Selamat Hari Wanita Sedunia - 8 Mac
Tadi aku tulis kat TTGB - versi lain.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang abah aku suka bagi penangan kat aku. Aku juga pernah menyaksikan beberapa kali mak aku ditangan oleh abah aku - and I don't like that. Punca aku mendapat penyakit schizo ini adalah kerana kemurungan yang aku hadapi - bila abah aku buat keputusan untuk hantar aku ke sekolah berdekatan rumah nenek - dimana aku diseksa mental dan fizikal - imagine - kau diam tak buat apa-apa pun kau kena belasah dengan tali pinggang dengan pakcik psiko. Ini kerana keputusan abah aku yang dengar cakap nenek aku untuk aku - yang dah reti membaca since 4 - untuk ajar sepupu aku yang tak reti eja nama sendiri until 8 years old.
Aku pernah hidup dalam keluarga setinggan. So - bila bercakap soal kemiskinan - I know what the cock that I'm talking about. Masa aku berusia 4 tahun ketika aku belajar membaca - elektrik padam tepat pukul 8 - kerana kilang yang kami curi cable tutup jam 8 malam. It was 1988 - penghujung di zaman Ronald Reagan dan di zaman kemelesetan ekonomi seluruh dunia akibat dasar "trickle-down" economy parti Republican Ronald Reagan serta dasar penswastaan Mahathir Mohammad. OK - ini mungkin bukan blog Tukar Tiub - tapi sekadar nak menerangkan situasi yang buruk pada ketika itu.
Tepat pukul 8 - bertemankan lilin dan buku kosong - aku belajar menulis dan membaca. Aku mengenal A,B,C - 1,2,3 - alif ba ta - dari seorang ibu. Boleh dikatakan mak aku seorang sahaja yang membesarkan kami bertiga - abah bekerja di Terengganu kemudian dah kena halau dari penyewa akibat abah aku lewat kirim duit - kami semua pulang ke Kluang, Johor menumpang rumah nenek sebelah ibu.
Pernah sampai satu tahap - kami bertiga adik beradik kelaparan. Ibu tidak tahu nak buat apa - sebutir beras pun takde di rumah. Sepucuk daun pun sayur takde dirumah.Yang ada hanyalah tepung beras yang digunakan untuk merawat ruam lampin adik aku. Dan juga serbuk kari dan sedikit garam. Mak aku tidak ada pilihan lain selain membancuh tepung beras itu dengan air sebelum menjadikan ia lempeng. Aku dan adik nombor dua menjerit "Yay yay roti canai!" dan adik bongsu aku melompat-lompat tanpa mengetahui apa isi hati maknya. Kelihatan ibu sedang menangis - kemiskinan di kota adalah jauh lebih hina dari kemiskinan di desa.
Tetapi usia itu kami masih lagi naif dan mentah. Aku belum tahu siapa manusia berjanggut bernama Karl Marx yang melabon tentang penindasan kaum aparat borjois yang menindas kaum proletariat - seperti abah aku dan ibu. Aku masa kecil - tidak tahu sepatah haram pun apa itu emansipasi wanita. Aku pun tak tau apa natang itu aurat, apa itu haram, apa itu halal - apa lancau satu apa pun aku tak tau. Tapi aku nampak bila mak aku menangis - aku tahu - ia satu kesedihan, akibat ditindas oleh apa yang aku panggil - sistem.
Sering kali aku ingat sirah ini setiap kali aku sedang kenyang dan makan sedap-sedap. Sering kali aku ingat sirah ibuku membuat bentuk itik atau burung sambil membuat dialog ketika malam tidak ada elektrik - kami panggil itu panggung wayang. OK - lilin dinyalakan - dan bayang-bayangnya membentuk jari-jari dari ibuku. Setiap malam - selepas belajar ABC dan 123 - kami menunggu panggung wayang - surah dari ibuku untuk dilayarkan di dinding kayu rumah setinggan kami di Gombak.
Aku tak pernah lupa.
