Valentine? Apa barang. Baik Maulidur Rasul.

Assalamualaikum semua.
Hait.

Kalau sebut hari Valentine, semua tahu bila. 14 Febuari setiap tahun. Tak tengok calendar pun takpe sebab setiap kali berjalan-jalan dekat mall atau tengok iklan di TV, tiba-tiba semua benda jadi jiwang dan banyak love-love. Panggung wayang pun dah takde cerita hantu-hantu atau ganas-ganas. Semua komedi dengan cerita jiwang-jiwang. Akan menggembirakan semua kaum perempuan tetapi menyakitkan hati kaum lelaki sebab kalau tengok movie yang ada time-time ni tak pasal-pasal kena cop gay.

Tiba-tiba tersedar tahun ini Valentine bertindih dengan Maulidur Rasul. Ye la, bertindih, sebab ikut kalendar islam, hari baru bermula pada maghrib. Jadi 12 Rabiul Awal adalah pada (malam) 14 Febuari! Jadi pada malam Valentine-eh, malam Maulud Nabi. Mana satu anda nak celebrate.

Eh, Valentine? Ok, kalau bukan Islam tak kisahlah.  Bagi yang islam, mengapa?

Sebab Saint Valentine tu tokoh cinta. Jadi kami ni tengah meraikan cinta. Eh, sebok la kau. Kitorg nak gi Genting ni. Syoh, syoh.

Saint Valentine tu tokoh cinta ke? Tak adalah. Setakat cerita pasal “St Valentine jatuh cinta dengan anak warden penjara pastu buat surat cinta” tu cerita dah basi. Ada sekurang-kurangnya lagi tiga versi sejarah St Valentine, dan kebanyakannya tak ada kena mengena dengan cinta sangat. Takde bukti sahih pun, setakat copypaste internet aje. Modal yang digunakan untuk memaksa kaum-kaum Adam di seluruh dunia ini membazirkan duit yang sepatutnya boleh buat maskahwin, digunakan untuk beli teddybear besar anak gajah.

Jadi siapa sebenarnya tokoh cinta?

Celebrate Maulidur Rasul Sebab Nabi Muhammad tu Tokoh Cinta. 

Cis ye ke? Fatwa mana ni? JAKIM sila siasat.

Ah, jangan, jangan tangkap gua. siapa nak kasi makan anak bini gua. (eh, cakap macam Hellioz pulak). Tapi difikirkan balik, memang betul pun Nabi Muhammad SAW tu tokoh serba-serbi, termasuklah tokoh cinta. Kalau St Valentine tu cuma cinta dengan seorang anak warden penjara, Nabi Muhammad pulak cinta SELURUH umatnya. Bini ke, anak ke, pengikut-pengikut wanita (dan lelaki) ke, semua dia kasih dan sayang. Dan kalau tengok sejarah yang diriwayatkan, banyak pengajaran berkaitan cinta yang kita boleh dapat.

Antaranya:

Cinta tak mengenal darjat dan pangkat
Siapa isteri pertamanya? Ya, peniaga yang kaya raya. Ya, balu orang. Ya, wanita 20 tahun lagi tua. Mana dia kisah. Asal baik budi pekerti boleh je. Lelaki zaman sekarang? Umur enam puluhan nak kahwin penari gelek 29 tahun. Semua nak pucuk muda. Ciskek betul.

Cinta selepas kahwin
Ah, ni mungkin anda pernah dengar. Baginda pernah letak nickname “humairah” kepada darling baginda yang bernama Aisyah itu sebab muka dia merah-merah putih gitu. Pernah juga angkat Aisyah atas bahu dan juga bergurau senda. Dan pernah dengar tak kisah Aisyah main lumba lari dengan baginda? Yes, walaupun sudah agak berusia tapi sebab darling yang ajak, baginda sporting aje. Kita zaman sekarang pegang tangan pun geli. Kecualilah kalau BELUM kahwin. #sarcasm

Pandai handle bila yang tersayang cemburu
Lazim la perempuan ni cemburu. Alim-alim bini-bini Rasulullah pun, cemburu masih ada. Pernah ada suatu cerita ada pengikut wanita hulur hidangan untuk Baginda. Pelayan pun bawa masuk rumah. Bininya tengok, terus tepis sampai pinggan tu jatuh dan pecah. Baginda dengan penuh cool mengutip serpihan pinggan tu dan menggantinya dengan yang baru.

