, meriahnyaaa ya ampunnn!

Aku tak kata lah salah kalau mampu, tapi ada lah perempuan yang belum kahwin pun steady je mintak belanja ratus ribu. Nak holiday sana sini, hari-hari nak makan fancy, tak pernah terfikir ke bila semua kau dah buat, nanti bila dah sah jadi bini, apa je yang kau tak pernah buat together lagi?

Benda ni memang sebenarnya takde pun tuju kat awak awak semua. Yela, aku percaya siapa yang baca ni moga moga semua yang baik lah, harapnya. Ya, ada je manusia, lelaki dan perempuan, yang masih baik atas dunia. Yang aku asyik tembak dari tadi ni mungkin hanya segelintir sahaja.





Eh, tapi if you’re not one of them, then pahal terasa?! Kah!

17 November 2014

Cinta & Restu Emak Ayah

Assalammualaikum...

Hai. Saya Amirul. Dulu saya menulis di Terfaktabzine. Kini saya dah dinaikkan pangkat untuk menulis di Terfaktab. Hoorey!!!!

Tapi saya tak pernah menulis lagi di blog ini. Jadi biarlah saya mulakan. Untuk entri kali ini, saya akan membawa perwatakan seorang #BroUsrah. 

Pagi tadi, kawan aku, seorang lelaki, meluahkan hal kisah percintaan dia pada aku. Sebagai seorang good listener (orang yang cakap aku macam tu) jadi aku tadahkan telinga aku ini kepada dia.

Mak dia tak bagi dia kahwin dengan awek dia. Emak dia dah ada pilihan lain. Tapi dia kata dia sayangkan awek dia. Oh, macam drama melayu bersiri pulak kan?

Kawan aku kenal perempuan pilihan hati emak dia tu. Aku pun kenal jugak perempuan tu. Bagi aku, piliham emak dia ni boleh tahan jugak. Berombak juga hati kalau tengok perempuan pilihan emak dia ni.

Jadi, topik utama entri ini ialah cinta dan restu emak ayah. Eleh... Baca tajuk entri pun korang dah boleh tahu, ye dak?

Cinta tanpa restu mak ayah memang payah sebenarnya. Ya lah... Restu mak ayah ni penting. Kata orang, tak bahagia hidup tanpa restu mak ayah. Lagi-lagi restu seorang insan bergelar emak. Syurga di bawah tapak kaki mak. Boleh jadi tak bahagia rumahtangga kau kalau tak dapat restu emak, tau?

Restu emak bila nak kahwin, bukan pada perempuan saja. Pada lelaki pun sama. 

Macam mana nak tahu emak kau restu hubungan kau dengan awek kau tu? Benda ni kau boleh nampak bila kau bawak jumpa calon tu jumpa emak kau masa kali pertama. Masa itu, kau tengok emak berkenan ke tak dekat awek kau. Kalau emak kau tak berkenan dengan calon kau, berkemungkinan dia tak berkenan tengok perangai awek kau tu. Ataupun emak kau sebenarnya dah ada calon isteri untuk kau. Hooolllaaaa!!!

Kalau emak kau tak berkenan dengan calon kau tu, kau terima sajalah calon emak kau tu. Ataupun kau carilah perempuan lain sama piawaian dengan calon emak kau tu. 

Tapi apa-apa pun, cuba yakinkan emak kau supaya terima awek kau tu. Ingat, yakinkan emak kau, bukan desak emak kau untuk terima awek kau. Kalau kau desak emak kau, dia mungkin terima sebab kau dah desak sangat. Tapi tak bererti dia merestui hubungan kau dengan awek kau tu. Nanti setiap kali nampak isteri kau, mesti hati dia asyik terdetik rasa kurang senang atau selesa. Itu tak restu lah namanya tu

Bagi yang perempuan pulak, jangan mendesak pakwe korang supaya pilih kau jugak dan biar dia membelakangkan emak dia. Jangan weh!

Jangan paksa pakwe kau pilih antara kau atau emak dia. Kesian la kat pakwe kau. Tu kan emak dia, jangan bagi dia serba salah dan buat pilihan yang salah. Kalau pakwe kau membelakangkan emak dia dan pilih kau, kecik hati emak dia. Jangan sampai pakwe kau tak dapat bau syurga nanti. Syurga dia ada pada kaki emak dia. Jangan buat pakwe kau jadi anak derhaka. Sudahlah kahwin tanpa restu, jadi anak derhaka pulak.

Bagi yang perempuan pulak, kalau emak ayah tak restu, dengar sajalah kata mereka. Jangan mengada nak kahwin lari pulak. Tok kadi mana larat nak lari sama korang. Eh?

