28 Disember 2015

Mengawal Perasaan Tidak Tenang

Cara terbaik untuk mengawal perasaan tidak tenang akibat berlambaknya isu semasa yang menjengkelkan dan menserabutkan kepala adalah dengan berhenti membaca isu, berita dan khabar angin di laman sosial yakni di Facebook, Twitter dan portal-portal berita.

Tetapi cara ini pasti boleh disanggah seperti;

"Ketinggalan zaman."
"Tak ikut peredaran masa."
"Tak dapat luaskan pengetahuan dan hal semasa."
"Tak up to date dengan perkembangan."

Sesetengah berpendapat; Cara terbaik adalah dengan menyelidik dahulu sumber berita sebelum berkongsi pada yang lain-lain.

Namun, sedar tak sedar ini tidak dapat menghalang berleluasanya berita dan isu yang berbentuk 'false-news' atau 'exaggerate news'. Termasuk isu yang tidak penting seperti selebriti keguguran atau anak selebriti kena denggi. Belum lagi video-video loyar buruk dan 'konon kelakar' atau bahasa kasarnya, video bangang untuk buat gelak ketawa.

Oh, video kucing dikecualikan. Heh.

Semua perkara ini memberi implikasi kepada hubungan atau relationship anda dengan pasangan anda atau dengan kawan mahupun keluarga anda.

Yang mana, anda mungkin tidak setuju, si dia setuju, anda tidak setuju untuk isu ini, sahabat anda pula bersetuju. Kemudian kalian menaip papan kekunci komputer dengan pantas, berdebat, beri hujah dan sebagainya,

Sampai menang atau at least; "Terpulang kalau tak nak percaya..."

Kita semua sudah kurang atau tidak lagi berinteraksi lebih berkesan melalui 'face-to-face' dalam isu. Hanya berinteraksi dengan alam maya. Create akaun-akaun laman sosial untuk menyindir, apabila mendapat banyak interaksi, gunakan untuk jana keuntungan wang ringgit.

Tidak tenang dengan hal semasa ini.
Mudah, butang log out ada di penjuru kanan. 
Tekan saja dan keluar. 

15 Disember 2015

Healthy-Toxic Relationship

Entah berapa ramai berada dalam toxic relationship dan masih duduk dalam tu sebab, well, satu, malas ulang proses bercinta. Dua..komitmen.

Aku on the other hand, setiap kali berada dalam toxic relationship, memang akan keluar terus. Termasuk jika akulah penyebab toxic tu.

No I don't want a relationship that makes me angry all the time. No I don't want a relationship that makes me sad all the time. Nope. No.

So, if you live in a toxic relationship bubble, please, for fuck's sake, get out from it. No matter how good the sex is.

Toxic relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur negatif berbanding unsur positif dalam diri (dan hubungan).

Manakala healthy relationship adalah hubungan cinta yang lebih membiak unsur positif berbanding unsur negatif dalam diri (dan hubungan).

Contoh toxic relationship adalah apabila kau tak mampu jaga partner, asyik-asyik menyusahkan kau, bikin masalah sana-sini, kau perlu sapu.

Contoh healthy relationship adalah apabila kau dan partner sama-sama panjat tangga karier-ilmu, berlumba siapa lagi pandai tanpa niat buruk.

Contoh toxic relationship adalah apabila partner asyik tarik kau ke kancah bahaya. Asyik kena lokap atas kesalahan berulang, misalnya.

Contoh healthy relationship adalah apabila sebelum ni kau tak tahu memasak, hari ni kerana ada partner kau bersiul je masak-masak.

Toxic relationship bahaya dari segi graf progress korang sebagai partners, makin lama akan jatuhkan garis graf kau dari positif ke negatif.

Healthy relationship bagus dari segi graf progres korang sebagai partners, makin lama akan tingkatkan garis graf tu ke positif dari negatif.

Pendek kata, hubungan cinta mana yang mampu buat kau jadi manusia lebih bagus dari sebelum ni, itulah healthy relationship.

Manakala hubungan yang buat kau jadi manusia lebih teruk dari sebelum ni, itulah toxic relationship.

Contoh situasi: Kau sebelum ni seorang yang ceria orangnya. Tapi sejak kau bercinta dengan dia ni bukan main murung lagi kau. Bukan saja pakaian kau tak lagi sempat diseterika dibasuh, tapi pakaian dipakai hari-hari adalah yang dah seminggu tak berbasuh. Kenapa murung? Mungkin kau asyik kena marah dengan dia. Mungkin kau tak boleh suarakan pendapat kau. Mungkin mak dia tak suka kau.

Contoh situasi: Kau sebelum ni buat esaimen asyik tak siap. Tapi sejak kau bercinta dengan dia ni, kemain asyik DL. (Aku sebut DL kerana DL memerlukan komitmen yang luar biasa dan jika seseorang mampu dapat DL maka dia seorang yang tahu berkomitmen). Bukan saja sejak bercinta dengan dia kau asyik dapat DL, gaya hidup kau jugak makin sihat. Ketawa sangat ceria. Senyum sentiasa.

Untuk tahu sama ada hubungan kau tu beracun ke tak, kau kena nilai hubungan kau tu. Ingat balik sepanjang bersama tu, happy ke kau?

Agak-agak kalau hidup dengan dia berapa tahun lamanya lagi, kau akan kekal happy ke? Kalau ya, bagus.

Ingat balik sama ada hubungan korang tu menggembirakan kau dan dia tak? Kalau kau sorang je happy, dia tak happy, tak boleh jugak.

Happy in terms of "kehidupan". Bukan happy tengok anime je.

Jika lepas nilai hubungan kau dan dia tu dan kau terjumpa mana-mana bahagian beracun, tengok jugak samada bahagian tu boleh dirawat tak.

Jika dengan kerjabuat kau dah boleh rawat bahagian toxicated tu, silakan rawat secepat mungkin. Jangan tunggu ia merebak.

Toxic relationship yang aku suruh keluar tu adalah apabila intoxicated parts tu makin lama makin banyak sampai positifnya sikit je.

Let say ratio healthy:intoxicated adalah 8:2, makanya perlulah cari jalan keluar. Sama ada keluar dari situasi atau keluar dari hubungan.

Selain tambah lagi banyak bahagian-bahagian positif dalam hubungan, bincang dengan partner mintak dia berubah pun satu cara keluar.

Mintak partner berubah ni perlu ada limit minimum dan maksimum masa kau tunggu. Limit kekerapan pengulangan pun perlu ada.

Tanya partner, dia boleh berubah tak? Bincang secara dewasa. Tak payahlah nak bertekak-tekak maki hamun kau aku.

Kalau dia cakap tak boleh berubah, dengarlah sebab-sebab kenapa dia cakap tak boleh berubah. Kemudian tanya diri kau, boleh terima lagi?

Kalau dah bagi limit minimum-maksimum masa pun tak berubah, asyik ulang salah sama, hmm blah jelah.

Sekian, terima kasih.

Bercintalah secara bijak.

11 Disember 2015

Babilah Dia Ni. Merajuk Pulak!

Semua orang cakap tak reti pujuk dengan perkataan, kalau sentuhan bolehlah, tapi dengan sentuhan pun tak terpujuk jugak. Macamana?

Bukan masalah pujukan dengan perkataan atau perbuatan pun sebenarnya, tapi masalah apa kau buat tu tak kena gaya dengan dia.

Untuk memujuk seseorang, kau perlu cari kelemahan dia (apa dia suka). Contohnya kelemahan dia; tak boleh terus merajuk jika dibawa ke zoo. So pandai-pandailah kau bawak dia pergi zoo.

Orang selalu fikir nak pujuk orang ni kena guna wang ringgit baru boleh terpujuk. Tak pun sebenarnya. Yang penting tahu apa dia suka.

Aku adalah seorang kaki rajuk dan susah dipujuk. Dan aku paling tak suka dipujuk guna wang. Makin kau guna duit untuk pujuk, makin merajuk.

So, yeah. Different people different cara pujuk. Jangan ingat cara pujuk semua orang adalah sama.
"Macamana entah kau nak hidup dengan aku selamanya kalau baru merajuk sekali dah give up taknak pujuk? Padan muka kena tinggal dengan aku sebab kau tak reti memujuk dan aku pun tak hadap nak tengok kau omel sebab tak reti pujuk."

