Ada Apa Dengan Valentine?

Gua nak share pasal Valentine sempena Single Appreciation Day kat @terfaktab ni! *okay, gua tak single*

- Oleh kerana banyak sangat peristiwa memuja Paderi la whatever shit la memacam version, orang Melayu lebih kepada menyambut Hari Kasih Sayang.

- Hari yang lelaki menjadi extra romantik (read: khususnya lelaki Melayu). Time ni lah perempuan perempuan baru nak merasa nak bunga la cekelat la candle light dinner la. Setahun sekali baiiii.

-  Hari yang melakukan Couple T-shirt. Kalau ada pasangan yang pakai t-shirt sedondon selain dari Hari Valentine's Day ni memang gua tak tau nak cakap apa. Rasa geli pun ada.

- Hari kedai bunga, cekelat, t-shirt couple, restoran mengaut untung lebih. Bayangkan bunga pada hari tersebut naik lebih dari 5 kali ganda harganya. Gila.


- Hari perempuan merasa nak melaram. Ye lah, pergi candle light dinner kan. Haruslah ada dress baru, set rambut bagai. Berbunga bunga je rasa :)


- Hari lelaki dapat merasa air tangan gf (read:belum berkahwin sebab biasa yang menyambut ni semua orang yang belum kahwin. Yang dah kahwin buat taktau je). Al maklumlah, time ni memasing sibuk nak buat segala home made. Nak buat Cupcake la, masak dinner la. Takpun gf anda menjadi gila kreatif bagi kad ucapan siap bakar ubat nyamuk kat tepi tepi kertas tu. Gila 'arts' la konon.

- Hari playboy/playgirl pening kepala. Bercakap dari pengalaman, masa gua muda remaja, gua pernah date dengan 4 orang on the Valentine's Day tu. Gila berpeluh ketiak gua nak bagi bagi kan masa and set tempat. Tak boleh jauh jauh sebab nanti lambat sampai. Balik je rumah rasa separuh mati dengan perut kembung banyak makanan. Lepas jumpa orang first, pergi locker sebelah toilet, simpan. Then ulang and ulang. Balik rumah lambak cekelat kat depan mak gua. Dia settle kan. Gua terus tidur. Damnnn!!

- Hari orang orang single physco diri yang 'Single Itu Lebih Baik'. Masa gua kat girl school, ada group yang semua perempuan perempuan single. Gua pernah berada dalam group tu ah kan. Kiteorang buat bunga daripada kertas and bagi each other yang single single. Kasih sayang bersama BFF. Gila COOL!

- Hari semua office adakan game beli barang bawah RM5 pastu main tukar tukar dengan rakan office. Hadiah misteri kononnya :)

- Hari hotel hotel banyak package Mari-Bercandle-Light-Dinner-Terus-Ke-Bilik-Makan-Dapat-Main-Pun-Dapat-Anak-Pun-InsyaAllah-Dapat. Bagi dah berkahwin apa salahnya. Kan? Kan?

-Hari yang sampai TPM pun masuk TV bagitau sambut Valentine tu HARAM. Haaa. Amik kau!

Pada gua, tak salah sekali sekala nak merasa kan? Ingat senang ke BF nak bersusah payah buat surprise, tempah meja bagai. Asalkan tak melampau batas, then should be okay.

Pada yang single, Hari Kasih Sayang ni bukan limit pada KEKASIH je, apa kata korang amik kesempatan ni, setahun sekali bawak mak abah pergi dinner mahal mahal ke. Pergi SPA manjakan diri sendiri ke. Tak pun, korang meniaga. Haaa.. Gubah bunga ke, mark up harga cekelat ke pastu jual hari Valentine ni. Masyuk baiii..

Ok lah, gua blah dulu, turun kat bawah. Recep call tadi, ada orang hantar bunga kat gua. *thanks awak* Hikhikhik :)

Ulasan

mentega^^terbang berkata…
heeeee.....dah g dah..makan-makan :)
ayue! berkata…
gle lah ko smpi 4 org. gile market r knon=p
annur kardashian berkata…
mmg tak salah. tapi hari lain pun ada pe? kenapa mst 14 feb?
Shah Amirul berkata…
ala baru 4 org je.hehe
khairul farhan berkata…
4 orang. mantap. pembahagian masa kau adil dan efisyen
AlexiaAqram berkata…
dem!

aku harap 4 orang tu. bukan aku.

celaka!

hahah!
Tanpa Nama berkata…
4 orang!


woha!


mantap2!
Akulah Aqilah Itu berkata…
yang date 4 orang tu tak tahan. haha

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.