Gila Talak.

Tengok tajuk pon mesti lu orang dah tahu kan gua nak tules pasal ape arini? Kalau lu orang fikir gua nak tules pasal kes perceraian yang ada kat Malaysia skang ni, gua terpaksa lukakan hati lu orang dengan mengatakan jawapan lu orang salah. Gua pon taktau ape motif gua buat ayat panjang berjela tapi maksud yang gua cuba nak sampaikan sikit je pon dan kalau lu orang boleh tangkap apa maksud yang gua cuba nak sampaikan, lu orang memang errr memang hmmm memang nak kate bijak, itu gua, okay la lu orang memang bijak, macam gua. Hikhik. Okay kawan-kawan. Sila tarik nafas dedalam dan lepaskan pepelan.

Intro yang panjang memang menampakkan yang gua bersungguh dalam menulis entri kali ni. Baiklah. Where should I start then? Hurm... Sbnanye kan, kalau lu orang refer balik apa yang gua penah tules sebelum ni, gua ada tules pasal jom bergerak (baca: let's move on) kan? So, apa lu orang fikir? Okay simpan dulu apa yang lu orang fikir. Skang ni gua nak tanya kat lu orang, apa pendapat lu orang pasal satu statement yang gua penah baca ada orang tules, 'Letting go is easier than moving on'? Betul ke? Betul ke? Okay, ni lu orang boleh jawab. Tapi, bagi gua ada betul dan ada tak.

Pendapat setiap orang kan berbeza-beza. CONTOHNYA, kalau gua rase yang HZ dan FL tu biasa-biasa je dan lu orang rasa yang mereka sangat goddesssss, bukan hak gua untuk menidakkan apa yang lu orang rasa kan? (Sape hentam gua lepas ni, siap lah. Gua tepek besau-besau kat mata lu orang yang ini CONTOH semata). Because I believe that beauty lies in the eyes of the beholder. Cuba bayangkan kalau semua orang nampak pasangan kita macam mana kita nampak dia, tak ke haru? Ah sudah, taste semorang dah sama, acane? Jadi, Tuhan itu Maha Adil dan Maha Mengetahui, Dia tahu yang manusia ni memang suka sangat berperang dan bergaduh, memang tak sah kalau takde pergaduhan sehari, maka Dia jadikan setiap antara kita ni dengan rasa dan minat yang berbeza. Maka, harus direspek perasaan dan keminatan orang lain.

Ehh, bukan gua nak tules pasal gila talak ke sbnanye? Ape kes gua dah melalut pulak ni kan? Baiklah. Jangan nak risau sangat. Sebab sbnanye gila talak dan apa yang telah gua lalutkan di atas ada kena-mengena ye. Ya, ada kena-mengena. Macam mana? Macam ni...

Bila lu orang dah putus, perkara yang lu orang patut buat (selain menangis 3 hari 3 malam) adalah untuk bersikap cool dan tenang. Gua tahu tak ramai yang boleh buat macam ni termasuk gua. Jadi, gua akan gunakan 'kita' untuk menunjukkan that you'll never walk alone. Kehkeh. Okay sambung. Dah sah-sah la kita akan meroyan kan, lebih-lebih lagi kalau kita di pihak yang ditinggalkan. Kadar keroyanan mungkin lebih tinggi. Mungkin.

don't easily fall because it hurts like hell everytime you fall.

Apesal gua cadangkan untuk lu orang bertenang? Sebabnya, gua sendiri pon taktau. Hehe. Okay tipu je. Sebabnya, kalau lu orang tak bertenang, lu orang akan cenderung untuk jadi seperti tajuk di atas. Lu orang penah dengar istilah Cina Buta tak? Gua bukan saje nak bersikap racist di sini, tapi memang inilah istilah yang gua biasa dengar bila suami tu dok gasak menceraikan isteri dia sampai dah tak boleh nak cerai dah, last-last kena tunggu isteri dia kawen lain dan bercerai, baru dia boleh kawen balik dengan isteri dia. Kekadang orang buat, main sauk je sesape untuk dikawenkan dengan isteri dia sebab dia nak kawen balik dengan isteri dia. Orang yang disauk itulah dipanggil Cina Buta. Kenapa Cina Buta? Jangan tanya gua. Jangan tanya Amoi jugak! Kami inesen.

the ones we need not necessarily need us in return. 