Logiknya macam tu la. So, kalau ada orang dalam hidup kau merajuk, if kau rasa dia penting, pujuklah sebelum rajuk lebih lama.

Kerana manusia yang tak terpujuk, akan terbiak dalam hatinya rasa tersisih. Walaupun kau tak sisih dia pun sebenarnya. Rasa tetap wujud.

So, kalau dia penting dalam hidup kau, belajarlah fahami dia. Cari apa dia suka, gunakan perkara tu untuk memujuknya.

Kalau betul kau dah takda idea nak pujuk dia, cakaplah yang kau dah cuba, cerita habis apa kau usaha untuk dia, then you give em time.

Dan sentiasalah ingat untuk tanya orang tu apa nak buat kalau dia merajuk, sebelum dia merajuk. It won't hurt you.

Dan kalau tak sempat tanya dia dah merajuk tu, tanya jugaklah. Cakap pada dia, "This is my first time seeing you merajuk. How to pujuk?"

If orang tu taknak beritahu cara pujuk, biasanya orang tu akan bagi hint-hint cara dipujuk.
So sentiasa aware dengan apa dia cakap, apa dia buat untuk tahu apa yang boleh kau buat untuk memujuk.

Tips paling penting: Sentiasa bersabar.

And apa aku cakap ni bukan semestinya untuk orang bercinta pun. Ada orang, mak dia merajuk. Ada orang, kawan dia merajuk.

So, pujuklah.

Sekian maceh.

MFS.

3 Disember 2015

Hujan Khatulistiwa di Bulan Virgo

Mujur aku cepat menutup jendela. Jika tidak pasti ruang tamu ini akan basah dek tempias hujan lebat yang menyinggahi dengan lebat ke kawasan perumahan ini. Aku 'switch on' televisyen, kelihatan ZaraZya sedang mengomel dengan loghat Kedah terhadap seseorang yang bernama Tuan Anas. Ternanti juga siapa Tuan Anas itu. 
Lahh, Aaron Aziz rupa-rupanya.

Aku lihat di bawah skrin televisyen. Tertulis perkataan bersaiz kecil; Tuan Anas Mikael.

Mendengus kelucuan aku mendengarkan tajuk drama ini.

Sejak akhir-akhir ini banyak perkara mengarut aku dengar di garis masa dan di bahan berita. Kalau kau tak berapa pasti apa itu garis masa dan apa itu bahan berita, garis masa ialah 'time line' di Twitter dan bahan berita ialah 'news feed' di Facebook.

Ya, bahasa Melayu memang begini.

Aku masih berpegang pada keutuhan prinsip 'Meraikan bahasa Melayu, Memeriahkan bahasa Inggeris'. (cerita lain)

Perkara-perkara mengarut yang aku dengar seperti kenaikan harga dan perkhidmatan di sana-sini. Ramai orang mula emosi. Menghamburkan kata-kata kesat, sindiran, ejekan, intelektual, hujah, debat, fakta, menyanggah, menyokong, membuat lawak, loyar buruk dan paling aku tak lupa ialah menyalin semula apa yang ditulis oleh orang lain kemudian menampalnya di medium media sosial lain seolah apa yang dipersembahkan itu datang dari idea sendiri. (harap boleh faham)

Nampaknya tenggelam cerita cinta dan kasih sayang kerana perkara sebegini.

Jauh dalam fikiran aku, sedang memikirkan bagaimana orang negara kita boleh kembali berbunga mekar dengan sifat kasih, santun, harmoni dan cinta.

Mungkin hujan lebat yang turun sebelum ini sehingga menenggelamkan Seksyen 13 tidak cukup untuk menghanyutkan kebencian rata-rata manusia.

Atau yang ada dalam garis masa dan bahan berita itu sahaja penuh dengan perkara sebegini?

Masih ada orang di luar lingkungan ini yang dalam dirinya penuh mekar dengan cinta?

Mungkin lebih banyak pussy hunter di luar sana yang sedang mencari mangsa sebelum menjelang bulan Ramadhan tahun depan.

Inilah ragam kehidupan. Aku harap aku takkan terpedaya dengan perkara macam ini. Misi memandaikan orang dengan cinta masih banyak langkah nak di isi. 

Paling utama, misi nak rilis buku dengan tajuk entri ini. Haihh, bila agaknya ya?

28 September 2015

Akak SK membebel: BAHAGIA

Hidup ni, dah cukup asam-garam-gula nya. Kita cuma perlukan bahan-bahan yang lain untuk melengkapkannya menjadi menu yang kita idamkan. Kita akan merasa bahagia apabila kita merasa cukup dengan apa yang ada. Berhentilah mencongak congak apa yang kita tak ada. Berhentilah membanding bandingkan hidup kita dengan hidup orang. Bahan bahan untuk buat tomyam manakan sama dengan bahan untuk buat rendang. Bergembira dan hargailah apa yang ada di depan mata. 

Orang putih ada kata, padang orang memang selalunya akan nampak lebih hijau dari padang sendiri. Tapi cuba kau pergi dekat dekat. Padang yang kau nampak hijau dari jauh tu pun sebenarnya tak rata, berlopak lopak. Padang hijau yang nampak cantik tu pun barangkali sebenarnya padang sintetik. Palsu. Jadi bersyukurlah. Lagipun kan tuhan dah janji, dia akan beri lebih lagi kepada mereka yang bersyukur. Jadi nak merungut apa lagi? 


3 September 2015

Temubual Terfaktab Episod 3 Bersama Cik Srikandi


"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Quote ini sangat popular di negara kita. Pelbagai tafsiran tentang quote ini dipanjangkan dalam kehidupan masyarakat negara kita yang berbilang kaum.
Jadi kita akan bersama dengan Cik Srikandi untuk kita temubual mengenai bidang penulisan yang beliau mahir iaitu penulisan sejarah. Sebelum ini Cik Srikandi telah menghasilkan solo-work yang bertajuk Emas Para Dapunta & Maharaja terbitan Terfaktab serta collaboration work yang bertajuk Membongkar Rahsia Dunia Melayu terbitan Hijjaz Publishing. Kedua-dua buku ini telah menjadi bestseller di toko-toko buku.

S = Soalan
J = Jawapan Cik Srikandi
S: Apa perkembangan terkini cik Srikandi? Ada projek solo-work baru mengenai sejarah pada masa akan datang?
J: Salam semua. Bismillah, terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi menemubual saya. Okay tanpa membuang masa saya jawab dengan sebaiknya insyaAllah. Terkini, saya sedang giat membuat penyelidikan membabitkan cabang linguistik, dan perkaitannya dengan sejarah dan tamadun.
Dalam hal ini saya fokus kepada linguistik dalam Proto-Austronesia. Juga, saya sedang mengkaji prasasti-prasasti di Kemboja dan Thailand, dan cuba serapkan kemahiran yang cuba saya bangunkan ketika penyelidikan PAN ke dalam kajian prasasti tu.
S: Mengapa topik sejarah yang menjadi kegemaran Cik Srikandi?
J: Bagi saya sejarah adalah alat yang amat ampuh dalam membina karakter manusia. Sejarah adalah medan untuk seseorang membina ketajaman deria dalam dua aspek; Kebijaksanaan (wisdom) dan pengetahuan (knowledge). Secara peribadi,saya suka berfikir jawapan kepada "mengapa?" dan "dari mana?". Dahulu, saya suka mendengar cikgu atau kawan-kawan bercerita. Kemudian saya suka membaca tentang sejarah dunia di perpustakaan. Saya mahu tahu asal-usul sesuatu perkara atau kejadian. Semua ini membangkitkan perasaan ingin tahu; inkuiri dalam diri saya.
Lama-kelamaan, saya tahu satu perkara; atau saya gelarkan sebagai 'glitch' dalam garis masa sejarah tamadun manusia. Iaitu kebanyakan ideologi dan sistem berasal dari sejarahwan dan pemikir ketamadunan. Kemudian saya berfikir bahawa bidang sejarah ini benar-benar berkuasa (powerful) dalam menguasai segenap bidang. Sebab itu orang yang paling berkuasa dari segi pengaruh dan material di dalam dunia ini sejak zaman-berzaman adalah mereka yg menguasai sepak terajang sejarah dunia.
Ini membuatkan saya semakin 'berminat' dengan sejarah dan mencintainya. :)
S: Buku Emas Para Dapunta Dan Maharaja mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada pembaca. Ada yang kagum dan ada yang merasakan ia seperti fiksyen. Apa pandangan cik Srikandi tentang dakwaan fiksyen ini?
J: Pandangan saya, yang manakah fiksyen? Goerge Coedes ketika menerbitkan Le Royaume de Çrīvijaya sekitar 1918, ramai yg menganggapnya fiksyen sebab tiada siapa di Asia Tenggara pernah mendengar sebuah empayar bernama Srivijaya ketika itu. Ramai orang mengatakan Iliad & Odyssey adalah fiksyen sahaja tetapi aktiviti arkeologi dari semasa ke semasa untuk mengesahkan kewujudan Troy mula menarik perhatian orang ramai. Tak payah pergi jauh-jauh, Hikayat Merong Mahawangsa. Ramai yang bukan nak kata fiksyen tapi dongeng atau mitos orang Melayu zaman purbakala, tak masuk akal dan bla..bla. Tapi bila nama 'Langkasuka' yang dahulunya dicop kerajaan khayalan muncul dalam rekod2 dinasti Liang dan Song. Dan siap dilukis gambar dutanya dalam lukisan maharaja Yuan dari Liang, baru org buka mata dan rasa ada 'something' kat sana.
Jadi bagi saya, Emas Para Dapunta Dan Maharaja mencapai maksudnya, iaitu 'berlagak' seolah-olah 'fiksyen' untuk meracun pembaca supaya ambil berat tentang 'something' yang ada dalam sejarah Melayu.
Ia akan jadi fiksyen kepada satu kelompok. Tetapi bagi satu kelompok, ia adalah Le Royaume de Çrīvijaya atau puisi "Petra" John William Burgon yg terkenal itu.