Terima kekurangan si kekasih hati
Siapa nak tahu, antara isterinya yang paling baginda saying ialah Aisyah. Dan siapa nak tahu juga, antara semua isterinya, yang paling tak pandai masak jugalah—Aisyah! (fakta Abu Dawud dan Nasaie, bukan fakta sendiri eh). Hakikatnya, bukan senang nak belajar memasak ya. Apatah lagi kalau baru muda remaja. Tapi Baginda tetap cool dan terima saja.

Pernah satu hari Baginda nak sarapan. Tapi belum lagi ada yang dimasak oleh Aisyah. Bila Baginda tahu, Baginda terus kata ; “ Kalau begitu saya puasa hari ini.” (ni bukan ayat merajuk ya, Baginda betul-betul tak kisah!)

Orang kita? Kalau tak pandai memasak terus “makan luar” atau cari pengganti. Tak pun skandal dengan bibik sebab bibik masak sedap. Aisehman. Bukan tanggungjawab bini untuk masak pun. Semua ni cuma peraturan nenek moyang kita yang letak sendiri.

Setia dekat cinta pertama
Cinta pertamanya ialah Saidatina Khadijah. Walaupun dia dah meninggal dunia lama, dan dia dah jatuh cinta dengan Siti Aisyah tetapi Kahdijah tetap baginda sebut. Sampai Aisyah pernah cakap ; 

"Kenapa nak diingatkan lagi wanita yang dah meninggal sedangkan Allah SWT dah bagi pengganti?"

“Allah SWT tidak memberi pengganti lebih baik drpd Khadijah. Beliau percaya kpd Allah bila semua orang menafikan ku, beliau percaya padaku semasa orang tuduhku berbohong. beliau beri hartanya padaku bila semua orang tidak. dan daripada beliau Allah berikan aku zuriat, yang Dia tak berikan pada isteri lain." Chewah. #manlytears.

Gentlemanly dengan semua wanita2 lain.
Ingat cerita wanita tua Yahudi yang buat tahi (literally) pada baginda tapi baginda tetap cool? Itu satu. Ada lagi satu, baginda pernah lalu depan sekumpulan wanita, lalu bagi salam. Tiada siapa jawab. Baginda beri salam lagi, kot-kot tak dengar; tapi tetap tak ada reply. Lepas itu diberi salam ketiga baru wanita-wanita itu jawab. Baginda tanya kenapa tak mahu jawab salam?

Wah gentlemannya baginda. Kalau lelaki zaman sekarang “Assalamualaikum, tak jawab dose.” Bila tak jawab terus tarik muka kata “Hek ele muka macam Apek Senario tapi bajet hot!

Ada banyak lagi nak cerita, tapi malaslah. Pergi google sendiri, cari buku atau tanya ustaz-ustaz anda. Kesimpulannya Baginda memang pencinta wanita, gentleman dan memang penuh dengan kasih saying.

Jadi daripada meraikan entah siapa yang entah sahih atau tidak sejarahnya, baik raikan seorang manusia yang segala perbuatannya memang boleh jadi teladan.

Marilah meraikan seorang pencinta yang bernama Muhammad bin Abdullah, Rasulullah SAW. Hari lahirnya pada 12 Rabiulawal atau tahun ini jatuh pada 14/15 Febuari 2011. Seorang pencinta wanita, pencinta sahabat dan umatnya, dan pencinta Islam.

p.s. nak buat pasal Single Appreciation Day. Tapi idea ni pula keluar. Takpe lah, lain kali.