So, moralnya kat sini, janganlah gila talak sangat weh. Saiko tahu! Saiko! Gua paling meluat kalau dah putus pastu hegeh-hegeh kat bekas (bukan bekas tupperware makanan tu) dia macam orang gila. Tu yang orang panggil orang gila talak tu. Saiko weh! Saiko! Lagi gua paling takleh handle kalau dah lah dia mintak putus, pastu sket lagi dah kapel baru tapi dok kacau-kacau bekas yang dia tinggalkan macam payung yang tak digunakan bila hari redup dan emo kalau orang tu tak layan dia. SAIKO!!!!!!!!!!

inilah erti SAIKO!

Okay. Entah kenapa gua terlebih emo malam ni. Mungkin sebab gua meluat gila kot tengok orang-orang gila talak yang saiko ni. Kalau nak contact cara baik, takpe weh. Jangan sampai nampak sangat lu tu gila talak weh. Geli weh! Okay dah. Baik gua pegi amek wuduk jap. Dah banyak sangat dah setan ni bersorak gembira berdansa salsa dan sebagainya. Berjumpa lagi di lain hari, insyaAllah. Pesanan gua, biar gila-gila, jangan gila talak. Assalamualaikum!


p/s: Apa kaitannya, lu orang pepandai mengaitkannya okay? Takkan sume gua nak bagi? Lemak lah weh! Saiko! Kehkehkeh.


pictoras: link

Ulasan

Gimi berkata…
Em..macam2, ad gak kawan yg kena camni...
Lalala berkata…
sendiri kena..memang psiko habis orang tu.. dah tinggal kan.. pastu senang2 nak kutip balik..eishhh geram je
Gloghia berkata…
haihhh memang ramai yg gila talak ni. sebab time putus takmau pikir baik-baik, lepas dah putus ha baru tau mana taik mana bunga/kumbang. terhegeh-hegeh balik, tak perlu la. meh jaga air muka meh.
Tanpa Nama berkata…
well, gua mahu cerita dari segi gua pula.
(gua belum nikah ok, kawen dah. kah kah kah)

dua tahun setengah, gaduh ja, minta diputuskan,tak de benda lain, minta putus minta putus tapi gua tak penah lepaskan dan sentiasa memujuk.


dua tahun setengah, gua tahan, even gua baran orangnya, tapi gua cuba fahaminya.

tapi tiap2 hari ada benda yang tak kena, gua ikut, tapi gua dah tak tahan, sayang tu dah bertukar jadi hati kering, dah tak mahu dengar apa2 dah, dan akhirnya gua lepas kan.

gua tidak mahu gaduh hari2 lagi.
moga dia jumpa yang terbaik yang mampu selaras dengan dia.



#andapercaya?
♥ tiah ♥ berkata…
ok yg gila talak tuh loser..
Ibarat ludah jilat blek.hahaha
Woot~

Ni kalau stok gila talak ni, 1st love aku termasuk sekejap dalam benda ni (walala, gua pecah lubang)

XD

Kitorang berpisah sebab dia ada perempuan lain ala2 Japanese doll, gua dah tak kisah la tu, pastu dia datang balik, dengan harapan boleh dapat dua2 sekali sebab sayang dua2~

sungguhlah, pfffttt~
TheBentPencil berkata…
ek.

macam terbalik dengan entri saya sabtu lepas.

ahahahahah
TheBentPencil berkata…
OK komen yang betul dari saya.

kadang-kadang dia baik, kita pun baik, dan dua2 teringin nak kembali ke masa dulu. tapi things that we said, things we did, have given us SO MUCH grief that getting back is nearly impossible. so when that happens, please move on.

