Cerpen Faktab : Kita Tak Pernah Sendiri.

Cerpen ini khas untuk minggu single-mingle-jingle-bingle-whatever~ sekarang ni.


Perjalanan ke kampusnya harini berasa sangat panjang sekali. Jika selalunya selangkah kakinya untuk ke kampus, bersamaan seribu satu bintang semangat, kini tiada lagi. Burung yang dahulunya turut menyanyi merdu terus tepat ke telinga Ali bagai ada pemain mp3 di telinga kini tiba-tiba bagaikan terputus kotak suara.

Matanya lebam. Sudah empat hari dia tidak ke kelas. Perpisahan kalini memang betul-betul menyentuh jiwanya. Dia rebah. Jatuh terus mungkin lebih sedap ayatnya. Graviti kuat betul masa tu. Terus tarik dia jatuh ke gawang hitam yang belum tentu punya dasar. Dia terkapai-kapai semasa jatuhannya itu.

Dia tidak kisah jika dia mati terus kalau-kalau di dasar gawang itu punya stalagmite yang mencucuk tepat ke jiwanya. Dia bagai sudah tak pedulikan lagi hidupnya waktu itu.

"Buat apa nak kenang? Wake up bro! Dunia kau panjang lagi. Yes. Kau mungkin susah nak get rid of her. But, apa guna sisa hidup kau kalau duduk berduka durja macam celaka ni je?"

Nasihat seorang rakan baiknya betul-betul menyentap jiwa. Tiga hari empat malam berturut-turut Ali menangis. Kerana perpisahan itu. Mungkin dia belum sedia? Atau mungkin dia tak mahu langsung menerima perpisahan itu? Tapi apa lancau kan? Bila dah tertulis dalam tu nak terjadi, terjadi lah juga.

Siapa sangka. Jika dahulunya mereka berdua di lihat bagai satu pasangan yang paling indah. Senyum. Ketawa. Berjimba *bahasa apa ni?* bersama. Makan suap menyuap. Berkejaran di taman. Dan tiba-tiba, tap! Begitu sahaja perpisahan berlaku.

Langkah Ali benar-benar berat harini. Macam dia berjalan menggunakan tangan. Kaki di atas. Dan kepalanya pula di seret-seret. Lembab.

Sampai sahaja dia di hadapan kolej, matanya memandang tepat ke arah bangunan itu. Kepalanya di sengetkan ke kiri. Ke kanan. Tegak. Lalu langkahnya teruskan perjalanan. Tidak ke dalam pintu pagar kolej. Tapi terus berjalan. Mengikut arah bunyi siulan tiupan angin.

Dia di lihat ada satu pasangan. Tak tumpah seperti dia dulu. Bermesra bersama. Cubit-cubit. Ketawa. Merajuk. Di pujuk. Ah. Bangsat. Dia duduk di atas satu kerusi. Dia pandang. Senyum. Tak perasan. Air mata mula menangis. Mungkin cemburu.

Terlihat juga satu pasangan warga emas. Bertongkat bersama. Senyum kepada satu sama lain.

"Aku tak sempat semua tu."

Dia mula menghidupkan sebatang rokok. Di hembus. Memang macam celaka rupanya. Menangis. Merokok. Termenung.



"Aku rindu."

*****

Tujuh batang rokok di habiskan dalam perjalanan dari taman tadi ke rumahnya. Banyak benda yang dia fikir. Tentang erti satu perpisahan ini. Apa hikmah semua ini. Kenapa Tuhan aturkan semua ini. Empat hari dia terperap membuatkan mindanya mati.

Dia terlihat satu pasangan kucing. Yang jantan cuba mahu mengorat yang betina. Yang betina lari. Yang jantan mengejar. Tapi akhirnya jalan besar memisahkan mereka. Kereta laju. Yang jantan tu pun beredar bila ternampak ada satu bungkusan KFC yang di buang di tepi tong sampah. Dia korek-korek plastik itu mencari nafkah.

"Ain."

Mungkin betul. Susah untuknya melupakan Ain. Memori. Rindu semuanya. Tapi hidup perlu di teruskan. Perginya Ain tak semestinya hidupnya juga perlu pergi. Mungkin dia tak perlu tergopoh gapah mencari pengganti. Pelajaran? Dia perlu terus gagah dan buktikan pada Ain dia masih boleh hidup walau tanpa Ain.