Mungkin emak ayah kau dah ada pilihan untuk kau kan? Kau apa tahu? Memang sekarang zaman moden. Kahwin ikut pilihan mak ayah ni tak trending. Tapi benda ni tak salah pun kan? Pulak kau tu anak dara. Mak ayah kau ada hak untuk tentukan jodoh kau. Kalau kau beragama Islam, kau patut tahu hal ni

Pilihan jodoh mak ayah ni kot-kot lagi bagus dari pakwe kau yang kau dah kenal bertahun-tahun tu. Ye lah. Kau mungkin dah lama kenal pakwe kau. Kau budget macam kau kenal betul dengan pakwe kau. Tapi sebenarnya tak jugak. Kenal lama macam mana pun, belum tentu buat kau betul-betul kenal dia.

Masa bercinta ni, semuanya indah. Pakwe kau tu banyak jugak berlakon depan kau sebenarnya. Ala... Yang perempuan pun sama. Masa bercinta, semuanya lakonan. Banyak benda yang disorokkan. Kalau tunjuk yang buruk, lari pulak pasangan kau kan?

Yang lelaki pulak, kalau mak ayah makwe kau nak kahwinkan awek kau dengan pilihan diorang, redha sajalah. Dah itu ketentuan Allah. Takde jodoh

Sebenarnya, aku sendiri mengalami situasi macam tu. Mak ayah awek aku nak kahwinkan awek kau dengan pilihan mereka. Masa awek aku kata dia kena kahwin dengan pilihan mak ayah dia, aku terkedu beb. Rasa nak gugur jugak jantung aku. Emak dia siap cakap, dia tak restu kalau awek aku tu kahwin dengan lelaki lain yang bukan pilihan dia. Lagi kuat aku terkedu. Setelah aku berfikir, aku suruh awek aku tu terima je pilihan mak ayah dia. Aku redha. Dah ditentukan aku takde jodoh dengan dia

Bahaya kahwin takde restu ni. Jangan sampai sepanjang hayat perkahwinan kau tak bahagia nanti. Nak pergi berjihad pun perlu restu mak, ini kan pulak nak kahwin. Jangan pandang ringan hal restu mak ayah ni.

Kesimpulannya, kalau mak ayah tak restu, carilah calon lain. Ramai jodoh di luar sana. Tak payah nak kata cinta mati kau tu untuk pakwe/makwe kau la. Cinta mati kau tu untuk Allah. Yang tu baru betul

Jadi kesimpulan yang kita dapat ialah, 
1. Cinta dengan mendapat restu mak ayah itu penting
2. Jangan membelakangkan emak ayah kau kerana pakwe/makwe kau
3. Jangan desak mak ayah kau terima pilihan kau. Jangan biar mereka terima dengan keterpaksaan
4. Bagi perempuan, jangan desak pakwe kau membelakangkan emak dia. Kesian  juga pakwe kau kalau dia tak dapat bau syurga disebabkan kau
5. Bagi yang perempuan, kalau mak ayah  suruh kahwin ikut pilihan mereka, redha aje lah. Mungkin itu yang terbaik untuk kau. Kau apa tahu?

Okay. Cukup sampai di sini entri berunsurkan #BroUsrah. Aku janji aku akan mencarut dalam entri yang akan datang. Sekian.

Jualan Akhir Tahun MABOPA & TerfaktabTour Sabah!

 Pengumuman penting. Jualan akhir tahun Mabopa kami akan melakukan jualan penghabisan stok 2014. Dengan selamba dan bersahaja kami berikan kalian diskaun mutlak dari 10%-50%. Buat kalian yang menyimpan hasrat untuk memiliki buku kami dengan harga paling steady, ini lah masanya. Rujuk poster untuk tarikh dan tempat. Yang dari utara, selatan mahupun pantai timur. Turunlah, dan nikmatilah jualan akhir tahun ini. Kami menanti kalian dengan senyuman.


Adalah pertama kali kita ke Sabah! See you guys there~

17 Oktober 2014

Nobody Ever Cared


             A woman sat forlornly in the train. Nobody sat on her right seat. Neither the left. She took up one and a half seat. Nobody was looking at her anyway. Nobody cared.
            She looked like she shed tears before she hopped on the train. Her chubby face turned red. Her eye bags swelled. But nobody saw it. Nobody cared.
            She took out her hand phone. She was seen reading a text. Then, she cried again. Her tears dropped on the floor of the train as she covered her face with her hands. The coach she boarded was half full. No one noticed her crying. Nobody cared.
            She calmed herself down. She was able to put herself together. The woman looked out of the window. Her mind was running wild. She thought that she could not face it anymore. She had had enough. She was tired of people ignoring her. She was frustrated of people despising her. She hated that no one ever showed concern. Nobody cared.
            The train stopped at the fifth station, the woman walked out. Nobody was seen exiting the train at the station. She was the only passenger who alighted the coach. She walked straight to the steel bench and sat down.
            The once bubbly and cheerful woman was now so depressed and troubled. Nobody ever noticed those changes because nobody ever cared. She took out her hand phone again and wrote a text.

