Nampak Dia Kahwin, Kau Rasa Kesal?


Gong Xi Fa Chai.
Buat skandal-skandal lama yang bermata sepet, terima kasih sebab ajak aku datang ke rumah.
Nanti raya ke-empat aku pergi.

Mandat yang diberi harus dilunaskan.
Ini cuma cebisan tulisan aku yang ditimba dari tempat aku golek di ranjang.

Pesanan ringkas yang aku terima dari seorang kawan tadi, membuatkan aku teringat akan panggilan telefon lewat petang Ahad. Panggilan yang membuatkan aku mengerti, manusia selalunya begini. Bila kehilangan, baru kita akan mencari semula apa yang ditinggalkan.

[Gambar : Manusia akan selalu menghargai bila dah kehilangan ke?]

Kawan : Aku pergi majlis kahwin Ana.
Aku : Kau pergi?
Kawan : Dia jemput.
Aku : Oh, baik. Kuat betul kau pergi kan?
Kawan : Aku rasa aku mampu tengok, tapi tak rupanya.
Aku : Habis tu?
Kawan : Nampak dia bersanding, hati aku sebak.
Aku : Nak sebak kenapa?
Kawan : Dulu aku abaikan dia, aku tinggalkan dia sebab kejar perempuan lain.
Aku : Benda lama.
Kawan : Tahu, tapi Ana satu-satunya perempuan yang terima aku, cintakan aku sebagaimana diri aku.
Aku : Habis perempuan lain?
Kawan : Perempuan lain kenal aku bila aku dah berjaya, tak nampak aku dari susah.
Aku : Kau yang buat keputusan ni, kau tanggung sendiri.
Kawan : Pernah aku pujuk Ana, tapi hati dia dah tiada lagi pada aku.
Aku : Berapa kali kau lukakan hati dia? Banyak sangat kan?
Kawan : Ya. Aku rasa berdosa sangat.
Aku : Sudahlah. Ana dah jumpa jalan bahagia dia.
Kawan : Tiada peluang langsung buat aku kan?
Aku : Mulakan hidup baru, macam Ana buat bila kau tinggalkan dia dulu.
Kawan : Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku.
Aku : Sudahlah, jangan fikir lagi. Tumpukan apa yang kau ada sekarang.
Kawan : Aku tahu. Cuma aku perlu luahkan pada seseorang. Teringatkan kau, tu yang aku telefon.
Aku : Tiada masalah.
Kawan : Kau dah jumpa jalan bahagia kau juga kau?
Aku : Sedang melaluinya, alhamdulillah. Doakan aku jumpa penghujung yang menggembirakan.
Kawan : Pasti.

http://farm5.static.flickr.com/4085/5197699839_9991c283fb.jpg
[Gambar : Kau akan kenal kebahagiaan diri sendiri suatu hari nanti]

Sakit.
Melalui sesuatu seperti itu, aku memahami kesakitan yang pernah Ana hadapi, ataupun apa yang kawan aku alami saat ini. Bukan mudah tetapi manusia seringkali begitu. Kebahagiaan, kegembiraan di hadapan mata ditinggalkan tanpa menyedari itu yang sebenarnya yang mungkin diperlukan. Terbaca sesuatu tengah hari tadi yang membuatkan aku ingin berkongsi.

"Kita semua pelik. Manusia tidak jatuh cinta dengan apa yang ada di hadapan mereka. Mereka mahukan sesuatu yang mereka tidak akan dapat miliki. Semakin sukar dicapai, semakin menarik"
[baca : We're all weird. People don't fall in love whats in front of them. They want what they cant have. The more unattainable, the more attractive.]

 
[Gambar : Kita biasanya mengejar sesuatu yang sukar dimiliki. Betulkan?]

Lebih banyak cabaran, lebih menarik.
Begitu ya?
Senyum sinis.

Aku doakan yang terbaik buat semua rakan-rakan.
Tidak kira siapa kamu.
Kamu tetap manusia yang hadir dalam hidup aku.
Walaupun secebis waktu.
Senyum satu.
Dari manusia beku.
 
Cinta itu satu proses yang menikam semua salur darah yang kau ada  dalam tubuh. Mula-mula kau akan rasa sakit, tapi semakin lama, setelah kau terbiasa, kau akan rasa gembira dan nikmat. Tapi kau jangan lupa, bila terlampau gembira dan nikmat, ia akan membawa sakit semula yang lebih berat. Nah, di situ salur darah kau tersekat.

Ingat?

Ulasan

TheBentPencil berkata…
minta izin...
untuk sokong cik Ana dan mengatakan...
padan muka si lelaki, sebab tidak menghargai apa yang dihadapan mata.

hehe.
ika~~ berkata…
aku pnh dlm situasi ana..
tp laki tersebut xmcm laki di ats..dia xmyesal pn tgglkan aku utk prmpuan lain..
cam sial.
misz aisya berkata…
biarlah anan tu bahagia..lelaki tu perlu belaja dari kesilapan..
Akulah Aqilah Itu berkata…
aku.. err.. aku masih bingung. =(
Suhana Samsudin berkata…
baguslah Ana dah bahagia. pengajaran untuk kawan tu. yang ada pada dia sekarang ni, dia patut hargai. jangan melepas macam Ana lagi.
Tanpa Nama berkata…
aku lihat,aku terima dia.. waktu dia masih kosong, masih tak punya apa2.. aku sayang, aku tahan, aku diam.. tapi balasan dia? dia khianati aku untuk orang lain bila dia dah cukup berjaya.. sakit sangat.. jiwa ni.. bukan sekali aku maafkan.. berkali2.. tetap dia buat hal yang sama berulang kali..
sampai suatu saat.. aku tak mampu terus bertahan..
berlalu pergi
A.I berkata…
mannn, seryes terkesan! demmm.

insap kejap! halaa, tp br plan nak try cabaran yang lagik besar. cemana nih?? ish.
Tanpa Nama berkata…
manusia memang begini -___-
penunggu rindu berkata…
kita jarang hargai apa yg kita ada, tp sering resah dgn benda yg kita tak ada

berbahagialah dengan sukai apa yang kamu miliki walaupun kamu tak miliki apa yg kamu sukai
OrenLimau berkata…
isk3...harus move on!tak guna menoleh ke belakang lagi..
Fall Nish berkata…
ni 1st entry zara kt terfaktab ke?
Mmg berbaloi2 pembelian zara ke terfaktab ni..
Korg mmg pndi..recruit yg besh2 je..
haha..

Bnyk yg aku dpt bace blog ni..thanxs a lot..
nEuR0 shEwAzni berkata…
izin share nak tepek kat blog buruk ye .
Ramona Alice berkata…
wow.

sgt best dpt tgk tulisan zara pula di terfaktab.

;)

x sangka. zara srkastik dlm diam~
Tanpa Nama berkata…
memang lumrah kehidupan, aku penah alami kottt~ =,=
نور berkata…
kerana itu apabila kita mndapat peluang ke-2 utk mmperbaiki kesilapan hargainya...
Nadiaa berkata…
NAK REPOST BOLEH TAK? suka baca ni =.=
H_O berkata…
menghargai tu pengting..sebb x suma peluang dtg 2 kali kan2..
Shidah Bieha berkata…
well,same here..i always want things i cant get and i dont really care about those in front of me..haha how funny life is rite?
a berkata…
menyesal pon dah tak guna..:)
share kat fb okies..=)
Tanpa Nama berkata…
kadang kita xtau apa yg terbaik utk kita selagi xketahui harganya......
perempuan berkata…
The more unattainable, the more attractive. Indeed.

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.