Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gong xi fa chai

Gong Xi Fa Chai - Kepada Sophia.

Imej
Ini ah moi model China - China Doll banyak di BB dan Jalan Alor. Lai lai lai! Setiap kali tiba Tahun Baru Cina - ia mengingatkan aku kepada seorang ah moi yang aku kenal masa aku study architecture di UiTM. Aneh, macam mana aku boleh kenal ah moi Cina di UiTM? OK, gadis ni mak dia Cina, abah dia Melayu, so technically setiap kali menyambut Tahun Baru Cina aku akan wish kepada dia. Sama macam ex-girlfriend aku Ez yang maknya keturunan Yahudi dan Irish - setiap kali Hannukah atau Yom Kippur, atau St Patrick's Day aku akan wish juga. Sophia - aku kenal dia masa sesi minggu suaikenal UiTM. Atau dikenali sebagai sesi membantai junior (pada masa aku lah, djaman sekarang aku tengok student makin manja, dah takde kot). Masa tu aku dengan first girlfriend aku. Masa tu segala-galanya masih suci, segala-galanya masih naif dan segala-galanya masih lagi serba tak tahu. Sepuluh tahun lepas kot. Dipendekkan cerita, masa aku breakup dengan girlfriend aku pada 6 Ogos 2002, aku ada emotional breakdo...