Siri Surat Cinta Pilihan : Bekasku, Bekasmu Jua.

Kehadapan awak yang memang tak hensem (muka separa bangla-separa nepal) tapi tetap saya sayang separuh mental. Saya harap awak tenang-tenang saje walau di mana awak berada. Kalau tak tenang, padan muka!

Saya maseh ingat saat pertama kali kita berjumpa. Awak tertumpahkan tray makanan awak kat depan saya. Tapi, muka awak cool abes. Boleh awak panggil kucing yang ada kat situ dan bagi makanan yang tertumpah tu. Saya rasa awak ni penyayang sungguh sebab suka kucing. Tapi, awak taktau yang saya penyegan sket dengan kucing. Ehh. Bukan takot pon. Tapi bila awak bawak kucing dekat-dekat dengan saya, serius saya rasa macam nak tempeleng muka awak laju-laju. Muka awak yang tak hensem tu, kecik besar kecik besar je saya tengok. Grrrr.

Awak ingat lagi tak masa awak kata awak tak suka bila saya pakai comel-comel sebab awak jeles laki lain usha-usha saya? Masa tu saya rasa macam awak ni suwit sangat tau. Jeles lettew. Tapi, macam biasa. Awak kan ego. Mana nak cakap yang awak jeles. Tapi, bila saya tak suka pompuan lain usha-usha awak bila awak pakai seluar hijau, baju merah, awak kata takpe. Siap awak tanya saya lagi, tak suka ke dapat pakwe hot macam awak sampai jadi kegilaan gadis? Hot palehot awak lah. Dah macam bangla je pakai seluar hijau baju merah. Buat malu saya je tahu. Grrrr.

Penah skali tu kita keluar tengok wayang. Kita hampir-hampir bertumbuk masa tu sebab saya nak tengok cerita lain, awak nak tengok cerita lain. Memang masa tu saya nak je tunjukkan bakat menomoi saya bila awak berdegil taknak tengok cerita hantu. Saya saje pilih cerita hantu, seram-serun sket. Kunun-kunun nanti bolehlah saya nyorok belakang awak kalau saya terkejut atau takot. Sket lagi, cerita baru nak naik klimaks, awak dah terjerit-jerit macam histeria, siap tercampak lagi popcorn kat saya. Tak pasal-pasal je saya kena bersihkan baju saya. Baru beli pulak tu. Mahal lagi. Grrrr.

Saya ingat lagi masa kita jalan-jalan kat tepi tasik. Saya rasa masa tu romantik abes la awak bawak saya jalan-jalan kat situ. Sambil menikmati cahaya mentari yang redup dan angin sepoi-sepoi bahasa, ahh nyamann je rasa. Tapi, tetibe je awak lari-lari anak bila awak nampak ada katak melompat. Tapi, lari-lari anak awak tu bertukar menjadi lari-lari bapak pulak bila dengan drastiknya awak terjatuh dalam tasik. Dan dan lagi sadisnya bila awak tak tahu berenang! Ahh. Tak pasal-pasal je saya terpaksa korbankan lagi baju baru dan mahal saya untuk selamatkan awak yang tercungap-cungap ibarat nyawa-nyawa ikan tu. Mujur saya ni perenang negara. Grrrr.

Sbnanye banyak je lagi yang saya nak tuleskan dan saya nak awak baca. Tapi, somehow saya tak rasa awak akan baca dan kalau awak baca pon, macamlah awak maseh ingat kan kenangan-kenangan kita bersama. Cewah. Sebab sume kenangan tu banyak yang memalukan awak je. Tapi, kenapa saya maseh boleh sayang awak separuh mental? Sebab dulu awak pesakit mental! Dan saya doktornya. Wakaka. Ok. Tipu je.

Saya harap dengan surat terakhir ni yang memang saya dedikasikan khas untuk buat awak teringat balik pengorbanan-pengorbanan saya, awak rasa menyesal tinggalkan saya. Ehh. Bukan awak tinggalkan saya, tapi saya yang nak kita berpisah. Sebab saya taknak lebih banyak perkara malang berlaku ke atas saya lagi. Hakhakhak. Well... Being heartbroken is one of the perkara malangs yang awak bawak dalam hidup saya you know.

