Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nasihat menasihat amalan kita

Awak, ini nasihat.

Awak, mungkin awak tidak tahu, yang begitu ramai bencikan awak. Awak, awak mungkin tidak tahu, yang begitu ramai dengkikan awak. Jadi tolong,  bila satu hari nanti awak bercinta, mohon rahsiakanlah dari kawan-kawan. Mohon simpanlah dia dari awak punya kumpulan. kerana dalam ramai “kawan-kawan” awak itu, Ada yang bukan sebenar-benarnya kawan. Ada yang hanya gunting dalam lipatan. Awak tahu kenapa awak single? Awak single sebab setiap kali awak hulurkan bunga, ada “rakan” yang mengeluarkan gunting dan mencantas bunga itu. dan kalau awak dapat pun si gadis baru, mereka tunggu, tunggu di sebalik pintu. Tunggu kalau ada perselisihan faham sedikitpun, mereka nampak peluang mereka dan mereka lancarkan serangan. Awak, ini nasihat saya nampak semua yang berlaku, dengan kekasih awak yang dulu-dulu. Ada kawan yang memang kawan, ada kawan, yang hatinya penuh lawan. Awak, ini nasihat saya pohon jika awak punya teman lagi, simpan ...

Cik Ipah.

Imej
Zaman-zaman dulu, zaman sekolah dulu (entah tahun berapa dah, maklumlah saya dah tua), ada seorang kawan ni, saya panggil Ipah. Masa kat asrama dulu Ipah duduk block B tingkat 2. Ipah orangnya ramah senyumnya manis, saiznya sederhana dan tinggi lampai (OK tak tahulah betul-betul tinggi ke camana, sebab saya ni pun, lagi rendah dari Alexia Aqram). Ipah ni dalam bilik dia penuh buku, dah macam mini library. Ada novel, ada komik, ada VCD, semua cerita-certita jiwang. Maka student-student yang kopak duit tapi mahu entertainment selain TV1, TV2 dan TV3 selalulah berkunjung ke bilik Ipah mintak pinjam buku. Saya pun pernah pinjam 1-2. Amboih kemain novel grafik dia, boleh buat orang yang baca macam nak kawen kat situ jugak. kakaka. Mini library Ipah tak lawa camni, tapi buku dia power-power. ( sumber gambar ) Satu lagi perkhidmatan Ipah ni ialah, kaunseling. Tak kira petang ke malam ke, adalah yang jumpa Ipah buat sesi kaunseling. Kalau lalu depan pintu dia mesti nampak sorang teng...

Falsafah Cinta.

Imej
Her:  He no longer cares about you IF he performs the disappearing act, has no regard for your feelings and it becomes all about him. Me: kalau ikut buku John Gray, bila dia buat disappearing act tu tandanya dia nak cooling period kejap, bukan tanda tak sayang. Her: kalau takde angin takde pokok goyang, hilang, acane? Me: biasanya macamtu. Susah nak explain tapi tu sifat smulajadi lelaki.  Begitulah perbualan maya saya pagi tadi dengan seorang rakan perempuan. Ya, ni situasi yang agak common bagi orang bercinta dalam jangka masa panjang. Mula-mula percintaan memang indah. Lelaki sayang, perempuan sayang. Berkepit sana-sini. Tidak henti-henti bermesej, chat, video call dan sebagainya. Kemudian lepas beberapa ketika lelaki menjauhkan diri. Kurang reply calls, chat dan tweet. Sentiasa mengelak untuk menghabiskan masa bersama. Bila ada masa terluang, lebih cenderung lepak dengan kawan-kawan, saudara, ataupun berdiam diri main game dalam bilik. Si gadis...