S: Siapa inspirasi cik Srikandi dalam bidang sejarah? Ada mengidolakan penulis2 topik sejarah yang lain di dunia ini?
J: Inspirasi saya dalam bidang sejarah adalah.. cuba teka... siapa?Inspirasi sejarah saya ialah Rothschild family. Kenapa? Sebab mereka memelihara sejarah dan cintakan sejarah kerana mereka tahu kepentingan dia. Mereka bijak menggunakan sejarah dan mengeluarkan 'sihir' dari sejarah untuk memukau sekelompok manusia. Mereka mempertahankan sejarah, sebab mereka tahu nasib sesuatu bangsa atau tamadun akan musnah jika mereka lupa asal-usul atau kronologi masa silam, dimana ia umpama rekod untuk memberitahu 'how-to' sesuatu kejadian berlaku, apa yg silap, apa yg perlu diulang.
Bagi individu dalam sejarah, saya rasa tidak ada, atau untuk menyedapkan hati, bagi saya mungkin ada beberapa org, terutama dalam bidang sejarah Melayu, sebab mereka buat revolusi yang orang lain tak berapa suka sebab takde pengetahuan tentangnya. Antaranya Poerbatjaraka sebab dia fasih bahasa Sanskrit dan tulisan-tulisan modified Brahmi kat Nusantara yang mana Pandit paling terer kat India pun tak mampu nak terjemah. Beliau orang Jawa tapi boleh tau satu-satu prasasti tu berbahasa Jawa atau Melayu walau pakai tulisan kawi.
S. Paranavithana sebab beliau ambil inisiatif buat kajian prasasti-prasasti Sri Lanka dan hasilnya ada prasasti Sri Lanka yang counter semua pembohongan Prasasti Tanjore yg syok sendiri dan 'loneranger' tu.
Prof Asmah Hj Omar. Beliau ni mmg lejen. Kalau beliau ni takde. Saya rasa bidang tamadun Melayu dan bahasa sedikit doomsday. :)
Chand Chirayu Rajan, beliau ni ada title diraja. Saya suka sebab beliau ni jujur dalam menceritakan sejarah Srivijaya. Beliau ambil kajian Sri Lanka yang sarjana India pinggirkan (sebab ada sebut Srivijaya counter balik Chola dan bebaskan Sri Lanka) juga rekod-rekod China sekali. Beliau ni tak bias.
Ini diantaranya. Saya taklah sampai menjadikan mereka idola. Tapi kajian mereka dan pendapat mereka banyak membantu saya. Selain rekod-rekod imperial China. Bagi saya, pengaruh terbesar adalah dari kitab suci Al-Quran, sebab di sana banyak kisah-kisah sejarah terutama tentang Firaun. Saya terkesan dalam Quran sebut Firaun perintahkan Haman 'bakar' tanah liat untuk bina 'bangunan' untuk 'dapat naik' melihat Tuhan Musa (Al-Qashash) ayat 38. Dari situ sendiri menyimpan banyak rahsia sebagaimana hari ini kajian mendapati batu-bata piramid itu sebenarnya 'pernah dibakar' sebagai salah satu proses mengeraskan.
S: Sebenarnya, penulisan tentang sejarah adalah suatu hal yang menarik. Topik sejarah itu sendiri banyak yang menarik. Tetapi kami lihat anak muda kini kurang mengambil perhatian tentang sejarah. Apa pandangan cik Srikandi? Perlukah kita revise sistem pendidikan negara kita misalnya?
J: Manusia akan bosan jika sejarah itu mematikan motivasinya. Perkara ini realiti sebab setiap negara akan hari ini memulihara sejarah dan cuba menafsirkan sejarah untuk tujuan motivasi tak kira dari segi bahan sejarah, bangunan atau seni seperti filem atau muzik. Bagi saya, pengolahan sejarah di Malaysia masih di tahap pak kaduk dan era kolonial yang berpaksikan karya-karya Raffles, Winstedt atau Shallebear. Nak menjadikan sejarah sebagai sesuatu yang pop dan cool kena buang mentaliti forum-forum elit yang poyo atau mengurung sejarah dalam bilik-bilik seminar. Kita tak boleh sekularisasikan sejarah sebab hasil yang sama apabila kita sekularisasikan agama. Agama terkurung dalam masjid-masjid atau pejabat agama sahaja. Dalam kes ini sejarah terkurung dalam arkib negara,muzium dan perpustakaan negara.
Bila mentaliti sejarahwan kolot, maka khalayak pun kolot dan membosankan. Beribu manuskrip Jawi dijadikan pekasam dan kimchi di arkib atau perpustakan negara tanpa diterjemahkan. Sebab itu saya tak hairan jika khazanah sejarah negara tiba-tiba sudah ada di British Museum atau Smithsonian sebab kebiolan sesetengah birokrat so-called kurator atau sejarahwan yg 'chauvinis'.
Jika nak revise-kan sejarah kita, kena buat sejujurnya. Tak payah nak ambil hati sesiapa. Sejarah tetap sejarah. Politik sampah kena buang jauh-jauh. Sekarang zaman langit terbuka, patut cross-reference makin mudah. Ini tidak, sejarah ditafsir mengikut sentimen.
Jadi moralnya, kena revisekan mengikut regional history. Sebab sejarah Malaysia berpaksikan kepada sejarah Melayu dan Nusantara. Bila diberitahu sejujurnya, semua puas hati, semua akui dan tak payah nak bertekak. Yang tinggal bergaduh nanti hanyalah ahli politik sahaja.
S: Okay, hal sejarah dan politik, hal sejarah dan konspirasi selalu berkait rapat antara satu sama lain. Apakah penulisan cik Srikandi cenderung kepada mana-mana pihak atau parti atau organisasi?
J: Siapa yang label yang ini 'sejarah' yang ini 'konspirasi'? Media kan? Sebab itu keluar filem National Traesure. Orang yang anggap sejarah adalah 'teori konspirasi' adalah kaki wayang yg sedih. Sejarah; Adalah yang menciptakan apa yang anda gelarkan 'konspirasi'. Bagi saya atau kami yang memerhatikan semua ini berlaku, ada pihak yg menciptakan 'konspirasi' supaya kerja-kerja mereka kelak menjadi 'teori konspirasi' yang orang ramai akan tonton sebagai "National Treasure" itu.
Penulisan saya indie. Saya tak memihak kepada sesiapa. Saya tak kacau sejarah bangsa lain, kaum lain. Saya menulis sejarah Melayu, dan mengulas sejarah dunia secara minor.
S: Dalam Emas Para Dapunta & Maharaja bab A Guy From Kementerian ada menceritakan pengalaman cik Srikandi menangani campur tangan pihak lain. Adakah ini sebab utama cik Srikandi ingin kekal anonymous? Atau soalan mudahnya, mengapa Cik Srikandi memilih untuk merahsiakan identiti?
J: Kejadian itu berlaku sebelum cadangan rombakan buku teks sejarah kita beberapa tahun lalu. Memang ada seorang pegawai yang sneak blog saya. Pembaca saya memang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pengarah jabatan, pegawai kerajaan, pensyarah, jurutera oil and gas dan sebagainya. Saya perhatikan mereka suka membaca artikel saya dalam blog saya juga di MistisFiles kerana tertarik dgn gaya bahasa saya yang mencorakkan penyampaian sejarah itu
Memang ada campurtangan yang menyebabkan saya inginkan privacy saya. Sebab saya ada kes dengan pihak muzium, perpustakaan, biro tatanegara dan kerabat raja. Ini disebabkan 'kelazeran' tulisan saya menghentam pihak-pihak tertentu dahulu. Saya juga dimusuhi oleh blogger-blogger tertentu kerana mengkritik sejarah versi mereka. Saya juga dibenci oleh proksi-proksi NED yg mahu sejarah Malaysia ditulis dgn objektif mendowngrade org Melayu dan muslim.
Jadi buat masa sekarang saya selesa kekal berprivasi begini. Dalam dunia offline pun saya bebas berjuang dalam bidang sejarah. Memang ada orang yang perasan terutama 2-3 orang di universiti yang cam gambar-gambar saya tu. Tapi saya buat dek jer. :D
S: Kita telah melihat banyak penulisan cik Srikandi di laman sosial. Bukan saja buku, di The Patriots dan Mistisfiles misalnya. Sangat banyak. Bagaimanakah Cik Srikandi menyelia penulisan cik Srikandi iaini membahagikan masa antara kerja kajian dan penulisan?
J: Mula-mula memang saya menulis sendiri. Sebagai penulis jemputan di MistisFiles, saya menulis mengikut musim atau kempen. Ia sekali-sekala sahaja. Kemudian saya jadi obses. Lama-lama saya dah overwhelmed. Lepas tu ada fans saya yang cadangkan outsource. Upah freelance atau kadang fans saya bantu-bantu sikit. Saya upah beberapa editor. Saya bagi poin-poin, mereka yang taipkan dan submit. Jadi kerja saya lebih mudah, just semak dan tambah sana sini.
Jadi saya boleh merancang antara kerjaya saya dan obses saya dalam bidang sejarah. :)
Contohnya mcm website baru saya ni historianlodge.historiansecret.com , saya upah seorang webmaster maintain laman saya ni. Kalau tak jenuh la saya.. kiki ;)
S: Cik Srikandi ada menyebut tentang obses. Adakalanya benar, untuk menjadi seorang penulis yang baik, penulis perlu obses. Tetapi ada dikalangan pembaca dan pengkritik kerap menggunakan dakwaan 'syok sendiri' terhadap penulis. Jika dakwaan ini ditujukan pengkritik kepada cik Srikandi, apa cik Srikandi ingin jawab?
J: Apa yg syok sendiri? Bagaimana yg dikatakan syok sendiri? Memang kebiasaan, orang mengatakan saya begitu begini, namun bila saya tanya; "yang mana yg salah?" tiada jawapan, atau kata-kata maki hamun sahaja. Ia sebenarnya begini, manusia menjadi musuh kepada apa yang tidak difahaminya. Dalam konteks saya, mereka keliru dgn pengetahuan lapuk dan kolot yg mereka terima sebelum tu. Jadi bila saya tulis begitu begini tentang sejarah, maka mereka akan pesimis dan mencebik. Namun tiada pula cadangan atau kritikan bernas untuk mewakili pandangan mereka itu. Bagi saya, mereka itu sebenarnya syok sendiri :) Saya bagi contoh seorang jurutera yang kritik saya syok sendiri, kemudian akhirnya memaki hamun saya selepas sentap dgn jawapan saya.
S: Terima kasih atas kesudian cik Sriakndi menerima temubual ini. Jarang dapat peluang seperti ini. Ramai orang ingin menemubual cik Srikandi melalui kami (penerbit), tetapi kami kekal dengan polisi privasi yang telah dipersetujui. Jadi, silakan Cik Srikandi beri kata-kata terakhir kepada pembaca dan pengikut Cik Sriandi.
J: Terima kasih juga atas temubual ni hehe... Saya amat menghargai inisiatif Terfaktab Media khasnya. Kata-kata terakhir? Huhu. Okaylah, saya nak beritahu bahawa apa yang saya tulis secara major adalah tentang sejarah yang saya benar-benar kenal, dalam konteks ini, ialah sejarah Melayu, sejarah bangsa saya. Saya tidak menulis atau mengacau sejarah kaum lain .Namun, ada pihak yang tidak suka. Ini menunjukkan sejarah kamu (para pembaca dan pengikut saya) memiliki satu 'kuasa' yang kamu tidak mengerti pada hari ini. Namun bila nasi semuanya menjadi bubur kelak dan kamu terhukum oleh kegoblokan kamu mengabaikan kepentingannya, maka pd hari itu, kamu akan mendapatkan kebijaksanaannya (wisdom).
Tetapi saya ingin syorkan sesuatu; Adalah lebih baik mendapatkannya pada hari ini dalam keadaan kamu masih hidup selesa berbanding pada hari kamu terhukum itu. Setiap bangsa di dunia menjaga dan menyayangi sejarah mereka, mengapa tidak kamu? Mencintai sejarah sendiri bukanlah satu dosa; Patriotisme adalah satu kemuliaan. Kesusahan ekonomi acapkali disebabkan ahli politik yang dungu, bukannya sejarah, kerana sejarah mengajarkan tamadun dan peradaban.





