Hai awek cantik, adakah anda koyak
Assalamualaikum semua.
Eh apasal korang marah?
Pasal tajuk ni eh? Oh...maknanya
“Hey Pretty Girl, are you Torn?”
Sori...sebenarnya artikel ni nak tulis dalam bahasa Inggeris. Saya pun tak tau camne nak translate elok-elok. Tu la, fail lagi BM kan. Ahahaha
Hey pretty girl, are you torn? Torn between two lovers?
What? More than two lovers? Three lovers?
Hey pretty girl, are you torn? Torn between two lovers?
What? More than two lovers? Three lovers?
Whoa, mesti awak ni cute kan. (pinjam ayat Boss kita. Sarkastik betul beliau)
Sebenarnya kami kat Terfaktab ni selalu dapat pertanyaan daripada awek yang e-mail, private message mahupun SMS, menanyakan soalan yang sama. Rupa-rupanya kes seperti ini bukan hanya dongengan novel Alaf21 atau novel-novel Little Black Dress, tetapi berlaku di alam nyata.
Sesungguhnya awek-awek seperti ini kita katakan beruntung. Cukup daya tarikan hingga lelaki bersusun menunggu peluang. Di mana awek-awek yang lain, hendak mencari seorang pria pun cukup sukar. Kadang-kala terpaksa berpuas hati dengan yang second best sahaja (itu yang kita lihat pada awek yang stay dengan lelaki kaki pukul, kaki curang etc.)
Tetapi seperti kata Adibah Noor dalam “Apa Saja FBI” dua minggu lalu, wanita cantik ini banyak dugaannya. Lelaki yang baik mula mendekat, lelaki yang tak baik pun turut cari peluang. Dan setiap satunya cukup memanjakan dengan kasih sayang sampaikan keliru nak pilih yang mana. Ada awek cun yang cukup bijak, dia langsung tidak hirau mana-mana lelaki yang menaburkan cinta dan bunga ros ke ambang pintunya, sehingga dia rasa masanya sesuai. Tetapi ada juga yang hatinya lembut, mudah goyah setiap kali ada orang mesej “I Love You” pukul 3 pagi malam minggu. Walaupun kalau orang itu orang yang ke 100 menulis sedemikian dalam minggu itu.
Life is like a box of chocolates: you always pick the favourite one first
Kalau ikut panduan Islam, katanya mencari jodoh itu berdasarkan empat perkara. Agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya; dan yang diutamakan tentulah agamanya. Nampak macam mudah bukan, tetapi kadangkala “calon-calon” tadi keempat-empat cirinya lebih kurang sama saja. Lagi sukar daripada memilih calon Gadis Melayu untuk dijadikan calon isteri.(ohai Ally!)
Saya sesungguhnya tiada pengalaman dalam bidang memilih antara dua ini. Kerana saya bukannya secantik Eira Syazira (asyik-asyik sebut Lisa Surihani je kan—kita sebut nama lain pulak) serta saya tidak sepopular Heliza Helmi (ramainya orang add dia dalam Twitter kan), oleh itu saya tidak pernah terpaksa memilih antara lelaki. Namun, saya banyak mendengar dan berkongsi pengalaman dengan rakan wanita lain yang pernah mengalaminya. Antara cara yang mereka gunakan ialah:
1) Minta bantuan Detective Conan.
Haha! Detektif Conan mana wujud kan. Tetapi ini cuma analogi saja. Yang saya maksudkan ialah cari kawan yang boleh jadi tukang siasat. Paling mudah, cari seorang rakan wanita/lelaki yang boleh rapat dengan pihak yang hendak dipilih, dan siasat apa perasaan dia pada anda, serta apa sikap sebenarnya. Tengok jugalah cara penyiasatan mereka, ada pelbagai ragam. Ada yang memang akan tanya direct pada lelaki itu, ada yang akan soal siasat rakan/keluarga rapat lelaki itu, ada yang stalk melalui Facebook. Yang lebih terror mungkin akan hack sana hack sini dan dapatkan macam-macam maklumat. (tahu menggunakan Google tidak termasuk dalam “terror” ya kawan-kawan)
Dan jika anda menggunakan cara ini, risikonya ialah anda mungkin mengetaui perkara yang membuatkan anda tidak senang duduk. Mungkin calon pilihan anda itu ada keburukan yang tidak dijangka. Kalau buktinya sahih, terima sajalah. Jangan pula nanti “you don’t like the news, you kill the messenger” pula. Dan yang paling penting, pastikan orang yang anda “hire” itu boleh dipercayai. Silap haribulan dia pula yang caras calon yang elok!
