Cerpen Faktab: Cinta Kontrak.
"Itu je lah yang awak tahu. Cari kesalahan saya sahaja. Lepas tu cemburu buta. Haih. Saya bosan lah dengan perangai awak macam ni." herdik seorang jantan alah bisa tegar biasa.
"Saya bukan cari kesalahan awak. Saya cuma nak tahu apa awak buat masa saya tak di depan awak. Itu je. Saya berhak tahu kan?" jawab Hawa.
Suasana petang di taman permainan Taman Kelapa Muda itu sangat ceria. Anak-anak kecil berlari ke sini, ke sana. Burung-burung terbang laju kejar-mengejar. Anak-anak tahfiz dari surau berdekat yang berjubah dan serban bising merebut bola di padang. Aktiviti riadah petang itu unik sekali kerana turut di meriahkan dengan suasana pergaduhan kecil seorang jantan dan Hawa.
"Tak cari salah apa kalau dah ikut saya dari belakang ke mana saya pergi."
"Sebab saya dengar macam-macam berita. Kalau saya tak ikut macam ni, macam mana saya nak tahu yang awak selalu pergi ke rumah Liza?"
"Habis dah tak percaya dengan saya?"
"Bukan tu . . ." jawab Hawa sayu.
"Kalau dah tak percaya, macam mana nak terus?" seorang jantan tadi bangun dan meletakkan satu cincin ke atas meja dan beredar.
Hawa terkelu.
Di atas cincin itu terukir satu perkataan 'FOREVER'.
"Kalau kita takde jodoh, awak beri balik cincin ni dekat saya ye? Hehe. Tapi saya harap awak akan terus pakai cincin ni sampai bila-bila." ayat yang di ucapkan setahun yang lepas tu masih terngiang-ngiang di kepala Hawa. Kini, cincin itu ada di depan matanya.
Menangis pun dah tak guna. Kalau gua ada kat situ, gua dah lama pinjamkan bahu untuk si Hawa ni menangis. Tapi malangnya, tak boleh.
*****
Hawa masih sakit akibat ditinggalkan seorang jantan. Oh salah. Bukan itu yang dia sakiti. Dia cuma sakit kerana kecurangan seorang jantan itu. Sedang Hawa mengemas buku-buku ke rak, bunyi telefon dengan nada dering lagu Selamat Pagi Gadis, Waktu Indah Dahulu kedengaran,
"Hello. Ini Hawa ke?"
"Oh hello. Ya ini Hawa. Awak ni siapa?"
"Ni Atirah lah. Ingat? Fasilitator Kem Bina Semangat di Pulau Pangkor dua tahun lepas?"
"Oh ya! Atirah! Kau apa khabar!"
Mereka berdua bersembang panjang. Memori satu minggu di kem di Pulau Pangkor. Menjaga budak lepasan SPM. Mengenai aktiviti sebelum menerjah masuk ke alam universiti kononnya. Gua dulu takde pun kem macam ni siap ke pulau. Jeles juga gua. Tetambah ada kak fasi cun macam Hawa ni.
Sampai satu ketika,
". . .hahaha. Kelakar kan masa tu? Kau amacam sekarang? Ada contact Adam lagi?"
satu persoalan yang belum ada jawapan yang pasti. Lidah Hawa bagai di belah tujuh belas. Walau banyak perkataan yang mahu di kata, namun tak terkata.
*****
"Eh, hai. Nama saya Adam. Saya berasal dari Kubang Pasu, Kedah."
Sesi pengenalan kepada semua Fasilitator yang hadir bermula. Hawa ketika itu baru sahaja semester 3 di universiti. Dan Adam pula semester 4 di universiti yang sama tapi berlainan kampus.Tanpa di sangka, Hawa dan Adam di letakkan di dalam satu pasukan Delta. Bersama dua lagi fasilitator yang lain.
Sedang Hawa membantu menyiapkan barang-barang untuk adik-adik mereka beraktiviti esok hari,
"Hawa, sini kejap. Adam ada benda nak cakap."
