Misi Sebelum Berkahwin
Gua kadang-kadang bila tengok member-member gua nak berkahwin segala bagai. Rasa jeles pun ada. Rasa kelakar pun ada.
Jeles sebab gua mesti takkan habis-habis tanya diri gua sendiri ; "Dia dah nak kahwen. cilanat, gua bila pulak? Aci dah ada, duit plakkk masalah, bla bla bla", membebel sorang-sorang dalam hati.
Kelakar sebab gua tengok bukan kemaen member gua bersemangat ho-yeah! ; "Tak nak macam masuk sukan olimpik plak member gua nak berkahwin ni, selama hidup tak pernah masuk gym, tetiba hari ini boleh buang tebiat masuk gym. Jadah apa?", membebel menganjeng member dalam hati.
Memang gua perasan, kalau dah nak berkahwin ka, nak bertunang ka, mesti ada satu semangat untuk nak nampak vogue, nak nampak kacak bergaya masa tarikh yang penting tu. Ia seolah satu renjatan electromagnetism yang menggerakkan naluri seseorang itu menjadi rajin dalam hal perkembangan diri. Kalau tak sebelum ni hampeh, gosok perut sendiri dengan runsing tapi masih tibai tido selepas makan.
Ada seorang member gua ni. Naik bukit hiking hari-hari. Bersemangat! Sebab dia dah nak bertunang la ni. Dulu gua tengok dia berisi, sekarang gua nampak ada perubahan mendadak, dengar cerita dah turun 3-4 kilo jugak lah. Gua tak berani nak tanya macam mana semangat itu datang pada diri dia. Cuma, gua boleh buat assumption yang memang intense dia untuk nampak lawa di depan mata tersayang, di hadapan para hadirin sewaktu hari penting itu TEBAL.
Benda ni tak salah bai, semangat untuk memperbetulkan kekurangan fizikal sebegini banyak faedahnya dalam jangka masa panjang. Malah, ia merupakan amalan hidup yang sihat. Asalkan jangan sampai jadi anorexia dah lah. Ye la, gua tahu kadang-kadang perempuan ni kalau berisi, bila ambil gambar mesti buat gaya ilusi depan kamera bagi nampak kurus. Jangan nak tipu gua lah beb, taktik tu dalam kocek gua. Bengkok-kan kaki, atau satu kaki di depan, dan turunkan pinggang. Tadaa! Nampak kurus dalam gambar. Takpun, ambil gambar muka saja dari sisi 26 darjah. Hasilnya, memang ilusi sungguh. Takpe2, papa faham masalah mama macam mana. Papa redha je.
Yang bestnya mengenai semangat sebelum nak berkahwin/bertunang ini, ia sama sekali secara tak langsung memberi kesan pada member-member sekeliling. Contoh macam gua sendiri, sebab member gua semangat hiking bukit jambul tu, gua pun turut jadi semangat. Padahal sebelum ni gua malas, kerana aura semangat sebelum nak berkahwin member gua. Gua jadi rajin. Ini seriously bukan tipu beb!
Member gua ni perempuan, jadi gua tanya lah kat dia apa cerita dia punya bakal husband? Dia cakap, bakal husband dia pun sama semangat. Dulu badan gemuk, perut boncet macam Najib Razak, sekarang dah steady kurus macam Nik Aziz! Ok, melampau sangat lah macam Nik Aziz, mungkin hensem bergaya macam Khairy Jamaluddin? EWWWW.
Apa pun tak kira lah macam mana pun rupanya, yang gua nak diskus kat sini mengenai salah satu keperluan atau misi kita sebelum berkahwin ialah memperbetulkan kekurangan fizikal pada tubuh badan kita. Kalau gemuk, berisi atau berperut boyot, mungkin korang boleh ;
1. Buat sit-up, pumping. Bersenam dengan kerap pagi dan petang.
2. Pergi gym. Tak kesah lah gym rakyat mahupun gym berbayar.
3. Melakukan aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh macam baru lepas mandi seperti hiking, sukan bola jaring, bola sepak/futsal, main skateboarding, ber-fixie, berenang dan sebagainya.
