Tentang Perkahwinan dan Mak Andam
Saya ada seorang kawan, yang agak cantik orangnya. Ops, bukan agak cantik—memang cantik, dengan bulu mata RCWnya dan kulit putih gebu serta muka bujur sirih, dia memang menarik perhatian semua. Lagi-lagi dia tidak pernah kelihatan di luar rumah tanpa mekap penuh. Biasalah, Customer Service.
[link] |
“Nani, kerja macam ni berapa la sangat gaji. Dah la penat kena marah dengan customer, lepastu kena marah dengan supervisor kerek tu pulak. kau nak tak kerja mak andam? Aku ada opening,” kata rakan kami yang merupakan promoter Maybelline.
“Mak andam?”
“Ya, kau kan memang pandai mekap. Mudah dapat duit. Satu job berapa ratus dapat. Sebulan beribu-ribu gaji. Kerja mudah aje. Nak tak?” promoter itu memuji Nani. Dia senyum saja.
“Memang, kerja begitu seronok. Tapi family aku, boyfriend aku mesti tak bagi. Silap hari bulan kena tarik rambut, heret keluar salon tau.” Nani bermuka serius.
Nani memang bukan sebarangan orang. Dia memang berpengalaman mengandam pengantin secara part-time. Namun semuanya dilakukan secara rahsia, serta tanpa bayaran atas dasar “tolong kawan”. Pernah bergaduh besar dengan kekasih sehingga dia enggan menghantarnya kerja. Sebabnya? Tiada siapa menyokong profesion ini. Masuk neraka kata mereka.
Ya saya tahu, dengan satu klik Google saja anda akan dapat beratus forum hukum-hakam yang meletak label langsung bahawa kerja di salon sama ada menyolek, mengandam atau memotong rambut adalah berdosa. Namun, seperti juga pekerjaan lain seperti berniaga dan membuat pelaburan, ada keadaan yang mengharuskan, ada yang mengharamkan, bergantung kepada cara ia dilakukan.
Dengan pukul-rata mengharamkan keseluruhan profesion ini, secara tidak langsung kita menyekat peluang kerja dan kemahiran wanita muda melayu dalam bidang yang dekat dengan naluri wanita—bidang kecantikan. Bidang ini bukan lagi bidang kekampungan--pendek kata kalau kena gaya, memang boleh profesional macam pakar-pakar Sunsilk ni.
Jepun ada, Inggeris ada. Malaysia bila lagi? |
Panas hatikah anda wahai #serbanistas, jika saya mengatakan bidang kecantikan itu satu kerjaya profesional? tanya sesiapa saja—siapa pengantin yang tidak pernah menyolek dan mengandam diri? Se-alim manapun seorang wanita itu tidak pernah dia bernikah dengan muka sememeh, gelap, berjerawat dan berkantung mata macam mak orang. Menyolek pengantin bukan hanya untuk menarik perhatian orang seperti yang anda fikirkan. solekan membolehkan kekurangan seperti jerawat, ton tidak sekata, dan kesan-kesan lebam bawah mata disorokkan. Kalau bab mekap terlebih atau terkurang, itu bergantung kepada individu sendiri.
Saya mekapkan diri sendiri. Cantekkk tak? |
Cuba fikirkan dari segi ini—semua pengantin memerlukan mak andam. Tapi dalam industri kecantikan sekarang, berapa ramai yang melayu-Islam? Kalau salon di kawasan rumah saya, cina, india, dan bumiputera bukan islam banyak lah. Kalau adapun yang islam, mereka ialah BAPOK.
Hai, kami boleh make-upkan anda. |
Memang ramai yang menggunakan khidmat BAPOK sekarang. Tapi tanya pengantin sekarang—kalau boleh nak yang perempuan sejati. Bapok pun lelaki juga. Aurat kita nampak pada dia tetap dosa. Kalau dia sentuh-sentuh, batal air sembahyang nanti, macamana nak solat sunat dua rakaat selepas nikah tu? (plus, part lelaki ‘batalkan air sembahayang’ tu tak jadi la, sebab abang bapok dah batalkan dulu hahaha!)
Ya, walaupun bapok itu keperempuanan (dan kekadang bertudung bak kata @loveydoveydoo) tetapi ramai yang masih segan berada dengan mereka—nak tukar baju, nak kasi pegang muka, nak mengumpat pasal seks-EH!) yang penting, hakikatnya ramai yang prefer pengandam perempuan.
Bukankah lebih baik kita ada tukang gunting rambut wanita melayu islam? Mak andam melayu islam? Yang arif tentang apa yang perlu dibuat seperti meletakkan tirai pemisah dalam salon, menggunakan pewarna rambut halal saja atau tatacara menyolek yang tidak bercanggah dengan Islam?
Contoh mak andam melayu islam. Pinjam pic kak! |
Jadi bagi sesiapa yang tengah bercita-cita menjadi mak andam atau dalam kursus kecantikan, teruskanlah. Saya suka melihat satu hari nanti pakar-pakar andaman dan gaya rambut wanita ada di kalangan kita. Supaya mudah kita berurusan tanpa ragu-ragu. Lagipun, anda juga sama dengan saya—jadi anda juga tahu apa yang saya mahu!
Ulasan
cikgu tak boleh selekeh pergi kerja. salah dari etika dan penampilan diri.
lagipun, sapa yg nak tengok muka cikgu tak ceria kan?
XD
=)
Sy bertanyakan sendiri pada jurunikah saya di Masjid Wilayah.
besenye mmg tyme kawen mak andam bapok..
mstyla segan nk suh die make up kn..
nmpak aurat segala..
sokong perempuan kne kuasai balik bidang mak andam neyh
...
bab penggunting rambut tu haram, itu kata orang, memang tak ada hukum pun (setakat ni). kecuali dalam kes orang bukan islam/lelaki tengok aurat (semasa gunting rambut).
tapi ramailah jugak yang tak menggalakkan orang Islam ppuan jadi penggunting rambut/penggaya rambut ni, konon2 jadi hair stylist nanti menggalakkan orang freehair so tanggung dosa sekali.
@eve hawa: ya, tu adat. tetapi ramai yang menggalakkan. dan zaman sekarang, ramai yang buat solat sunat selepas akad nikah. jadi tu sebab mereka simpan wudhu tu.
dan fikirkan--tanya semua wanita lain--adakah mereka akan bernikah tanpa secalit bedak pun pada muka? tidak dapat tidak wanita mesti bermekap, bukan untuk menarik perhatian orang, tapi sekadar membuatkan wajah mereka presentable (aka nampak normal).
anyway, thanks for reading guys/girls!
wee :)