Selamat Hari Wanita Sedunia - 8 Mac



Tadi aku tulis kat TTGB - versi lain.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang abah aku suka bagi penangan kat aku. Aku juga pernah menyaksikan beberapa kali mak aku ditangan oleh abah aku - and I don't like that. Punca aku mendapat penyakit schizo ini adalah kerana kemurungan yang aku hadapi - bila abah aku buat keputusan untuk hantar aku ke sekolah berdekatan rumah nenek - dimana aku diseksa mental dan fizikal - imagine - kau diam tak buat apa-apa pun kau kena belasah dengan tali pinggang dengan pakcik psiko. Ini kerana keputusan abah aku yang dengar cakap nenek aku untuk aku - yang dah reti membaca since 4 - untuk ajar sepupu aku yang tak reti eja nama sendiri until 8 years old.

Aku pernah hidup dalam keluarga setinggan. So - bila bercakap soal kemiskinan - I know what the cock that I'm talking about. Masa aku berusia 4 tahun ketika aku belajar membaca - elektrik padam tepat pukul 8 - kerana kilang yang kami curi cable tutup jam 8 malam. It was 1988 - penghujung di zaman Ronald Reagan dan di zaman kemelesetan ekonomi seluruh dunia akibat dasar "trickle-down" economy parti Republican Ronald Reagan serta dasar penswastaan Mahathir Mohammad. OK - ini mungkin bukan blog Tukar Tiub - tapi sekadar nak menerangkan situasi yang buruk pada ketika itu.

Tepat pukul 8 - bertemankan lilin dan buku kosong - aku belajar menulis dan membaca. Aku mengenal A,B,C - 1,2,3 - alif ba ta - dari seorang ibu. Boleh dikatakan mak aku seorang sahaja yang membesarkan kami bertiga - abah bekerja di Terengganu kemudian dah kena halau dari penyewa akibat abah aku lewat kirim duit - kami semua pulang ke Kluang, Johor menumpang rumah nenek sebelah ibu.

Pernah sampai satu tahap - kami bertiga adik beradik kelaparan. Ibu tidak tahu nak buat apa - sebutir beras pun takde di rumah. Sepucuk daun pun sayur takde dirumah.Yang ada hanyalah tepung beras yang digunakan untuk merawat ruam lampin adik aku. Dan juga serbuk kari dan sedikit garam. Mak aku tidak ada pilihan lain selain membancuh tepung beras itu dengan air sebelum menjadikan ia lempeng. Aku dan adik nombor dua menjerit "Yay yay roti canai!" dan adik bongsu aku melompat-lompat tanpa mengetahui apa isi hati maknya. Kelihatan ibu sedang menangis - kemiskinan di kota adalah jauh lebih hina dari kemiskinan di desa.

Tetapi usia itu kami masih lagi naif dan mentah. Aku belum tahu siapa manusia berjanggut bernama Karl Marx yang melabon tentang penindasan kaum aparat borjois yang menindas kaum proletariat - seperti abah aku dan ibu. Aku masa kecil - tidak tahu sepatah haram pun apa itu emansipasi wanita. Aku pun tak tau apa natang itu aurat, apa itu haram, apa itu halal - apa lancau satu apa pun aku tak tau. Tapi aku nampak bila mak aku menangis - aku tahu - ia satu kesedihan, akibat ditindas oleh apa yang aku panggil - sistem.

Sering kali aku ingat sirah ini setiap kali aku sedang kenyang dan makan sedap-sedap. Sering kali aku ingat sirah ibuku membuat bentuk itik atau burung sambil membuat dialog ketika malam tidak ada elektrik - kami panggil itu panggung wayang. OK - lilin dinyalakan - dan bayang-bayangnya membentuk jari-jari dari ibuku. Setiap malam - selepas belajar ABC dan 123 - kami menunggu panggung wayang - surah dari ibuku untuk dilayarkan di dinding kayu rumah setinggan kami di Gombak.

Aku tak pernah lupa.

Walaupun kini - aku dihalau oleh ibu aku - akibat isu peribadi yang aku tak boleh cerita - tetapi aku masih ingat sirah ini. Aku tak tau adik-adik aku yang lain - tapi aku takkan lupa ini. Peristiwa ibu aku dilempang depan mata aku kerana abah aku marah tak bayar sewa rumah - padahal memang seposen pun tak bagi. Kalau tak kerana pakcik aku - adik mak aku datang menghulur duit - tak makanlah jawabnya.

