Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kematian

Harapan

"Jadi awak mengalah?", tanya Amni pada Adli yang dari tadi diam membisu. Adli menghembus keluhan panjang. Tidak, dia bukan mahu mengalah tapi dia sudah tiada harapan. Tanpa harapan, manusia akan mati, pokok akan berhenti berbunga dan burung akan berhenti berkicau. Kita semua perlukan harapan. "Bukan saya mengalah Amni, tapi kita terlalu jauh. Jauh sehinggakan cinta itu terhalang-halang. Apa saya boleh lakukan kalau suatu hari nanti saya terima berita kecelakaan tentang awak sedangkan saya berada beratus kilometer dari awak?", jawab Adli perlahan. "Jadi awak mahu tinggalkan saya hanya kerana jarak? Awak sudah ada gadis lain?", tanya Amni sedikit mendesak. Wajah manis itu tidak lagi menguntumkan senyuman. Bukan baru semalam mereka menyulam cinta tetapi sudah begitu lama dan kali ini lelaki kesayangannya itu memberikan alasan jarak untuk memutuskan kasih. "Saya tak pernah ada gadis lain, saya cuma tidak mahu awak menyesal atau saya menyesal. Demi Tu...

KISPEN: "Halusinasi"

Imej
Aku menekan punat satu per satu, kosong, satu, dua, tujuh, tiga, sembilan.... "nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, terima kasih." Nombor ini tidak pernah hilang dari kepala, sentiasa berlegar-legar. Walaupun hasilnya tetap sama aku terus mendail dan mendail nombor ini. Sudah setahun aku cuba mendail, tiap-tiap hari tanpa jemu aku akan cuba mendailnya sekali. Aku masih buntu, kenapa dia yang aku sayangi tinggalkan aku, dia tahu aku masih sayangi dirinya. Segalanya berlaku setahun yang lepas, dimana salah aku juga, membiarkan dia sendiri tanpa teman, aku bergembira bersama rakan-rakan tanpa hiraukan dia, aku sendiri yang mencari malapetaka. Manusia tidak pernah hargai manusia lain sehingga kehilangannya, begitu juga aku. Dia marah denganku tapi aku seperti biasa membiarkan dia tanpa memujuk, kerana aku sangat kenal dengan dia, marahnya akan surut setelah lama aku biarkan, tapi aku silap. "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi", aku cuba berka...