17 Ogos 2015

Temubual Terfaktab Episod 2 Bersama Embun Karina



Embun Karina merupakan seorang pemuisi independent yang aktif di tanah air. Sehingga kini Embun telah menghasilkan satu solo-work bersama Selut Press dengan judul Bandaraya Bougainvilla dan sebuah cerpen dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap.

Pada tahun ini, Embun turut terpilih untuk menyampaikan puisi-puisinya di Asian Literary Festival Jakarta. Jom kita temubual Embun dan menyelingkap dunia literary beliau.

S = Soalan
J = Jawapan Embun Karina

S: Hai Embun, apa perkembangan terbaru kau sekarang? Ada solo work terbaru yang akan rilis?

J: Perkembangan terbaru untuk tahun ini adalah persediaan untuk tahun hadapan. Ya, secara kebetulan juga semasa ke Jakarta tu aku berurusan dengan beberapa pihak bagi menjayakan solo exhibition berkenaan artwork yang akan dipamerkan kelak dekat sana. Juga sedang mencari ilham serta idea untuk skrip teater terbaru. 

Buku terbaru, InsyaAllah ada buku kolabrasi bersama Malam Puisi Jakarta. Iaitu salah sebuah kolektif juga penaung puisi di Indonesia. Yang lain-lain ada, namun kesemua itu sedang dalam draft. Nak sembang lebih, aku jenis buat diam-diam dulu baru show kerja. Baru menjadi. 

S: Tahniah untuk perkembangan terbaru kau yang mengujakan. Kami lihat kau gemar dengar genre sentimental seperti cerpen kau dalam Kitab Terfaktab Pasca Gelap yang banyak menyentuh hal kematian. Apakah ini genre yang kau suka atau kau lebih suka bereksperimen?

J: Aku seorang yang suka mengeksperimentasi keadaan dan emosi. Juga aku mementingkan naratif dalam sesebuah karya dengan apa yang aku cuba sampaikan kepada pembaca. Aku seorang yang tak reti nak menulis mengenai hal-hal kebahagiaan atau kegembiraan. 

Sebenarnya, cara pembesaran aku yang menyebabkan aku dewasa sebegini. Ianya memang banyak mempengaruhi aku sehingga sekarang. Mungkin tiada siapa yang jangka, aku membesar dengan seorang ibu yang mempunyai penyakit mental yang pernah dimasukkan dekat Hospital Tanjung Rambutan, Perak. Ketika itu aku masih kecil. Aku melihat sendiri gaya dan corak kehidupan aku yang sudah terang-terang membuatkan aku diejek, dibenci dan tak disukai. 

