Lima perkara perkahwinan Omputih yang patut Omelayu ada.


Ha, nak ikut tema minggu ini, saya nak berikan pendapat dari bahagian saya pula. Semenjak dua menjak ni member saya asyik cerita pasal persediaan kahwin sana sini. Kena buat pelaminlah, kena beli baju untuk orang langkah bendullah, kena buat hantaran bilangan ganjillah...amboih, macam-macam syaratlah perkahwinan ni!  penat saya menulis, penat lagi anda yang membaca! kehkeh. tapi kata orang tua, ada faedah dan kebaikan tertentu; bukan diorang saja-saja letak syarat macamtu.

Tak kisahlah apa diorang nak kata, sebenarnya ada juga budaya perkahwinan yang baik tetapi kita tak buat. Maksud saya, dari perkahwinan orang bukan Melayu--contohnya orang putih. Sebenarnya ada banyak ciri-ciri perkahwinan diorang yang yang saya fikir, alangkah bagus kalau orang kita ikut. Tak percaya? Meh baca ni....lima benda dalam Wedding Omputih yang kita patut ada!

1) RSVP Card

Kalau majlis kahwin orang putih, mereka akan selitkan poskad RSVP dalam kad kahwin. Dalam tu ada soalan “Attending? Not attending? How many people attending? Please tick, thank you” dan kadang-kadang siap setem lagi. Penerima akan isi kad itu dengan jawapan dan hantar cepat-cepat, berbulan-bulan sebelum perkahwinan, supaya catering dapat adjust bilangan meja. Dalam seumur hidup saya, di Malaysia ni, SEKALI saja pernah jumpa RSVP Card. Itupun  masa kecil dulu.
Pernah tengok? tak pernah? kasihan. [sumber]
Nasib baik ada Facebook bukan? Kalau tak ada mungkin ramai Malaysia tak tahu kewujudan fungsi RSVP ni. Itupun bila dapat invi korang bukan nak jawab Yes atau No, semua jawab Maybe (ya la saya pun, mengaku T_T).  Sebab itulah jarang ada bakal-bakal pengantin Malaysia yang dapat adjust betul-betul berapa ramai orang datang. Melainkan dia call sendiri member-member, atau member semua call dia bagitau siapa datang. ITUPUN kadang-kadang kata bawa dua orang, sekali datang dengan satu SUV penuh ipar duai. Oh mentang-mentang la makan free. Kalau tak dapat makan, ayam habis, amboi merungut!

Sebab itu untuk mengelakkan orang merungut, biasanya bakal pengantin akan overestimate bilangan orang datang. Tapi malangnya ni bukan saja menaikkan kos, malah membawa kepada pembaziran, kalau kurang orang datang. Kan lebih baik kalau pengantin menghantar kad kahwin dan invitation dua tiga bulan lebih awal, supaya jemputan dapat check jadual mereka. DAN jemputan perlu DIWAJIBKAN balas jemputan itu samada bertulis atau verbal supaya pengantin dapat adjust jemputan. Dan jangan bawa orang tambahan please!

2) Wedding Register

Wedding register tak ada kaitan dengan RSVP Card mahupun cash register dekat kedai Giant berdekatan anda. Ia adalah senarai barang hadiah yang pengantin nak. Kalau di negara Barat pengantin boleh mendaftarkan (register) di mana-mana kedai barang dapur atau barang rumah, dan senarai ini dapat dilihat oleh semua orang di laman web kedai tersebut.

Tidak, ini bukan bermakna pengantin ni #bajetretis demanding nak dapat itu ini. Cuma, ini memudahkan anda sebagai pemberi hadiah tidak memberi hadiah yang sama dengan member lain, atau member benda yang dah sedia ada kat rumah, atau benda yang memang tak disukai. Bayangkan anda beli blender, member pun beli blender. Sama jenama pula tu. Ada pula member beli periuk nasi padahal rumah dah siap ada benda tu. Lepas tu ada member yang gatal tangan beli baju dalam dengan seluar G-string padahal pengantin tak nak pun. Dahlah salah saiz! GRRRRRRRRRRRRR
Adakah anda antara rakan yang suka beli ini untuk kawan yang kahwin? HENTIKAN! [sumber]
3) Something New, Something Old, and Something Borrowed

