28 Julai 2011

Cerita Hari Ahad: Cerita Adik Gua Kahwin.


"Baby baby nak punk rock wedding acani leh tak, leh tak? kekekekeke!"

Pagi Ahad tu gua agak busy sikit - sebab adik gua dah kahwin. Gua bukak Twitter pun nampak bos @_aqram dah bising pasal assignment dia suruh buat, gua cakap "opp sorry bos, hari ni adik gua kahwin. Pagi agak busy - so memalam tu sikit gua hantar". Sebenarnya gua dah siap lama dah tapi sebab ada banyak benda nak buat - so tak terhantar-hantar kerja si Aqram bagi. Relax la, gua dah siap pun anyway.

Sebelum tu - biar aku cerita latar belakang family aku so korang faham. Aku paling sulung - 27 tahun, nombor dua adik perempuan umur 26 tahun, dan adik lelaki aku umur 25 tahun. Yang kahwin pada hari ini adalah adik lelaki yang umur 25 tahun. So basicly abang dia dengan kakak dia masih lagi bujang walaupun sudah berpacaran.

Majlis berlangsung di Dewan Sukan Bangsar di Jalan Terasek. Sesape yang biasa di Jalan Telawi ke area-area situ mesti tahu. Oleh sebab aku hampir setahun aku mengghaibkan diri dari keluarga so aku langsung tak tahu menahu adik aku kahwin. Aku tahu pun bila lagi dua minggu sebelum dorang kahwin. Memang kelam kabutan.

By the way adik aku ni dah berpacaran dengan isteri dia ni sejak 2003. Hampir lapan tahun. Aku rasa masa tu aku baru je clash dengan first girlfriend aku. Now Erica is #10. Nampak sangat gua ni asyik bertukar-tukar pasangan berbanding adik lelaki aku yang setia walaupun kekadang ada jugak gua dengar ada skandal-skandal. Tapi tu dululah. By the way girlfriend adik aku ni umur dia tua setahun dari adik aku - so aku rasa sebenarnya cari awek yang lebih tua ni agak berat sikit sebab kena kejar masa. Buying time kata orang puteh. Berbanding aku yang selalu cari yang lebih muda - adik aku ni somehow boleh sangkut dengan yang lagi tua. So nak mengejar masa tu agak berat sikit. Kau 25 awek dah 26. Memang penatlah nak kena kejar.

Pagi tu aku dikejutkan dengan satu berita - gua kena makan beradab. Ini celaka - gua mana ada adab. Gua fikir gua nak duduk belakang sambil main wrestlemania dengan sepupu-sepupu gua je. Atau nak ambik pot belakang so aku boleh celah keluar ghaib tanpa didetect saudara-mara. Kang tanya soalan ini soalan itu gua jadi tension. Lagi tension kalau ada yang tanya "adik awak dah kahwin, awak tu bila lagi?" konfirm gua sembur air sirap.

Anyway gua sampai-sampai time Zuhur. Time tu orang mula nak masuk ke dalam dewan. Adik gua yang perempuan ditemani oleh boyfriend dia, member serumah gua ditemani girlfriend, dan aku ditemani Erica. Sumpah serius dah macam red carpet. Paling puaka bila pengambil gambar ni shoot dari jauh gambar gua tengah betulkan penyepit rambut Erica. Gua belum jadi artis gua dah kena macam ni - let alone kalau gua jadi artis.

Disebabkan gua ni dah setahun ghaib dari khabar berita saudara-mara maka macam-macam orang tanya aku. Disebabkan aku bawak Erica juga - ramai yang bertanya siapa gerangan minah ni. Kenapa awek ni nampak macam budak Form 5 walhal sebenarnya umur dia lebih tua dari Form 5. Agak-agaklah gua bukan pedo! Dah dia comel dan maintain muda nak buat macam mana?

By the way - mak dan abah aku tidak hadir dalam majlis tu. Adapun begitu aku tak boleh sebut apa reasonnya - ini adalah hal ehwal keluarga. Tapi disebabkan ketidakhadiran mak dan abah aku tu maka aku kenalah duduk di meja paling depan. Ini buat gua jadi canggung. Gua tahu lauk makanan meja gua lagi best sebab ada udang harimau goreng dengan buah-buahan berbanding meja lain - tapi aku rasa tak best sebab aku nak main wrestling kat belakang dengan sepupu-sepupu gua. Ini beradab-adab ni bukan gua ni.

Pengantin bersanding. Gua tak bagi tepung tawar sebab time tepung tawar tu gua boleh belasah hisap rokok dengan sepupu gua dengan member-member gua. Jadi gua tak tahu la time tepung tawar tu siapa yang jadi wakil untuk tepung tawar. Dan time orang majlis kahwin tu gua sebok bertweet lagi. Especially bila boss si Aqram tanya bila nak hantar. Nasib baik gua dah siap - gua cool je. Tapi bagilah adik gua kahwin dulu beb.

