Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perkahwinan

Wanita Tua Di Balik Jeriji

Imej
"Hei!" jeritnya pagi itu. Aku jenguk ke luar tingkap dapur, melihat kelibat seorang wanita rambut keriting. Anak perempuannya yang kecil datang menghadap. Oh, dia bukan panggil aku, walaupun tingkap dapur aku berhadapan dengan tingkap dapur dia. Tiba-tiba wanita itu mula menaikkan suara. Menjerit-jerit. Memaki-maki. Si kecil hanya tunduk. Aku perlahan-lahan selesai bersihkan pinggan di tangan lalu berundur ke belakang. Aku meninggalkan dapur dan minum kopi di ruang tamu, dengan harapan suaranya hanya sayup-sayup didengari di ruang hadapan ini.  Sumber Begitulah rutin aku hari-hari. Kalau aku bertembung dengannya semasa basuh pinggan atau cuci tangan, aku cepat-cepat akan berundur. Kerana mesti aku akan mendengar suaranya memaki anak-anaknya, serta suaminya. Tengking dengan suara yang tinggi. Yang memeritkan hati aku, tiada siapa pun yang melawan. Anak remaja pernah menjawab sepatah, kemudian dihambur semula dengan kata-kata berdesibel seratus dua puluh. Ada suatu h...

derhaka. sebuah catitan untuk kawan-kawan perempuan.

Aku selalu bilang, sebelum bertindak kita fikir dulu. Kalau sedang berjalan kita berhenti. Kalau sedang bercakap kita diam. Suluh dalam-dalam ke jurang sanubari kita. Apa benar tindakan kita? Apa betul kelaku kita? Punca masalah sebenarnya dari siapa? Dari orang? Kalau kita fikir salah itu datang dari orang lain, tanyakan kembali kepada diri apa benar salah itu bukan dari kita? Atau barangkali salah itu salah kita, cuma kita merasa terlalu malu mahu mengaku salah. Terlalu mahal perasaan bersalah itu untuk mencari tapak di dalam sanubari kita lalu ditempatkan ia di atas bahu orang lain. Suluh dalam-dalam. Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, terus diterkam orang yang kita anggap salah. Kita terus jatuhkan hukum. Padan muka. Biar koyak perasaan engkau. Orang perempuan selalu cepat hilang akal. Selalu sangat. Belum sempat ambil nafas, belum sempat beristighfar barang sebaris dua pun, ter...

Penceraian dan The Janda's

Imej
Sejak dari dulu aku lihat kalau orang kita sebut pasal janda mesti lain tak bukan pasal kisah seks main dengan janda. Asal sebut pasal janda, mesti pasal skandal dengan politik ni lah, skandal dengan datuk ni lah, tan sri ni lah. Dan yang popular kalau sebut pasal janda ialah pasal merebut penjagaan anak atau merebut Jejai misalnya. Mau rileks skit, aku peminat Cinta Elysa. Pergi jahanam sama Tentang Dhia. Pergi jahanam sam Ombak Rindu. Kiranya sekarang ni, gelaran Janda menjadi satu tafsiran kurang enak dalam kehidupan bermasyarakat. Apasal ha? Kadang-kadang aku terfikir. Nasib baiklah Tuhan tak jatuhkan penceraian itu sebagai haram. Kalau tak, mesti dah ramai buat kerja haram mengikut statistik penceraian terkini. Kan? Ada hikmah dan maslahat tersirat mengapa penceraian tidak diletakkan sebagai sebuah subjek yang 'strict to harom' . Sebaliknya hukum penceraian hanyalah sesuatu perkara yang dilaknat (tidak disukai oleh Tuhan) namun diharuskan jika mempunyai sebab tertentu. S...