Artikel Pagi

"Nak bercinta, tak perlu rujuk Terfaktab. Waste of time. Just go with the flow. Ada jodoh, ada lah. Takda jodoh, jangan jadi bodoh." Aku sering nampak quote ini di retweet ramai orang kat Twitter . Ia hanya mampu buat aku tersenyum. Tapi bukan semudah senyuman setuju atau senyuman tak setuju. Senyuman yang ada ialah; 'Yarabbi ada jugak orang macam ni?'  Ok. Itu senyuman kurang setuju. Mengaku sajalah Aqram. Sebenarnya aku tak nak bercakap pasal 'bercinta tak perlu rujuk terfaktab' . Ya, dalam mempelajari kehidupan terutamanya hal cinta, tak semestinya kamu semua kena rujuk Terfaktab sahaja. Tapi tidaklah sampai tak perlu rujuk langsung. Setiap orang ada idea dan pandangan tersendiri. Seperti aku, kadangkala aku rujuk pandangan dan nasihat skuad Terfaktab. Kadangkala, rujuk novel dan lirik cinta. Kadangkala rujuk Utusan Malaysia (eh, serius tahu?). Mungkin juga tak salah aku rujuk blog-blog lain sebagai jalan menerima pandangan orang lain. Aku cum...

Hari Ahad Bersama Abang Borhan

Asalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Sekarang dah hari Ahad. Hari Ahad selalunya bukan hari yang bagus untuk berasmara. Ehh salah. Maksud abang ialah keluar bersama kekasih. Abang selalu ingatkan pada anak-anak buah abang tentang hal ini. Tapi, anak-anak buah abang tak nak dengar. Degil betul. Bila balik dari ibukota, dengan susah-payah anak buah abang ini merungut. "Banyak betul indon, nepal, bangla hari ini" Tahu pulak kau merungut ya. Engko dah tahu memang hari Ahad banyak pelancong asing berkeliaran tak tentu hala pada hari Ahad. Yang kau sanggup nak keluar kenapa? Dah lah kau pergi Pertama Kompleks. Apa benda ada kat situ? Kau kata kau nak tengok Ombak Rindu. Kau tipu abang kan? Maknanya sia-sia lah abang kirim salam sayang pada Lisa Suriani tadi. Tak sangka kau menipu. Sekarang rasakan. Padan muka. Bau badan pun dah macam longkang. Bersesak naik Rapid KL dengan semerbak ketiak Vietnam. Abang pernah tengok ketiak perempuan Vietnam. Sumpah abang nak makan meggi tak...

Selamat Bergraduasi Cinta!

Imej
Assalamualaikum wbt. Hai semua. Harap-harap sejahtera dan gembira selalu. Terutamanya kepada yang tu, tu dan yang tu--yang baru lepas grad tu. Amboi bergambar sakan nampaknya. Penuh news feed dengan album gambar korang--guling-guling la, gambar lompat-lompat la, salam mak la, dengan pakwe pun ada. Seronok kami yang menstalk ni, apatah lagi dengan layout baru ni. Eh. Gambar gaya camni, satu album sepuluh pics. LOL [ link ] Satu perkara tentang graduasi ialah ia membawa kita berfikir tentang masa depan. Tentang kerja, tentang keluarga. Dan tentang kekasih. Terutamanya kalau kekasih itu sama-sama sudah bergraduat. Jadi banyak pula persoalan timbul dalam fikiran tentang hala tuju perhubungan anda. Dunia sudah lain, maka cabarannya pun lain. Jadi sebelum anda melangkah lebih jauh ke dunia dewasa ini ada beberapa perkara yang biasanya menjadi kerisauan para pasangan graduan sekarang, dan pendapat saya mengenainya. 1) Kahwin sekarang, atau kumpul duit dulu? As you guys might ha...

IZZIE ADVISES: uang atau cinta?