Sebelum saya akhiri surat saya ni, izinkan saya jualkan diri pantun saya barang serangkap dua kat awak.

Pecah kaca pecah gelas,
Gelas kaca saya yang awak pecahkan dulu bila nak ganti?

Pen merah pen biru,
Nape takde pen hitam?

Baiklah. Sampai di sini saje yang mampu saya coretkan. Kalau awak mahu lebih, penyekeh dulu saya bagi ye. Mengada. Waktu saya ada, awak skip-skip je baca surat yang saya bagi. Ni nak mintak lebih-lebih pulak. Ok. Sebelum saya tacing dengan lebih dasatnye, akhir kalam, saya tak harap pon awak bahagia kerana saya lebih gembira lihat awak merana. HAHAHAHA.


p/s: Ni gua kopipes dari blog gua. Khas untuk lu orang. Kehkeh.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
pertamaxxx!
Tanpa Nama berkata…
komen di atas memang #jilaka.

ada lah terhiris sikit2 baca.
nagisa_rin berkata…
hakhakhak..
tah2 jntan 2 mmg bangla laa..
"adik manis mau pigi manaa~"
geli u dgn mt bangla n nepal..
choi..!
Elena Reeney berkata…
haha zuely, buat aku tergelak pagi pagi buta kat opis ni haaa..
aswadz berkata…
tu pantun ke? hak3...
SHAHIRAH TERMIDI berkata…
AHAHHAHAHAHAHA, LAWAK GILA. :DD
Tanpa Nama berkata…
da tergelak sorang2 di pagi hari. funny ! <3
Unknown berkata…
wakakaka...
best..
mila berkata…
hahaha jht btl ayat last tu
bukan penggoda berkata…
matahari: jgn nk #jilaka sgt weh.

eira: tp, ada gak yg ensem kan? kahkahkah!

ER: mst ceria kan pagi kau? hahahaha.

aswadz: ya, tak syak lagi. sila jgn ragu2.

shahirah, tanpa nama, aletheea, cammy lia: terhibur kan? saje je nak ceriakan pepagi yg suram. kehkeh.
Misshy Innz berkata…
hahaha . lawak lawak ;p
naseb tak terkeluar balik ayam dari mulut aku ;p
TheBentPencil berkata…
lupa letak hashtag
#memoridating

wakakaka

terbaik my lady. sila tulis lagi.
AlexiaAqram berkata…
pecah kaca tak ganti2,
pecah gelas mau pecah muka,
mcm haram entri ini,
tak pasal2 gua tersedak celaka!
Akulah Aqilah Itu berkata…
kenapa takde pen hitam???
rosdud berkata…
Well... Being heartbroken is one of the perkara malangs yang awak bawak dalam hidup saya you know.

haha.
Baca pantun dah macam nak luku kepala orang~

ha ha ha.

XD
Tanpa Nama berkata…
sumpah lawak ! HAHAHA
RastaMat berkata…
merah ka hijau ka??
10??
20??
Punuh??

hidop bangla..
bukan penggoda berkata…
misshy: pengajaran, jgn mkn ayam masa baca entri. hehe.

izzie: #memoridatingyg x thn tu. hahahaha.

boss: ko ni sume entri aku mcm haram kan...

aqilah: entahlah. cuba tny org yg buat surat tu. eh, aku la yg buat surat ni kan? herem jedeh.

fatin: abaikan grammar broken english tersebut ye. hikhik.

zara: haih. susah jugak jd penjual pantun yg hebat ni. huhu.

anon: HAHAHAHAHA. eh, kenape aku gelak? =.='
bukan penggoda berkata…
@RastaMat

kemaen lg tau nk hidup2 bangla. seluar hijau dah kering blum? kehkeh.
Lalala berkata…
hahha tak habis2 grrrrr
Ezan Nur Ayub berkata…
kelakar la..serius saket perot ketawa berdekah dekah.
A Fairytale Reality berkata…
Hahahaha. Terbaek pantun!

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.