Ramai orang tak faham kenapa Nami TTGB yang korang baca setiap hari macam ni. "Kenapa komunis sangat, kenapa rebel sangat, kenapa suka sangat nak menentang ni?". I tell you a truth - sebab aku dibesarkan dalam setinggan di Gombak. I asked you,Melayu berapa kerat yang duduk setinggan - did you ever be in slump and feels what I've felt?.

Ah lantaklah - hari ini aku nak melabon tentang emansipasi wanita. Aku nak melabon tentang kenapa aku ni lelaki tetapi gatal pungkok nak menyokong emansipasi wanita ni. Aku ni nak memalukan ego kaum lelaki ke?

Bagi aku ini mudah - tanpa cinta dan kasih wanita - aku takkan lahir di dunia. Walaupun lelaki adalah pembekal sperma - tetapi tugas berat adalah di bahu wanita. Lelaki tau entot (have a sex, memuki) je. Kadang-kadang bukan gua tak tau - ada yang entot lepas dan klimaks - belasah tido pun ada. OK ini bukan blog Dr Hamid Arshat - pakar sakit puan. But one thing - yang aku tahu - mat-mat ego ketuanan lelaki seperti dalam artikel ni cukup ramai dalam kaum Bani Melayu ni. Lelaki yang ego dengan menolak emansipasi wanita - kononnya lelaki lebih waras dan tidak emosional kerana tidak ada PMS. Bullshit - aku pernah tengok lelaki yang lagi wacko daripada awek dia bila kereta kena tarik.

Pada ketika ini - aku ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada ibuku - walaupun telah menghalau aku dari rumah - dan memaksa aku mengais tong sampah dan tido atas bangku taman untuk terus hidup. Tanpa tepung beras dan kuah kari cair tak berinti tu untuk dibuat kuah cicah lempeng pada pagi itu - aku tak mungkin akan terus kekal hidup - mungkin dah mati malnutrisi. Dan pada ibu - sudah tiba masanya ibu berdiri atas kaki sendiri - jika abah datang dan lempang lagi - kali ni pertahankan diri dengan menerajang balik dia. Bukan nak menderhaka - tetapi kadang-kala perlu diajar juga lelaki ni.

Dan kepada wanita-wanita di Terfaktab ni - aku pesan cuma satu - wanita kuat tetapi kekal lembut - umpama sutera. Tak mungkin benang terputus kalau ditarik tapi kekal lembut. Kadang-kadang aku menyampah tengok lelaki main tangan kat awek sendiri - masa mula mintak couple tergedik-gedik bagi bunga la, bagi apa lancau lagi - dah dapat kau tangan-tangankan. Aku pernah dapat ex-girlfriend yang suka tangankan aku - tapi aku tak pernah balas balik. Bukan prinsip aku pukul perempuan. Perempuan harus dibelai dan dimanja bukan dilempang dan diterajang.Ini bukan beg guni kau nak pukul-pukul.

Salam salute kepada kaum wanita yang membaca Terfaktab - dan aku dedikasikan lagu ini kepada semua.



Nota: No Woman No Cry - dalam slang Jamaica bermaksud "Don't cry,woman". Harap maklum

Ulasan

miSz tUna berkata…
nak nanges aku bace beb
Dale berkata…
citer betul ke ni bro? I'm just thinking....
Tanpa Nama berkata…
hurm, i see me in your past......
Fy Hashim berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Frydolina Fay berkata…
Terharu bila baca entri ni..

Selamat Hari Wanita Sedunia!
Fy Hashim berkata…
tiap bait yang kau tulis, aku baca betul2. nice entry bro.

moga kau dan mak kau akn berbaik macam biasa eventough aku tak tau apa masalah peribadi kau.
Cahaya Kekasih berkata…
kluang kat mana dulu??
De' Nurul berkata…
ini memang buat aku baca sepatah sepatah. menusuk betul.
Miss Petite berkata…
setiap kali baca writings Nami, aku sebak dowh. tak pernah tahu ada orang yang hidup macam ni. Tapi thanks, sebab bukak mata aku. Aku bersyukur sangat aku tak dilayan macam tu walaupun aku dijaga oleh mak tiri...
Cik Nursya berkata…
besarkan pengorbanan ibu kita..
Tanpa Nama berkata…
entri menusuk kalbu


nice one :)
Cob Nobbler berkata…
Cahaya Kekasih:Kem Mahkota - Kampung Bentong Luar - kini sudah jadi Taman Seri Kluang.
CKB berkata…
Pengalaman itu mematangkan kita. Semua ingin tunjuk kuasa, lupa sudah apa itu cinta.
Raja Dol Haq 2 berkata…
aku terkesan dgn entri ni..
aku kalau pandai tulis macm kau, aku nak juga tulis kisah aku seperti ni..