The world is unfair,
The world is prejudice,
The world is hypocrite,
The world is judgmental,
The world is mean,
The world is cruel,
And my world was you..
Now,not anymore.
p/s: I will hunt you down.
SENT


                The woman purposely dropped her handphone on the floor. She stood up and looked to the right. A train was fast approaching the station. As the train was stopping, she jumped straight into its path. Her head was decapitated due to the impact. Blood was splashed all over the window. Everybody noticed. Everybody cared.

15 Oktober 2014

Kuala Lumpur Writers & Readers Festival

Atau nama glemer-nya; KOLUMPO KITA PUNYA.


Di event KOLUMPO KITA PUNYA INI kami menjemput korang datang ke sesi bersama penulis Evasion iaitu Farah K. Novel ini merupakan novel Inggeris sulung terbitan kami.


Malah, jangan lupa juga dengan aktiviti TerfaktabTour kami di UIA Kuantan pada hari yang sama kelak. Info menegnai kedatangan kami ke tempat korang ada pada gambar di bawah
Update; 29 Oktober Terfaktab Tour akan berada di UiTM Puncak Alam.

Amacam korang? Jumpa di sana dan marilah kita membeli buku sampai lebam!

3 Oktober 2014

Confession #50

Tanpa aku sedar, beberapa bulan yang lepas, sebenarnya aku banyak menyaksikan hubungan yang terputus dan manusia berpisah. Mereka jadi resah. Mereka jadi gundah. Tidur tak lena, nak makan pun tiada selera katanya. Bila aku suruh menghadap Tuhan semula untuk berbicara tentang hati yang luka, mereka kata mana mungkin akan lenyap rasa sengsara. Tak akan mungkin mereka boleh bangun dan berdiri gagah semula.

Bila terlalu lama berada dalam empat penjuru kesedihan, mereka yang bersedih mula mahu menyebarkan rasa pedih. A wise man once said to me, that is because victims like to victimized. Rasakan! Rasakan kamu semua sedih yang aku rasa! Baru lah adil, barulah mungkin hati mereka yang terputus kasih tidak akan rasa tersisih.

Aku sedar yang mungkin kata-kata yang aku cakapkan hanya sekadar menjadi omelan yang terbang di awangan. Lantas aku putuskan tali penyelamat. Aku biarkan saja, biarlah sekali-sekala mereka tahu erti dunia. Ya, the world is unfair. Ya, dunia memang kejam. Tapi percayalah, kau tetap akan menderita sehingga mana kau buka mata kau yang buta lagi terpejam.

Lihatlah dunia, ada lagi banyak sengsara yang perlu ditangiskan.

Tidak boleh juga aku katakan perasaan ini cuma satu khayalan yang kau wujudkan. Perasaan ini benar. Sakit, gembira, rabak, bahagia juga adalah benar. Tapi kadang-kadang dunia ini sengaja mahu bermain-main dengan emosi. Dunia mahu lihat siapa yang akan kecundang dan menggantung diri.

The power of forgiveness is in your hands, and the power of forgetting lies in God's.

Harus diingat, yang kau adalah manusia. Tidak lebih, dan tidak kurang. Kau bukan segagah mana yang kau sangka, juga bukan selemah air yang menitis dari mata. Kau tidak lah semalang mana, dan kau juga tidak lah beruntung mana. Ada benda kau lebih, ada benda yang kau kurang. Aku rasa ramai orang yang selalu merungut ni tak nampak benda yang mereka ada. Tamak haloba, mahu semua benda yang baik dalam satu alam semesta. Manusia yang rasa mereka sekarang hidup di Syurga, apa yang dihajatkan pasti akan dapat dalam genggaman.



Tidak sedarkah yang dunia ini saban hari dipenuhi kematian? Dan tidak sedarkah juga yang dunia ini saban hari dipenuhi kelahiran? Jadi percayalah, jika semalam ada diantara kamu yang mati, esok masih ada peluang untuk lahir putih suci seperti bayi.

Kemaafan itu sangat tinggi harganya. Maka, jadilah orang yang kaya. Kaya dengan sesuatu yang duit pun tidak mampu beli. Ilmu juga mahal, kasih sayang juga mahal. Pedulikan mereka yang berkata, oh ini semua pasti boleh dibeli dengan harta dunia! Mungkin mereka menyalak sebegitu, kerana itulah hakikat dalam kejadian mereka.

Awak tak kan? :)


1 Oktober 2014

Unconditional Love

"Antara keluarga dan pasangan, mana satu yang kau rasa unconditional love?"

Susahnya soalan ni level malaikat Tanya kau patut masuk syurga ke neraka. Berbelit saraf nak fikir.

Boleh jadi keluarga.

