The End Of Challenging Single Week

Hari ini berakhir sudah edisi Single Appreciation yang telah berlangsung selama satu minggu di Terfaktab. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas segala komen dan suportif anda yang telah anda semua curahkan pada 7 hari yang mencabar ini.

Ya, minggu yang mencabar.

Anda lihat pada luaran merasakan blog Terfaktab merupakan sebuah blog berkuasa. Namun, apa yang ada pada luaran tidak semestinya mencerminkan apa isi di dalamnya. Kami juga terdiri dari golongan manusia biasa saja. Kekurangan itu pasti ada dan kami hanya memanfaatkan kelebihan yang kami ada semaksimum mungkin. Itu sahaja.

Bagi kami, menjadi seorang single merupakan suatu status yang mencabar dalam menempuhi pancaroba kehidupan. Di kiri kanan sisi kehidupan seorang single itu, sentiasa datang pelbagai ketakpastian yang menggugat potensi diri untuk lebih berjaya dalam kehidupan. Hal yang demikian, mereka yang menjadi single pasti takkan selamanya akan menjadi single. Kerana memang lumrah manusia di cipta untuk berpasang-pasangan. Ironinya, bagaimana single itu di terjemahkan ke dalam manifesti diri, ia bergantung pada diri sendiri, tindakan yang positif dan semangat hidup yang kuat.

Kesimpulannya, memang banyak input yang kita dapat dalam minggu single ini. Laungan kata-kata azimat, diskusi hala tuju hidup seorang single dan sebagainya. Berilah tepukan kepada TheBentPencil dan Mr.K yang meng-idea-kan minggu single appreciation ini kepada kita semua.

Terlanjur menulis, kami di Terfaktab juga ingin memberi makluman pendahuluan tentang organisasi kami yang mungkin akan mengalami perubahan drastik dalam beberapa hari lagi. Mungkin akan ada penulis yang tidak dapat bersama dengan kita lagi, mungkin struktur penulisan di Terfaktab akan bercorak lebih bebas, dan mungkin akan ada penambahan penulis yang akan kami usahakan untuk mengekalkan momentum perbincangan relationship di Terfaktab. Bagi kami, topik cinta takkan pernah tamat. Ini kerana, topik cinta/relationship merupakan subjek yang sangat luas. Sedangkan kisah manusia pertama bernama Adam dan Hawa sendiri bermotifkan cinta. Bayangkan, berapa lama topik cinta itu sudah wujud? Sejak berjuta tahun lagi! Lebih tua dari topik politik, topik sains dan sebagainya.

Inilah yang kami rencanakan dalam Terfaktab. Untuk terus membincangkan hal perhubungan manusia dengan lebih parody, sarcasm, serius dan berilmiah. Bersama lah kita memartabatkan perhubungan manusia ke tingkat yang lebih dinamik dan saksama. Kami di Terfaktab dengan ini menamatkan minggu Single Appreciation dengan hati yang terbuka dan gembira.

Terima kasih kerana setia bersama Terfaktab. Salah silap harap di maafkan. Asalamualaikom!

Ulasan

Nini berkata…
nice header...
mentega^^terbang berkata…
Waalaikumsalam...
*clap clap*

Thanx adakan Single Appreciation Week.. Atleast orang single akan rasa lebih dihargai dalam dunia penuh manusia berpasangan.

Thanx again :)
misz aisya berkata…
wahh semangat baru dengan header baru ye? nway, tahniah terfaktab sbb menghrgai gol.single. hahah :p
aswadz berkata…
1 word to describe the single appreciation week. Awesome.
zey berkata…
eleh. wat seminggu je? why dun we change february as a month for single appreciation....?haha! boleh wat kelainan skitkan.. =DD

again, menjadi single bukan untuk selamanya. tapi hanya sekadar menghargai.. ",
Fall Nish berkata…
Haa?ade perubahan lg?
asalkan yg masuk nty berkemampuan..
kire cuuun la..
stay terfaktab!
btw..aku lg suke banner yg lame..=)
simple but nice..
milah berkata…
lepas ni minggu apa pulak?
Alexia Aqram berkata…
minggu halimah jongang. amacam?

terima kasih banyak2 di ucapkan pada semua. love love love atas sokongan korang semua. yiehaa!
masnurain berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
masnurain berkata…
give a big clap u terfaktab! ape pun, kitorg ttp sokong terfaktab! korng mmg best!:


tahu tak bercelak mengikut sunnah nabi..?
TheBentPencil berkata…
Time kasih kerana sebut nama saya. ahaks.

sapa yang nak keluar tu boss?
Kalau Bani saya nak buat petition suruh dia masuk balik. sebab artwork dia best woooo (dan saya malas nak buat header kahkahkah)

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.