Tapi aku juga berterima kasih, kerana dengan apa yang terjadi sekarang membuat aku menghargai keluarga dengan sebaiknya.

S: Apakah ini bermaksud seseorang author itu gaya penulisannya lebih banyak dipengaruhi dengan cara hidup? Bagaimana pula kau rasa dengan author yang menulis bukan based on gaya hidup. Adakah itu bermakna dia lebih bijak daripada author lain?

J: Bagi aku. Buah tangan tulisan, yang masih baru kita sendiri boleh agak pasal pengalaman hidup sendiri. Kalau seseorang penulis itu mampu menulis sesebuah karya yang bukan dialami oleh dirinya sendiri dia adalah penulis yang mampu membuat pembaca percaya itu adalah ceritanya, bagi aku itu bonus bagi dia. Ilham. Kita tak boleh sangkal. 

Tapi bagi aku sendiri, aku seorang yang perlu ada dalam keadaan itu sendiri baru aku dapat tonjolkan perasaan itu. Mungkin lebih tepat, apabila menulis aku betul-betul memberi sepenuh jiwa raga aku. Sehingga aku sendiri rasa menangis dan sakit. Penulis bermain dengan kata kata. 26 huruf kau boleh olah. Bukan kira jujur atau tidak dalam karya sendiri. 

Itu perasan dan pemikiran kau. Tetap kepunyaan kau.

S: Mengapa kau fokus pada puisi? Tidak mahu cuba dengan novel atau novela?

J: Mengapa fokus pada puisi? Hmm. Puisi ini adalah tempat perselindungan aku. Sebab aku jenis tak reti dan pandai berterus terang. 

Aku banyak memendam dan berfikir kemudian. Aku juga sedang cuba menulis novel atau novela, tapi yang jadinya cerpen sahaja. Mungkin sebab aku tak suka tulis panjang-panjang sebab rasa kurang sabar nak tamatkan sesuatu penghasilan karya. 

Dalam pada tidak itu, aku masih belajar menulis supaya penulisan aku menjadi mantap, sebab aku rasa aku terlalu muda dalam dunia penulisan. Huruf-huruf yang aku nukil pun baru berpucuk.

S: Siapa inspirasi kau dalam bidang penulisan?

J: Siapa yang menjadi inspirasi? Jika dalam bidang penulisan aku membaca pelbagai jenis karya dalam kesemua penulis. Contoh A.Samad Said. 

Namun begitu, sejak dari sekolah menengah sehingga zaman Universiti aku aktif dalam persatuan bahasa. Juga melibatkan diri dalam syarahan bahasa melayu, pidato dan debat. Selalunya aku membuat teks sendiri. Jadinya, menulis mengenai artikel atau fakta untuk diusulkan itu sudah lama menjadi makanan sepanjang penglibatan aku dalam bidang bahasa.




S: Kami lihat kau pernah terpalit dengan kontroversi, dan kau hadapinya dengan tenang, satu persatu. Bagaimana kau boleh masih bertahan dalam dunia literature Malaysia yg pernah dilabel kejam ini?

J: Bagi aku. Akhirnya........sekali, tak ada yang peduli. Tak ada yang kesah dan tak ada yang mampu mengenali kau melainkan orang lain sekalipun. Tak ada yang nak tolong kau melainkan diri kau sendiri. 

Seberapa lama dan ramai orang yang mengenali kau atau bertahan dengan kau atau stay dengan kau, ianya sekadar bayang hitam. Aku selalu menyakinkan diri dan aku nak buat apa yang aku nak buat. Aku ada pencapaian untuk diri aku dalam kehidupan aku. 

Mengapa aku perlu terpalit dengan kata-kata manusia yang langsung tak memberi sebarang manfaat. Bukan senang nak hidup dalam kebencian orang ni. Satu yang penting, aku tak ada kacau orang, jadi aku kena persetankan apa orang nak kata. Percaya diri. 

Ada jalan untuk setiap permasalahan. Belum tentu sekarang, tapi percaya esok sentiasa menjanjikan hari baru.

S: Okay bercakap tentang puisi. Kami amat kagum dengan pengolahan all 'B' title dalam Bandaraya Bougainvilla. Jadi, kau pun tahu sekarang orang asyik bandingkan puisi moden/pop dengan puisi klasik. Sampai ada beberapa judul buku dikecam di laman sosial. Apa pandangan kau tentang hal ini selaku pemuisi?

J: Mengenai perbandingan puisi klasik dan moden. Mungkin mereka ini kurang pendedahannya. Bagi mereka puisi sajak dan sebagainya itu adalah lambang kemelayuan bangsa melayu. Jadi perlu dipelihara. 

Sememangnya, dalam kehidupan seharian kita pun, kita menghasilkan satu gerak seni. Seni itu meluas, mungkin tak diterima sebab bagi mereka puisi puisi atau sajak itu terlalu biasa. Bahasa mudah dan rutin yang kita guna. 

Apabila terlalu biasa, mereka menganggap itu bukan puisi, itu hanya sekadar biasa. Sedang dalam karangan atau sesuatu, cara menunjukkan karya itu diperlihat atau dipersembahkan itu lebih membuat kita dapat tangkap berbanding patah kata yang hanya dalam kertas. Pemilik puisi juga perlu visualkan. 

Oleh itu pembaca atau mereka yang melihat itu akan memahami. Kita tak boleh memarahi mereka oleh kerana mereka tidak memahami, tetapi kita cuba memperlihatkan mereka apa yang kita cuba sampaikan. Dan, mereka hanya cuba faham apa yang mereka faham. 

Aku percaya mereka yang benar ingin mendalami penulisan sesuatu takkan mengeluh dengan karya seseorang, melainkan dia betul nak tahu perbezaan dan bukan mengikut trend hanya untuk mencemuh.

S: Seni itu subjektif. Adalah benar kita tidak boleh menghakimi suatu literature dengan terlalu mudah. Jadi, apa yang kau ingin lihat, atau apa yang kau impikan mengenai dunia puisi-literature negara kita?

J: Pada pemerhatian aku sekarang, sudah ramai dan banyak yang mewujudkan akaun puisi dekat laman sosial. Juga, memperkenalkan tema pada setiap malam. Ianya bagus, aku juga bermula dekat situ, cuma mereka tidak menonjolkan siapa mereka. Mungkin mereka perlu kehadapan. Scene puisi ketika ini "meraikan" macam aku pernah lihat dan mengalami sendiri corak perjalanan puisi di Indonesia. 

Berpuisi bukan untuk mengejar nama, menjadi pemuisi yang memahami dalam bait bait tulisan yang "kena" dengan hati dan naluri pembaca. Akan tetapi, perkongsian. Aku meraikan pemuisi-pemuisi baru dan muka muka baru dalam scene ni. Kalau tak dapat mana-mana penerimaan oleh mana mana penerbit sekalipun untuk dibukukan, buat secara sendiri. Sudah tentu nanti kita akan ada pengikut yang mengikut setiap perjalanan kita dalam menulis. Ambil masa. Usaha lebih dan InsyaAllah nanti akan ada yang hargai perjuangan kita dalam scene puisi ini. Jangan matikan semangat dan terus berjuang. 

Jadi anak-anak muda yang ketandusan cinta, jangan terlalu cepat membuat keputusan membunuh diri, gunakan perasaan itu dan bentukkan kata kata. Berpuisilah. Itu salah satu cara melawan kepiluan juga. Hahahahah.

S: Jadi soalan seterusnya kami nak tanya kau tentang apakah ada perbezaan yg nyata dari segi jantina/paras rupa dalam dunia puisi ini? Yang cantik boleh pergi jauh, yang kurang cantik boleh pergi mereput?

J: Mengenai penampilan diri, tak semestinya cantik atau handsome baru boleh pergi jauh. Ia bonus. Kalau kurang dari segi personaliti. Kemaskan diri dengan cara tersendiri. Memang sifat manusia itu suka benda yang cantik cantik, nampak sempurna. Kalau nak memikat burung dekat hutan, pastikan siulan kau merdu, sungguhpun burung tu tak tahu siulan tu kepunyaan siapa. Yedak? 

Yang bagus, jadi sahaja diri kau, cari personaliti tersendiri. Sudah tentu orang terima cara kau. 

S: Terima kasih atas kesudian untuk temubual ringkas ini. Kami harap kau sukses dengan karier kau. Soalan terakhir kami lebih kepada permintaan. Tuliskan satu puisi spontan yg ringkas (tema bebas) untuk kau tujukan kepada pembaca yang membaca temubual ini.