Sebab macam mana buruk pun kau, jahat pun kau, diorang tetap akan terima kau apa adanya kau diciptakan. Harini kau mungkin bergaduh serupa nak kiamat, berpatah arang, tak kenal darah daging. Lambat laun, entah kadang tanpa kata maaf secara zahir, semua akan kembali normal. Pergilah sejauh hujung dunia sana pun, kau dan dia masih berkongsi sesuatu. Darah dalam badan kau adalah zarah yang sama mengalir dalam diorang. Pernah satu kawan aku kata ke aku,

'I takkan tinggalkan family I no matter what sebab masa I jatuh dulu, kawan tinggalkan I, gf hilang, I balik kat family, diorang yang support I sampai I bangun balik. And today, here I am.’

Kadang kita tak perasan yang kau sayang ke keluarga, sampailah ada orang usik family kau. Rasa nak terajang kat kepala. Padahal kau kutuk diorang takpe. Bentuk sayang yang kau sangat jarang lafaz sesame sendiri, tapi wujud tanpa had. Adanya rasa sayang tanpa kita sedar atau kadang tak mengaku mungkin sebab ego atau rasa janggal. Sayang yang kadang kita salah anggap bila diekspresikan, dikawal tingkah laku misalnya. Diorang itu keluarga kau, sampai liang lahad pun diorang masih keluarga kau.


Atau mungkin boleh jadi pasangan.

Datang dari latar belakang yang berbeza, entah mana pucuk pangkal, tapi boleh punya satu tempat yang penting dalam hidup. Separuh kita ni punya dia. Kau dan dia tidak berkongsi apa secara biologi, Cuma rasa dan hati. Tapi dah cukup kuat untuk buat dia terima kita seadanya. Atas dasar sayang. Membenarkan orang yang tak dikenali asalnya dulu masuk dalam dunia kita yang kalau diizinkan Tuhan untuk sepanjang hidup, tak mudah, tapi kita nak jugak hadap risiko. Akak depan aku ni pernah cakap,

‘Kita mungkin akan berkongsi hidup dengan pasangan kita lebih lama dari keluarga sendiri andai jodoh kita dengan dia panjang. Jadi kena pilih betul-betul yang ada good chemistry dengan kita.’

Berkongsi seluruh hidup luar dan dalam, fizikal dan rasa. Mencintai kekurangan dia dan menyayangi kelebihan dia sebagai manusia. Orang yang kau secara rela mahu mencurahkan setia, tanpa ragu menunjuk buruk laku. Bersyukurnya engkau dikurniakan seorang insan yang diharap akan terus berada di sisi sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta atas ikatan halal kau akan terus mekar aku doakan.

Tapi percayalah, unconditional love yang paling hakiki adalah dari Tuhan pada hambanya. Yang tak pernah berbelah bahagi, yang tak pernah mati. Kasihnya Dia pada kita sentiasa ada walau kita sering alpa. Sentiasa memberi tak pernah meminta. Tak pernah gagal untuk menghulur kekuatan saat tersungkur meminta kudrat. Tidak walau sesaat kasihnya berubah walau cintanya kita pada Dia sering goyah. Adilnya dalam mencurah sayang dalam pelbagai cara tanpa jemu walau kita sering persoal apa yang bakal tunggu. Sentiasa menjaga walau kita selalu tak kisah pada Dia. Takde cinta manusia sehebat cinta Dia.

Kejarlah cinta Dia supaya kau dapat berjalan berpimpin tangan dipayungi rahmat kasih bersama anugerah cinta manusia sepanjang jalan menuju syurga.

5 September 2014

TANGO SORANG-SORANG, ORANG TEPUK BERAMAI-RAMAI

Hai lamanya akak tak menulis kat sini. Akak tulis ni pun sebab benda ni fresh lagi, baru lagi berlaku. Kejap kejap lagi, kalau tertagak tagak nak tulis, tangguh tunggu nanti, pakai lupa terus la jawabnya.

Masa dalam kelas tadi akak ada lah mengusik student akak ni. Student laki-laki. Akak kasi nama samaran dia Remy lah ye. Minggu lepasnya akak ada attend event budak budak ni. Kemudian ada la sesi fotografi. Masa nak bergambar tu, budak-budak lain kemain galak mengusik Sally dengan Remy. Sally ni berdiri sebelah Ali. Lepas tu budak-budak lain kata Sally berdiri salah tempat.

"Sally salah tu Sally !!! Sally mana boleh berdiri sebelah Ali. Sally kena berdiri sebelah Remy !!"

Yang lain-lain ikut bersorak. Sally dengan Remy dah malu-malu. Akak pun seronok la jugak nak ambil bahagian dalam acara sakat-menyakat ni. Lepas tu dengan malu-malunya Sally berjalan terkedek-kedek mengubah posisi. Dia pun berdiri sebelah Remy. Lepas acara bergambar tu akak pun balik.

