Surat untuk bakal bekas kekasih
Awak, Buat apa tu? Dah makan? Ada sakit apa-apa? Kerja okay? Hari ni ada apa-apa nak mengadu tak? Kalau semua orait, baguslah. Awak, Hari ni cinta masih kuat, rindu masih likat, harap awak sentiasa dekat. Tapi masa depan kita tak boleh nak teka teka. Mana tau esok hari tiada jodoh antara kita. Maka itulah tujuan surat ini, sebagai penguat semangat. Sengaja saya tulis dalam bentuk entri supaya awak tak boleh bakar sebab taknak ingat. Awak, Seperti malam boleh menjadi pudar, Hujan boleh berhenti, bunga tidak berkembang, begitu juga dengan perasaan. Boleh sahaja perasaan itu kurang atau hilang tiba-tiba, Tapi janganlah awak beranggapan ada kurang di pihak awak atau saya, Itu mungkin kehendak Tuhan. Kehendak Tuhan kena pasrah, tak boleh resah, parah atau marah-marah. Dan jangan pula awak menyerah kalah. Benda dah lepas, maka lepaskanlah. Pegang masa depan dengan erat, andai ia terlepas, awak baca semula ayat pertama perenggan ni. Awak, Biasakanlah hidup tanpa...