4. Amalkan pemakanan sihat sebegini. Waktu pagi sarapan berat, tengahari jangan makan atau makan sedikit saja seperti 2-3 keping roti, petang hanya minum saja jangan memandai nak pekena pisang goreng lah apple pie lah, makan malam mesti sebelum pukul 9.
5. Beli susu organik yang tak sedap tu. Susu Melilea. Lu akan rasa kenyang, dan akan mengurangkan pengambilan nasi.
6. Pakai braces! Seriously, member gua yang pakai braces tiba-tiba boleh jadi kurus dalam tempoh 3 bulan. Gila!
7. Banyakkan minum air mineral/air suam dan air buah-buahan tanpa gula. Bukannya coke, Teh O Beng, Milo tabur, Sirap Laici, apatah lagi beer, dan minuman keras! Hamjad semua tu.
8. Berhenti merokok. Terus-terang gua bagitau memang tanpa rokok, lu lebih sihat untuk melakukan aktiviti lasak. Cuba kalau lu merokok, asyik-asyik nak mengah, tak larat, pancit. Macam mana lu nak kekal sihat macam tu?
Untuk yang kurus sangat, nak nampak macho dan berisi. Satu saja tips untuk lu je, melantak lah Mcd tu sampai lebam, makan lah nasi 5 kali sehari. Agak-agak dah naik 5-6 kilo, berhentilah. Jangan over-limit dah ler.
Itu sahaja gua nak cakap mengenai misi sebelum berkahwin kali ini, jumpa lagi dalam siri akan datang. Chalo, Asalamualaikom!
Ulasan
nak caye ke x..??
LOL
XD
tp xdelah nak pakai.
best entri ni.hahahaha..
mungkin kurang sketla nafsu makan tu..
nak terberak aku dgr KJ itu hensem. mata kau ok tak?
ni sape terfaktab kat atas ni ah! cakap! cakap...gigit karang.
wakakaka
ah ya, pasal makan malam sebelum pukul 9 tu....er kalau tak silap diorg kata sebelum maghrib(7.30).
anyway, ada sorang student arab ni, dia kata diet dia jangan makan selepas asar. lagi gila mah! (student arab kat sini jarang perut flat woo. tp yg ni mmg slim melim tapi still curvy).
antara sebabnya ialah metabolism turun pada waktu malam. tp pukul berapa exactly, sya tatau.
perlu berhenti ke?
ketagih kopi bukan takut lu gemok, tapi takot lu hilang tenaga di ranjang bila dah kahwen. keh keh keh!
@risnayati
kawan gua perempuan sekali makan dua pinggan. pun tak gemok. apekah?
Damn!
Bukan boleh tahan lama ke sebab tak mengantuk?
LOL!
#mampuskalaumakbacani
XD
ermm...ak nk kawen tp xde bf lg mcmana ni? preparation? xperlu kot.. sbb bila dia tgk ak n dia suke then xperlu tips2 kt ats tu.. ak ttp ak..n akn cube kekalkan ap yg dia suke..
btw, hr2 ak dh exercise sbb tmpt keje agak jauh.. memnag minum air masak, mkn mlm memnag sblum kul 9, sbb kul 9 dh dudk dpn pc bukak terfaktab.. haha.. i hates smokes, and loves milk.. ;)
@alexiaaqram - tips kuruskn butts xde ke?
rasanya coffee macam ok.
bukan dalam supplement/health bars banyak yang letak caffiene ke?
die sejenis stimulant, so tak payah makan banyak2, energy semua dapat.
coffee sajalah zara. bukan kopi susu dengan gula dua tiga sudu. whopp!! hahaha
just an opinion anyway.