Anyway Sally dengan Remy tak sekelas untuk kelas yang akak ajar ni. Tu yang tadi akak berani nak manyakat Remy ni. Rupanya sebahagian budak yang lain pun tahu perihal Sally dan Remy ni. Akak pun tambah menyakat, akak kata kat budak-budak kelas -- "Minggu lepas ambik gambar sama Sally dengan Remy ni." Kemudian budak-budak dalam kelas pun seronok bersorak. Kemudian Remy cakap gini -- "Mana ada. Sally yang datang kat saya. Saya tak ada apa pun dengan dia la puan." ujar Remy. 

----------------

Okay ! Waima pun cerita ni cuma cerita budak-budak yang masih mencari diri, yang masih confuse dan terlalu mentah, umur pun baru sembilan belas tahun, tetapi ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Ladiessss !!! Ingat ye. Kalau lah dikenen-kenenkan kita dengan sesiapa, jangan kita nak OVER sangat. Jangan ikutkan sangat kehendak dan hasrat para pengkenen ni. Kita yang kena kenen ni, mula-mula tak ada rasa apa-apa. Esok-esok pulak rasa blushing sikit. Lusa-tulat pulak kita ada rasa suka sikit. Padahal yang laki-laki ni tak rasa apa-apa pun. Akhirnya nanti kita yang syok sendiri. Yang lelaki ni pulak bila orang lain menyakat dia dibelakang kita, dia nafi sekeras-kerasnya. Dia kata kita yang terhegeh-hegeh ke dia. Kalau depan kita mungkin dia diam dan terima sahaja. Dia tak nafi sebab nak jaga hati kita, tak mahu lukakan hati kita dan buat kita malu di hadapan orang. Yang kita pulak anggap diam dia tu tandanya suka. Aduh ! 



Ingat pesan akak ni. Jangan cepat rasa suka sangat. Jangan OVER sangat. Selagi yang lelaki tu tak kata apa-apa pada kita, tak reveal perasaan sebenar dia ke kita, tak payah la kita nak syok sendiri sangat. Nanti yang sakitnya, kita ! Bak kata orang putih --

It takes two to tango.

Jadi  jangan mudah seronok dengan tepuk sorak orang ramai sebab yang pentingnya tepukan kita dan dia bersama. Tepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Tango sorang-sorang nanti jatuh menyembah bumi.


25 Ogos 2014

Cantik Selebriti Tidak Sama Dengan Cantikmu, Sayang

Seorang genius pernah berkata, dan aku ingin quote kata-katanya yang berbunyi : 

“Tubuh selebriti perempuan yang diminati itu dalam kategori minat lain, 
dan tubuh kekasih yang diminati itu dalam kategori minat yang lain.”

Biar sini aku huraikan kata-katanya untuk kau;

Tubuh selebriti perempuan seperti yang kita tahu adalah sempurna dalam segala segi. Dari ramping pinggangnya hingga bersih kakinya. Manakala tubuh kekasih yang diminati, selalunya biasa-biasa saja, bahkan ada yang berdaki sana-sini, kerana kekasih kita itu bukanlah jenis seorang perempuan yang pandai menjaga diri, walau seberapa banyak nasihat dan sabun pencuci yang telah kita belikan. Well, ya, of course ada perempuan yang walaupun dia berada dalam jenis average girl, atau the girl next door yang pandai menjaga diri. Boleh lihat saja ramai antara kawan kita, atau kekasih sendiri, yang memang pembersih orangnya, walaupun badannya tak berapa cantik. Tapi apa yang disebut dalam quote tadi bukanlah pada pembersihnya atau kemasnya kekasih kita. Tapi, apa yang ingin disebut adalah pada bentuk fizikal kekasih yang diminati kita.

Begini, kalau kau jenis seorang yang pentingkan tubuh badan perempuan dalam menetapkan hati kau untuk jatuh cinta pada seseorang, aku mahu kau beredar terus dari membaca artikel ini. Artikel ini, untuk mereka yang memandang hati. Artikel ini, untuk mereka yang memilih jiwa dan personaliti berbanding rupa diri.

Berbalik pada topik kita, aku mahu sentuh dulu mengenai tubuh selebriti. Ya, tubuh selebriti yang kita selalu pandang, selalu puji, dan kadangkala tanpa sedar, kita sebenarnya menyakiti hati pasangan dalam kita memuji dan mengagumi secara literal dalam tiap kata dan tiap pandang dan tiap senyum kita pada seseorang selebriti. 