Ha, apa ni? Mesti korang tak biasa dengar kan? Ala kalau rajin tengok cerita rom-com kat wayang mungkin korang pernah dengar. Ni custom orang putih lama-lama dulu. Katanya setiap pengantin, set persalinan perkahwinan yang dia pakai tu mesti ada satu benda baru, satu benda lama, satu benda pinjam.  Contoh, baju kahwin baru (mestilah kan, takkan nak pakai member punya LOL), rantai emas  lama pusaka milik mak/nenek, dan kasut tinggi cantik, pinjaman dari member (kalau omputih dia cakap kena pinjam dari member dah kahwin, ambil berkat katanya).
Ittew kasi kasut ittew kat akak. boleh? [sumber]
Beza kita orang Timur ni kan, (kebanyakannyalah) semua nak baru. Kasut baru, tudung baru, baju baru, set barang kemas baru, semua tu membawa kepada kos yang berlebihan dalam perkahwinan. Ya lah kata nak jadi raja sehari. Raja kena pakai barang-barang baru dan cantik? Ye lah tu. Membazir tu amalan siapa, Yang?

4) Off-Road Recpetion

Ha, lagi satu cuba tengok perkahwinan orang putih—diorang biasa buat kat mana. Pantai, padang, gereja, dalam dewan. Pernah tak tengok mereka buat tepi jalan?

Maaflah cakap, saya tahu anda nak potong kos, tapi janganlah buat sampai block jalan. Saya ingat masa saya graduasi dulu, ada keluarga siapa entah, dia tinggal di laluan utama masuk uni (bagi saya laluan utama la, sebab dia straight dari rumah sewa kami ke dewan uni tu). Dia boleh block jalan tu selama dua hari. Bayangkan dahlah kita ni lambat, lepas tu tiba-tiba jalan kena block, kena ikut jalan lain dan terpaksa parking jauh. Jalan panas-panas dengan jubah berat tu, GRRRR! Kalaupun nak buat tengah jalan, pilih tarikh di mana jalan tu takkan digunakan. Kesian orang lain terpaksa bersesak ikut jalan alternative yang agak sempit.
contoh je la. tak ada kena mengena pun [sumber]
Lagi satu, kalaupun nak guna jalan raya, sila jangan letak khemah dan meja tu awal sangat, atau biarkan khemah dan meja sampai sehari dua lepas kahwin. Kalau ya pun paling kurang cuba alihkan meja kerusi tu masuk dalam halaman rumah kejap. Ini kadang-kala terbiar depan tu. Masih lagi block jalan dan menyusahkan orang. Kita jiran ni marah, marah juga, cuma segan nak beritahu, takut bermasam muka.
p.s. yang datang tu pun, please jangan park sampai block kereta jiran lain. Kadang-kadang kita nak keluar emergency, tension cari siapa pemilik kereta. Dahlah tak kenal!

5) Stag and Hen Party JYEAHHHH!

Ok, mesti ada pembaca yang  mula geleng-geleng kepala sambil berkata “Ya Allah Ze Bent Penzel ni nak ajak ke maksiat ke apa? Bertaubat wei bertaubat!” (dan ada pulak antara korang yang akan berkata Stag and Hen party tu apa?”) almaklumler ni budaya barat, memang tak ada sangat orang buat kat Malaysia. Kecuali budak2 kat bandar besar macam KL, Penang dan JB adalah.

Sebenarnya Stag dan Hen party adalah masing-masing Bachelor and Bachelorette party, iaitu parti orang bujang. Di mana kawan-kawan akan hos pertemuan terakhir bersama bakal pengantin sebelum hari kahwin. Biasanya ada satu jantina saja. Kalau parti lelaki semua lelaki; kalau perempuan semua perempuanlah. Kadang-kadang kena bawa hadiah dan kadang-kadang ada games.
hamboi kemain kaler pink. [sumber]
Tapi kepada siapa yang tahu pasal Stag atau Hen party ni, mereka mesti sangka wajib ada sesi mabuk-mabuk, game lucah atau stripper. Tak juga, asalnya pun, sebenarnya parti makan-makan biasa. Yang penting ialah semua kawan-kawan baik duduk berkumpul satu meja dan nasihat-menasihat pasal dunia perkahwinan. Terutamanya, member yang dah kahwin akan bagi nasihat bagaimana nak melayari zaman rumah tangga yang akan datang.