anak melayu hidup susah /konflik keluarga.. pindah randah kehulu kehilir..

ermmm salam kenal terfaktab
intan.maisarah berkata…
selamatmenyambut hari wanita
Kak Long berkata…
terharu? tak2.. terkesan?? ntah r.. mcm2 ter gua rasa...

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!
butterfly berkata…
'kemiskinan di kota adalah jauh lebih hina dari kemiskinan di desa' - AGREED!!

aku pun pernah tinggal setinggarden di kota metropolitan nih.

ni la the best entri untuk hari Wanita yang ke-100. thanx :)

p/s : harap ko dan mak ko akan OK. jangan selisih paham lelame ek.

*rasa kuat pas baca nih*
afrohead berkata…
aku juga menyampah bila ada lelaki yang naik tangan dekat perempuan. aku dah lalui tengok orang yang aku sayang (bukan keluarga) ditangankan dan aku tak boleh buat apa.
Lalala berkata…
terharu aku baca.. aku nampak sejarah mak aku dalam cerita ni.. sebab mak aku cina masuk Islam so dia selalu kena buli.. bukan dengan bapa aku tapi orang sekeliling.. nasib mak aku tabah
Lalala berkata…
btw aku perasan kau cakap kau ada schizo ni yg schizofernia tu ke? tak pe la... aku kagum kau tabah dengan hidup kau
zey berkata…
fuyoh! terharu lar aq baca entri kaw...
pengalaman kaw y lepas2 wat pengajaran utk kita semua.. =)
fes time aku dpt habeskn bace entri nami.sblom nih bace sket dh pening,coz bnyk sgt term aku takpaham.maaf.

entri yg buat mata aku teliti word by word.gud job!
Cob Nobbler berkata…
Siapa nak baca siri cerita cinta pendek Awek Chuck Taylor - siri-siri dari Hey Awak,Awek Chuck Taylor dan Chuck Taylor dan keluarga - sila layari http://awekchucktaylor.blogspot.com bermula dari jam 4:00 petang waktu Malaysia(12:00 tengah malam waktu Pergunungan Kanada),9 Mac 2011,bersempena hari lahir Awek Chuck Taylor sendiri.

*sorry,iklan.
ana.suhaili berkata…
huh..memang mantap boh!
i like!!!
thumb up!!
cik ciput berkata…
terkesan di hati... :)

semoga wanita terus dihargai seperti cara yang sepatutnya.. =)
PointBlankShot berkata…
be strong bro.

one misfortune after another. that's enough to change one's perception towards life.

and yeah, reading this post makes me wanna shed manly tears.

happy international womens day.
JANE berkata…
ENTRI TERBAIKKKKK abad ini!

speechless..

*gua ade copy ayat dalam ni buat status fb.. sorry yek ^___^
RastaMat berkata…
hoila woman...
get up n stand up..
shed up ur tears..
AzmanV2 berkata…
Women are the true wonders of the world. They are our mother, our sisters and our savior.

Selamat Hari Wanita Sedunia.
Nadirah berkata…
be strong..
and keep moving on..
im moved by this entry..=)
luckiey berkata…
entry ko betol2 buat aku rs nk knl ko kt luar....haha...aku salute org yg berdikari.....
yeye berkata…
boleh ni...boleh...betul-betul boleh wat aku nangis entri nih...
salute wanita kuat seluruh dunia!
salute lelaki yang tau mnghargai wanita!
Tanpa Nama berkata…
lovely...
sayu bce..
tsentuh hati...
nice..
thumbs up
♥c!k Ann♥ berkata…
ko tetap yg terbaik!
Tanpa Nama berkata…
betol..kemiskinan di bandar lebih hina daripada kemiskinan di desa..tell you what..you are not alone,,and aku jugak adelah salah seorang daripade komuniti setinggan yang kini dah pon menetap di flat..
plus..got a drug-addicted father,but still loving him.guess that hati pompuan memang menyayangi seseorang unconditionally,kan?