Lihat saja lehernya, lihat saja wajahnya, lihat saja matanya, lihat saja hidungnya, lihat saja rambutnya, lihat saja bicepnya, lihat saja dadanya, lihat saja pinggangnya, lihat saja perutnya. Sempurna, bukan? Ya, mereka adalah selebriti. Sempurna untuk dijaja tiap lakon dan tiap kerja buat kerana itu adalah pekerjaannya. Ada saja selebriti yang average, tetapi aku ambil contoh selebriti yang cantik lagi comel ini sebab ya, mereka ini dalam golongan yang kebanyakan kita suka pandang-puji. (Aku mahu guna contoh selebriti Malaysia, tapi kemudian aku harus bandingkan selebriti Malaysia itu dengan gadis average yang juga datangnya dari Malaysia, namun, aku tak mahu kutip mana-mana gambar gadis average Malaysia dari Google kerana ya, nanti aku terkutip gambar kawan/saudara/kekasih anda pula nanti.)
Kita pergi pula pada kekasih yang kita minati.


Okelah, aku rasa gambar yang aku pilih ni macam tak adil sangat sebab perempuannya pada aku boleh tahan cantik jugak sebenarnya. (Ke ada yang rasa perempuan ni hodoh?) Aku ambil contoh perempuan ini sebab ramai antara lelaki-lelaki Malaysia yang tak suka memilih perempuan gemuk sebagai seseorang untuk dijatuh hati padanya. Aku pun pelik kenapa. Mungkin kerana terlalu ramai perempuan gemuk yang tak pandai berfesyen membuatkan ramai lelaki yang tak reti nak pandang kecantikan pada tubuh perempuan gemuk, kot? (Gambar di atas ni adalah salah satu contoh fesyen yang cantik dipakai perempuan gemuk)

Ya, ada juga lelaki yang suka kecantikan pada tubuh perempuan gemuk. Tapi itu bukan apa yang aku nak katakan pada perenggan di atas. Perenggan di atas aku empasiskan untuk contoh perempuan gemuk, kerana kebanyakan lelaki tidak suka untuk memandang perempuan gemuk sebagai salah seorang calon untuk jatuh cinta dengan.

Beginilah. Kau kena ingat, wahai kekasih orang, kalau dia telah terima kau sebagai seorang yang sudi dicintainya selamanya, kau tak perlu lagi rasa insecure tiap kali kekasih kau tu pandang atau puji perempuan lain. Aku takmahu cakap mengenai hak sama rata kerana kau selalu juga puji selebriti-selebriti lelaki lain, tapi pada akhirnya ke pelukan kekasih juga kau pergi tiap kali sedang berduka, kan?

Aku nak cakap mengenai perbezaan kecantikan selebriti dan kecantikan kau yang dicintai kekasih kau. Eh, macam panjang lagi je artikel ni dalam minda aku. Takpalah, aku pendekkan ya? Kesian kat kau baca panjang-panjang. Mesti bosan. Padahal kau dah tahu dah yang kau memang cantik orangnya, kalau tak, masakan walaupun kau biasa-biasa tapi masih ada yang boleh jatuh cinta dan kekal cintakan kau.


Selebriti itu, memanglah cantik, sayang. Tapi cantik selebriti tidak sama dengan cantikmu. Kerana apa? Kerana cantikmu itu, mampu disentuhi, manakala cantiknya selebriti, hanya mampu ditatapi. Cantik selebriti itu tidak sama dengan cantikmu, sayang. Kerana apa? Kerana cantikmu itu, mampu dipeluknya, sedangkan cantik selebriti hanya mampu dilihatnya. Cantik selebriti itu tidak sama dengan cantikmu, sayang. Kerana apa? Kerana cantikmu itu, mampu buatkan hatinya yang berduka kembali ceria, sedangkan cantik selebriti itu kaku, tidak mampu buat apa-apa untuk mengubati hatinya yang lara. Cantik selebriti itu, tidak sama dengan cantikmu, sayang, kerana cantikmu itu, bakal menemaninya hingga akhir hayat di sebelah, tiap kali mahu tidur dan tiap kali terjaga, tiap kali ke mana saja, bersama. Ya, kau sebenarnya sungguh cantik, sayang. Jika tidak, masakan dia memilih kau untuk bersama dengannya selamanya. Walaupun kau selalu katakan pada refleksi diri kau di cermin yang kau hodoh orangnya.

Haa, apa lagi tunggu? Dah habis baca dah kan artikel ni? Pi cakap hang sayangkan kekasih hang dan appreciate kehadiran hidup dia cepat! Ini satu paksaan, bukan satu cadangan.

12 Ogos 2014

Perk Menjadi 3rd Wheel

Third Wheel adalah ‘lebihan’. Third Wheel adalah ‘sampingan’. Third Wheel adalah ‘tambahan’. Kebiasaanya orang macam kau tak suka jadi Third Wheel ni kan? Ah, kau tak payah nak tipu akulah. Tiap kali kawan kau ajak kau keluar dengan partner dia, mesti kau macam malas nak ikut sebab nanti kau boring buat semua benda sorang kan? Dia bolehlah. Ada partner. Boleh buat semua benda kongsi bersama. Kalau tengok movie, kau sorang jela layan perasaan kagum pada movie tu sensorang kau. Pastu kalau makan, diorang jela yang suap-menyuap, berbisik-bisikan. Kau? Kau duduk jela depan diorang mereput sensorang. Lepas tu, bila dia ajak kau keluar sekali tu, mesti kau bagi ayat lebih kurang macam, “Takpalah, nanti aku kacau korang pulak.” Betul tak betul?


