Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lantaklah korang gua punya suka la

Kahwin? Aku? Kahkahkah!

Sudah berapa lama agaknya aku ingin tulis segala isi hati aku, lepas keluar dari musim percintaan kali ini. Mungkin aku antara manusia bertuah (*atau celaka?) kerana sekejap berada dalam hubungan percintaan dua hala, sekejap berada dalam hubungan percintaan sehala. Mungkin juga. Mungkin juga aku hanyalah seorang lagi manusia tidak tahu erti syukur hingga banyak hubungan yang jika aku jaga hubungan itu betul, memang betul ia akan bawa aku ke saat bahagia ke syurga. Kecewa itu ya, kecewa itu ada. Dan kekecewaan ini sebenarnya membawa aku ke satu dimensi yang jika aku keluar daripada dimensi ini, aku khuatir aku bakal kecewa lagi sebagaimana kecewa aku sebelum-sebelum ini. Dimensi di mana aku lebih selesa bersendirian, berhibur ke sana ke mari berseorangan, tanpa ditemani seorang kekasih yang betul mencintai aku ingin hidup bersama aku selamanya. Ya, aku sebut kekasih, bukan gadis. Pernah satu tahap aku sampai tidak kisah jika ada seorang lelaki yang betul jatuh cinta padaku. Yan...

Cheapskate Wedding , Part 1

Imej
Assalamualaikum wbt. Hello anda-anda semua! Apa khabar? Sedang ke pesta buku? Alhamdulillah, jangan lupa beli buku baru kami Korban Cinta Remaja. Memang lain dari lain sebab kami menimbulkan kisah-kisah cinta super sedih, super bengong, dan super aneh. Semua orang punya cerpen dalam tu memang best, kecuali yang Bent Pencil buat, apa mende entah, merepek betul. Oh by the way, maafkan saya kerana dah lama tak tulis, sebenarnya saya sibuk berlari sana sini jumpa orang, cari barang, survey harga. Almaklumlah busy nak kahwin. Yeay! kawin! Seperti yang anda baca entri-entri/status post Terfaktab sebelum ini, kami memang menolak perkahwinan stail besar-besaran. Kami semua sungguh-sungguh kata nak kahwin begitu-begini. Tengok dalam KT2 tak, perkahwinan jimat duit versi Alexia Aqram? Itu cukup lejen, saya pun suka. Tapi bila sampai pada masanya nak kahwin (so far dua writer dah kawin, tiga on the way), kebanyakan dari kami berada dalam dilema. Nak nikah aje lepastu buat kenduri d...