harap2 kalau dia baca ni dia faham..:)
TheBentPencil berkata…
alamak teringat kenangan lama di pagi Isnin ni. bencibencibenci

*berlali ke arah matahari terbenam dengan latar lagu Sembilu*
Amni berkata…
aku mengalami sekarang kot... ex bf aku boleh cakap dia couple ngan aku 5 tahun.. weyh.. padahal 3 bulan je masa yang pertama.. dah tu clash dia yang mintak.. lepas setahun dia nak aku balik... tapi couple sebulan je.. aku mintak putus.. macam benci plak kat dia.. dah tu, after one year, couple balik.. ni lama sket.. 5 bulan.. orite la tu kan? tapi last2 aku mintak putus..

sebab? aku memang tak bley go on ngan dia.. even dia sayang aku sangat.. (konon la kan).. skang dia dah de awek.. tapi sibuk lagi apsal aku.. rasa macam nak lempang je... tapi of course aku takkan membuang keayuan aku semata2 nak melempang dia kan? buang tabiat ke apa?

dulu masa clash yang pertama dia tinggalkan aku, memang meroyan jugak la... tapi meroyan aku jadi, tak banyak cakap... termenung sini, termennung sana., sib bek tak nangis yer tak... tu yang aku bodoh jugak nak kat dia lepas satu tahun dia tinggalkan aku... hahahahhaha.... zaman kanak2.. kalau aku ingat balik, memang bodoh la aku masa tu.. sanggup tunggu dia padahal ada yang baik depan mata.. hahahahah

sekarang tidak lagi.

p/s : aku betul ni nak lempang dia. dia masih jaja cita pasal aku. tak habis2!
Ibu Ammar berkata…
belum pernah menggila talak dan digila talak. berpisah cara baik dan menerima perpisahan dengan rasional.

bercinta, berpisah. adatlah.
Hayla berkata…
gua baruu je belajar pasal talak kat sekolah tadi.
eh, ade kena-mengena ke? haha
HaWa DArLidA berkata…
1st of all congrats to the writer sbb tulis sumtin yg reflects my situation =)
wah finally sy terpanggil utk komen here! last week is really a depressed week since yeah.. old love hunt me down. the challenge part is to convince him- 'well we are over and enuff'.. but it just drag him to be more psycho.. (nk crite pjg la pulak). tp berkat kesabaran sy.. at last dia faham jugak. *sigh* hopefully..
bukan penggoda berkata…
to all: jom reramai ptuih ptuih kat org gila talak yg saiko!!!!!!!!!!!!!!!!!!
@bukan penggoda :

Saya mahu memuah anda.
Boleh?
bukan penggoda berkata…
@LORD ZARA 札拉

boleh. boleh. saya sedang buat muka memalu ni. kehkeh.
Miss FZ berkata…
err.ada ex-bf camni..dia yg tinggalkan aku. tapi, hari2 dok asik mesej2 call2 bagai. konon nak kawan je. 2 bulan pas putus, ajak baik balik.

nasib baik aku tak terima. sebab lepas tu aku dapat tahu dalam masa dia dok ajak aku baik balik tu, dia dah kapel dengan 2 orang perempuan lain! saiko mamat tuh.
ade jgk owg yg jilat ludah sndri ni..sadis btul..xske2..
Nurul berkata…
terbaikk lah...
Memang mampu membuatkan gua mao share entri ni berserta dengan entri kat bawah by Lord Zara kat blog gua...

http://kamipunyarumah.blogspot.com/2011/03/semalam-bersama-teman-siri-6.html
Fall Nish berkata…
jgn la ludah para psikopat chenta..T_T
M.a.r. berkata…
aku ada gak kwn laki yg gila talak neh,,, mmg parah la kondisi dia tgila²kan ex gf dia tuh... 1st² tu mmg kesian tgk dia tp dah lama² tu rasa meluat la plak... mcm la xda pompuan lain dlm dunia heheheh...

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.