Imej
  SOALAN: Asq0m. Izzie, aq pye pakwe hari ni dia ckp dia xde uit...gaji dia x mas0k agi. So agak2 b0leh tak aq pinjamkan uit kat dye? dye kata nak jmpe aq pon xde uit... masalahnya, aq bru kenal dye sebulan. tapi aq syg giler kat dye. die baik, caring, jujur ngat ngan ak...die xpakse pun aq kasi uit kat dye. tp ak ksian ngat. so patut ke aq bagi? yang benar, Farahanum (bukan nama sebenar) JAWAPAN : Adik, cantik nama saya bagi kat adik. Farahanum. macam bunga bau harum. kikiki Anyway, bab duit ni susah sikit nak cakap dik. Orang kalau bab duit sampai bunuh dan bakar pun sanggup. Apatah lagi kalau yang dipinjam tu bukan sikit, dan takde jaminan dia nak bayar balik. Tapi ada orang memang betul-betul perlukan duit. Macam saya la, baru semalam pinjam duit orang. Takpe, SESTER, nanti saya bayar tau. saya walaupun anon blogger dan troller, saya boleh dipercayai tahu. TROLOLOL   Iklan kejap. kbai. [dari memebase] Ok berbalik ke isu tadi--saya ada beberapa panduan untuk...

Serius Terfaktab.

Imej
Salam. Hai. Annyeong. Ingat lagi tak ni sape? Kehkeh. Hurm... First sekali sorry sebab dah lama tak menules. Walaupon aku tahu ramai je yang tak kesah kalau aku tak menules, tapi sebab ada sorang dua yang tanya dah cukup buat aku terharu. Kahkah! So, pada hari baik bulan purnama ni, aku nak merakamkan tulisan baru bersempena usia yang baru menginjak 12 tahun. Percaya tak kalau aku cakap cinta tu kadang-kadang datang pada saat yang paling kita tak sangka dan akan pergi pada saat yang juga kita tak sangkakan. Orang kate, don't love too much, don't care too much, don't miss too much, don't be nice too much, because when it ends, it hurts too much. Personally aku rase perasaan adalah satu-satunya perkara yang ramai orang tak boleh kawal pada kebanyakan masa dan merupakan perkara yang terpaling halus. Mungkin juga seni yang terhalus. Bukan seni kamasutra semata ye. Beyond that. So, bila kita dalam alam percintaan, don't put your hope too high. Cuba bayangkan. Kalau ...

Baca ni bila mak dan ayah tak ada kat rumah (part 1)

Imej
Ahem. Ni bukan pos untuk adinda kekanda entah siapa-siapa tu. Ada orang kata kami tak perlu buat pasal dia. So okeylah, saya takkan tulis untuk dia. Saya tulis untuk adik saya. Saya  ada tiga orang adik. Dua perempuan, seorang lelaki, semuanya remaja. Seorang sudah couple, seorang tidak diketahui statusnya dan seorang lagi couple-break-couple-break macam chipsmore . Ada juga kawan yang sebaya yang juga sedang bercinta, dan semuanya diceritakan kepada saya.  Atas rasa tanggungjawab, saya rasa sungguh wajibalghunnah untuk saya menasihati mereka dalam mana-mana isu cinta yang kritikal begini. Antara isu yang mereka timbulkan adalah isu mengenai seks dan perkara-perkara yang menghampirinya. OK lah setakat ni, adik-beradik dan kawan saya masih dara (kot) tetapi di masa depan, tak tahu apa boleh jadi pada mereka. Jadi saya tuliskan ini untuk panduan mereka, dan panduan orang lain juga pada masa yang sama. Kitorg suka chatting. Tapi kekadang ter cyber . Acane tuh kak? Apa itu cy...