Kepentingannya? Kadangkala dalam zaman serba moden dengan TV dan Internet segala, sebenarnya ada lagi yang tak faham tentang hal ehwal kerumahtanggaan.  Dulu pernah ada member cakap, member lelaki dia tanya “Eh, macamana perempuan tu boleh mengandung ha?” dan dia sebaya saya. T_T

"Ingat anakku, Anal itu berdosa." [source]
Kita ni pun, kekadang semalam dua sebelum kahwin, pengantin masih lagi pumpangpumpang siapkan barang kahwin. Tu biarlah orang lain uruskan. Pengantin pi la buat meeting-meeting dengan member jap. Belajar benda begini. Tak rugi! Kata nak first class treatment kan? Kena la belajar cukup-cukup Oppps!

Ha, sekian sajalah--lima points untuk korang semua baca hari ni. Lantaklah apa korang semua nak kata,  “Budaya kuning tak sihat tu! Buat apa nak tiru cara Barat? ” tapi hakikatnya ada juga kebaikan dari budaya diorang tu. Itu pendapat saya la. nah, versus  pendapat anda pula. Gunakan ruang di bawah ni, untuk anda komen. Setuju ke tidak?

Ulasan

I kahwin mesti jemput U babe.

Tak payah tekan RVSP tu, I buatkan untuk u terus.

kih3~
laskar pelangi berkata…
chewah! bab list hadiah tu yang menarik. kan best camtu;D list barang mahal mahal;D
Cik Nursya berkata…
stuju yg block jalan lebih2 tu.. nyusaahkan org jer
oshinz berkata…
yg RSVP tu setuju. so takde la pembaziran sangat.
Hayati Hamzah berkata…
stuju girls nite out tu ! sweet-sweet aje .
cahya indah berkata…
sokong nombor 1, 2 & 5. memang dah lama pasang impian nak buat wedding registry masa wedding nanti, sangat berguna kan. perlu la bagitau orang2 yang bermurah hati nak belikan hadiah, apa yang kita perlukan.

RSVP mengelakkan pembaziran..betul3..stag and hen night sangat fun. tak semua pengaruh Barat tak elok kan..ambil yg jernih ;)
Unknown berkata…
mostly aku sokong and insyaAllah klu ad jodoh, akn dilakukan.. huhu.. off road :D

cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html
Tanpa Nama berkata…
aku 1st time tau pasal RSVP;p tapi bernas idea tu.aku setuju.memang patutnya kena ada utk mengelak pembaziran.
-li.zue- berkata…
part RSVP tu rasanya ramai dah melayu pandai buat skrg ni,
tapi, selalunya only for those yg buat majlis kt dewan jelaa,
sbb nak bajet kan berapa ramai tetamu yg hadir.

tapi yg tak bestnya,
selalu majlis cmni yg buat kat dewan,
kids are not allowed.
dorg invite parents je,
not the whole family.
Halusinasi berkata…
suka poin no 1 dan 3...boleh mengelakkan pembaziran...

tapi amalan orang Melayu kita ni susah nak diubah..makin lama, makin mahal perbelanjaannya...=="
ZeBentPenzel berkata…
@zara: tak payah RSVP, u datang bawak limo depan rumah I. Konpem hadilah. hahaha

@laskar pelangi: haha! jangan la list barang memahal, nanti ada yang pedajal bagi gstring lagi.

@Cik Nursya: Indeed. kalau rumah kebetulan dekat jalan utama, cuba alih ke jalan lain. tak susah eh.