Ada beberapa perkara yang gua tak berkenan dalam perkahwinan Meleis:

1)Set perkahwinan kitsch. Gua rasa set macam ni gua dah nampak dah dekat 3-4 kali gua pergi majlis kahwin. Member gua kahwin pun setting macam sama. Dari gerbang nak masuk dewan, dari gubahan meja, dari pelamin. Balik-balik design sama.

2)OK this time around my brother take my advice - no Pakcik Karaoke around - tapi dia panggil band yang suaranya ke laut. Alasan sebab band tu dari Sarawak baru sampai. Kejadah? Abang kau sendiri pun ada band, kakak kau sendiri ada band - apa kes kau pergi panggil band Sarawak ni? Paling tak boleh blah dorang nyanyi lagu Justin Bieber - Baby. Yang ni bikin gua facepalm.

3)Aku ni seorang bon vivant. Bagi aku lauk rendang, ayam masak merah, dan acar buah dah kitsch dalam perkahwinan. OK ikan kering dengan gulai masak lemak tu aku tak tahu nak gandingkan dengan nasi minyak sebab nasi minyak selalu kena dengan kari atau kurma je. Tapi aku tertarik kalau sesapa yang Melayu tapi buat menu Chinese wedding. Cool beb - sebab barulah gua tak rasa sama je macam kahwin-kahwin yang lain.

4)Baju bersanding - yang tu gua dah tak boleh buat apalah. Cuma gua tengok bini adik gua nampak sedikit chubby. (ye la tau la awek kau tu petite chic comel cute sentiasa muda dan ayu cN - tak payah la bukak story banyak!).

5)Pakcik baca doa timing tak betul. Time orang tengah nak makan time tu kau nak baca doa apa hal? Dah orang nak menadah-nadah tangan dalam keadaan tangan penuh dengan nasi. Tengoklah keliling dulu orang yang datang tu tengah buat apa.

So balik tu gua ada discuss jugak dengan girlfriend macam mana nak setting kahwin tu. Dia ada cakap dia nak garden wedding ala omputeh. Bagi aku tu cool. Asalkan aku tak memakai baju songket - aku happy. Aku nak pakai baju batik Jawa macam member gua @arilunited boleh tak? But then, kalau dah garden wedding tu dah tentu gua kena pakai tuxedo dan awek gua pakai gown. Tu blah dia. Blah gua pulak gua nak kahwin ala punk rocker. Gua pakai leather jacket ada spike-spike sambil pakai Doc Marten. Awek gua pulak pakai ala-ala Nancy Spungen. Gua nak majlis kahwin gua ada gig - amacam? Ada pogo, slam, moshpit - cool. Konfirm mak bapak gua facepalm kalau gua cakap macam ni. Tapi serius gua tak nak pakai tanjak dan baju songket - sebab gua ni republikan. Lagipun dah kitsch dan benda-benda macam ni.

Definitely no pakcik Karaoke. I found it very annoying. Ini majlis kahwin gua dan pasangan - patut senarai lagu biarlah kami yang decide. Ini lagu satu apa pun aku tak boleh nak sing along nak rasa memorable macam mana kan? Lagu wajib mesti ada Kiss Me by Sixpence None The Richer dan You Get Me dari Michelle Branch. Bagi aku dua lagu ini adalah lagu cinta paling epik dalam seumur hidup aku. Kalau band tu main lagu Justin Bieber memang gua perintahkan supaya dihalau band tu dari bermain muzik dalam majlis aku. Celanat!

Aku rasa dah kerap sangat orang kahwin makan nasi. Kadang-kadang aku ada fikir jugak kalau kahwin gua ni ada majlis BBQ. Buat malam ke so takde la rasa panas merimas sambil mendengar anak melalak-lalak. Aku kesian tengok budak sebenarnya. Kalau kahwin buat majlis BBQ sambil ada live band yang main lagu-lagu yang slowbeat memang awesome.

Tang baca doa - aku sebenarnya tak berapa kisah sangat sebab aku ni agak secular. Tapi karang orang cakap aku macam-macam then okay lah - tapi make sure kau jangan baca panjang sampai satu surah. Cukuplah bacaan yang ringkas dan tak payahlah Arab sangat. Kau baca Arab pun bukan aku faham apa kau baca. Pendek kata aku tak nak buat majlis kahwin aku ni tipikal la. Aku tak nak majlis kahwin aku sama macam adik aku, macam member aku atau macam ex-girlfriend aku. Aku nak bakal isteri aku rasa - "we are different" dan at least kami boleh jadikannya satu kenang-kenangan. Kata orang, "kereta bikin lagi best dari custom-made", betul tak?

Kalau ikutkan majlis perkahwinan yang ada dalam kepala otak gua ni takde lah mahal sangat pung. Aku tak tahu lah bajet perkahwinan memandangkan aku punya permintaan ni lain daripada yang lain. Tapi yelah, kahwin tu sekali je kan (aku tidak menyokong poligami, dan harapnya begitulah) - so, kenapa nak buat sama macam orang lain?