"Oh, sekarang? Err. . ."
"Alah kejap je, kat depan pintu dewan tu eh?"
"Hurm, baiklah."
Hawa berjalan ke muka pintu tu tanpa ada fikiran apa-apa. Cuma yang dia tahu, dia membantu siap menggunting kadbod-kadbod untuk hari esok.
"Ha, Adam. Kenapa?"
"Jadi girlfriend saya nak?"
"Hah? Adam gila ke? Kita baru je kenal sehari."
"Hahaha. Untuk kem ni sahaja. Kita couple contract? Seminggu?"
Hawa tersenyum pantas.
Seminggu. Rasa sekejap sangat untuk mereka. Adam. Sang misteri. Entah dari mana dia muncul. Tiba-tiba terus hadir dalam hidup Hawa. Walau untuk satu minggu sangat bermakna. Mereka bagai sangat serasi. Kadang kala, ada masa lapang, mereka akan buat kerja bersama sambil bersembang tentang diri masing-masing.
"Kalau muzik, saya suka dengar post rock. Macam Toe. Saya suka Toe. Adam macam mana?"
"I love post rock! You should try Damn Dirty Apes. Diorang dari Malaysia. Tak macam Toe dari Japan kan?"
Banyak betul persamaan. Tapi sayang. Gua pun sedih. Sebab seminggu sahaja. Ketika hari terakhir mereka di kem itu, sedang mereka berat untuk berpisah,
"Bak telefon awak Hawa."
"Kenapa Adam?"
Adam ambil telefon itu dan delete nombornya.
"tengok ni."
Dia juga telah mendelete no Hawa dari telefonnya.
"Biar kita tak perlu ada apa-apa lagi lepas ni. Kita kan cinta kontrak?" Adam senyum palsu. Hawa mengangguk senyum. Padahal dah bergenang.
Sedang bas Hawa hendak meninggalkan perkarangan kem,
"Hawa, tengok pakwe kontrak kau tu!"
Di lihat Adam mengejar bas itu dari belakang.
Jauh,
jauh,
jauh.
Hilang dari pandangan.
*****
Hawa termenung keseorangan di jendela biliknya. Walaupun yang nampak hanya perumahan yang baru nak naik.
Perlakuan sang jantan sebegitu dan teringat kisah dua tahun lepas di Pulau Pangkor betul-betul buat Hawa teringatkan Adam. Seorang lelaki misteri yang duduk di nun utara sana. Entah di mana dia sekarang.
Cinta kontrak antara dia dan Adam perlu di panjangkan lagi. Mungkin mereka boleh buat bidaan untuk memanjang kontrak? Mungkin sahaja. Itupun kalau lelaki misteri itu muncul semula.
Ulasan
Adam tu MACAM hensem.
ok miang.
kbai.
seminggu ?? dan delete no..
adeh!
pesanan buat Hawa, cepat sambung kontrak ngan Adam.. :D
hahaha
ah ko ni..kahkahkah!
tp...npe adam tu kejam sgt smpy nk del num? pelik2..
cinta kontrak.
sigh.
suke ngan Adam...
panjangkan ah kontrak tu...
btw,best cinta kontrak nih..mle2 mmg pkwe kontrak n then lme2 phm2 sndrila ngahaha ;D
x pernah try lagi hehe
Tips shopping ON9
knpe la xsambung balik kontrak tu..
huhuhu
miang
apatah lagi yang jenis dah ada awek/pakwe kat tempat lain tapi masih jalankan kontrak.
sebabnya ada jenis manusia ni sering tak boleh keseorangan, dan tak boleh kalau takda yang sayang.
deifinisi: love junkie.
ingtla jgn cbe brmain mengenai hati dan prasaan...
huhu
lau masing2 single na wat couple contract tape laa,, ni lau da bepunye then gatal2 na de couple contract...ta patot,, HAHA