@oshinz: me too! bazir singgit buat kad RSVP, jimat 5 hinggit satu set makanan. kehkeh

@hayati hamzah: yay! er, tapi kalau buat kat rumah member je kira night out lagi tak? haha

@cahya indah: thanks for agreeing. eh bunyi macam nak kahwin dah ni. haha

@saiazuan: ya, off road lebih baik. tak pun buatlah kat taman/padang kosong, setiap taman perumahan biasa ada satukan? :P

@tanpa nama: harapnya pas ni makin ramai org buat, supaya ada 50000th, 6000th, 7000th time pulak.

@lizue: tak apa juga kalau tak bawak anak sebenarnya. sebab perkahwinan ni majlis formal, dan ada parents yang tak ajar anak dia cara behave dalam majlis formal. ada orang tak suka budak2 buat hal.

@halusinasi: hm...sebab tu kena tulis kat sini. supaya ramai orang yang baca dan dapat ubah sikit2. majlis kahwin ni makin tinggi kosnya. kalau ada cara kurangkan baiklah kita guna.
Diana Zainal berkata…
agree jugak la some of the point.

yang rsvp tu kadang2 dah bg org plak x reply. hadeh.but its a good point la. yup jimat.

yg party tu mmg fun but yeah susah sket kadang2 nak realisasikan. yelah parents slalu mmg xnak bg la kuar2 a day before...asik ckp "darah manis, x elok" haha

yang list hadiah tu, first time dgr and i think thats cool. teringat kakak dapat 3 periuk nasi dulu. haha

point no 3 rasenye yg lame ade..just yg pinjam tu jarang. kang jadi kes plak " eh joyah tu pakai kasut aku kau tahu" hahahhaha

yang jalan tu je agak x setuju. slalunya org buat depan rumah bukan setakat nak jimat kos tp lebih memudahkan bnyk pihak just yeah akn mengganggu trafik and parking. tapi maybe hal ni boleh ada kerjasama la sesama jiran. hee

;) good entry ;)
Faris Hadi berkata…
RSVP date april fool tuu.. haha, kesian guests kalau betul2 april fool. am i the only one who noticed??.. =D
Ain Najlaa berkata…
kalau omputih ade something new,borrowed n old...kite omelayu ade everything rent...khemah rent,baju pengantin rent,hiasan mkn beradab rent..LOL..
nn berkata…
hen and stag night sekarang ramai juga dah buat. selalu baca kat blog lah, facebook lah, twitter lah some girls attend hen night betfriend diorang.


register tu pun bagus juga. takdelah kawan2 pening nak fikir what to buy for wedding gift. selalu dilema bila fikir pasal hadiah.
Liyana Aziz berkata…
RSVP? pernah dapat dari my auntie... huhuhu... pasal stag and hen party nowadays orang buat bridal shower... tapi x asing la kan...

list hadiah sangat rare.. heehheehhe
hahaha . serius ! setuju semua . keh3
Shila berkata…
selalu orang putih ni, makan2 dia simple je..

kalo kt sini buat mcm tu, aci tak??

hidang lempeng dengan sambah cicah..

rasa-rasa bole kene lempang tak?
T__T
Nurul berkata…
i support point number 1,3,4 & 5. but not for number 2.

sbb adiah ni..bialah org nk bg apepun seikhlas hati mereka. bialah nk sama pun (kng klw terdesak bole adiahkn kt org lain plak-recycle) heheh.

tp semua point amat berguna utk bakal2 pngantin. kudos to the writer! :)
Cikya berkata…
aku dah pesan awal-awal kat member-member, nanti kahwin, korang pakat-pakat lar beli peti sejuk, mesin basuh. kongsi duit..aku tk kesah..
ekekeke...
senang.. :P
deylaSUPERB . berkata…
eyh . beshh . like ! haha .
azuwa berkata…
bagus entri ni. saya belajar benda baru hari ni. saya setuju semua point2 tu. XD
Akulah Aqilah Itu berkata…
something old, something new,
something borrowed and something blue. =)
Hakim. berkata…
aku tergelak part dialog gambar last tu
Tanpa Nama berkata…
RSVP stands for....??

Catatan popular daripada blog ini

Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)

Lelaki Suka Pandang Tetek Perempuan?

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.