Lelaki Exsistensial, #2

Hai, selamat pagi. Ya, entri ni bukan dibuat oleh Nami, dia baru sahaja meninggalkan skuad Terfaktab minggu lepas. Tapi sengaja nak ambil istilah tersebut, atas sebab isu yang sama akan diutarakan pada pagi ini. Kita mulakan cerita, dengan kawan bernama Wawa, rakan sekolej dulu. Wawa ni cukup lawa dan peramah. Mata sepet-sepet ala Elena Reeney tapi tak garang, tough chick ala-ala Maria Natasha, sporty girl dan aktif ala-ala Lord Zara juga cuma sayangnya dia katik macam The Bent Pencil. Kehkehkeh. Maka adalah seorang lelaki bernama Farid minat ke dia. Farid ni rakan sekolej jugak la dulu. Hensem bolehlah hensem; mata bundar macam Disney, tinggi-tinggi macam Brader Leplep, putih-putih macam The Other Khairul gitu. Dan orangnya memang peramah dan cepat mesra lah. bukan Farid presiden blogger ni. Beliau tak jual serunding. Kali pertama jumpa Wawa terus terpikat, apatah lagi selalu pula jumpa dalam group latihan yang sama. Berusaha benar dia takel-mentak...