Barakallah hu lakuma

Imej
wa baraka alikuma Wa jamaah baina kuma fii khair. Saya dedikasikan ini kepada rakan itu, yang hari ni akan melangsungkan perkahwinan. Dahulunya dia ingin berkenalan dengan saya tetapi saya reject beliau. Tup-tap setahun kemudian dia melangsungkan perkahwinan dengan pilihan keluarga. LULZ! Baru-baru ini banyak pula berita yang hadir ke telinga mengenai rakan yang akan berkahwin. Hari ini juga tarikh perkahwinan rakan setaman dahulu, yang sebaya TheOtherKhairul. Dan dalam beberapa hari lagi, seorang saudara yang sebaya AlexiaAqram pula akan berkahwin. (Ada la yang bersin kejap lagi LULZ). Dan dalam kisah-kisah gembira itu pula dengar pula soseh-soseh mengenai rakan yang sudah hampir tiga puluh tetapi masih single, rakan yang sibuk merancang untuk berkahwin tetapi sehingga hari ini masih tiada kad jemputan dititipkan, dan rakan yang mungkin akan dilangkau bendul oleh adik-adik yang lebhi “bertuah” (ehem siapa tu). Dan mulalah ada yang mencerita, mempersalah dan membanding. “Dah b...

Your Center of the Universe

Imej
" She is those kind of women that thinks her man is the center of the universe. " My pal said, has he sips on his glass of teh tarik . Like always. the one we aptly nicknamed "young Hamka" blurts out something slightly cryptic. My friend and I were puzzled, and asked him to explain. " Some women ," he said, " Will easily diss a friend for the favor of her significant other; even for the littlest, absurd things. " We nodded. True, he was pretty bummed about a couple of our classmates who suddenly disapperared from his friend list, supposedly from fear of jealousy from the boyfriend. (Well, actually I was removed as well, but I'm not as bothered about my Facebook 'life' as he is LOL). True again, we had some gal-pals who'd delete her profile or would suddenly go on an emo-shouting spree once they had a fallout with their boyfriend, or those who purposely ignore and old classmate because they fear of their boyfriend...

It's About LOVE not GENDER

Imej
Manusia dilahirkan pelbagai. Pelbagai sifat, sikap, keinginan dan juga nafsu. Sama juga dengan cinta. Seperti yang telah hangat serta gembar gembur diperkatakan dan juga sudah lama dipetik petik oleh para pembaca, hari ini aku nak berbual tentang 'Hubungan Cinta Telarang'. Seperti yang kita tahu, terdapat 3 jenis Sexual Orientation yang utama iaitu: - Heterosexual : keinginan terhadap berlawanan jantina - Homoseksual : keinginan terhadap jantina yang sama - Transexual : lelaki/wanita yang menukar jantina mereka, tertarik kepada kaum sejenis                          (Gender Identity Disorder) Dan yang semakin berleluasa dan mendapat banyak kutukan dan juga kemunculan para #serbanistas di Malaysia ini ialah Gay, Bapuk, Pondan, Lesbian dan Pengkid. Pada aku, melalui pengalaman aku yang lepas, aku pernah bercinta dengan 2 pengkid dalam tempoh beberapa tahun. Yang pertama, bertahan hampir 2 tahun. Yang kedua, dalam k...

For them with LOVE

Imej
Mak, Tanpa mak siapa la achik. Achik tak berada di mana achik berdiri tanpa mak. Mak yang banyak membantu dari segi kewangan. Walau susah mana pun, mak tetap ada untuk beri yang terbaik untuk achik. Achik ingat masa belajar dulu, achik nak pakai sangat duit. Abah takde, kerja. Mak jalan kaki 2 kilometer nak pergi bank untuk bank in kan acik duit belanja.  *serious shit air mata tetiba je mengalir masa tulis ni* Achik tahu achik banyak buat salah. Achik admit benda tu semua adalah proses untuk meningkat dewasa dan mematangkan pemikiran. Achik tahu apa mak rasa, banyak memikul beban di bahu. Achik memang nak sangat senangkan mak. Achik nak mak rasa yang pengorbanan mak tu tak pernah sia sia. Walaupun perangai membebel mak tu kadang kadang super annoying, bila dah duduk jauh jauh ni memang rindu sangat. Selalu je rasa bila lah achik nak jadi super kaya boleh bagi mak maid seorang dua siap dengan driver biar mak tak payah buat apa apa pun lagi.  Terima kasih kerana selalu ad...