1) Minta bantuan Detective Conan.
Haha! Detektif Conan mana wujud kan. Tetapi ini cuma analogi saja. Yang saya maksudkan ialah cari kawan yang boleh jadi tukang siasat. Paling mudah, cari seorang rakan wanita/lelaki yang boleh rapat dengan pihak yang hendak dipilih, dan siasat apa perasaan dia pada anda, serta apa sikap sebenarnya. Tengok jugalah cara penyiasatan mereka, ada pelbagai ragam. Ada yang memang akan tanya direct pada lelaki itu, ada yang akan soal siasat rakan/keluarga rapat lelaki itu, ada yang stalk melalui Facebook. Yang lebih terror mungkin akan hack sana hack sini dan dapatkan macam-macam maklumat. (tahu menggunakan Google tidak termasuk dalam “terror” ya kawan-kawan)
Dan jika anda menggunakan cara ini, risikonya ialah anda mungkin mengetaui perkara yang membuatkan anda tidak senang duduk. Mungkin calon pilihan anda itu ada keburukan yang tidak dijangka. Kalau buktinya sahih, terima sajalah. Jangan pula nanti “you don’t like the news, you kill the messenger” pula. Dan yang paling penting, pastikan orang yang anda “hire” itu boleh dipercayai. Silap haribulan dia pula yang caras calon yang elok!
2) Percaya kepada gerak hati sendiri
Kadang-kadang gerak hati kita ni kuat mengatakan seseorang ini jodoh. Tidak tahu mengapa, mungkin sebab hanya dua perkara yang ditentukan Tuhan, iaitu kematian dan jodoh. Gerak hati yang kuat mengatakan ini lelaki yang akan dibawa ke dalam hidup hingga akhir hayat. Mungkin ini nampak seperti fantasi yang persis novel cinta, tetapi ada sesetengah orang deria keenam dia cukup kuat.
Ada seorang rakan (awek cun, semestinya) pernah berkata “selama ni ramai juga lelaki yang confess, saya tak rasa apa-apa. Tapi datang yang ini—tiba-tiba rasa excited tak tahu kenapa.” Padahal baru dengar nama je pun. Oh! Pelik kan cinta ni?
Ya, ini agak mudah dan straightforward. Tetapi sukar dilakukan jika hati kita sendiri umbang ambing. Jadi jika anda memang jenis orang dengan gerak hati kuat, percayalah ia.
3) Bincang dengan orang yang lebih tua
Boleh jadi kakak yang sudah kahwin, ibu saudara atau ibu bapa. Ya, ibu bapa. Yes I know, Nami said last week not to really follow the parents blindly. Tetapi, atas faktor usia, mereka lebih banyak melihat ragam manusia. Mungkin sudah 20-30 tahun melihat kejayaan dan kegagalan percintaan rakan dan keluarga mereka jadi mereka ada gerak hati di situ. Sebab itu kadangkala instinct mereka kuat mengatakan orang itu atau orang ini tidak sesuai, walaupun mereka tidak dapat menyatakan kenapa. Jadi jika anda masih mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa, dan mereka berpersonaliti matang dan adil (bukan macam watak mak dalam cerita The Sopranos atau Ibu Mertuaku), mereka boleh diajak berbincang.
4) Sembahyang hajat minta pentunjuk
Bak kata orang Islam jodoh tu adalah ketentuan Allah SWT. Tidak, saya tidak suruh anda tidak berusaha langsung dan bergantung pada doa sepenuhnya. Namun kadangkala berdoa itu cukup menjadi, jika diamalkan selalu. Nah, saya ceritakan kisah seorang awek cun ini—beliau memang didekati ramai orang. Setiap lelaki yang meluahkan cinta padanya, dia terima. Dan kemudian dia akan solat hajat minta panduan. Kalau tak ada “sign” dia akan menolak lelaki itu. Setiap lelaki yang datang (dan pergi) dia gunakan cara yang sama. Tak ada “sign”, reject.
Anda rasa dia dah kahwin sekarang?
YA!