seriously,,seorang mak yang baik takkan tinggalkan anaknya senang2 je,,lain macam bapak.akupon taktau kenape.

bro,,
sabar ek..aku taktau awat mak kau boleh halau kau keluar,but..deep inside her heart,,dia tgh risaukan kau tu.i know that.
Tanpa Nama berkata…
memang menangis la bace entri ni... sokong dengan wanita jadi pendokong segala beban dalam keluarga!
Tanpa Nama berkata…
syukur dilahirkan sebagai wanita...
beruntung wanita yg dapat lelaki yg taw hargai wanita..

i love ur writing...almost everyday aku tggu entri ko...hehe...so wish u all d best!
syazai86 berkata…
satu penghargaan untuk semua wanita - Selamat Hari Wanita
Shahada Fauzi berkata…
aku kagum dengan orang yang cekal dan tabah macam ko..aku pun pernah rasa hidup susah masa kecil dulu..sebab tu aku hargai kehidupan aku sekarang walaupun takde la senang mana sangat..dan aku sangat respect lelaki yang menghargai wanita..


selamat hari wanita buat semua wanita!


p/s::doakan kau dengan ibu kau berbaik semula satu hari nanti..takde ibu yang tak sayang anak2 dia..aku pasti kau pun sayang ibu kau jugak..
SHAHIRAH TERMIDI berkata…
AHHH,
nak menangis baca ni!
Eve Hawa berkata…
ok. fine. aku menangis. dan lagi sekali ; wanita = kasih sayang.
Unknown berkata…
siak!aku hampir menitis dw!

oh, masih ada lelaki yg sedar akn itu.aku ingt smuanya bgga dgn ego mereka~

mgkin ini pesanan ukt ko, cob.

klo pown ko di halau oleh mak sndri, tp percayalah, dia xmksdkn itu sbnrnya.dia pasti menuggu kau.rendahkn egomu,jumpalah dia.pasti itu hadiah yg terbaik utknya~

samat hari wanita~
Tanpa Nama berkata…
menitik ayaq mata aku :(
ayue! berkata…
feel smthng that i cant express. but thanx coz wat entry. nway, pegilah minta maaf kat mama kamu and balaslah budi dia selagi dia ade. jgn ko menyesal lak 1 hari nanti.
Ieka AbWahid berkata…
hi..just following ur blog..

nanges bace cerita ni :'(
Amni berkata…
untuk aku jugak la kan? sebab aku juga perempuan yang lepak kat sini.. chill bro!
Tanpa Nama berkata…
Our honor roll student, straight As all the way, from the school of hard knocks, presenting....

Nama Nami!

*standing ovation*
Tanpa Nama berkata…
aku tak boring baca ayat kat entri ni, berulang kali...


my pray is always be with u, bro.
Tanpa Nama berkata…
nice 1 diud...
ok i did cry readin tis 1..
teringat ketabahan arwah mama dulu juz like ur ibu tryn to feed us adik badik...=,)
teringat waktu2 kitorg msh bersame dulu,zaman2 kene hine segale mcm,pandangan sinis masyarakat,kene halau sume...bla..bla...bla...
tapi skang bile ak da bley r dikatekan agak bejaye wp dulu slalu ikat perot makan nasik putih aje drpd dorg y kasik anak2 makan sedap tapi bodo gak..oppsss...baru ler nak sebok tanye kaba senyum manis bagai...pffttt....so malaysian..
(ok gurlz mang xtahan tekanan sgt,sebap tu emo...hee..)
tapi 1 la wei,cpt2 la settle ur issue wif ur family,b4 terlambat...
n trust me,kau akan menyesal once that happen...
cube kau bayangkan dpt kol pkl 3pg n kau kat utare while dorg selatan,dpt teksi pon kol9pg..
menangis beb even kau kental mane pon sampai2 je org da semayangkan xsempat mtk ampun peluk cium n even tengok muke dorg buat kali terakhir coz nak kebumikan da...ok i lost 5 of them sekelip mate...5 bkn 1..
wp da 4 taun dorg pegi,tapi still masih menyesal xsudah until now..
n penyesalan is much more painful than to accept that they r no longer in this world anymore...
juz nak share,hope kau amek iktibar kesah ak..
n,gud luck wif ur life...
insyaallah,ad jlnnye..;)
wOrkshOp gUrLz berkata…
:: SPEECHLESS ::
thumbs up bro...

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.