bertunang

Imej
bertunang. satu fasa manis yang mana kebanyakan dari kita akan tempuh sebelum meneruskan langkah ke fasa seterusnya iaitu fasa perkahwinan.orang kata, semasa di dalam fasa pertunangan ni, darah sedang manis. dan orang selalu bilang, banyak dugaannya yang akan kita tempuh nanti. dugaannya lebih besar lagi dari yang sebelumnya. well.. ya tak dapat dinafikan sebenarnya dugaan semasa di dalam fasa pertunangan ini adalah lebih hebat lagi. malah, kalau kita gagal mengawal emosi, kalau kita gagal mentadbir perasaan sendiri, juga perasaan tunangan kita, perselisihan yang kecil boleh membawa kepada berantakan bahkan boleh membawa kepada runtuhnya sebuah janji yang termeterai beriring tepak sirih dan gelung emas yang tersarung di jari. sudahnya, semua yang dirancang tidak menjadi. syaitan yang sepatutnya menangis tidak lama lagi pun, mula bersorak gembira. maklumlah, putus sudah janji, dan anak adam tidak jadi bergoncang jabat melafaz akad.  tipikal orang kita sering saja mengaitkan ...

[Edisi Perkahwinan] Ayat Selepas Berkahwin. kahkahkah!

Wkwkwkwkwkwkwkwk! Siapa woi yang buat ayat macam ni memang lawak doeeeeeeeee. I seriously laugh with all this! Siapa pemilik asalnya? Ah. Jumpa kat forum sebenarnya. ENJOY! Sebelum Tido: 6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah. 6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha Pakai Toilet: 6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 6 bulan: Masih lama lagi ke nih? 6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!! Balas SMS: 6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 6 bulan: Trafik jam aah 6 tahun: K.. 16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe…. Dating process: 6 minggu: I love U, I love U, I love U. 6 bulan: Of course I love U. 6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U??? More Than ...

[Edisi Perkahwinan] : Dah ready belum nak kahwin?

Imej
(Today was a fairytale, you were the prince I used to be a damsel in distress You took me by the hand, and you picked me up at six Today was a fairytale, today was a fairytale Today was a fairytale, I wore a dress You wore a dark gray t-shirt You told me I was pretty when I looked like a mess Today was a fairytale) Lalalalalala~ Ah. Lagu tu sesuai lah untuk orang yang dah nak kawin. Perkahwinan ialah ikatan dua jiwa. Marriage is not all about sex tahu? Kalau nak sex, sekarang juga kau boleh buat kan? Tak payah langsung tunggu time kahwin. Berkahwin sebab elak maksiat salah satu sebab dia. Tapi berkahwin juga sebab kita dah yakin "He's the one" or "She's the one" . Yes. Kalau pakai mulut "Sayang, jom nikah" "Will you marry me?" is easy to said YES. But nak buat tu susah. YANG PALING PENTING DUIT DAH ADA KE NAK KAWIN DENGAN ANAK ORANG? Kalau umur kau baru under 18 tak relevant langsung nak cakap pasal marriage bagai. Makan minum pun mak ...

Cinta Pertama Atau Perkahwinan Sekarang?

Imej
Semua orang mungkin pernah melalui fasa percintaan dalam hidup. Kalau yang menyatakan tidak pernah langsung, mungkin dia perlu periksa hati dia. Menyimpan perasaan pada orang lain, hatta bertepuk sebelah tangan dan memendam perasaan sahaja pun sudah cukup untuk masuk kategori melalui perasaan bercinta. Susahkah mempunyai perasaan sedemikian rupa? Bila Terfaktab muncul dengan minggu perkahwinan, di sebalik himpunan tulisan aku mengenai perkahwinan, ada sesuatu yang lain mahu aku kongsikan di sini. Sesuatu yang mula menyelit dalam statistik pasangan berkahwin mula memikirkan untuk ke kelas kaunseling keluarga, mengupah peguam dan sebagainya serta naik turun mahkamah. Kes penceraian yang berleluasa membuatkan ramai anak muda (dan juga golongan tua sebenarnya), takut dengan istilah perkahwinan. [ Ini kisah dia ] Ada seorang teman meluahkan masalahnya kepada aku tatkala aku menceritakan betapa aku menjalani kehidupan dengan bersungguh-sungguh dan mendambakan gelak tawa yang ceria. Dia...

minggu istimewa perkahwinan: ada wang di sayang sayang, tak ada wang sayang melayang.