Walaupun kini - aku dihalau oleh ibu aku - akibat isu peribadi yang aku tak boleh cerita - tetapi aku masih ingat sirah ini. Aku tak tau adik-adik aku yang lain - tapi aku takkan lupa ini. Peristiwa ibu aku dilempang depan mata aku kerana abah aku marah tak bayar sewa rumah - padahal memang seposen pun tak bagi. Kalau tak kerana pakcik aku - adik mak aku datang menghulur duit - tak makanlah jawabnya.
Ramai orang tak faham kenapa Nami TTGB yang korang baca setiap hari macam ni. "Kenapa komunis sangat, kenapa rebel sangat, kenapa suka sangat nak menentang ni?". I tell you a truth - sebab aku dibesarkan dalam setinggan di Gombak. I asked you,Melayu berapa kerat yang duduk setinggan - did you ever be in slump and feels what I've felt?.
Ah lantaklah - hari ini aku nak melabon tentang emansipasi wanita. Aku nak melabon tentang kenapa aku ni lelaki tetapi gatal pungkok nak menyokong emansipasi wanita ni. Aku ni nak memalukan ego kaum lelaki ke?
Bagi aku ini mudah - tanpa cinta dan kasih wanita - aku takkan lahir di dunia. Walaupun lelaki adalah pembekal sperma - tetapi tugas berat adalah di bahu wanita. Lelaki tau entot (have a sex, memuki) je. Kadang-kadang bukan gua tak tau - ada yang entot lepas dan klimaks - belasah tido pun ada. OK ini bukan blog Dr Hamid Arshat - pakar sakit puan. But one thing - yang aku tahu - mat-mat ego ketuanan lelaki seperti dalam artikel ni cukup ramai dalam kaum Bani Melayu ni. Lelaki yang ego dengan menolak emansipasi wanita - kononnya lelaki lebih waras dan tidak emosional kerana tidak ada PMS. Bullshit - aku pernah tengok lelaki yang lagi wacko daripada awek dia bila kereta kena tarik.
Pada ketika ini - aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada ibuku - walaupun telah menghalau aku dari rumah - dan memaksa aku mengais tong sampah dan tido atas bangku taman untuk terus hidup. Tanpa tepung beras dan kuah kari cair tak berinti tu untuk dibuat kuah cicah lempeng pada pagi itu - aku tak mungkin akan terus kekal hidup - mungkin dah mati malnutrisi. Dan pada ibu - sudah tiba masanya ibu berdiri atas kaki sendiri - jika abah datang dan lempang lagi - kali ni pertahankan diri dengan menerajang balik dia. Bukan nak menderhaka - tetapi kadang-kala perlu diajar juga lelaki ni.
Dan kepada wanita-wanita di Terfaktab ni - aku pesan cuma satu - wanita kuat tetapi kekal lembut - umpama sutera. Tak mungkin benang terputus kalau ditarik tapi kekal lembut. Kadang-kadang aku menyampah tengok lelaki main tangan kat awek sendiri - masa mula mintak couple tergedik-gedik bagi bunga la, bagi apa lancau lagi - dah dapat kau tangan-tangankan. Aku pernah dapat ex-girlfriend yang suka tangankan aku - tapi aku tak pernah balas balik. Bukan prinsip aku pukul perempuan. Perempuan harus dibelai dan dimanja bukan dilempang dan diterajang.Ini bukan beg guni kau nak pukul-pukul.
Salam salute kepada kaum wanita yang membaca Terfaktab - dan aku dedikasikan lagu ini kepada semua.
Nota: No Woman No Cry - dalam slang Jamaica bermaksud "Don't cry,woman". Harap maklum
Ulasan
Selamat Hari Wanita Sedunia!
moga kau dan mak kau akn berbaik macam biasa eventough aku tak tau apa masalah peribadi kau.
nice one :)
aku kalau pandai tulis macm kau, aku nak juga tulis kisah aku seperti ni..
anak melayu hidup susah /konflik keluarga.. pindah randah kehulu kehilir..
ermmm salam kenal terfaktab
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!
aku pun pernah tinggal setinggarden di kota metropolitan nih.
ni la the best entri untuk hari Wanita yang ke-100. thanx :)
p/s : harap ko dan mak ko akan OK. jangan selisih paham lelame ek.