Ulasan

Kak Long berkata…
Sgt menghargai entri ni.. sebak dowh ati gua ni baca.. Thanx tulis entri ni... Adoi... :)
gadis 3 suku . berkata…
aishhh!! kalau lah dapat suami cam nabi muhammad syokk uh!!! yahooooo!!!! tp perangai xsetanding siti khadijah mmg x ah dapat suami cam nabi muhammad..sob..sob..sob :((
Tanpa Nama berkata…
suka entry ni..
pandai :)
Lee Yna berkata…
correct correct correct!!
milah berkata…
haaa cuba lah try cakap macam ni kat orang ramai. jawapan paling aku menyampah


"jangan samakan kami dengan Muhammad. dia tu memang dah terpilih, memang hati dia dah dicuci. kita ni manusia biasa. so, biasa2 sudah lah"
faiz berkata…
Rasullallah tokoh yg tiada tolok bandingan...
afrohead berkata…
kudos for this one! and salam maulidur rasul buat seluruh team terfaktab :)
Shahada Fauzi berkata…
suka gila entry yang ini..^_^

nak share..
airaniez wirdani berkata…
Bagusnya entri ni..Rasulullah mmg *pencinta* terbaik..smua org sayang...365 hari orang saya..bkn hny pd 14 Feb..erk..
lehaazalea berkata…
@Aniey Ghanie
memang tersentuh hati jika kita mendalami kisah Nabi Muhammad s.a.w. Sampaikan air mata ini mampu jatuh apbila teringatkan beliau...
lehaazalea berkata…
@milah
jika adalah jawapan seperti itu...cubalah jawab dgn nada sederhana.. 'Ketika Nabi wafat, perkataan yg keluar dari mulutnya ialah, ummati,ummati,ummati.. Para sahabat yg mendengat berita kewafatan nabi, ada yg jatuh terduduk, ada yg menangis sehingga kebasahan janggut mereka. Jgn membandingkan diri dgn nabi.. Dia pimpinan kita. Maka, ikutilah sunnah beliau. Kerana dia lah yg akan membantu kita dan memberi syafaat di akhirat kelak.'...
Nauzubillahhiminzalik...
ps: sya serba kekurangan, hanya ingin berkongsi pendapat dan fakta dgn rakan-rakan.
gadis berkata…
like. thanks tulis entri ni. thumbs up (:
TheBusuk's berkata…
sangt best.sebak hati wa baca entry neh.huuuu...
thanx,takpenah lg bace entry islamik sebegini yg membuatkn ak bace point to point,huruf by huruf..salunye takat sekali imbas je.thnx miss bloggy!terbaek wok! :)
mahirahkamal berkata…
Bagus entry ni..informative yet entertaining.

Ya, Sifat Rasulullah should be idaman semua muslimah tapi skarang lain pulak jadinya. There's no one could replace him. Never
mentega^^terbang berkata…
Saya shuke entri ni tak kuar entri single appreciation pun takpe.

Yang ini cukup bermakna.
*thumbs up
TheBentPencil berkata…
@lehaazalea

fakta yang tepat.
terima kasih
dan terima kasih semua.
moga-moga kita contohi Baginda sepanjang masa.
rekbing berkata…
fakta+pendekatan yang menarik. terbaek. terbaek, terbaek!
bukan penggoda berkata…
“Allah SWT tidak memberi pengganti lebih baik drpd Khadijah. Beliau percaya kpd Allah bila semua orang menafikan ku, beliau percaya padaku semasa orang tuduhku berbohong. beliau beri hartanya padaku bila semua orang tidak. dan daripada beliau Allah berikan aku zuriat, yang Dia tak berikan pada isteri lain."

terbaik wokkkkkk!
zey berkata…
TAHNIAH. SEBAB BERJAYA WAT WA menangis DGN ENTRI LU KALI NI.
Tanpa Nama berkata…
erk. sampai sini milah berjalan? curious aku siapa milah ni.




damn. this entry caught me well.


seriously NICE!

he is the best man indeed.
milah berkata…
hai matahari. aku bulan. sesuai lettew
matahari berkata…
kau bulan?


=_________________________=
Akulah Aqilah Itu berkata…
Waaa! sukenya!!!!!!!!!!

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.