Sedangkan kereta pun kita jaga, apatah lagi...

Suasana hingar-bingar di dalam bangunan biru berjalur kelabu itu. Separuh dozen kereta berada di situ menunggu servis, sepadan dengan reputasinya sebagai pusat servis rasmi bagi sebuah jenama kenderaan Eropah. Sepadan juga dengan cuaca membahang hari ini, seorang klien di dalam itu turut panas hatinya.

"Apasal lama sangat?" katanya, bercekak pinggang. Kemeja jenama Jepun tapi buatan Chinanya mula basah merecik peluh. Dia menyapu lehernya. Berdaki.

"Sabarlah bang," jawab lelaki ber'coverall' kelabu yang bertugas di situ, tenang. Dia menggaru-garu lencana di dadanya. Wajah tenang tapi hati sedikit gentar, mungkin.

"Kalau macamni ELOKLAH SETAHUN jelah kau simpan kereta aku." sindir si klien, geram.

"Abang tengok ni,"  ujar si mekanik. Sambil itu tangannya mengetik papan klip. Dia menyelak helaian di situ. "Standard lah lepas jalan jauh. Minyak hitam kena tukar, brake disc abang dah haus. Coolant air cond kena ganti. Alignment tayar kena check. timing belt kena tukar. Mungkin bagi abang balik kampung tu sekejap je, tapi bagi kereta ni,  it has been pushed to the limit."

"Ah sikit tu pun dia tak boleh tahan. Kalau aku blah beli kereta baru apa pun kau tak boleh buat. Hei, jangan pandang aku macam tu. Aku mampu tau!" si klien cekak pinggang dengan muka sengkek. Mekanik tergelak kecil. Bila pula aku judge dia, fikirnya.

"Berapa lama aku nak tunggu ni, dua, tiga hari? Belum sempat merasa naik hari ni, entah-entah malaikat dah jemput." tajam sindiran si klien.

"Aduiyai bang, janganlah sentimental sangat. Berapa hari je lagi bang, dia ni kan import Eropah bang, barang baik. Sampai sparepart dia nanti eloklah, masa tu abang guna saya jamin abang rasa sedap macam baru beli."

"Hishhh! Masalahnya kau dah simpan lama sangat. Aku tak tahan ni cakap dengan kau. Kau bagitau aku. Sekarang ni, since aku dah tak boleh pakai, aku nak naik apa?!"

"Banyak lagi cara bang. LRT ada bas ada teksi ada..."

"Memandai ya kau! Kau ingat best pakai cara lain? Saja nak bagi aku terseksa kan."

"Mana ada bang, rilek lah..."

Kemarahan klien itu tak tertanggung lagi. Dia mengetuk buku lima ke tiang besi jek kereta. "Aku tak kira! Dia ni aku yang punya. Aku ada hak nak pakai bila-bila aku nak. Bak mai kunci aku!" Dihulurnya tangan yang kemerahan itu ke muka si mekanik. Sentap sebentar, lalu si mekanik menarik nafas.

"Fikir baik-baik bang, harta kesayangan abang ni nak guna jangka panjang juga..."

"Tak kira, barang aku hak aku. Adalah satu kesalahan untuk menafikan hak aku sebagai pemilik harta aku ni. Kau mau aku bawa ni ke mahkamah? Atau kau tak takut azab neraka mengambil hak orang?"

Gulp. Mahu tak mahu terpaksa juga si mekanik seluk poketnya mengambil kunci. Benar, bukan dia mahu menafi hak orang, jauh sekali mengingkari klien yang dihargai.

"Bang, sedangkan pokok mangga pun ada musim buah dan musim rehatnya..." mekanik menghulur kunci sambil senyum tawar.

"Jangan bimbang, aku nak pakai ke, nak lenjan sampai hancur ke, lepas tu nak cari yang baru ke, tak perlu minta izin siapa-siapa pun." dia meminta keretanya diturunkan dari jek. Lalu dia masuk memulakan enjin.

"Thank you, please come again," ucap mekanik. Ayat standard kepada pelanggan. Si klien sempat senyum sinis sebelum menutup tingkap.

"Come again? Jangan marah ya...kalau aku cari yang lain." Dan dia pun berlalu pergi.

pfft. Si mekanik angkat kening lalu mengalih perhatin kepada kereta di sebelahnya. "Nasib baik aku seorang pengguna mithali, kan?"



paham ke tak paham ni? habis baik punya aku berkias. ok bai~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.