Aneh bukan, datang seorang lelaki yang terkahir, macam biasa dia solat hajat. Tau-tau yang ini ada “sign”(tak tau la apa sign itu, tanya dia sendiri nanti), dan dia pun terus berkahwin. Rupanya lelaki ini juga perfect match dengan dia. Sekarang bahagia dengan anak yang keberapa entah—saya pun tidak ingat. Apa-apapun cara ini memang sesuai dengan orang yang memang rajin beribadat. Tetapi satu amaran, hati kena agak kering la untuk reject begitu banyak lelaki. Dan juga tahan umpatan wanita kedengki lain.
5) Cara teknikal(?)
Ok, cara teknikal ini lebih kepada orang yang jenis analitikal.saya tak pasti kalau ada orang gunakan, ini memang hanya cadangan saya. Sesuai untuk orang yang berfikir secara kritis dan kreatif dan merasakan manusia itu mempunyai corak perlakuan dan pemikiran yang tetap (maksudnya, anda percaya pada sains psikologi). Apa saya merapu ni, saya pun tak tahu. Haha!
Ok, caranya,ialah menulis nama kedua-dua (ketiga-tiga, keempat-empat—ikut suka) pihak yang menyukai anda (pastikan mereka betul-betul suka dan bukan sekadar “minat” anda). Tuliskan secara detail sikap positif dan negatif mereka, serta mungkin faktor luaran lain yang anda mungkin mahu ambil kira (contoh jenis pekerjaan, latar belakang keluarga dan lain-lain) . Tuliskan dengan teliti seolah-olah anda hendak menghantar surat ke Brother Love atau Dang Setia(tapi bukan macam karangan la, lebih kemas dan tersusun ok).
Mungkin cara ini nampak skima-rama tetapi ia membolehkan anda nampak dengan jelas gambaran keseluruhan. Anda akan nampak segala detail halus yang mungkin selama ini anda terlepas pandang. Contohnya D amat romantik tetapi pernah mencurangi kekasihnya dahulu dan F pemalu tetapi setia. Jadi anda dapat membuat keputusan dengan lebih jelas. Jika masih keliru, cuba ambil pula rakan/kaunselor yang matang dan boleh dipercayai. Berikan dia senarai butiran tersebut dan tanya pendapatnya.
Apa akan jadi selepas anda membuat pilihan?
Entah, sebenarnya. Jodoh itu susah hendak diteka. Ia seperti perjudian tanpa nombor. Mungkin anda dapat berkahwin dengan lelaki sempurna namun esok lusa perkahwinan dilanda badai. Mungkin lelaki yang anda kahwin tidak sempurna tetapi beliau berubah selepas kahwin. Kadangkala persekitaran juga mempengaruhi hasilan sesuatu perkara. Namun, kita tetap perlu berusaha bukan?
Cara yang paling baik adalah percaya kepada usaha sendiri dan cuba memilih yang terbaik—and stick to it. Dan kepada anda yang meminta bantuan pihak ketiga untuk memilih, janganlah bergantung sangat kepada keputusan mereka. Jangan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain dengan niat kalau ia tidak menjadi, anda boleh salahkan orang tersebut. Sebenarnya meminta bantuan pihak ketiga, mereka hanya berfungsi sebagai pencadang dan juri. Yang memberi kata putus ialah hakimnya—yang akan menimbang segala cadangan dan saranan—iaitu anda.
Good luck, and I wish you well!
ps. sori takde gambar. internet sux. bayangkan la ada gambar Heliza Helmi dalam entri ni. bayangkan.
Ulasan
yang super,
editor.
and i'm still single until now ...but i believe someone is there for me
tp kdg2 kalo dah cintaaa, gertak hati tuh in jekk! susah la menatam2 nihhh. adoi.
susah nak ckp..kadang2 dah kawen..dan beranak pinak..selama ni xtggl solat..tbe2 berubah.. entahlah..
memang dalam research pun pernah cakap, lepas 6-7 tahun mesti ada krisis punya. tak kira kecik atau besar.
terkadang kita tak istiqamah (tak konsisten) dalam berusaha menjaga perhubungan. rasa esok masih sama, tak payah usaha apa2.
relationships are like investment beb...kena sentiasa deposit masuk.
thanks for reading! :)
dalam ramai-ramai yang datang approach..
yang paling buat jatum dup-dap tek tentu arah..dengar nama pom da kacau..
haha, tapi jangan dengar sangat, ini bicara budak free-lovey-dovey-stock.. :D