J: Terima kasih juga kepada pihak Terfaktab kerana sudi menemubual. 

Tajuk. Bibit Bermula Aku Dalam Kandungan Ibu.

Aku melihat mata kecil anak kita dalam renungan mata kau.

Cahaya silau, menangkap mata sehingga aku kabur melihat keikhlasan. Ada bisik-bisik mengejar dusta, juga riuh rendah ketawa pembohong besar. 
Ujar laki laki, aku menjagamu sehabis nyawa.
Perempuan menangis mendengar janji pada bibir laki laki yang membuntingkan.
Apa benar aku ini berbenihkan bapa itu?
Atau saat manis adalah perjalanan sebuah tangis?
Perahu kecil masih belayar
Hujan rintih rintih.
Dan bulan, merakam malam sebuah potret perempuan yang tertinggal bersama dosa yang cuba dihentikan.
Terus apalagi yang ada melainkan darah darah dara?
Ibu tiada kasihan. 
Nyawa habis dikoyak koyakkan.

Puisi spontan ini merujuk kepada isu semasa sekarang, berkenaan bayi yang dibuang. Mungkin situasi bayi tiada berkata namun perempuan, jagalah diri. Nikmat sedap hanya sekejap. Tangis dosa silam itu sehari hari.


Tamat. Ikuti Embun Karina di laman Twitter beliau; Embun Karina
Jumpa korang pada episod 3 dengan penulis lain pula. Zass~~

12 Ogos 2015

Temubual Terfaktab Episod 1 Bersama Syahid Abdullah.


Buat yang ingin tahu tentang Syahid Abdullah. Beliau telah hasilkan dua solo work iaitu novel Servis Satu Malam terbitan Terfaktab dan Bukan Perempuan Sundal (self-published dan terbitan Dubook Press).
Syahid juga kini aktif dengan stand-up comedy dan baru-baru ini telah mempersembahkan stand-up comedy di Komediri yang dihoskan oleh Harith Iskandar.
S = Soalan
J = Jawapan Syahid Abdullah
S: Apa perkembangan terbaru kau sekarang dalam penulisan? Ada plan nak rilis novel baru?
J: Insya Allah dalam proses. Tapi dek penangan kekangan masa (malas), proses belum jadi produk.
Novel yang dalam proses ni secara kasarnya bertemakan cinta anti mainstream yang memaparkan cinta itu adalah keperluan manusia dan yang paling penting, cinta bukan hanya milik orang kaya seperti yang kita tonton dalam drama.
Aku juga ada plan nak bukukan pengalaman aku buat macam-macam jenis kerja dalam hidup ni yang aku rasa tema dia kelangsungan hidup (survival). Pengalaman aku tolong abah aku kutip getah, kerja pam minyak, jaga kedai, kesukarelawanan, teater dan terbaru stand up comedy. Kahkahkah
S: Kami lihat kau gemar dengan tema pulp dalam novel kau (Servis Satu Malam), apakah yang bagusnya pulp dalam sesebuah penulisan?
J: Pulp ni apa entah dalam Bahasa Melayu. Tapi apa yang aku faham, aku suka kalau aku boleh buat pembaca berfikir dan mengaitkan apa yang mereka baca dengan apa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Dan tak boleh dinafikan, karya-karya pulp/junk ni belum lagi dapat liputan meluas dalam kalangan pembaca kita. Jadi sebagai penulis, aku kena cari titik keseimbangan pulp dan norma baru pembaca sedikit sebanyak dapat idea apa yang aku nak sampaikan.
Samalah macam stand up comedy. Audiens/pembaca memainkan peranan yang sangat penting dalam karya dua hala ni. Comedian kena pastikan audiens boleh ikut cerita, faham cerita dan ketawa bila punchline sampai dan pecah perut bila dapat twist dalam jenaka.


S: Solo work kau misalnya dalam Servis Satu Malam ada adegan dewasa. Kalau orang tanya ke kau, apakah perlu adegan dewasa dalam sesebuah karya. Apa kau nak jawab?
J: Semua ni sebenarnya ikut penulis jugak. Tapi aku pernah dapat feedback, yang pembaca perlukan sesuatu yang tak berkait dengan cerita. Contohnya, seks atau adegan kelakar. Untuk merehatkan minda. Gitu.
Jadi penulis pun kena jadi pembaca jugak ye dak?
Dalam Servis Satu Malam, aku masukkan adegan dewasa tu sebab aku terbawa-bawa. Kahkahkah. Tapi dalam Bukan Perempuan Sundal, aku cuba nak pisahkan idea seks dan cinta.
S: Apakah karier sebagai penulis boleh menjamin masa depan atau sedikit sebanyak membantu kehidupan kau?
J: Aku ada cita-cita jugak nak jadi penulis sepenuh masa. Sebab memang its really my time. Tapi disebabkan ada komitmen lain, aku menulis sebagai hobi dan duit tepi. Syok jugak mintak advance kadang-kadang.
Bab masa depan ni susah sikit la kalau kita nak ikutkan dengan masa sekarang. Sebab Malaysia kita ni belum lagi pandang penulis ni satu karier yang menjamin
S: Kami nak tanya tentang gaya bahasa penulisan kau. Adakah kau ada ikut mana-mana gaya bahasa (inspirasi) dari penulis-penulis lain? Kalau ada, kau bgtahu siapa dan kenapa. Kalau takde, kau bgtahu gaya bahasa macam mana kau nak tampilkan untuk next novel?
J: Aku suka Chuck Palahniuk. Bukan sebab dia pengotor. Murakami lagi pengotor. Kakaka. Sebab Chuck suka main dua/tiga cerita dalam satu bab. Bagi aku, tu macam sesuatu yang ajaib. Dan juga Ridhwan Saidi. Dua-dua ni suka unsur repititif. Dan diorang dua ni pandai main repititif
S: Repititif ni Repetitive ke woi haha? Baiklah. Apa pandangan kau pula tentang komen orang kata penulis buku sekarang ni suka cipta ayat sendiri yang takde ikut dewan bahasa dan pustaka. Main langgar. Macam repititf and yeah... terfaktab sendiri.
J: Hahahaha. Perkataan ni organik kot. Berubah ikut peredaran masa. Bukan salah penulis sepenuhnya. Dan perkataan baru tu tak semestinya salah. Kita berkomunikasi dengan perkataan yang kita biasa guna. Ok la. Repetitif tu perulangan.
S: Perkataan ni organik ni pertama kali kami dengar gak. Dan bab kualiti pun kami pun setuju. Kau ada alter-ego dalam penulisan tak Syahid ?
J: Alter Ego ni aku tak tau nak cakap macam mana. Tapi dulu aku pernah buat projek, AutoBIOLgrafi. Aku setuju dengan idea kita boleh jadi apa saja dengan menulis. Sebab kalau nak menulis ni kita kena baca, baca, baca dan baca. Misalnya, kalau kita nak tulis pasal jenayah, kita kena faham apa itu jenayah, apa sebab munculnya jenayah dan apa yang kita nak tulis pasal jenayah. Dan daripada idea membaca sebelum menulis, bukan sekadar bahan bacaan. Pengalaman dan memahami persekitaran pun salah satu kaedah membaca. Barulah, apa yang kita tulis tu ada isi dan ada idea
S: Kau rasa scene buku kita ni dah tepu? Atau masih boleh pergi jauh?
J: Scene buku kita takkan tepu. Sebab golongan pembaca ni kita takkan pernah tahu siapa dan dari mana diorang datang. Sebab tu la aku ada cakap tadi, kita kena cari titik seimbang. Supaya kita jadi diri sendiri tapi tak terikut dengan mainstream. Ini adalah tanggung jawab penulis
S: Okay kau sendiri ada pengalaman buat self-published, rasa betapa cabaran menjual buku, rasa pahit maung jadi penulis buku. Apa yang kau harap pada penerbit alternatif/indie macam kami?
J: Aku tahu nak menerbit buku ni lain macam punya pedih. Paling pedih, pemasaran. Nak yakinkan pembaca apa yang kita jual ni memang bahan bacaan. Bukan senang punya kerja.
Apa yang aku harap dari penerbit macam terfaktab ni, boleh teroka bakat baru yang mampu mengubah stigma dan dogma masyarakat. Kualiti pun satu hal jugak.
S: Terima kasih untuk temubual ringkas ini. Kami harap kau sukses dengan bidang penulisan. Jadi soalan last, boleh kau kongsikan tabiat kau sewaktu menulis/mengarang?
J: Tabiat masa menulis. Aku suka menulis lepas mandi. Dengan bertuala dan hisap rokok. Kahkahkah kadang-kadang aku dengar lagu. Takde yang special.


