Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel mak abah makwe/pakwe

Lima Minit yang Sia-Sia

Masa awal-awal kahwin dulu, aku berkesempatan menyertai kegiatan dakwah tablik. Dulu la, dulu. Kalau nak tahu tablik ni, selain daripada ketuk-ketuk pintu walaupun diorang tau korang tengah pura pura takde kat dalam, tablik juga ada 3 hari "bootcamp" untuk kaum-kaum wanita berkumpul dan belajar hadis, ibadat solat dan hafal surah-surah lazim. Dan dalam tiga hari "bootcamp" ni (maaf aku lupa namanya, kadang-kadang aku tergeliat lidah sikit sebut Bahasa Arab, kaum-kaum wanita akan terpisah dari suami / anak lelaki mereka, kecuali pada sesi pertemuan empat mata (ni pun aku lupa nama dia, tolong drop comment kalau korang tahu!). Dalam sesi ni, setiap lelaki akan masuk bilik/ruang kosong, dan borak dengan bini / mak mereka lebih kurang lima enam minit. Ada yang lebih ada yang kurang. Cuma yang pentingnya, kalau dipanggil engko kena masuk. Tak ada merajuk-rajuk. Dan dalam lima minit tu, kau KENA bercakap. Awal-awal dulu, aku tak biasa lalu aku tanya mereka yang lebih ...

Nak jumpa mak saya?

Sepanjang gua berkasih sayang atau melalui sesi percintaan, gua tidak begitu cepat memperkenalkan makwe gua pada keluarga. Motifnya, tidak mahu memberikan harapan dan tidak mahu juga menyimpan harapan. Dalam hati gua tanamkan, andai kata hubungan itu benar benar serius seperti lagi dua tiga minggu nak pergi beli cincin tunang barulah gua kenalkan makwe gua pada mak. Gua risau kalau hari ini gua kenalkan pada keluarga tetiba esok putus cinta apa gua nak jawab pada mak. Nak jawab "takde jodoh" mungkin logik kalau sekali dua tapi kalau berulang kali gua kasi alasan yang sama dah tentu mak akan ingat gua mempermainkan jodoh. Raya tahun lepas gua bawak seorang kenalan berjumpa dengan mak. Tujuannya ialah kerana makwe itu ingin datang beraya. Makwe yang juga seorang doktor ini telah lama gua berkawan dengannya. Namun orang tua kadang kadang mudah menyimpan harapan, gua tak salahkan sesiapa. Hati mak manalah yang tak teringin bermenantukan seorang doktor berwajah manis, ber...

Makwe sejak lahir

Baru-baru ni ada makwe yang bertanya pada gua samada gua ni anak mak atau tak. Tambahnya lagi leceh kalau bercinta dengan anak mak. Gua tersengih sambil cakap,"Dah kompem-kompem la saya anak mak,Mak saya adalah makwe saya sejak lahir kot dan makwe saya ni tak pernah kecewakan saya walau sekali pun". Ramai makwe yang beranggapan anak mak ni pesen manja,tak boleh berdikari,sikit-sikit lebihkan mak. Gua tak sangkal statement ni,memang ada yang sesetengahnya macam tu. Pada pendapat gua memang patut kot manja atau melebihkan orang yang melahirkan kita. Ada sesetengah makwe nak lelaki yang lebih pentingkan dia dari mak dan gua cuma boleh cakap makwe pesen macam ni boleh pergi meninggal. Akan ada sesetengah situasi yang kita akan jadi segan nak kabor "i love u" pada makwe,tengah melepak dengan kawan-kawan misalnya. Nak-nak pulak kawan-kawan kita tu jenis puaka yang kompem-kompem akan gelakkan kita. Tapi kita takkan pernah rasa segan nak cakap i love u pada mak dalam situ...

Senyum,Salam,Sapa,Sembang.

Orang kata kalau nak ngorat anak,kena ngorat mak/abah dia dulu. Tapi ramai di antara kita tak tahu apa nak buat bila kali pertama jumpa bakal mak/abah mertua dia. Gua berani jamin golongan mak-mak atau abah-abah ni akan menilai pasangan anak mereka dari saat pertama dieorang jumpa. Jadi first impression ni penting.  Kalau first impression dah fail nampak gayanya memang susah lah lu orang nak dapat anak mereka. Tapi kalau lu orang tahu apa nak buat,mungkin jalan cinta lu orang akan jadi senang sikit. Kebanyakan pasangan jumpa bakal mak/abah mertua dia pada situasi-situasi yang berbeza dan setiap situasi lu orang kena tahu caranya. Pakwe pergi rumah makwe Benda pertama lu orang harus buat ialah bawak buah tangan. Datang dengan jalan kosong sangat tidak gentleman. Buah tangan paling sesuai ialah buah-buahan. Tak payah nak berhampers-hampers bagai pun takpe,asalkan ikhlas. Tapi kalau boleh selidik la dulu,mak abah dia suka buah apa. Kalau bakal menantu gua datang rumah bawak duria...