Sampai sahaja di rumah, di lihat satu keluarga sedang menunggunya.

"Abang pergi mana tadi! Cikgu telefon kata abang tak datang kelas!" ibunya terus mendapatkan Ali. Dakapan ibu buatkan Ali tersentak.

Datang pula si adik lelaki. Menumbuk ke lengan Ali. Mukanya nampak riak risau tapi di tutup dengan muka gangster.

"Eh, bodoh lah kau! Ibu bayar kau suruh pergi kelas lah bodoh. Kau tau tak semua risau kau tak datang kelas?"

Adik perempuan yang masih kecil juga di luar rumah. Sambil berkata dekat ibunya,

"Ibu jangan menangis dah ibu. Abang dah balik kan? kan? Kan ibu kan? Dah ya?" sambil menggosok-gosok belakang ibunya.

"Kau tau ayah kerja di Pulau Pinang,risau benar. Dia dah dalam perjalanan balik. Risau dia. Abang tahu tak?" ibu nya yang masih sebak menambah.

"Ain dah takda. Kau doakan dia baik-baik sahaja di sana. Dia tak mahu tengok kau macam ni. Doakan dia di golongkan dalam golongan orang-orang beriman ya nak?" tambah ibunya lagi.

Ali tersentak. Tersedar. Ya. Hidup perlu di teruskan. Memang betul kata ibunya. Ain tak mahu tengok dia macam ni. Memang betul. Dia tidak punya Ain lagi untuk merasakan apa itu indahnya berpasangan. Namun, dia masih ada keluarganya. Mungkin kini masanya. Dia perlu mencipta memori bersama keluarganya pula!


END.

Ulasan

Elena Reeney berkata…
suka buat aku sedih pagi pagi tau :(
Irwan berkata…
hahahaha

http://aderberani.blogspot.com/2011/02/siri-terfaktab.html
Tanpa Nama berkata…
cerpen=best.

tersentuh hati ketika membaca sambil mendengar lagu Rihanna.



Oh...ni lah irwan tu ya. haha. kali ni nak memfamouskan blognya dengan memetik nama ahli terfaktab pula.

suka hatilah.
AlexiaAqram berkata…
pilihan ada dua.

gagah atau frust menonggeng.

kalau frust menonggeng. sepak aje.
Amni berkata…
abang kawna aku memang macam orang tak betul bila tunang dia meninggal.. serius weyhhh... kat mana2 je dia tengok muka tunang dia sampaikan semua orang kesian giler kat dia.. kadang dia tak perasan pon orang kat depan dia.. kadang2 dia ingat kita ni tunang dia.. huhuhu...

tapi sekarang dah kawen dah.. akwen dengan kakak yang minat giler kat dia masa zaman kampus..

okey, cukup dah panjang komen aku ni.

p/s : berusaha untuk jadi orang pertama komen. nak sangat! sesekali bagi la aku peluang... errr...
LiNdA ZaiN berkata…
terbaek bro.. menangis aku bace..
Diyanieee berkata…
tersentap dengan cerita nie..
sedih..
bukan penggoda berkata…
@Amni

nak jadi prg ptme, kau kena pantas dn cekap. macam aku. kahkahkah.

terbaik bro!
Amni berkata…
@bukan penggoda

mana de ko jadi orang pertama.. ER la.. ko pon komen lepas aku.. ekekekeke.....
rekbing berkata…
ending terkejut! x smpat nk klimaks slow2..
Nia Ridzwan berkata…
sepuluh bintang !
style woot jalan cerita. ending yang tak disangka-sangka.
=D
juliam berkata…
aku ingat putus, rupanya ain mati. siod kau, aku baca penuh tekun. tapi cerita kau cool gila.
ayue! berkata…
bila bace entry aku trngt kebodohan aku tyme break lu. =(
bukan penggoda berkata…
@Amni

aku bkn mksdkn komen kt entri ni la. mksd aku, klw nk jd org ptme yg komen kt entri lain la. kena pantas dn cekap. mcm aku. lagi. hahahaha.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.