Imej
kalau ditanya kepada teman-teman seusia dengan aku, "engkau mahu kahwin?" laju saja angguknya. tak fikir dua tiga kali lagi. yang punya kecenderungan abnormal tu lain cerita. itu exception. semua orang mahu kahwin. berkongsi hidup dengan pasangan yang kita kasih dan cinta, bina masa hadapan bersama-sama dan tidak ada kekangan atau batas yang perlu kita langgar kerana semua yang dulunya haram dan terbataskan sudah jadi halal. tapi.. dalam pada kita seronok dan suka malah dalam pada kita terkinja-kinja mahu berkahwin, apa kita ini sebenarnya sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab dan melalui cabaran hidup berdua selepas berkahwin nanti? bukan calang-calang cabaran tahu? statistik yang diperoleh dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diperoleh pada tahun 2009 menunjukan bahawa satu penceraian berlaku untuk setiap lima belas minit. dalam sehari kita ada dua puluh empat jam. kalau di kali kan dengan enam puluh minit maknanya total sehari ad...

Minggu Istimewa. Perkahwinan : Lelaki vs Perempuan

Imej
Sebenarnya untuk pengetahuan para pembaca Terfaktab sekalian, minggu ini adalah minggu istimewa di Terfaktab. Ya, tajuk yang kami pilih ialah mengenai Perkahwinan : Lelaki vs Perempuan . Namun, minggu ini sebenarnya tidak lah dapat berjalan dengan lancar kerana terdapat pelbagai dugaan mendatang yang tidak di rancang di samping kesibukkan para penulis yang mempunyai pelbagai komitmen. Salah satunya ialah projek menghasilkan buku terfaktab dan t-shirt untuk semua penggemar Terfaktab. Maaf di hulur, seribu kemaafan kami mohon kepada pembaca semua. Ikhlas dari Skuad Terfaktab. Namun, kami berpendapat minggu ini perlu di teruskan walau apa cara sekalipun. Walau tanpa header baru yang bersempena dengan minggu istimewa ini, perjalanan hidup, perjalanan blog ini mestilah di teruskan.  Seperti penulis juga. Dalam beberapa tempoh 48 jam sebelum ini, adalah tempoh dugaan yang penulis perlu hadapi. Apabila menyebut tentang perkahwinan, sudah buntu dan kering air mata ini cuba mengelak dari...

The Off Side Of Having A Beautiful Creature As A Partner

Semua orang suka bila dapat partner or gf or bf yg hot, cun dan segala pujian melangit yg menusuk hidung n mampu membuatkan manusia lupa diri dua tiga round. Sape tak suka? Kita manusia kan? Manusia punya definisi cantik indah and so on and off is benda yg dekat dengan sempurna. Hampir sempurna. Yup, tu memang sifat manusia. Sebenarnya tahi, air kumbahan, dan segala benda jijik dan kotor yg terlintas dekat kepala anda sekarang tu indah jugak. Cuma benda ni berbeza. Persepsi setiap manusia tak sama. Tapi Common human will actually prefer to agree with me at my 1st paragraph. Oleh sebab gwa lelaki, gwa nak cerita side lelaki. Takkan nak cerita off side cerita dalam konteks perempuan, gwa tak layak untuk jadik lesbian walaupun gwa suka lesbian. Kelaut sudah.  Pisang Goreng Panas Bila dia cantik, lawa, cun, hot, badan lentik, bibir mintak nak kena gigit, rambut ikal mayang, and so on, mesti sikit sikit dalam diri rasa tercabar. Masa ni lelaki tu akan cuba untuk jadik the better sid...

Masuk Toilet Pun Dah Naik 40sen, Bro.

Imej
Lokasi : Dalam bilik Mood : Sedang menghabiskan Marlboro Biru berperisa gula gula Gua agak struggle dari minggu lepas. Gua agak bengang bila idea tak datang datang dalam kepala hotak gua. Kadang kadang gua rasa agak benak la jugak. Tapi lately ni agak hangat bila gua baca tentang hantaran ah, mas kahwin lah, dinar emas lah, apa kejadahnya lagi lah. Tapi lu perasan tak, kalau jejantans ni semua, bila berbual bab ni je mesti jadi super kedekut. Hellloooo? Nak menikah dengan anak orang okayyy.. Bukan hanak hayam. Bila tanya, nak tunang ke tak sebelum nikah? Laju je jejantans ni semua. Tak payah tunang-tunang, membazir je. Hah? Menjawab la kau dengan bakal mak mertua. Kalau gua, haruslah merisik, bertunang, nikah. 3 cincin kau. Tak nak ke? Lepas tu semua benda nak ala kadar. InsyaAllah benda ni sekali je seumur hidup, apa salahnya. Bukan nak suruh buat gah macam Elly Mazlin bertunang siap naik kereta kuda bagai. Tapi biarlah senonoh sikit. Banyak benda boleh kita buat kalau pandai. ...