Sebenarnya, aku nak cakap kat kau yang best jugak sebenarnya jadi Third Wheel ni. Aku tak faham kenapa Third Wheel ni didefinisikan dalam Urban Dictionary sebagai sesuatu yang membawa maksud negatif. Aku pelik kenapa bab Third Wheel ni tak dikaji sisi positifnya. Yang kau nak negatif sangat ni apahal?

Selalunya orang yang takut nak jadi Third Wheel keluar mana-mana dengan couple ni, aku anggap diorang ni bukan takmau ganggu pasangan tu keluar sebenarnya, tapi, diorang takut dengan diri diorang yang cemburu dengan kebahagiaan yang bakal ditonjolkan depan diorang. Yalah, dahlah single, pastu keluar dengan pasangan merpati sejoli pulak. Siapa tak rasa fakap kan? Pastu paling tak boleh aku hadam yang jenis kalau ada couple ajak keluar sekali, sebab tengok dia asyik membuta kesian duduk kat rumah main DOTA ja, dia boleh pulak balas ayat lebih kurang macam, “Haa, eloklah tu keluar dengan korang. Pastu korang menunjuk korang punya lovey-dovey stuff depan aku. Takmaulah! Baik aku duduk rumah layan DOTA. Ada gak pekdah.”

Eh, kurang ajarnya kau ni. Orang ajak kau, mana tau kot-kot kau boleh terserempak dengan mana-mana makwe/pakwe. Dan kalau kau dah ada partner sekalipun, apa salahnya lepak sekali? Perlu sangat ke rasa ditinggal kalau keluar dengan pasangan bercinta ni?

Tak perlu pun sebenarnya.

Aku bukan nak cakap perk-perk jadi orang ketiga ni sebab sekarang ni zaman smartfon, so tak bosan pun keluar dengan pasangan bercinta. Tak, perk yang aku nak cakap ni bukan perk yang tu, walaupun itu antara salah satu perk keluar dengan diorang ni. Perk yang aku maksudkan adalah perk yang enjoyable. Dah nama pun perk, kan? Dah tentulah enjoyable. 

Apa perk-perk ni sebenarnya? 

Salah satu perk adalah kau boleh jadikan hubungan percintaan yang berlaku di hadapan kau sebagai satu rujukan. Bagaimana cara diorang berbual, apa topik yang dibualkan, bagaimana mereka bereaksi terhadap perbuatan pasangan. Itu semua boleh jadi satu bahan rujukan untuk kau apabila sampai satu masa kau bersama dengan pasangan kau nanti.

Perk kedua adalah apabila jika kau lihat betul-betul, kau boleh nampak aura pinki di sekeliling kedua kawan kau yang bercinta ni. Dan kalau kau seorang kawan yang baik, kau akan tersenyum, turut bahagia dengan aura pinki yang keluar dari tubuh badan mereka berdua.

Perk ketiga adalah dengan jelasnya kau kelihatan single apabila keluar dengan mereka. Jika kau berjalan sendirian, kemungkinan orang akan fikir yang kau sudah berpunya adalah tinggi. Akan tetapi, jika kau keluar bersama mereka, sudah tentu orang akan lebih nampak kau sebagai seorang yang tiada komitmen dengan sesiapa, melainkan kau memang ada, kemudian mereka bertanya pada kau dan kau mengaku kau sudah ada komitmen pada partner kau.

Tapi, untuk aku, perk aku adalah kuriositi. Aku adalah pengumpul pengalaman. Aku suka dengar pengalaman orang. Lebih-lebih lagi pengalaman bercinta. Dan untuk mengalami pengalaman bercinta mereka itu sendiri di hadapan aku, ia adalah satu pengalaman yang mahal untuk aku kumpulkan. Untuk mereka yang sudah biasa dengan kehadiran aku, mereka tahu yang aku langsung tidak kisah jika mereka bercumbu, berpelukan, bahkan jika mereka ringan-ringan seluk tangan ke dalam baju atau seluar pun aku tak kisah sama sekali. Malah aku lebih suka, kerana aku dapat show percuma. Selalunya aku hanya tengok video saja. Dan untuk mereka yang belum kenali aku, biasanya aku akan cakap dahulu yang aku tak kisah jika mereka tunjukkan cara bercinta sebenar mereka di hadapan aku. 


Banyak lagi perk-perk lain sebenarnya. Tapi cukuplah kot aku bagi empat. Yang lain-lain kau boleh discover sendiri. Ingat, jadi Third Wheel ini bukan sesuatu yang negatif sebenarnya. Ia sesuatu yang mahal pengalamannya. Jadi, lepas ni, kalau ada kawan kau yang ajak kau keluar bersama dengan dia dan partner dia, bergembiralah!