Perjalanan masih jauh. Aku dengan Erica baru dua bulan bercinta. So much thing kena hadapi bersama. Aku harap dia ni yang akan berjalan dengan aku menuju ke pelamin nanti. Dan aku mahu Elly tersenyum di sana. Sebenarnya aku pernah cakap macam ni dengan arwah Elly dan dia sebenarnya memang nak macam aku pun.

"Maybe I'm right, maybe I was wrong, but this is the one, I waiting for" - This Is The One, Stone Roses.

20 ulasan:

Ron Mia-Eaz berkata...

kau buat lah punk rock wedding tu, boleh kuar nona nnt.

ZeBentPenzel berkata...

Alamak guna lagu Baby ke? sesungguhnya lagu tu tak sesuai untuk majlis kahwin sebab tu lagu putus cinta kot "baby, baby baby oh, thought you always be mine, mine."

kalau nak lagu kontemporari saya cadangkan Auburn "It's all about him" tak pun Taylor Swift "Mine" atau "Just The Way You Are." oleh Bruno Mars.

and if you wanna appease the serbanistas add "Barakallahuma" by Maher Zain. kehkehkeh

aiko kato berkata...

lelaki sng..for u to know that she is the one..u just know it..i wish it is easy for girls~

all da best to u n erica~

Jazica Albek berkata...

whoaa bbq tu menarik. chinese food xmau sbb aku xske. hihik. tp bbq kalau nk buat utk ~1000 org xleceh ke? ayam dh sure2 kene bakar on time br best. ke ade tmpt grill yg besar dan pantas? must be costing(?) xmampu la ai. isk.

Bit Zamri berkata...

betul2, lagu masa wedding mesti kena yang memorable.
'if you're not the one'..favourite!

Asyieq-iN Rkey berkata...

kawin punk rocker?style lah...hahah

Tanpa Nama berkata...

gua rasa gua pegi la kawen adek lu ni. bini dia nama diana kan ? gua rasa background pelamin dia xcantik. kosong ja.

pergh rugi gua xdpt tgk muka writer ACT.

Cik Ca'ah berkata...

Kahkah. gler ahh,mak bpak nanti nak pakai baju cenggana nanti masa kenduri ko? btw,aku pun suka lagu kiss me tu,sedap telinga je dgr. bkn mcm lagu babi eh baby tu. tah pape

Eyka berkata...

kau pnye weeding cool gilaa!! nti jgn lupe jmput eyka main band tau kat sane! :)

#kalau dapat khwin cograt~ aminn:)

Cob Nobbler berkata...

Tanpa Nama:yup - haha - i'm the one who wearing black haha!yang duduk depan sekali tu hahahaha!

sepasang selipar merah berkata...

gua nak kawen tepi pantai..serius gua nak buat macam tu..tak kira la..heee

zey berkata...

aq pon pernah duk kat meja beradab wedding akak aq dulu...kira bidan terjun gantikan mak cik aq yang tak maw....


dan yang aq tak leh lupa aq boleh mintak sudu...hooooih, mak aq dah jeling semacam.. =pp

Tanpa Nama berkata...

Asal mak ayah ko tak gi ? kalo gua mak ayah tak gi, sentap kot.

kc kasedah berkata...

gua setuju klu lu kawen ala-ala punk rock.

miszyDaisy berkata...

gua kalu kawen pong
gua xnak wat nasi2 bagai ni ,
gua wat chicken chop ke ,
tempah mcd 10 lory ke ,
baru heaven HAHA =.=

Jemari MonteL berkata...

ako nak bg nasik bungkus je kat para tetamu nanti kalo nak kawen??? volehh????? huahuahua

Tanpa Nama berkata...

ya.. kita hanya mampu merancang.. we'll se about that.. Sbnrnya majlis besar atau x grand atau tema apa sekalipun ikut kemampuan diri la. tak salah nak berangan atau merancang apa2 sbb dari angan2 jadi kenyataan tapi kenduri kahwin yang paling best adalah penglibatan semua dari awal sampai habis. w/pun penat tapi best.. Kenduri old fashion, masak gotong royong, pelamin reka sendiri adalah penat yang berbaloi.. just my 2 cents.. :)

Tanpa Nama berkata...

impian aku pon nak buat punk rock wedding.. harap menjadila.. walaupon mungkin time tu bapak aku da tunjal kepala aku..

-punk rocker biasa

SUXX berkata...

aku tak faham bila ko selang seli guna kata ganti nama gua/ aku. gua tu merujuk kepada siapa?adakah aku utk ayat penerangan dan gua tu menceritakan keadaan masa tu?

SUXX berkata...

aku tak faham bila ko selang seli guna kata ganti nama gua/ aku. gua tu merujuk kepada siapa?adakah aku utk ayat penerangan dan gua tu menceritakan keadaan masa tu?