Hal-Hal Yang Mungkin Perlu Kamu Tahu Mengenai Perkahwinan

Imej
Ada beberapa pembaca yang mahukan aku menulis kembali siri-siri Tafsiran Jantan . Aku ucapkan terima kasih atas perhatian kamu atas penulisan aku. Buat masa ini, itu saja tafsiran mengenai perempuan yang aku mampu nukilankan. Jika ada kesempatan masa dan analitik yang sempurna, akan aku tuliskan. Mungkin. Secara mudahnya, aku kini lebih suka menulis mengenai hal perkahwinan. Walaupun aku belum berkahwin, aku rasa aku cukup minat menulis mengenai hal perkahwinan. Ini kerana, di waktu bujang inilah merupakan masa yang tepat untuk menulis topik sebegitu. Jika aku sudah berkahwin, aku akan ada tanggungjawab dan larangan untuk menulis mengenai hal perkahwinan kerana di takuti membuka rahsia perkahwinan aku kelak. Seperti hal kehebatan aku di ranjang misalnya. Itu perkara rahsia bukan? Lagipun, memang di dalam pemikiran aku kini boleh dikatakan 30% mengenai perkahwinan, 30% mencari rezeki dan 30% mengenai kekayaan dan kuasa. 10% pula aku simpan untuk diri aku sendiri. Ini normal. Usah kamu...

Dah Kahwen?

Seronok betul tengok kawan-kawan sudah berkahwin. Ini adalah video perkahwinan kawan gua tempoh hari. Ala, sebelum ni kan gua ada tunjuk video pre-wedding diorang. Anna dan Hasnul. Hamboi. Gua rasa Anna dan Hasnul dah boleh menjadi duta pasangan Terfaktab ni. Haha. Orang lain dah kahwin, lu bila pula Aqram? Ha, lu ER. Umur baya gua, laki dah ada, bila pulak? Si Shahirah, tua dari gua. Bila pulak? Yang lain tu kalau masih bawah 22 tahun, tak payah menggatal nak kahwin okayh? Lagi-lagi si Amoi dan Bukan Penggoda. Mengade! Oh, kalau yang tertanya-tanya " Lawa baju pengantin perempuan? ". Ni gua nak bagitau, ia adalah rekaan Rico Rinaldi . Video ini pula di shoot oleh A.R Pictures . Lawa woo dia shoot. Dan yang paling istimewa ialah fotografer dia. Pehh, lain tak bukan mestilah Bakri Hafiz Hisham a.k.a Bak. Peh peh peh. Ini macam gua pun nak jugak! Hehe. Kepada Anna dan Hasnul. Kami di pihak Terfaktab mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan ke anak cucu ...

Hai awek cantik, adakah anda koyak

Assalamualaikum semua. Eh apasal korang marah? Pasal tajuk ni eh? Oh...maknanya “Hey Pretty Girl, are you Torn?” Sori...sebenarnya artikel ni nak tulis dalam bahasa Inggeris. Saya pun tak tau camne nak translate elok-elok. Tu la, fail lagi BM kan. Ahahaha Hey pretty girl, are you torn? Torn between two lovers? What? More than two lovers? Three lovers? Whoa, mesti awak ni cute kan. (pinjam ayat Boss kita. Sarkastik betul beliau) Sebenarnya kami kat Terfaktab ni selalu dapat pertanyaan daripada awek yang e-mail, private message mahupun SMS, menanyakan soalan yang sama. Rupa-rupanya kes seperti ini bukan hanya dongengan novel Alaf21 atau novel-novel Little Black Dress, tetapi berlaku di alam nyata. Sesungguhnya awek-awek seperti ini kita katakan beruntung. Cukup daya tarikan hingga lelaki bersusun menunggu peluang. Di mana awek-awek yang lain, hendak mencari seorang pria pun cukup sukar. Kadang-kala terpaksa berpuas hati dengan yang second best sahaja (itu yang kita lihat pada a...