Tamat. Ikuti Syahid Abdullah di laman FB beliau; Syahid Ben Atim.
Jumpa korang pada episod 2 dengan penulis lain pula. Bye~~

4 Ogos 2015

Sedangkan kereta pun kita jaga, apatah lagi...

Suasana hingar-bingar di dalam bangunan biru berjalur kelabu itu. Separuh dozen kereta berada di situ menunggu servis, sepadan dengan reputasinya sebagai pusat servis rasmi bagi sebuah jenama kenderaan Eropah. Sepadan juga dengan cuaca membahang hari ini, seorang klien di dalam itu turut panas hatinya.

"Apasal lama sangat?" katanya, bercekak pinggang. Kemeja jenama Jepun tapi buatan Chinanya mula basah merecik peluh. Dia menyapu lehernya. Berdaki.

"Sabarlah bang," jawab lelaki ber'coverall' kelabu yang bertugas di situ, tenang. Dia menggaru-garu lencana di dadanya. Wajah tenang tapi hati sedikit gentar, mungkin.

"Kalau macamni ELOKLAH SETAHUN jelah kau simpan kereta aku." sindir si klien, geram.

"Abang tengok ni,"  ujar si mekanik. Sambil itu tangannya mengetik papan klip. Dia menyelak helaian di situ. "Standard lah lepas jalan jauh. Minyak hitam kena tukar, brake disc abang dah haus. Coolant air cond kena ganti. Alignment tayar kena check. timing belt kena tukar. Mungkin bagi abang balik kampung tu sekejap je, tapi bagi kereta ni,  it has been pushed to the limit."

"Ah sikit tu pun dia tak boleh tahan. Kalau aku blah beli kereta baru apa pun kau tak boleh buat. Hei, jangan pandang aku macam tu. Aku mampu tau!" si klien cekak pinggang dengan muka sengkek. Mekanik tergelak kecil. Bila pula aku judge dia, fikirnya.

"Berapa lama aku nak tunggu ni, dua, tiga hari? Belum sempat merasa naik hari ni, entah-entah malaikat dah jemput." tajam sindiran si klien.

"Aduiyai bang, janganlah sentimental sangat. Berapa hari je lagi bang, dia ni kan import Eropah bang, barang baik. Sampai sparepart dia nanti eloklah, masa tu abang guna saya jamin abang rasa sedap macam baru beli."

"Hishhh! Masalahnya kau dah simpan lama sangat. Aku tak tahan ni cakap dengan kau. Kau bagitau aku. Sekarang ni, since aku dah tak boleh pakai, aku nak naik apa?!"

"Banyak lagi cara bang. LRT ada bas ada teksi ada..."

"Memandai ya kau! Kau ingat best pakai cara lain? Saja nak bagi aku terseksa kan."

"Mana ada bang, rilek lah..."

Kemarahan klien itu tak tertanggung lagi. Dia mengetuk buku lima ke tiang besi jek kereta. "Aku tak kira! Dia ni aku yang punya. Aku ada hak nak pakai bila-bila aku nak. Bak mai kunci aku!" Dihulurnya tangan yang kemerahan itu ke muka si mekanik. Sentap sebentar, lalu si mekanik menarik nafas.

"Fikir baik-baik bang, harta kesayangan abang ni nak guna jangka panjang juga..."

"Tak kira, barang aku hak aku. Adalah satu kesalahan untuk menafikan hak aku sebagai pemilik harta aku ni. Kau mau aku bawa ni ke mahkamah? Atau kau tak takut azab neraka mengambil hak orang?"

Gulp. Mahu tak mahu terpaksa juga si mekanik seluk poketnya mengambil kunci. Benar, bukan dia mahu menafi hak orang, jauh sekali mengingkari klien yang dihargai.

"Bang, sedangkan pokok mangga pun ada musim buah dan musim rehatnya..." mekanik menghulur kunci sambil senyum tawar.

"Jangan bimbang, aku nak pakai ke, nak lenjan sampai hancur ke, lepas tu nak cari yang baru ke, tak perlu minta izin siapa-siapa pun." dia meminta keretanya diturunkan dari jek. Lalu dia masuk memulakan enjin.

"Thank you, please come again," ucap mekanik. Ayat standard kepada pelanggan. Si klien sempat senyum sinis sebelum menutup tingkap.

"Come again? Jangan marah ya...kalau aku cari yang lain." Dan dia pun berlalu pergi.

pfft. Si mekanik angkat kening lalu mengalih perhatin kepada kereta di sebelahnya. "Nasib baik aku seorang pengguna mithali, kan?"



paham ke tak paham ni? habis baik punya aku berkias. ok bai~

8 Julai 2015

How to marry an Intovert

"Hai, sorang ke?"
"Sorang."
"Kesian."
"Apahal pula kesian?"
"Yalah, tak bestnya..." senyum sinis si gadis.

Lazim aku dengar perbualan sebegini sama ada di dunia sebenar atau di alam maya.  Kelihatan seseorang yang duduk berseorangan, samada makan tengahari, sedang minum kopi, mahupun membaca suratkhabar di tepi LRT, dan pantas minda masyarakat umum merasa empati kepada tuan punya badan. tentunya, bagi mereka, lonely is pain, being lonely feels like a loser.

Or does it?



Nyata sekali ini kesilapan biasa kaum ekstrovert melihat kepada kaum introvert. Biarpun dikata loser, dikeji lonely, atau disangka dipulaukan kawan-kawan, sebenarnya ada sebilangan manusia lebih selesa bersendiri.

Selesa yang bagaimana tu?

Selesa, seperti merasa tenang dan aman duduk berseorangan. Dan apabila berada dalam keramaian, rasa stress, rasa gundah, dan rasa seperti dalam kotak yang sukar untuk keluar darinya. Ada buku yang aku tidak ingat tajuknya pernah menyamakan konsep introvert-extrovert seperti seseorang yang membawa perasaan mereka di dalam bakul. Bagi kaum ekstrovert, bakulnya akan terisi penuh semakin mereka berinteraksi dengan orang lain. Bagi kaum introvert, bakul mereka akan semakin kosong apabila bersosial, dan ketika itulah mereka akan mula memencilkan diri untuk bakul itu kembali penuh sendiri.

more quotes,here.

Jadi, anda faham sudah sedikit sebanyak perbezaan antara dua golongan ini?

Bagaimana jika pasangan anda introvert? Anda akan tahu mereka introvert jika mereka lebih rela berehat di rumah selepas seharian (atau seminggu bekerja).  Makan-makan dengan kawan selepas office hour? No thanks man, I have something to do (lalu pulang ke rumah, makan malam sambil berlingkar di hadapan skrin pancawarna). Hujung minggu bersambung dengan cuti umum?Ah, marilah duduk di rumah layan cereka bersiri bersamaku. Atau pergi minum kopi. Atau ke taman. Tapi berdua saja tau!

Preach!
Tenaga mereka sudah dihabiskan tika waktu bekerja--berinteraksi dengan rakan, meeting dengan boss, bercakap dengan klien--lebih-lebih lagi andai kerja itu melibatkan interaksi dengan orang awam, contohnya menjawab telefon di pusat perkhidmatan pelanggan. Ada sebuah nukilan aku pernah temukan di dalam forum Reddit, menyatakan  tentang ibunya seorang yang baik, ceria dan gembira. Namun, ada syaratnya, tiap kali pulang dari kerjanya sebagai petugas telefon, ibunya akan ambil masa 2-3 jam diam dan menyendiri sebelum melayan anak-anak. Kata penulis nukilan itu, ibunya sedang "decompress". Seperti analogi bakul tadi, ibunya sedang mengisi semula bakul emosi yang telah dihabiskan sepanjang kerja hari itu.