5 Julai 2014

Tidak Ada Kena Mengena Dengan Sesiapa Hanya Coretan Dari Sudut Hati Yang Dalam

Jam tangan aku lihat, tepat jam 1:07 pagi. Aku happy dalam waktu ini kerana Jerman sedang mendahului Perancis 1-0. Musim Piala Dunia dan Ramadhan ini membuatkan aku kurang sibuk. Tidak sebelum ini pada bulan April hingga ke Jun yang mana aku sibuk ya amat dengan membaca pelbagai manuskrip. Sempat rehat kejap pada bulan Mei dengan melancong ke Bangkok. Tapi selepas balik, punyalah banyak kerja perlu dibuat untuk menguruskan production after Pesta Buku. Sibuk dan emosi dalam keadaan tidak stabil sampai kucing tak comel pun aku marah. Tak cukup tidur. Mata jadi panda sampai aku tak heran pun dengan kehadiran panda di Malaysia. Kalau boleh aku nak marah panda tu. Ada saja serba tak kena dalam bulan-bulan sibuk menjadi seorang boss (lah sangat khenn)

Aku tak sabar tunggu bulan puasa sebab bulan itu satu-satunya aku boleh berehat tak banyak kerja dan membentuk diri menjadi seorang yang OKAY semula.

Tapi. Langit tak selalu cerah. 

Aku ada belajar beberapa prinsip baru dalam relationship. Kau dengar ni elok-elok.

Pertama.

Jangan bawa cara kerja kau kat tempat kerja ke dalam relationship kau. Salah cara, tambah emosi tak stabil. Alamat bergeloralah segalanya. Kat tempat kerja kau jadilah setegas mana pun, licik mana pun, moody mana pun. Dalam relationship (aku nasihat ke diri sendiri dan ke korang juga), jadilah orang yang paling masyallah baik gila, manja, caring, gentleman dan apa-apa saja yang baik di hadapan si dia. 

Senang cakap, dengan si dia kaulah paling baik sampai semut tengok pun semut jatuh cinta. Kat tempat kerja, singa lalu depan kau, singa lari.

Aku tahu, memang susah nak buat macam tu. Senang cakap mustahil kau nak tukar topeng dari tempat kerja kepada topeng berhadapan si dia. Tapi, do your best lah. Walaupun emosi tak stabil dengan tekanan, elok buang emosi tu jauh-jauh bila berhadapan si dia.

This thing kalau kau buat, like I said. Semut boleh jatuh cinta.

Kedua.

Perempuan tak heran dengan duit kau, dan masa kau. Tapi perempuan pandang kau dari segi kepimpinan. Your leadership. How Your Manage Her & Relationship. Itu.

..... ok aku tengah termenung kejap

Banyak berhabis. Ye, memang. Dulu kau takde duit, kau bercinta pun habis itu ini kau takde ralat sangat. Ye, memang. Sekarang kau dah ada duit, dah ada kereta, dah ada rumah, kira tinggal nak satu benda je, nak bina keluarga. Kau sanggup buat apa saja untuk ke arah itu. Habis duit, tenaga dan segalanya. Aku faham perasaan penat tu. Ralat. Orang yang takde duit, takde benda yang aku cakap tadi takkan faham apa yang kau rasa sekarang. Diorang boleh je cakap apa saja. Tapi, hanya kau sorang je faham perasaan kau dan orang yang sama situasi macam kau. Tapi, percayalah perempuan tetap akan lihat perkara ini sebagai keyakinan dia. Cara kau hargai diri sendiri, hargai dia dan hargai hubungan yang terjalin. Your leadership in relationship. Peh, berirama.

Ketiga

Selalu orang cakap kalau ada masalah dalam relationship. Kena cakap, kena terus terang. Need to talk. Communication. Kan?

Tapi tak semestinya. Sebab sometimes ada masa kau hanya perlu diam dan hanya tunjukkan ekspresi muka 'tidak suka' untuk satu kesilapan itu timbul penyesalan ingin berubah dari dalam hati sendiri (diri sendiri). Ada cara ini, tak silap aku ada hadith pasal perkahwinan sentuh hal ini. Better diam.

Diam.... 

Ok, sekarang aku nak kasitau perkara yang lebih penting.


Selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa dan berdoalah agar jodoh kekal berpanjangan.




p/s: Nasihat keempat aku nak kasitau. Kita hanya boleh faham perasaan kita sendiri, tapi kita takkan boleh faham perasaan orang lain. Dan jangan sesekali kita buat andaian mengenai perasaan orang lain. Sebab andaian juga boleh bawa ke fitnah. Elok bertanya terus. Bila jadi fitnah, menyesal lah kau mereput lah kau. Pedih kena diri sendiri. Pheww~