Cinta : Tanah Tumpahnya Darahku.
Gua bangga. Gua bangga dengan lu’olls semua. Bukan mudah nak melihat berjuta-juta rakyat Malaysia mempertahankan Negara Malaysia. Ya. Memang bukan mudah. Bila di rujuk kembali memori bernombor JK-786221, bertarikh tahun 2009, fakta yang di tulis ialah, kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak memperkecilkan Negara sendiri, berbanding memandang Negara sendiri ialah satu Negara yang boleh berubah ke satu tahap yang lebih baik. Banyak yang lebih focus kepada warta politik jam 8 malam tak juga lupa yang menonton American Idol dan bersorak sambil memperlekehkan sebaris bintang yang di lahirkan oleh rancangan reality di Negara sendiri. Gua bukan nak cakap besar, bukan nak tunjuk hebat. Gua selak pula memori di celah rak yang berhabuk di sebelah sana. Memori bernombor AG-672911 mengatakan, gua pernah perang cyber seorang diri di satu website yang di bina oleh rakyat Indonesia. Tak tertulis pula tahun bila. Mungkin auditor tak audit betul-betul memori tu. Masih ingat malingsia.com? Atau tak p...