Bagaimana pula mengendalikan pasangan introvert? Ah, banyak perenggan kalau dituliskan. Berikut dirumuskan sahaja panduan untuk anda hidup bersama seorang introvert:

  1. Hormati masa menyendiri mereka. Jika mereka memohon untuk keluar/melakukan sesuatu tanpa anda, biarkan saja. Percayalah, jika mereka memohon untuk menyendiri, mereka memang akan menyendiri!
  2. Tanya mereka dahulu jika anda merancang ingin membawa mereka ke mana-mana. No surprises!
  3. Susun atur event/aktiviti supaya jarak antara satu sama lain. jika terlalu banyak aktiviti dalam masa seminggu (ataupun sebulan) mereka akan terlalu penat dan mengelak.
  4. Jangan marah/kecewa jika mereka hadir ke event (parti/kenduri/etc) dan senyap. Bawa mereka ke tempat yang kurang ramai dan biar mereka warm-up sendiri.
  5. Kenalkan mereka dengan orang yang mereka selesa, ataupun orang yang sudah sedia kenal. Dari situ, barulah bawa mereka untuk berkenalan dengan orang yang baru. Jangan kecewa jika perbualan mereka sepatah-sepatah. Mungkin belum kena keserasiannya lagi.
  6. Baca komunikasi non-verbal mereka. Adakah selepas beberapa ketika dia nampak seperti bad mood, gelisah atau penat? Mungkin itu masanya untuk bertenang dan pulang.



Satu perkara yang penting dalam berpasangan dengan introvert (terutamanya bagi ekstrovert di luar sana yang kadangkala sukar faham benda ini), jangan paksa mereka bersosial. Jangan. Sepertimana orang yang tidak tidur seharian disuruh memandu kereta, seperti itulah bahayanya memaksa mereka berinteraksi! Anda pergilah buat hal sendiri dahulu; jangan risaukan dia. (mungkin air dan kudapan sedia terhidang pun cukup baik juga). Dan apabila mereka sudah 'full charge' semula barulah ajak mereka berbual atau ke mana-mana.


Ingatlah, bahawa manusia ini pelbagai ragamnya. Janganlah jadikan perbezaan peribadi itu sebagai satu kekangan untuk menjadi mesra antara satu sama lain. Siapa tahu, di balik tembok yang tebal itu terselit satu peribadi yang menarik?

Word!

19 Mei 2015

17 April 2015

6 Buku Baru dan Ringkasan

Kebiasaan pembuka kata apabila seseorang jarang mengemaskini blog adalah seperti berikut;

"Fuh, berhabuk dah blog tak update"

atau

"Hai uollz, iollz kembali update blog yang dah lama tak dibaca orang nieee"

Tapi untuk aku---tak peduli. Sebab adalah satu perkara biasa untuk tidak update blog buat tahun ini sebab rakyat Malaysia lebih gemar baca berita tak masuk akal seperti pen biru dot com, berita-berita lawak ringan yang katanya dapat meringankan stress--whatever.

Apa yang aku ingin sampaikan adalah hal ini;



Yepp, 6 buku baru terbitan Terfaktab Media yang akan rilis (release) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015 kelak.

Mengimbau penyertaan Terfaktab pertama kali dalam PBAKL sewaktu PBAKL 2012. Ketika itu pelancaran ringan Kitab Terfaktab Nakal Tapi Halal di booth Lejen-Fixi. Aku masih ingat jam 3 petang ramai crowd sudah mula memenuhi booth menunggu kami Skuad Terfaktab hadir.

Ramai gila orang tunggu kami rupa-rupanya!

Aku ketika itu membuka bicara dengan menggunakan pembesar suara dan terus melancarkan Kitab Terfaktab kedua Nakal Tapi Halal. Kami mendapat tepukan gemuruh dan hari itu merupakan hari yang paling aku ingat atas sambutan hebat para pembaca.

Aku masih ingat lagi muka-muka pembaca yang sudi datang ketika itu. Apakah mereka masih lagi membaca Kitab Terfaktab, aku tidak pasti. Aku harap mereka masih membaca.

Kini, kita akan adakan pelancaran ringan Kitab Terfaktab yang kelima iaitu Kitab Terfaktab Pasca Gelap. Baiklah, aku ambil kesempatan ini untuk memberi ringkasan kepada 6 buku baru. Atas sebab apa kami menerbitkannya.

i) Kitab Terfaktab 5: Pasca Gelap

Jika korang telah memiliki 4 buah Kitab Terfaktab sebelum ini iaitu Definisi Cinta Infiniti (2011), Nakal Tapi Halal (2012), Sarkastik Cinta (2013) dan Konotasi Rasa (2014), semestinya korang tidak harus ketinggalan untuk memiliki buku yang kelima ini.

Kali ini Skuad Terfaktab akan menghidangkan suatu fasa cinta yang mempunyai level lain iaitu 'tindakan-tindakan buruk selepas satu peristiwa buruk dalam relationship'. Skuad Terfaktab pernah menyentuh hal ini sedikit dalam Konotasi Rasa dan Sarkastik Cinta, namun ia hanya surface. Dalam Pasca Gelap, topik yang dibincangkan dan cerpen yang dihidangkan lebih mendalam.

ii) Rahsia Andrea

Kami menemui manuskrip ini ketika mengadili pertandingan pencarian manuskrip terbaik. Terdapat dua pemenang dalam pencarian ini, dan Rahsia Andrea adalah salah satunya. Penulis Rahsia Andrea iaitu Dhiaz Diandra melakukan satu bentuk penulisan yang unik iaitu novel plus puisi. Kebiasannya, kita dihidangkan buku puisi sahaja atau buku novel sahaja. Dhiaz Diandra menggabungkannya. 

iii) Pascatroma

Aku mengenali Asang sejak 2009 dan arif tentang lelaki ini seorang penyampai puisi yang baik. Hampir bertahun juga aku pujuk dia hantar manuskrip puisi, akhirnya berjaya juga. Kah kah kah.

iv) Mak Nyah

Manuskrip Mak Nyah ini diselenggara oleh Reeney Zulkifli (sebab dia memang suka benda-benda macam ini, haha!). Regina Ibrahim pernah rilis novel bersama BukuFixi iaitu novel berjudul Perjalanan. Setelah aku membaca manuskrip ini, baru aku tahu yang rupa-rupanya ada sesetengah Mak Nyah mempunyai teman wanita kerana merasakan diri itu lesbian! Buku ini kau kena baca doh.

v) Voice In My Head

Lilian Chan merupakan pereka fesyen yang bertapak di New York sebab mempunyai pengalaman bekerja di bawah Zhang Toi (kaki fesyen pasti kenal). Novel bahasa Inggeris ini merupakan buku pertama Lilian setelah manuskripnya kami dapat juga dari pertandingan pencarian manuskrip terbaik. Kami berkeputusan untuk menerbitkan Voice In My Head sebab kami rasa kami dah jumpa Poly Williams Malaysia. Novel ini berbentuk Chick-Lit, which is salah satu kegemaran The Bent Pencil.

vi) Semusim Di Neraka

Apa nak dikata lagi tentang talent yang ada pada Hamka Kereta Mayat dalam penulisan berbentuk Islamik? Padu. Padu dan padu. Selepas Semusim Di Syurga, Hamka Kereta Mayat membawa kita semua kepada bulan-bulan kalendar Gregory dengan konsep dakwah secara borak dalam buku. Aku demam sebenarnya selenggara buku ini sebab asyik 'kena tiow' dengan isi buku ini yang membuatkan aku insaf dari melakukan.... (Yelah, aku ni bukanlah baik sangat, nakal, hiks!)

Aku rasa kalau kau takde buku ini, kau rugi.

Orait, sekian sahaja ringkasan yang aku boleh buat tentang keenam-enam buku baru ini. Terdapat juga buku-buku lain yang korang kena baca terutama 6 buku baru sebelum ini iaitu;

i) Emas Para Dapunta & Maharaja oleh Cik Srikandi yang sure korang akan jadi Melayu setelah asyik di-omputeh-kan.

ii) Monokromatik oleh Iqbal Rafiuddin. Novel ini kabornya buat ramai orang menangis.

iii) Disember oleh Amal Hamsan & Acap Rahman. So puitis dan indah!

iv) September oleh Ulii Azman & Zaffe A. Very technical and sentap habis.

v) Kota Teroris: Zodiak oleh Amirul Idham. Ahaaa, sempena pengganas nak serang Malaysia kabornya, elok baca kasi prepare modus operandi.


Sekian, chalo dan jumpa di PBAKL 2015!