*rasa kuat pas baca nih*
pengalaman kaw y lepas2 wat pengajaran utk kita semua.. =)
entri yg buat mata aku teliti word by word.gud job!
*sorry,iklan.
i like!!!
thumb up!!
semoga wanita terus dihargai seperti cara yang sepatutnya.. =)
one misfortune after another. that's enough to change one's perception towards life.
and yeah, reading this post makes me wanna shed manly tears.
happy international womens day.
speechless..
*gua ade copy ayat dalam ni buat status fb.. sorry yek ^___^
get up n stand up..
shed up ur tears..
Selamat Hari Wanita Sedunia.
and keep moving on..
im moved by this entry..=)
salute wanita kuat seluruh dunia!
salute lelaki yang tau mnghargai wanita!
sayu bce..
tsentuh hati...
nice..
thumbs up
plus..got a drug-addicted father,but still loving him.guess that hati pompuan memang menyayangi seseorang unconditionally,kan?
seriously,,seorang mak yang baik takkan tinggalkan anaknya senang2 je,,lain macam bapak.akupon taktau kenape.
bro,,
sabar ek..aku taktau awat mak kau boleh halau kau keluar,but..deep inside her heart,,dia tgh risaukan kau tu.i know that.
beruntung wanita yg dapat lelaki yg taw hargai wanita..
i love ur writing...almost everyday aku tggu entri ko...hehe...so wish u all d best!
selamat hari wanita buat semua wanita!
p/s::doakan kau dengan ibu kau berbaik semula satu hari nanti..takde ibu yang tak sayang anak2 dia..aku pasti kau pun sayang ibu kau jugak..
nak menangis baca ni!
oh, masih ada lelaki yg sedar akn itu.aku ingt smuanya bgga dgn ego mereka~
mgkin ini pesanan ukt ko, cob.
klo pown ko di halau oleh mak sndri, tp percayalah, dia xmksdkn itu sbnrnya.dia pasti menuggu kau.rendahkn egomu,jumpalah dia.pasti itu hadiah yg terbaik utknya~
samat hari wanita~
nanges bace cerita ni :'(
Nama Nami!
*standing ovation*
my pray is always be with u, bro.
ok i did cry readin tis 1..
teringat ketabahan arwah mama dulu juz like ur ibu tryn to feed us adik badik...=,)
teringat waktu2 kitorg msh bersame dulu,zaman2 kene hine segale mcm,pandangan sinis masyarakat,kene halau sume...bla..bla...bla...
tapi skang bile ak da bley r dikatekan agak bejaye wp dulu slalu ikat perot makan nasik putih aje drpd dorg y kasik anak2 makan sedap tapi bodo gak..oppsss...baru ler nak sebok tanye kaba senyum manis bagai...pffttt....so malaysian..
(ok gurlz mang xtahan tekanan sgt,sebap tu emo...hee..)
tapi 1 la wei,cpt2 la settle ur issue wif ur family,b4 terlambat...
n trust me,kau akan menyesal once that happen...
cube kau bayangkan dpt kol pkl 3pg n kau kat utare while dorg selatan,dpt teksi pon kol9pg..
menangis beb even kau kental mane pon sampai2 je org da semayangkan xsempat mtk ampun peluk cium n even tengok muke dorg buat kali terakhir coz nak kebumikan da...ok i lost 5 of them sekelip mate...5 bkn 1..
wp da 4 taun dorg pegi,tapi still masih menyesal xsudah until now..
n penyesalan is much more painful than to accept that they r no longer in this world anymore...
juz nak share,hope kau amek iktibar kesah ak..
n,gud luck wif ur life...
insyaallah,ad jlnnye..;)
thumbs up bro...